You are on page 1of 21

Sarawak yang terkenal dengan nama jolokannya Negeri Bumi Kenyalangmempunyai rakyat yang terdiri dari pelbagai suku

kaum. Terdapat kira-kira 30 kumpulan etnik di Sarawak. Kaum Iban merupakan suku kaum yang terbesar di Sarawak, diikuti oleh kaum Cina, Melayu, Bidayuh, Melanau dan kaum-kaum etnik yang lain. Sebagai sebuah negeri yang mempunyai pelbagai bangsa dan suku kaum, sudah pasti terdapat pelbagai kebudayaan dan adat resam yang diamalkan. Bagi masyarakat Sarawak, adat resam merupakan satu warisan tradisi yang begitu dititikberatkan dan telah sebati dengan kehidupan seharian mereka. Maklumat berkaitan adat resam masyarakat etnik Sarawak dalam laman web ini akan difokuskan kepada tiga aspek utama iaitu kelahiran, perkahwinan dan kematian yang hanya merujuk kepada tiga suku kaum utama di Sarawak iaitu masyarakat Iban, Melanau dan Bidayuh.
IBAN Masyarakat Iban merupakan golongan majoriti di negeri Sarawak. Terdapat pelbagai suku kaum masyarakat Iban seperti Balau, Sebuyau, Lemanak dan lain-lain. Masyarakat Iban masih kuat berpegang dengan identiti tradisi mereka di samping mengamalkan pelbagai jenis adat resam yang unik. Dari segi geografi, kebanyakan masyarakat Iban mendiami beberapa kawasan pedalaman yang tertumpu di tengah-tengah negeri Sarawak dan sebilangan kecilnya menetap di kawasan-kawasan bandar. Maklumat berkaitan adat resam dan kebudayaan yang diamalkan oleh masyarakat Iban berikut akan memfokuskan tiga aspek utama dalam kehidupan mereka iaitu kelahiran, perkahwinan dan kematian.

Pengenalan Kaum Iban banyak mengamalkan pantang larang dan adat-adat tertentu dalam aspek kelahiran. Peranan bidan juga sangat penting semasa membuat persiapan menyambut kelahiran dan juga selepas bersalin. Adat-adat tersebut dapat dilihat dari peringkat sewaktu mengandung, bersalin dan selepas lahir. Sewaktu Mengandung Dalam tempoh tujuh bulan sewaktu mengandung, wanita Iban dan suaminya dikenakan pelbagai pantang larang, antaranya seperti berikut; Mereka dilarang menggali parit di kawasan padi atau di mana-mana sahaja. Mereka dilarang memotong pokok yang menjalar di atas tanah, kerana dibimbangi akan menghalang pendarahan yang berterusan semasa melahirkan anak. Wanita yang mengandung dilarang menuang minyak ke atas tapak tangan untuk disapu pada rambut supaya bayi yang bakal lahir tidak akan bernanah. Kedua suami isteri tidak boleh mengetuk telur menggunakan pisau atau kayu kerana dikhuatiri bayi itu akan cacat penglihatan. Mereka tidak boleh menanam pokok pisang supaya si bayi tidak berkepala besar.

Mereka tidak boleh memikul batu-bata tajam di dalam raga kerana dikhuatiri bayi akan lumpuh. Mereka tidak boleh membawa kura-kura ke dalam bilik supaya bayi tidak tersekat di dalam rahim semasa dilahirkan. BERSALIN Berikut merupakan beberapa adat yang dilakukan oleh masyarakat Iban semasa menyambut kelahiran bayi. Pontong Dalam masyarakat Iban, sebaik sahaja bayi dilahirkan, buluh yang dipanggil Pontong akan dipalu untuk memanggil jiran-jiran. Selain pontong, tembakan senapang juga turut digunakan. Potong Tali Pusat dan Berurut Sejurus selepas bayi dilahirkan, tali pusatnya akan segera dipotong dan bayi akan dimandikan. Seterusnya bayi dibedung dengan kain Pua Kumbu atau selimut yang ditenun cantik. Ketika bersalin, si isteri akan dibantu oleh seorang bidan dan dia akan memastikan ibu dan bayi dalam keadaan baik dan teratur. Seterusnya badan si ibu akan diurut oleh bidan bertujuan untuk menghilangkan rasa sengalsengal badan akibat bersalin tadi. Selepas diurut, badan si ibu akan diusap pula dengan ubat yang diperbuat daripada halia dan entemu yang dibalut dengan tekalung, sejenis kain yang dibuat daripada kulit kayu. SELEPAS LAHIR Adat-adat berikut diamalkan oleh kaum wanita Iban selepas bersalin. Berpantang Wanita Iban akan berpantang selama tiga puluh hari selepas melahirkan anak. Dalam tempoh berpantang itu, ibu akan diberi makan nasi dan ikan salai atau ikan kering yang kadang-kadang dicampur dengan pucuk paku dan buah pulur. Semua makanan tersebut pula perlu dicampurkan dengan halia atau air rebusan halia supaya dapat memanaskan badan. Berdiang/Bersalai Selepas bersalin, wanita kaum Iban perlu menjalani satu amalan yang dipanggil berdiang atau bersalai, di mana si ibu perlu duduk dekat dengan unggun api. Kayu yang digunakan untuk unggun api ini mestilah dari jenis kayu yang baik. Antara jenis kayu yang lazim digunkan ialah kayu malam, manding atau langsat. Kayu-kayu ini juga dikatakan mampu menyembuhkan penyakit ibu yang baru bersalin. Jika kayu yang digunakan untuk berdiang tersebut basah atau dari jenis beracun, dibimbangi asapnya akan memudaratkan si ibu dan bayi. Si ibu perlu berdiang atau bersalai selama empat puluh satu hari. Dalam tempoh itu, si ibu perlu menggariskan kapur pada tiang atau dinding rumah untuk menghitung hari kelahiran. Kesihatan si ibu dianggap pulih seperti sediakala apabila selesai menjalani adat-adat ini. Tanggal Pusat Adat melihat matahari atau merasa garam dijalankan apabila bayi sudah tanggal pusat iaitu ketika bayi berusia empat hari. Bayi tersebut akan dibawa oleh nenek atau saudara perempuannya ke tanju atau luar anjung untuk melihat matahari sambil mulut bayi tersebut dirasakan dengan garam. Pada masa itu juga, doa atau mentera dibacakan agar kesihatan bayi sentiasa terpelihara. Menamakan Bayi Kaum Iban begitu mementingkan adat memberi nama kepada anak-anak mereka yang baru lahir. Ini kerana, nama yang baik dan elok mempunyai kesan ke atas masa hadapan kanak-kanak tersebut. Lazimnya sebelum memberi nama yang rasmi, anak-anak kaum Iban akan diberi nama timangan. Bayi yang baru lahir itu seterusnya akan diberi nama sempena nama salah seorang daripada nenek moyangnya yang pernah berjasa dan handal. Tujuannya supaya bayi itu akan mewarisi jasa serta mengikut jejak langkah nenek moyangnya itu. Seterusnya

upacara memilih nama akan dijalankan di mana kepalan nasi akan diletak di atas papan yang tertulis nama-nama yang dipilih itu. Kemudian seekor ayam akan dilepaskan untuk membuat pilihan dan ini dikenali sebagai Manok Tawai. Kepalan nasi yang dipatuk oleh ayam tersebut akan menjadi pilihan untuk menamakan bayi tersebut. Kemudian barulah nama itu dihebohkan kepada saudara mara yang terdekat. Mandi Sungai Upacara mandi sungai dijalankan selepas bayi diberi nama. Ia dijalankan semasa bayi itu berumur satu bulan dan adat ini dijalankan bagi membiasakan bayi dengan air sungai. Permulaannya, jiran-jiran akan dimaklumkan untuk meraikan adat tersebut dengan meriah. Dua orang lelaki akan membawa seekor ayam dan panji-panji. Kebiasaannya mereka ini ditugaskan membaca mentera dan menetak air sungai. Dua orang perempuan pula akan mengiringi lelaki tersebut. Seorang akan membawa ancak dan seorang lagi mengendong bayi. Bayi tersebut dipakaikan kain pua belantan dan kumpulan itu akan diikuti pula oleh orang ramai. Ketika ini doa atau mentera dibaca meminta supaya bayi itu menjadi orang yang sempurna dan berguna. Sebaik sahaja mentera dibaca, dua orang lelaki tadi akan menetak air dan ayam disembelih. Nama bayi juga akan diumumkan ketika itu. Bagi bayi lelaki, sayap ayam akan diikat dengan benang merah yang digantung pada galah berayang. Manakala bagi bayi perempuan pula, benang tersebut digantung pada galah laletan. Selepas bayi dimandikan, dia akan dibawa pulang sambil gendang dipalu. Bayi itu akan dipangku dan pemangku duduk di atas tawak atau gong yang diletakkan di tengah-tengah ruai. Kemudian, bayi dan pemangkunya diselimutkan dengan kain pua kumbu dan disiram dengan air rendaman batu penawar burung, cincin emas atau wang ringgit lama. Selepas upacara mandi selesai, tetamu-tetamu akan dijamu dengan air tuak dan makanan yang ringkas. Upacara ini diakhiri dengan kenduri mandi anak iaitu menjamu tetamu dan ahli rumah panjang dengan makanan yang lebih banyak. Berkhatan Kanak-kanak lelaki kaum Iban akan berkhatan ketika berumur sepuluh tahun. Berkhatan lazimnya dilakukan secara senyap dan tidak disertai dengan kenduri. Kanak-kanak yang tidak berkhatan akan digelar sebagai lelaki kulup di kalangan kaum Iban. Pengenalan

Perkahwinan dalam masyarakat Iban agak unik kerana terdapat beberapa peraturan yang dilakukan sebelum seseorang itu layak menjadi suami isteri. Dalam masyarakat Iban, usia pengantin lelaki perlu melebihi dua puluh dua tahun. Ini disebabkan dalam usia yang sebegini, pihak lelaki telah bersedia untuk berkahwin. Bagi pihak si gadis pula, tiada umur khusus yang ditetapkan. Perkahwinan yang sempurna bagi masyarakat Iban ialah perkahwinan yang mematuhi kehendak adat. Pihak yang melanggar mana-mana adat perkahwinan dikehendaki membayar denda untuk mengelakkan pasangan suami isteri ditimpa kesusahan. Usaha mencari pasangan bergantung pada keadaan di rumah itu, kalau keluarga itu besar, anak-anak mereka lambat dikahwinkan. Sebaliknya, apabila anggota keluarga di rumah itu kecil, anak-anak mereka akan dikahwinkan secepat mungkin dengan harapan menantu dapat membantu keluarga membuat kerja-kerja tertentu. Terdapat beberapa peringkat tertentu dalam perkhawinan kaum Iban iaitu peringkat merisik, meminang, bertunang, majlis perkahwinan dan selepas majlis perkahwinan. Merisik Dalam masyarakat Iban, perkahwinan biasanya ditentukan oleh pengantin lelaki. Sekiranya seorang teruna telah berkenan kepada seorang gadis, ibu bapanya

atau wakil akan bertandang ke rumah gadis untuk merisik. Perjumpaan kedua belah pihak ini juga dikenali sebagai berbunga-bunga atau berjarum-jarum. Pada masa itu syarat-syarat perkahwinan akan ditentukan termasuklah berian dan sebagainya. Keluarga pihak lelaki akan menghantar rombongan meminang gadis jika hasil pertemuan itu menggalakkan. Meminang dan Bertunang Rombongan pihak lelaki biasanya tidak kurang daripada lima orang dan paling ramai dua puluh orang yang terdiri daripada orang-orang tua. Pada masa itu syarat-syarat perkahwinan akan ditentukan termasuklah berian atau mas kahwin serta lain-lain yang berkaitan. Setelah mencapai kata sepakat, ayah pihak lelaki menanggalkan lapit atau ikat pinggang perak atau sebilah pedang sebagai tanda pertunangan. Seterusnya kedua belah pihak akan berbincang tentang tarikh dan hari perkahwinan. Mulai saat itu, perempuan itu tidak boleh lagi menerima kunjungan teruna selain tunangnya. Dua atau tiga hari kemudian wakil pihak lelaki akan memaklumkan berita pertunangan tersebut kepada saudara-mara dan jiran tetangga.

Majlis Perkahwinan Majlis Perkahwinan Pelbagai persiapan akan dibuat untuk majlis perkahwinan yang bakal tiba. Bagi pihak keluarga lelaki mereka akan menyediakan perbelanjaan serta barang yang harus diberikan kepada keluarga perempuan. Keluarga perempuan juga membuat pelbagai persiapan termasuk memburu binatang untuk disembelih pada hari perkahwinan. Untuk mengundang tetamu, kedua-dua pihak melantik wakil masing-masing untuk menguruskan jemputan kahwin. Wakil Pengantin masyarakat Iban itu membawa beberapa utas tali bersimpul yang menunjukkan berapa hari lagi perkahwinan dilangsungkan. Sekiranya tali itu mempunyai lima simpulan, bermakna perkahwinan itu akan berlangsung dalam masa lima hari lagi. Wakil khas akan meninggalkan tali bersimpul itu kepada tuai rumah atau ketua rumah panjang yang bertanggungjawab membuka simpulan tali itu setiap hari.

Upacara miring

Pada hari perkahwinan, rombongan lelaki biasanya berarak ke rumah panjang pengantin perempuan dengan menaiki perahu yang dihiasi kain pua kumbu sekiranya pengantin melalui jalan sungai . Jika tidak, pengantin akan berjalan kaki mengikut jalan darat. Di sepanjang jalan, rombongan yang berpakaian menarik itu akan memukul gong. Sebaik sahaja sampai di hadapan rumah pengantin perempuan, tembakan meriam akan dilepaskan. Kemudian mereka mandi beramai-ramai di sungai Upacara akad nikah sebelum memakai pakaian tradisional. Sampai di tangga rumah panjang, kepala rombongan pengantin lelaki dipelawa menyembelih seekor babi sebagai penghormatan dan pada masa itu juga tembakan senapang akan kedengaran secara balas-membalas. Di kepala tangga rumah itu pula, terdapat rangka yang berbentuk seperti kota. Ketua rombongan pengantin lelaki terlebih dahulu terpaksa membuka tiga buah kota iaitu di kepala tangga, di tengah rumah dan di hujung rumah. Setelah itu, rombongan pihak lelaki di kalangan kaum wanita akan masuk ke bilik pengantin perempuan, manakala yang lelaki duduk di ruai. Mengikut adat tetamu perempuan hanya dapat masuk ke dalam bilik pengantin perempuan dengan menggunakan bahasa berirama untuk membuka pintu bilik yang dipalang dengan lembing dan ditutup oleh pua kumbu. Para tetamu seterusnya akan dijamu dengan sejenis arak iaitu tuak dan pelbagai jenis air seperti air haus, air dahaga dan air untung. Sambil itu mereka akan bergurau senda dan beramai-ramai menyanyikan lagu dan memukul gendang. Mereka juga akan berpusing di rumah selama tiga kali. Sesudah itu air minuman akan dihantar kepada setiap tetamu dan ini dinamakan air penyuci. Sekiranya perkahwinan berlangsung pada waktu siang, selepas makan tengahari barulah kedua-dua pihak berbincang tentang perihal pengantin dan susur galur mereka. Sekiranya dilangsungkan pada waktu malam, perbincangan dilakukan selepas tengah malam. Mereka akan berbincang dan golongan yang tertua akan melakarkan hubungan antara pengantin lelaki dan perempuan yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Sebelum perbincangan diadakan, tuai rumah sekali lagi akan menghidangkan minuman keras yang dipanggil air perangsang kepada para tetamu. Setelah mengetahui hubungkait kekeluargaan, denda akan dikenakan kepada mereka. Selepas itu barulah ibu bapa pengantin perempuan meminta berian. Terdapat nilai berian yang telah ditetapkan di kalangan masyarakat Iban. Pihak perempuan juga meminta bayaran memecah tangga iaitu sebilah beliung, bayaran pembuka pintu iaitu sebatang lembing, bayaran pembuka kelambu iaitu sebilah pedang dan pemberian kecil yang lain. Pihak lelaki pula meminta pencuci kaki , sebuah tempayan, sepasang tempat menggantung gong, penolak haluan iaitu sebatang sumpitan, kajang perahu iaitu sehelai kain pua kumbu dan beberapa pemberian kecil lagi. Selepas menjelaskan segala berian, mereka menetapkan pula syarat berhubung dengan berian sekiranya berlaku perceraian. Permintaan tersebut akan hilang setelah berlakunya perceraian yang tidak nyata. Sekiranya perceraian disebabkan oleh pihak lelaki, si suami wajib membayar balik berian yang diterimanya dahulu dan tambahan sebanyak RM50 sebagai denda. Sekiranya berlaku percubaan untuk mencemarkan nama mana-mana pihak, pihak yang bertanggungjawab akan dikenakan denda yang lain. Seterusnya upacara membelah pinang atau mengulang pinang akan dijalankan. Seorang perempuan akan membawa keluar tepak sirih dan kemudian membelah pinang tersebut . Pecahan pinang itu akan menentukan tempoh masa pengantin perempuan wajib tinggal di rumah suaminya. Kemudian seorang lemambang atau bomoh akan mengadakan upacara menidurkan anak dan mengejutkan anak itu semula dengan beberapa rangkap pantun. Seterusnya pinang tersebut akan diagihkan kepada tetamu dan diberi sarapan pagi. Upacara perkahwinan telah dianggap tamat dengan

menjalankan adat ini sekiranya tiada kesalahan adat yang dilakukan oleh kedua belah pihak. Jika tidak pengantin baru akan mandi di sungai untuk membersihkan diri. Untuk adat ini juga mereka perlu memegang sehelai kain yang panjangnya tujuh ela supaya kesalahan semasa perkahwinan itu akan hilang pada setiap individu. Selepas mandi, mereka menyembelih seekor babi sebagai korban dan juga sebagai penebus dosa pengantin. Setelah menyucikan diri, pasangan pengantin akan memakai pakaian masing-masing untuk pergi ke rumah pengantin lelaki pula. Di sepanjang jalan, rombongan perlu kelihatan gembira kerana segala kesalahan telah dihapuskan. Seterusnya sambutan yang meriah diadakan pula di rumah pengantin lelaki. Pada sebelah malamnya, kedua pengantin diiringi oleh pengapit masing-masing dan akan disandingkan di atas gong atau kerusi yang dialas kain tenun. Adat ini juga boleh disamakan dengan adat bersanding di kalangan masyarakat Melayu. Pasangan ini akan disaksikan oleh hadirin di rumah panjang tersebut. Seterusnya seseorang yang dipanggil tukang ganyangakan memulakan upacara. Ayam yang telah diikat kakinya kemudian dilepaskan dan mentera pun dibaca. Ayam yang telah disembelih itu akan diambil darahnya untuk disemah kepada pengantin. Istiadat ini akan diakhiri dengan jamuan makan dan minum. Selepas mengadakan majlis di rumah pengantin lelaki, sekali lagi majlis diadakan di rumah pengantin perempuan. Sungguhpun mereka telah sah sebagai pasangan suami isteri, mereka tidak boleh tidur bersama. Si suami masih tidur di ruai iaitu di bilik tetamu. Sebarang bunyi-bunyian yang didengar sepanjang berada di situ akan mempunyai maksud yang tersendiri samada baik atau sebaliknya. Ada pasangan yang terpaksa dipisahkan buat sementara waktu kerana mendapat petanda buruk.

Pengenalan Masyarakat Iban menguruskan sesuatu kematian itu mengikut adat-adat tertentu. Setiap adat yang dilakukan mempunyai maksud dan tujuan yang tertentu. Secara keseluruhannya adat kematian masyarakat ini merangkumi peringkat-peringkat berikut: Semasa kematian Orang Iban menguruskan mayat dengan penuh kemuliaan. Apabila ada kematian, semua saudara mara dan sahabat handai menghadirinya. Perkara pertama yang dilakukan sebaik sahaja mendapati seseorang itu mati ialah merapatkan mulutnya. Ini dilakukan oleh ahli keluarganya. Kemudian mayat dimandikan, disikat dan dikenakan pakaian yang sebaik-baiknya. Kedua-dua pintu rumah panjang juga perlu digalang dengan dua batang alu. Mereka percaya, jika perkara ini tidak dilakukan, hantu si mati akan membawa pulang roh si mati. Kemudia mayat diletakkan di tengagh-tengah rumah panjang dan dilingkungi dengan pua kumbu yang dipanggil sapat. Semua barang yang mahu dibekalkan bersama-sama mayat disediakan. Barang-barang itu dianggap sebagai bekalan si mati di dunia keduanya kelak (dunia selepas mati). Mayat itu juga tidak boleh ditinggalkan bersendirian. Seterusnya, seorang wanita yang mahir ditugaskan membaca doa. Dengan doa itu, roh si mati dipercayai dapat dibawa ke syurga tanpa sebarang halangan. Doa itu akan dibaca berterusan sehinggalah mayat dibawa keluar dari rumah panjang. Sepanjang malam sebelum pengebumian dijalankan, orang tua-tua akan berbincang tentang jangkamasa berkabung dan berpantang. Apabila mayat itu dimasukkan ke dalam keranda, mayat itu disuakan makanan menggunakan pinggan. Kemudian pinggan itu dipecahkan dan dibuang ke tanah melalui celahan lantai. Mayat itu kemudiannya ditaburi beras supaya petara tidak menyiksa mayat itu. Keranda

itu diperbuat daripada kayu yang baik oleh tukang mahir di kampung itu. Keranda itu biasanya dihias dengan ukiran yang mempunyai motif tradisional. Semasa pengebumian Setelah kawasan kubur ditetapkan, seekor ayam dikorbankan di atasnya. Darah ayam itu dikatakan sebagai persembahan kepada sempulang gana supaya menerima mayat itu. Ketika ini kaum wanita dilarang memasuki kawasan perkuburan. Lubang kubur digali tanpa menggunakan sebarang senjata tajam. Hanya tangan dan kayu sahaja yang boleh digunakan. Biasanya lubang itu sedalam tiga kaki sahaja kerana penggali kubur tidak boleh memasuki lubang itu. Apabila sudah digali, daun atau rumput hijau dielakkan daripada memasuki lubang itu. Jika daun atau rumput itu turut terkubur, mereka percaya roh si mati akan mengganggu orang yang masih hidup. Sebuah pondok kayu dibina di atas kubur untuk melindungi kubur. Barang-barang tertentu kepunyaan si mati diletakkan di dalam pondok itu. Umpamanya, jika si mati seorang pahlawan, senjata kepunyaannya diletakkan di situ.

Selepas kematian Masa berkabung bermula sebaik sahaja pengebumian selesai. Tempoh berkabung ialah tiga bulan bagi keluarga si mati dan sebulan bagi penghuni rumah panjang tersebut. Dalam tempoh itu unggun api dinyalakan di luar rumah selama tiga malam. Jika tidak, roh si mati akan pulang ke rumah dan mengganggu orang yang masih hidup. Mereka dilarang mengadakan sebarang majlis hiburan. Ahli keluarga si mati juga dilarang memakai barang kemas dan pakaian bewarna-warni. Setelah tempoh berkabung tamat, seorang lelaki yang dihormati dijemput untuk menjalankan upacara ngetas ulit sebagai tanda tamat berkabung. Tidak beberapa lama kemudian upacara bercerai bunga dijalankan supaya roh si mati berada di dalam keadaan aman. Manang atau dukun menyanyi sepanjang malam meminta supaya petara memisahkan roh si mati daripada roh orang yang masih hidup. Adalah dipercayai perpisahan tersebut akan berkekalan selepas gawai orang mati diselenggarakan.

Masyarakat Bidayuh merupakan masyarakat etnik Sarawak yang rata-ratanya mendiami kawasan bukit di luar bandar Kuching. Terdapat pelbagai suku kaum di kalangan masyarakat Bidayuh dan masing-masing mengamalkan pegangan serta adat resam yang tersendiri. Kebudayaan dan adat resam ini banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur ritual dan kepercayaan yang mereka anuti. Berikut dipaparkan adat resam masyarakat Bidayuh berkaitan kelahiran, perkahwinan dan kematian secara ringkas dan menyeluruh.

Kaum Bidayuh adalah masyarakat yang mendiami kawasan barat daya Sarawak, terutamanya Bahagian Serian, Kuching dan di barat Kalimantan. Mereka terdiri daripada empat pecahan etnik iaitu: 1. 2. 3. 4. Selakau/Lara (Daerah Lundu) Jagoi/Singai ( Daerah Bau) Biatah (Daerah Kecil Padawan) Bukar/Sadong (Daerah Serian)

Mereka kebanyakannya beragama Kristian. Hanya sebahagian sahaja yang menganut agama Islam dan animisme. Pada zaman dahulukala suku kaum bidayuh tinggal di rumah panjang. Lazimnya penempatan rumah panjang suku kaum Bidayuh terletak jauh di kawasan pendalaman dan tanah tinggi. Ini adalah bagi tujuan keselamatan iaitu sukar untuk dikesan oleh musuh.Struktur rumah panjang kaum Bidayuh tidak jauh bezanya dengan struktur rumah panjang masyarakat Iban di Sarawak. Atap rumah panjang kaum Bidayuh diperbuat daripada atap rumbia atau sagu, manakala dindingnya pula daripada buluh. Pelantar atau lantai rumah panjang pula diperbuat daripada papan atau buluh manakala tiangnya pula diperbuat daripada kayu belian. Rumah panjang Masyarakat Bidayuh terbahagi kepada 3 bahagian iaitu bilik utama, awah dan tanju. Bilik utama dapat kita samakan dengan ruang utama kediaman pada masa sekarang. Di dalam bilik ini masyarakat Bidayuh lazimnya meletakkan barang-barang peribadi milik keluarga dan keturunan mereka seperti Gong, tempayan, tembikar dan sebagainya. Ruang ini juga berfungsi sebagai tempat tidur di kala malam hari. Awah pula adalah bahagian pelantar di luar rumah panjang Masyarakat Bidayuh dan lazimnya ia bertutup dan beratap. Ia dapatlah disamakan dengan berandah rumah pada dewasa ini. Di "awah" masyarakat Bidayuh menjalankan aktiviti aktiviti harian mereka seperti menganyam, berbual, membuat peralatan bertani dan sebagainya. Ruangan Awah juga akan digunakan untuk sebarang upacara keagamaan seperti perkahwinan, pantang larang dan pesta-pesta tertentu seperti pesta gawai dan sebagainya. "tanju" pulaadalah bahagian terluar di dalam rumah panjang masyarakat bidayuh. Bahagian Tanju agag terdedah dan lazimnya ia tidak bertup mahupun beratap. Tanju lazimnya digunakan untuk Menjemur hasil tuaian masyarakat Bidayuh seperti padi, lada, jagung dan sebaginya.

10.1 Latar Belakang Nama Sarawak berasal dari nama Batang Sarawak atau Sungai Sarawak. Penemuan dan peninggalan sejarah di Gua Niah seperti tembikar, alat perkakas yang diperbuat daripada batu, serta lukisan pada dinding dua mcmbuktikan Sarawak sebagai negeri terawal yang didiami oleh manusia di Asia Tenggara. Sarawak ditadbir oleh Kesultanan Brunei sejak abad ke-15 yang membahagikan Sarawak kepada beberapa unit jajahan yang ditadbir oleh seorang pembesar yang mempunyai kuasa autonomi. Contohnya, Sungai Skrang ditadbir oleh Syarif Sahap dan Sungai Sarawak ditadbir oleh Pangeran Mahkota.

10.2 Masyarakat Sarawak Terdapat 27 kumpulan etnik di Sarawak yang mempunyai bahasa, cara hidup, dan budaya yang berbeza. Penempatan di persisiran pantai terdiri daripada orang Melayu dan Melanau. Penempatan di lembah sungai terdiri daripada orang Iban, Bidayuh dan Kenyah. Penempatan di pedalaman terdiri daripada orang Kelabit, Penan, dan Murut. Corak penempatan dan taburan penduduk yang berselerak menyebabkan masyarakat Sarawak kurang berhubung dengan orang luar dan, membentuk identiti kebudayaan tersendiri mengikut persekitarannya.

10.3 Kegiatan Sosiobudaya 1. Pendidikan Pendidikan tidak formal melalui cerita lisan dan kepercayaan turun-temurun seperti cara berburu dan memungut hasil hutan. Pendidikan formal dijalankan di masjid dan sekolah agama bagi kumpulan etnik beragama, Islam.

2. Peraturan dan adat resam Masyarakat beragama Islam mengamalkan cara hidup berasaskan ajaran Islam. Masyarakat bukan Islam pula berasaskan hidup yang telah diwarisi secara turun-temurun daripada nenek moyang. Tuai rumah ialah orang yang menjaga keselamatan dan keamanan di kawasannya. Beliau menyelesaikan masalah seperti perkahwinan, peraturan, penceraian, dan perayaan. Orang Iban mewarisi tajau yang berfungsi sebagai harta simpanan. Orang Kayan, Kelabit, dan Kenyah menindik telinga dan menggantung gelang timah atau tembaga sehingga cuping menjadi labuh. Orang Melayu Sarawak mengamalkan adat resam berasaskan agama Islam.

3. Kebudayaan Orang Melanau merayakan perayaan Kaul untuk menjamu Ipok yang mengawal laut. Orang Iban merayakan perayaan Gawai dan menarikan Tarian Ngajat. Orang Melayu Sarawak mempunyai tradisi yang dipanggil bergendang. Ia meliputi muzik, nyanyian, pantun, dan tarian.

4. Alat muzik Gendang, suling, sape, dan engkerurai.

5. Agama dan kepercayaan Orang Iban, Murut, Kelabit, Kenyah, Kayan, dan Bisaya percaya kepada animisme. Orang Melanau bukan Islam percaya kepada makhluk ghaib bernama Ipok. Orang Penan dikenali sebagai Penan nomad kerana hidup berpindah-randah dan dilarang menetap secara kekal. Orang Iban menyemak kawasan yang hendak didirikan rumah dan percaya petanda daripada bunyi burung beragai dan burung ketupung.

10.4 Kegiatan Ekonomi 1. Sara diri Mereka menanam padi huma, dan padi bukit, menjadi nelayan, memungut hasil hutan, dan berniaga secara kecil-kecilan. Ekonomi sara diri yang utama ialah berburu dan memungut hasil hutan.

2. Pertanian Pertanian utama ialah padi huma, padi sawah, lada hitam, dan sagu. Orang Iban, Bidayuh, dan orang Ulu menanam padi huma. Orang Kelabit menanam padi sawah dan terkenal dengan pengeluaran beras Bario. Orang Melanau mengusahakan perusahaan sagu. Orang Kedayan dan Murut menanam lada hitam.

3. Perlombongan Antimoni dan emas diusahakan oleh orang Bidayuh. Orang Cina mengusahakan perlombongan emas di Bau, Bidi, dan Paku.

4. Perdagangan Sarawak pernah menjalinkan hubungan perdagangan dengan kerajaan Melaka. Sarawak dikunjungi oleh pedagang dari China, Arab, India, dan Kepulauan Melayu. Hasil dari Sarawak ialah lada hitam, halia, kapur barus, emas, permata, ikan, dan sarang burung. Barang dari luar yang dibawa ke Sarawak ialah tembikar, sutera, barang logam, kain, dan barang perhiasan.

Sarawak

1. Nama berasal daripada Sungai Sarawak 2. ditadbir oleh Kesultanan Brunei dengan membahagikan pemerintahan Sarawak kepada beberapa unit jajahan 3. 27 etnik di Sarawak : Iban, Melayu, Bidayuh, Melanau, Kenyah, Penan, Punan, Kedayan, Kayan, Kelabit, Murut dan lain-lain lagi 4. Kawasan penempatan kumpulan etnik adalah seperti di persisiran pantai, lembah sungai, daerah pedalaman dan kawasan tanah tinggi 5. Pendidikan bumiputera dibahagikan kepada i. pendidikan formal ii. pendidikan tidak formal 6. Tuai Rumah

menjaga keselamatan dan keamanan di kawasan menyelelesaikan masalah perkahwinan, penceraian, peraturan dan perayaan menetapkan tarikh Hari Gawai atau Pesta menuai dan perayaan 'Beranyi'

7. Kegiatan ekonomi dipengaruhi


bentuk muka bumi kawasan penempatan suku kaum sumber alam

8. Etnik Melayu

Menanam padi sawah dan kelapa menjadi peniaga kecil-kecilan dan orang tengah dalam kegiatan perdagangan

9. Etnik Melanau

Menanam padi sawah Menjadi nelayan

10. Etnik Iban, Kayan, dan Kenyah


Menanam padi huma secara bergotong-royong Berburu dan memungut hasil hutan

11. Orang Bidayuh

Menanam padi huma Menjadi peladang

12. Kelabit

Menanam padi sawah Berburu Memungut hasil hutan

13. Bahan galian terpenting : Antimoni dan emas

SEJARAH SABAH DAN SARAWAK PENGENALAN Sejarah Sabah Sabah diambil alih oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (British North Borneo Chartered Company) pada 1881, nama Sabah ditukar kepada 'Borneo Utara'. Pada 1888 dan menjadi sebuah negeri naungan Empayar British. Hal ehwal dalam negeri masih diselaraskan oleh Syarikat. Pemerintahan Syarikat tamat pada 1946 dan ia menjadi tanah jajahan hingga menyertai Persekutuan Malaysia beserta Sarawak, dan Singapura pada 16 September 1963.Ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu, yang dikenali sebagai Jesselton semasa itu. Dalam peta Portugis Melaka 1604, Kota Kinabalu disebut sebagai Api-Api. Kota Kinabalu hanya digunakan empat tahun selepas Sabah memperolehi kemerdekaan pada 22 December 1967 sempena nama Gunung Kinabalu yang merupakan gunung tertinggi di benua ASEAN. Tun Mustafa Bin Datu Harun yang merupakan Ketua menteri pada ketika itu yang mencadangkan nama Kota Kinabalu. 1.1 Peta terawal Sabah yang dicetak. 1
1 W. H. Treacher (1891). British Borneo: Sketches of Brunai, Sarawak, Labuan, and North Borneo. The Project Gutenberg eBook. p. 95. Retrieved 15 October 2009

Terdapat pelbagai pendapat asal-usul nama Sabah. 2

2 Peter Chay,1988,SABAH The Land Below The Wind, Kuala Lumpur:Foto Technik Sdn Bhd: h.12

i.Sabah berasal daripada sejenis tanaman iaitu pisang yang dikenali sebagai pisang saba iaitu sejenis buah pisang yang dipanggil "SABBAH " atau "SAPPAH" oleh masyarakat Bajau. uga dikenali sebagai 'jaba'. ii. Berasal dari dialek melayu brunei bermaksud hulu sungai disebabkan kedudukan geografi Sabah dengan Brunei. iii. Berasal daripada perkataan Sabak yang membawa maksud tempat Gula Melaka dihasilkan. iv. Dalam bahasa arab, Sabah membawa maksud pagi, subuh, matahari terbit. Nama 'Sabah' pertama kali digunakan pada abad ke-15 oleh para pedagang. Catatan puisi Jawa Nagarakertagama yang dikarang oleh Prapancha pada tahun 1365 menyebut Sabah sebagai 'Seludang'. Dalam catatan Marco Polo sewaktu beliau singgah di Borneo, dikenali sebagai "BURNI" yang mungkin merujuk kepada Brunei.

Sistem pemerintahan Sabah terbahagi kepada tiga Kesukuan


Terdapat di daerah pedalaman. Hidup dalam kelompok yang kecil. Setiap kelompok dipisahkan oleh banjaran, gunung, bukit dan sungai. Contohnya: oKadazandusun oMurut oOrang Sungai

Kesultanan
Diamalkan di persisiran pantai barat dan timur Sabah yang ditadbir oleh kesultanan Sulu dan Brunei. Sultan Muyidin (Brunei) menyerahkan kawasan timur kepada Sultan Sulu kerana pertolongan menewaskan musuh. Ditadbir oleh dua kesultanan.

Ketua bebas Masyarakat Sabah Terdapat 30 etnik, iaitu: oKadazandusun oBajau oMelayu-Brunei oMurut oSuluk oOrang Sungai oKedayan oBisaya

1.2 Deklarasi Kemerdekaan oleh Donald Stephens pada 16 September 1963 Sebelum abad ke-16, pemerintahan terbahagi kepada tiga:i. sistem politik kesukuan ii. sistem politik kesultanan dan iii. sistem politik ketua bebas.

1.3 Sistem pemerintahan terawal di Sabah. MASYARAKAT SABAH Sejarah awal menunjukkan kehadiran penduduk primitif di Tingkayu yang dipercayai didiami oleh penduduk asal Sabah.3 Manusia primitif ini menggunakan alatan daripada batu. Terdapat sebuah gua di Tingkayu yang dipanggil Gua Baturong dipercayai telah tenggelam berjuta-utaan tahun dahulu dan hanya timbul apabila Tasik Tingkayuh kering. Gua Baturong dan Gua Madai dipercayai habitat manusia primitif yang menetap di Sabah. Manusia pada zaman itu sudah pandai menggunakan alatan tembikar, tembaga dan besi.Penduduk Sabah terdiri daripada pelbagai suku kaum, tidak kurang daripada 30 etnik. Etnik terbesar di Sabah adalah Kadazan Dusun, Bajau dan Murut. Suku kaum yang lain ialah Kedayan, Bisaya, Irranun, Rungus, Kimarang, Kwijau, Lundayeh, Ubian, Binadan, Orang Sungai, Tatana, Tagaas, Brunei, Suluk dan lain-lain. Taburan penempatan penduduk di Sabah adalah mengikut etnik.
3 Peter Chay,1988,SABAH The Land Below The Wind, Kuala Lumpur:Foto Technik Sdn Bhd: h.14

Kadazandusun Kaum Kadazandusun merupakan kaum yang terbesar di Sabah. Terdapat sekurangkurangnya empat teori mengenai asal-usul kaum kadazandusun. Teori Pertama: Kaum Kadazandusun berasal dari keturunan "Mongoloid" (Ivor H.N. Evans:1923 dan T.R. Williams: 1965); Teori Kedua : Kaum Kadazandusun berketurunan "Indo-Malayan" (T.R. Williams: 1965). Teori Ketiga : Kaum Kadazandusun adalah kacukan kaum China (Ivor H.N. Evans:1923 dan Owen Rutter:19220 Teori Keempat : Kaum Kadazandusun adalah keturunan orang purba Gua Madai. Terdapat juga mitos bahawa Kadazandusun berasal dari tempat ini - "NUNUK RAGANG".Terdapat 27 suku kaum di dalamnya. Antaranya ialah Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun

Pahu, Dusun Lotud, Bagahak, Dusun Labuk, Dusun Kimaragang, Tagahas, Tangara, Dusun, Rungus, Orang Sungai, Kuijau, Tambanuo, dan sebagainya. Kadazandusun membentuk 30%populasi Sabah yang terdiri daripada dua kaum, Kadazan dan Dusun digabungkan bersama kerana berkongsi bahasa dan budaya yang serupa. Bagaimanapun, bezanya etnik Kadazan tinggal di kawasan lembah dan secara tradisi terlibat dalam penanaman padi, sementara etnik Dusun tinggal di kawasan pergunungan di pedalaman Sabah. Tarian Sumazau merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun. Masyarakat Bajau Kumpulan etnik kedua terbesar di Sabah, kaum Bajau merangkumi 15 peratus populasi Sabah. bangsa Bajau adalah antara penduduk asal Nusantara dari kepulauan Belau (PALAU) di sebelah Timur hingga ke Sumatera di sebelah Barat dan dari Gugusan Kepulauan Irian di sebelah Selatan hingga ke Kemboja dan Myanmar (Burma) di Utara.Ada pendapat mengatakan bahawa Bajau berasal dari Johor. Ada juga yang mengatakan Bajau berasal dari Kepulauan Riau-Lingga di Indonesia dan ada pula yang mengatakan etnik ini berasal dari kepulauan Maluku. Bangsa Bajau atau Samah dapat dibahagikan kepada dua kelompok utama iaitu Palau (Bajau Laut) dikenali sebagai gipsi laut dan Samah (Bajau Darat) dikenali koboi timur kerana kepakaran menunggang kuda. Terdapat pelbagai suku kaum di kalangan masyarakat Bajau seperti Ilanun, Sulu dan sebagainya. Kebanyakan masyarakat Bajau mendiami kawasan persisiran pantai Semporna dan Kota Belud. Masyarakat Bajau beragama Islam dan mengamalkan adat resam seperti masyarakat Melayu di Semenanjung terdapat banyak persamaan di mana adat seperti berpantang, menempah bidan dan melenggang perut. Tarian Brunsai dan Limabai adalah tarian tradisional masyarakat Bajau.

Murut Kaum Murut merupakan etnik ketiga terbesar di Sabah, merangkumi 3% populasi Sabah. Secara tradisi, mereka menduduki kawasan pedalaman utara Borneo. 4 Mereka tinggal di rumah panjang yang dibina daripada buluh, rotan dan daun rumbia. Mereka penanam padi huma dan ubi kayu, sambil memburu menggunakan sumpitan dan menangkap ikan. Pakaian tradisi mereka dihiasi dengan hasil seni manik yang menarik.5 Tarian Magunatip dan Langsaran adalah tarian masyarakat Murut. Masyarakat Murut masih lagi mendiami pedalaman Sabah.
4 http://en.wikipedia.org/wiki/Sabah 5 Rita Lasimbang & Stella Moo-Tan, 1997.An Introduction To The Traditional Costumes of Sabah, Kota Kinabalu:Natural History Publications (Borneo) Sdn. Bhd dengan kerjasama Jabatan Muzium Sabah,h 25

Kaum etnik di Sabah menerima pendidikan tidak formal dan formal. Pendidikan tidak formal yang dipelajaridaripada keluarga ataupun masyarakat. Kemahiran yang dipelajari seperti memancing, memanjat, berburu, bertukang, menyumpit, bersawah dan menternak. Pendidikan formal sangat terhad, dijalankan di surau, pondok dan rumah guru agama. Menekankan pendidikan Islam seperti membaca al-Quran dan menulis jawi. Rumusan Kemunculan teori-teori ini menyebabkan agak sukar untuk menentukan asal usul nama Sabah pun begitu, daripada teori teori ini bila dikaji dan diteliti asal usul nama Sabah boleh diterima pakai adalah berasal dari pisang Sabbah hal ini adalah kerana pisang ini memang banyak terdapat di negeri Sabah. Hingga kini pisang ini masih sinonim dengan negeri Sabah dan jika dilihat dari segi sejarah, kecenderungan orang zaman dahulu kala menamakan tempat berdasarkan hasil bumi atau tumbuhan yang tumbuh suburnya disuatu kawasan. Sabah sememangnya kaya dengan masyarakat pelbagai etnik yang memiliki budaya dan adat resam yang berbeza. Perbezaan yang paling ketara adalah dari segi bahasa, agama, adat istiadat dan pegangan hidup termasuklah

kegiatan sosioekonomi dan budaya yang dipengaruhi oleh taburan kawasan yang didiami etnik etik ini. Namun begitu masyarakat Sabah masih boleh hidup dalam suasana rukun, aman dan damai, ini kerana walaupun mempunyai pegangan hidup yang berbeza namun setiap bangsa mengamalkan budaya saling hormat menghormati dan mempunyai tujuan yang sama iaitu membina kerukunan dan kesejahteraan masyarakat. Rujukan: Peter Chay,1988,SABAH The Land Below The Wind, Kuala Lumpur:Foto Technik Sdn Bhd: h.12-16 Richard A.Lind, 2003, MY SABAH Reminiscences of a Former State Secretary,Kota Kinabalu:Natural Publications (Borneo) Sdn Bhd:h.35,81-84 W. H. Treacher (1891). British Borneo: Sketches of Brunai, Sarawak, Labuan, and North Borneo. The Project Gutenberg eBook. p. 95. Retrieved 15 October 2009 Rita Lasimbang & Stella Moo-Tan, 1997.An Introduction To The Traditional Costumes of Sabah, Kota Kinabalu:Natural History Publications (Borneo) Sdn. Bhd dengan kerjasama Jabatan Muzium Sabah,h 25 http://en.wikipedia.org/wiki/murut

You might also like