You are on page 1of 9

TAJUK JARINGAN SISTEM PENGANGKUTAN DI

BANDAR BARU BANGI DAN NEGARA


PERBANDINGAN DI JEPUN SENARAI
KANDUNGAN

Nama Ahli:Muhammad Ahza Hafiz bin Mohamad Adzri


:Hafidz Haziq bin Hamdan

Kelas:2 Ibnu Sina

No.Maktab:281/128
:281/018
Senarai kandungan
Bil. Perkara
1. Tajuk
2. Penghargaan
3. Pendahaluan
4. Objeltif Kajian
5. Kawasan Kajian
6. Kaedah Kajian
7. Dapatan Kajian
8. Rumusan
9. Lampiran
10. Rujukan
PENGHARGAAN

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada guru mata pelajaran Goegrafi saya iaitu Puan
Hazana binti Abdul Rahman kerana telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan beliau dalam
menjalankan Kajian Geografi Tempatan (KGT). Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada
pengetua MRSM serting,Tuan haji Ghazi bin Samsuddin yang telah membenarkan kami
menjalankan kajian ini sehingga selesai. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
bapa saya iaitu Encik Mohamad Adzri bin Jamal dan ibu saya Puan Ecin Kuraesin binti Haji Aksan
yang sentiasa memberi dorongan, galakan dan bantuan kewangan sepanjang saya menjalankan
tugasan ini. Kepada rakan-rakan saya, ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas segala
cadangan, tunjuk ajar dan bantuan yang telah anda kongsikan bersama. Akhirnya, saya
mengucapkan terima kasih kepada penduduk Bandar Baru Bangi atas kerjasama yang telah pihak
tuan puan berikan.
PENDAHULUAN
Nama saya Muhammad Ahza Hafiz bin Mohamad Adzri.Manakala rakan setugas saya pula
bernama Hafidz Haziq bin Hamdan. Kami sama-sama belajar di tingkatan 2 Ibnu Sina di Maktab
Rendah Sains MARA Serting,Negeri Sembilan Darul Khusus. Sebagai memenuhi keperluan mata
pelajaran Geografi, kami diwajibkan membuat satu kerja lapangan iaitu Kajian Goegrafi Tempatan
(KGT). Kami telah menjalankan KGT ini selama 2 minggu.

Kami telah memilih tajuk Jaringan Sistem Pengangkutan Di Bandar Baru Bangi,Selangor Darul
Ehsan. Negara yang dibandingkan ialah Negara Jepun. Sebab- sebab pemilihan adalah kerana
terdapat pelbagai perbandingan jaringan sistem pengangkutan antara Bandar Baru Bangi dengan
Jepun.

OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenal pasti dengan lebih mendalam jenis-jenis sistem pengangkutan yang terdapat di
Bandar Baru Bangi dan mewujudkan semangat cinta akan negara.

2. Mengkaji faktor-faktor yang dapat mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan di Bandar Baru
Bangi

3. Menyatakan kesan-kesan perkembangan jaringan sistem pengangkutan terhadap alam sekitar di


Bandar Baru Bangi.

KAWASAN KAJIAN
Kawsan kajian yang saya pilih ialah Bandar Baru Bangi,Selangor Darul Ehsan. Pandang darat
fizikal ialah dari hutan kepada pembinaan sekolah, pasaraya, jalanraya dan lain-lain lagi.Jika dari
MRSM Serting ke Bandar Baru Bangi, kira-kira 150 kilometer atau lebih kurang 2 jam perjalanan
menaiki kereta ke sekolah. Bandar baru Bangi terletek di kawasan Selangor selatan. Sebahagian
besar dari tanahnya merupakan tanah rata yang membolehkan pelbagai banggunan didirikan di
Bandar ini.
KAEDAH KAJIAN
Kaedah kajian yang telah saya gunakan ialah:
a) Kaedah Pemerhatian
b) Kaedah Cari Maklumat

Pemerhatian - Selama menjalankan kajian ini, saya telah memerhatikan jenis-jenis pengangkutan
yang terdapat di Bandar Baru Bangi.

Cari Maklumat – Saya banyak menggunakan kaedah ini untuk menyiapkan kerja lapangan ini.

DAPATAN KAJIAN JENIS-JENIS SISTEM PENGANGKUTAN YANG


TERDAPAT DI BANDAR BARU BANGI,SELANGOR

Terdapat dua jenis pengangkutan di Bandar Baru Bangi iaitu jalan raya. Jaringan jalan raya di
Bandar Pekan adalah padat. Jaringan jalan raya ini menghubungkan Bandar Baru Bangi dengan
kawasan persekitarannya seperti taman perumahan dan sekolah-sekolah.
Pengangkutan darat

1- Pengangkutan awam

a) Bas b) Teksi

2- Pengangkutan Persendirian

a) Motorsikal b) Kereta c) Basikal

3- Pengangkutan barang

a) Van b) Lori

4 – Laluan Kereta Api

a) KTM
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI JARINGAN SISTEM
PENGANGKUTAN DI BANDAR BARU BANGI
1- Bentuk muka bumi di Bandar Baru Bangi adalah rata dan luas.

2- Perkembangan ekonomi yang pesat di Bandar Baru Bangi menyebabkan pembinaan jalan raya.
Saya amat bersyukur dengan kurniaan bentuk muka bumi yang unik yang membolehkan pembinaan
sistem jalan raya.

KEPENTINGAN JARINGAN SISTEM PENGANGKUTAN DI


BANDAR BARU BANGI DAN NEGARA JEPUN

¦ Di Bandar Baru Bangi


 Melalui penggunaan jaringan sistem pengangkutan di Bandar Baru Bangi, ia dapat
memajukan lagi sektor pendidikan.Terdapat banyak universiti yang terdapat di kawasan ini
seperti UKM dan UiTM.

 Selain itu, sistem pengangkutan di Bandar Baru Bangi juga dapat membantu pergerakan
penduduk dari satu tempat ke suatu tempat yang lain.

Di Negara Jepun

 Sistem jaringan pengangkutan di Tokyo, Jepun juga dapat menarik lebih ramai bilangan
pelancong. Pelancong asing boleh melihat terowong bawah tanah yang terdapat di
Terowong Osakako Sakishima dan pelancong juga dapat merasai kemajuan teknologi
pengangkutan yang canggih seperti Kereta Api Shinkansen.

 Di Tokyo, Jepun juga sistem pengangkutannya yang canggih dapat menghubungkan 7000
buah pulau yang menganjur sejauh 3000 km dengan sistem lebuhraya dan perkhidmatan
udara serta pengangkutan laut yang cekap.

Sebagai rakyat Malaysia, kami bersyukur dengan penyediaan jaringan sistem pengangkutan yang
baik dapat menarik minat para pelancong untuk pembanggunan negara kita walaupun tidak
secanggih Jepun.
KESAN-KESAN PERKEMBANGAN JARINGAN SISTEM
PENGANGKUTAN TERHADAP ALAM SEKITAR DI BANDAR
BARU BANGI DAN NEGARA JEPUN

Di Bandar Baru Bangi

KESAN POSITIF
o Melalui penggunaan pengangkutan awam, kesesakan lalu lintas dapat dikurangkan.
o Selain itu, penggunaan pengangkutan awam juga dapat membantu mengurangkan
pencemaran udara.

KESAN NEGATIF
o Dengan penggunaan pengangkutan yang membakar bahan api fosil melepaskan gas
karbon dioksida dan gas karbon monoksida yang boleh menyebabkan berlakunya
pencemaran udara.
o Gas hidrokarbon dan gas oksida nitrogen yang dilepaskan oleh kenderaan dapat
menghasilkan jerebu dan kabut foto kimia yang mengancam kesihatan manusia.

Di Negara Jepun

KESAN POSITIF

• Di Jepun, sistem pengangkutan jalan raya dapat menggalakkan perkembangan sektor


pertanian, perindustrian, perdagangan dan pelancongan.
• Sistem jaringan pengangkutan juga penting untuk membawa barang-barang dan
bahan mentah dengan penggunaan lori dan kereta api.

KESAN NEGATIF

• Projek melurus dan melebarkan jalan melibatkan pemotongan cerun-cerun bukit dan
tanah tinggi. Ini akan menjadi penyebab berlakunya kejadian tanah rutuh.
• Bunyi kenderaan berat, kereta api dan kapal terbang boleh mengganggu
ketenteraman manusia.

Kita sepatutnya mencontohi negara Jepun kerana sebahagian besar penduduknya suka
menggunakan kenderaan awam. kami berbangga menjadi rakyat Malaysia kerana sistem jalan raya
setaraf dengan negaara maju seperti Negara Jepun.
LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN

Di Bandar Baru Bangi dan Di Negara Jepun


 Penggunaan alat catalytic converter pada ekzos kereta. Alat ini berupaya
menukarkan gas beracun.
 Pengurusan trafik yang lebih cekap dengan menggalakkan penggunaan
pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas seperti penggunaan
teksi dan bas.

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu peka dengan masalah yang dihadapi dan bertindak sewajarnya.

JADUAL DATA KAJIAN

Bilangan dan jenis-jenis kenderaan dari 8.00 pagi hingga 8.45 pagi

Jenis- jenis Kereta Motosikal Lori Bas Van


Masa
8.00-8.15 30 40 20 3 4
8.15-8.30 20 60 40 2 3
8.30-8.45 25 20 60 4 2
RUMUSAN

Hasil daripada kajian yang telah kami jalankan menunjukkan bahawa kawasan ini mempunyai
banyak sistem pengangkutan yang amat berguna kepada masyarakat setempat. Pengangkutan amat
diperlukan bagi menjalankan kerja seharian ataupun urusan yang perlu dilakukan diluar tempat.
Masyarakat setempat lebih akrab menggunakan pengangkutan persendirian berbanding
pengangkutan awam. Bagaimanapun, pengangkutan awam masih digunakan dan kebanyakan
penggunanya adalah daripada kalangan remaja. Faktor yang mempengaruhi jaringan sistem
pengangkutan yang terdapat di kawasan Bandar Baru Bangi adalah seperti bentuk muka bumi yang
rata dan dasar pembanggunan. Penduduk kawasan kajian ini hidup dalam keadaan harmoni dan
saling membantu antara satu sama lain. Ini menunjukkan rakyat Malaysia dapat bersama dan dan
bersatu dalam satu negara yang aman damai seterusnya dapat menuju ke arah wawasan 2020. Ini
adalah peringkat pertama bagi memajukan negara kita supaya setaraf dengan negara maju lain yang
terkenal dan selalu disebut-sebut oleh semua orang seperti negera yang telah dibandingkan iaitu
Negara Jepun.Kami amat berbangga menjadi rakyat Malaysia.

LAMPIRAN RUJUKAN

BUKU RUJUKAN ILMIAH

TAJUK BUKU: Ulang Kaji Total Terkini PMR Geografi


PENGARANG: Tong Siew Kheng
TEMPAT TERBIT: Selangor Darul Ehsan
PENERBIT: Sasbadi Sdn.Bhd TAHUN TERBIT: 2006

You might also like