Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
24Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Khurafat

Khurafat

Ratings:

5.0

(1)
|Views: 3,113|Likes:
Published by BlackDefender

More info:

Published by: BlackDefender on Sep 11, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOCX, TXT or read online from Scribd
See More
See less

03/09/2013

pdf

text

original

 
PENGERTIAN KHURAFAT
Khurafat adalah perkataan Arab yang di asaskan dari akar kata:تافرخ ةفرخ رخ Dalam kamus al-Marbawi khurafat itu diberi makna cerita karut atau karut marut.Di dalam al-Munjid disebut:هدسف ةفرخ دسق رخ كحضمل رل ثيد ةف رلAl-khurafat juga disebut sebagai اط ابل ثيدحل percakapan yang tidak betul sama sekali.Istilah khurafat telah diterima pakai di dalam masyarakat Melayu dan pada umumnyadiketahui maksudnya kerana ianya semacam menjadi bahasa Melayu. Khurafat maksudnyakepercayaan karut yang direka-reka dan diadakan untuk membentuk suatu keyakinan tentangakan berlakunya baik atau buruk terhadap sesuatu kerja berpandukan kepada perbuatan dankejadian-kejadian alam yang berlaku dengan mentafsirkan kejadian itu akan membawa bala bencana atau membawa tuah keberuntungan.Di dalam kitab Addarul Nadid, halaman 179 ada disebut:Yang bermaksud:
“Adapun apa yang diiktiqadkan oleh manusia dari dahulu hingga sekarang tentang adanya bagi seekor burung atau ada hari-hari atau bulan-bulan yang boleh memberi kesan pada kebahagiaan atau kecelakaan manusia. Semuanya itu adalah khurafat. Islammembatalkannya kerana jelas bertentanagn dengan tauhid”.
KHURAFAT SEBAGAI BUDAYA JAHILIAH
Masyarakat jahiliah adalah sebuah masyarakat yang banyak menghayati budaya khurafat. Diantara khurafat mereka, mereka mempercayai kepada arah burung yang berterbanganmemberi kesan kepada nasib mereka. Orang-orang Arab jahiliah apabila hendak mengerjakansesuatu kerja atau sedang di perjalanan menuju sesuatu maksud tiba-tiba kedapatan burungyang melintasi mereka, maka dikaitkan dengan suatu kepercayaan-kepercayaan tertentu.Malah mereka meletak nama khusus pada keadaan burung yang melintasi mereka.Yang melintasi dari arah kanan ke kiri dinamakan : As SawaehYang melintasi dari arah kiri ke kanan dinamakan : Al BawarehYang datang kepada mereka dari arah hadapan dinamakan : An NatehYang datang dari arah belakang ke hadapan dinamakan : Al QaidDari nama-nama tersebut lahirlah tafsiran-tafsiran yang khusus, ada bala bencana akanmenimpa, ada tuah, ada keberuntungan yang akan berlaku dan sebagainya yang merekamenggantungkan hal-hal tersebut sepenuhnya kepada keadaan burung tersebut.Masyarakat jahiliah juga percaya jika burung hantu (al-Bumah) menghinggapi dan berbunyidi atas sesuatu rumah maka ertinya salah seorang dari penghuni rumah itu akan meninggaldunia. Kepercayaan sebegini mengakibatkan penghuni rumah akan bermurung durja,dukacita yang tidak terkira kerana kematian yang akan menimpa.Kepercayaan sedemikian terdapat juga di dalam masyarakat melayu di Tenggara Asia yangterbawa-bawa dengan budaya jahiliah hingga sekarang ini. Padahal semua itu adalah khurafat belaka.
KHURAFAT MENODAI IBADAT HAJI
 
Ibadat haji adalah suatu ibadat yang semestinya dilakukan dengan sempurna, tidak dicampur dengan batil. Apatah lagi khurafat hendaklah dijauhi sama sekali. Khurafat boleh mencemar ibadat haji dan menjadikannya ibadat yang sia-sia kerana perbuatan khurafat menjejaskanakidah dan kadang-kadang merosakkannya. Perlu diingat bahawa khurafat boleh membawakepada syirik kerana ianya menyentuh persoalan iktikad. Jikalau sudah iktikad rosak keranakhurafat, maka orang yang rosak akidahnya tidak akan mendapat apa-apa kebaikan dariibadatnya. Namun demikian, masih terdapat bakal-bakal haji yang seolah-olahnya tidak menyedari bahawa mereka melakukan perkara-perkara khurafat ketika hendak menunai haji dan ada pula yang melakukannya ketika mereka di dalam ihram dan sedang bertungkus lumusmengerjakan haji itu sendiri. Kepada golongan ini seboleh-bolehnya apa yang diajarkankepada mereka oleh Tok-tok Guru yang mentadbir atau oleh pengkursus-pengkursus hajiadalah tidak lengkap dan tidak sempurna. Mereka masih hendak menambah-nambah danmengada-adakan berbagai-bagai perbuatan yang tidak diajar oleh orang-orang tadi lalumereka menerima pakai fatwa-fatwa dari orang yang tidak bertanggungjawab.Khurafat bukan perkara kecil yang boleh dipermudah-mudahkan. Khurafat adalah perkara besar yang mesti difahami dan diberi perhatian untuk menjauhinya. Umat Islam janganmudah menerima pakai sesuatu perbuatan yang disebutkan kepadanya bagi menambah-nambah amalan di dalam haji yang dipelajarinya secara terbuka dan ada sandarannya, itulahyang patut diamalkan. Adapun yang diajar secara sembunyi-sembunyi dan dilakukan secarasembunyi-sembunyi patutlah diambil perhatian dan dipastikan dahulu boleh tidak mengamalkannya barulah diamalkan yang boleh dan menjauhi yang khurafat.
PANDANGAN ISLAM TERHADAP KHURAFAT
Di dalam al-Quran al-Karim terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungandengan Alllah sepenuhnya dan menolak kepercayaan terhadap yang selain-lainnya bagimendapat kebaikan dan menolak keburukan. Yang memberi segala kenikmatan dan kebaikanhanya Allah. Yang menolak segala kejahatan hanya Allah. Kepadanya seluruh makhluk  bergantung. Firman Allah, surah al-Zumar, ayat 38: Yang bermaksud:“Katakanlah apakah kamu tidak melihat kepada apa yang kamu memohon kepadanya selaindari Allah bahawa jika sekiranya Allah menghendaki ke atasku sesuatu kemudaratan, adakahmereka itu boleh menghindari dari kemudaratan itu atau jika Allah menghendaki sesuaturahmat itu dianugerahkan kepadaku, apakah mereka itu boleh menahan rahmat itu.Katakanlah adalah memadai Allah itu bagiku untuk segala-galanya. Kepadanya bertawakalsemua orang yang bertawakal”.Ayat di atas memperlihatkan konsep tawakal kepada Allah dalam semua keadaan. Kebaikandan kejahatan adalah dari Allah. Dia yang menyebabkan segala-galanya. Dia yang berkuasaatas segala sesuatu, bukannya lintasan burung atau sebagainya yang terdapat dalam amalan-amalan khurafat.Yang bermaksud:
“Dari Abu Hurairah R.H. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “tidak ada jangkitan(yang berlaku tanpa izin Allah), tidak ada buruk sangka pada sesuatu kejadian, tidak adamalang pada burung hantu dan tidak ada bala pada bulan Safar (seperti yang dipercayai)”.
 
Yang bermaksud:
“Dari Ibnu Mas’ud R.H. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Buruk sangka (dalamamalan khurafat) adalah syirik (dua kali) akan tetapi Allah menghapuskannya denganbertawakkal kepada Allah”.
Yang bermaksud:
“Dari Anas R.H. bahawasanya Rasulullah SAW pernah bersabda: “Jangan ada buruk  sangka (kerana khurafat) dan alfa’lu adalah jauh lebih baik. Ditanya Rasulullah, apakahdia alfa’lu itu: sebut-sebutan yang baik (baik sangka) yang boleh didengari oleh seseorang”.
Yang bermaksud:
“Dari Ibnu Umar R.H. katanya: Nabi SAW pernah bersabda: “sesiapa yang kerana buruk  sangkanya terhadap sesuatu (khurafatnya) sehingga boleh memesongkan diri menerusi hajatnya, maka sesungguhnya ia telah syirik (kepada Allah). Mereka bertanya apakahkifarat bagi yang demikian itu? Sabdanya: hendaklah ia berkata: Ya Allah, tidak adakebaikan melainkan kebaikanmu. Tidak ada yang buruk (jahat) melainkan kejahatan yang datang darimu dan tiada tuhan yang berhak disembah melainkan engkau”.
Dari semua urutan ayat al-Quran dan hadith-hadith Rasulullah SAW yang tersebut, jelasmemperlihatkan konsep baik buruk hanya dari Allah S.W.T. Allah yang mengatur segala-galanya, bukannya ada kaitan dengan kejadian-kejadian yang berlaku di dalam hidup ini yang boleh memberi kesan kepada kebahagiaan dan kecelakaan manusia.Khurafat adalah karut marut yang tidak benar sama sekali. Tidak sepatutnya kepercayaan-kepercayaan sedemikian menghantui umat Islam sehingga menghindarkan perjalanan hidupmereka kerana kongkongan khurafat itu. Umat Islam perlu bersih niat dan pergantunganmereka hanya kepada Allah SWT sahaja. Apabila kamu cekal bercita-cita, maka teruskan dan bertawakkal kepada Allah.
KHURAFAT DI KALANGAN JEMAAH HAJI ASIA TENGGARA
Pengaruh khurafat ternyata masih kuat. Di dalam masyarakat Islam Asia Tenggara masihkehadapan amalan-amalan khurafat di dalam berbagai-bagai lapangan kehidupan. Di dalam perniagaan masih percaya kepada FONG SUAI. Dalam pertanian masih percaya kepadasemangat padi. Dalam mencari rezeki di lautan masih ada yang percaya kepada gamala ikandan berbagai-bagai lagi. Bukan sahaja di dalam mencari rezeki ada berbagai-bagai khurafat,ketika hendak melakukan ibadat kepada Allah pun masih diresapi berbagai-bagai khurafat.Antara yang ketara ialah khurafat-khurafat di dalam ibadat haji.
KHURAFAT DI TANAH AIR SENDIRI SEBELUM TIBA DI TANAH SUCI
a) Tidak boleh memijak bendul rumah. Kalau dipijak alamat tidak akan balik semula. b) Sesudah bertolak dari rumah, tidak boleh memandang ke belakang melihat rumah. Kalaudipandang, pekerjaan hajinya tidak sempurna kerana hatinya teringat-ingat ke rumahc) Membawa uri, rambut dan kuku bayi untuk ditanam di Tanah Haram supaya anak tersebutmenjadi orang ternama dan disukai ramai.d) Setelah balik nanti mesri berkurung diri di rumah selama 40 hari yang disebut idah haji.Barulah haji itu berkat dan melekat di hati, kalau melanggar, sia-sialah haji.
KHURAFAT DI TANAH SUCI

Activity (24)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
aminfitri liked this
iswadi liked this
Firdaus Mohamad liked this
Yuzine Esa liked this
pemikiran liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->