You are on page 1of 4

Amali 5

Tajuk Sistem Penghadaman

Objektif I. Dapat mengenalpasti organ-organ yang terlibat dalam sistem penghadaman tubuh badan manusia . II. Dapat mengetahui enzyme enzyme yang terdapat di mulut , perut , usus seperti amylse enzyme , amino acid dan pepsin serta suhu enzyme untuk bertindak . III. Mengetahui bagaimana zat zat dan vitamin dapat diserapkan dalam darah dan tubuh badan yang lain . IV. V. Dapat mengetahui 7 kelas makanan , melalui menyediakan pyramid makanan . Memberi peluang untuk menyediakan sajian makanan dengan adanya 7 kelas makanan . VI. Dapat mengurangkan lemak dan gula dalam makanan seharian yang kita pilih .

Laporan 1. Penghadaman ialah satu proses penghancuran atau pengisaran makanan secara fizikal, kemudiannya diikuti dengan berapa proses kimia bagi

memecahkan molekul makanan yang kompleks menjadi molekul atau elemen yang lebih halus dan terasing bagi memudahkan proses penyerapan. Bahan yang tidak dapat dimanfaatkan atau dipecahkan akan dibuang menerusi proses seterusnya yang dikenali sebagai penyingkiran.

PENGHADAMAN Penghadaman bermula apabila makanan memasuki tubuh menerusi mulut. Poses ini juga turut melibatkan organ-organ lain seperti kelenjar liur, hati, pundi hempedu dan pankerias. Mulut Dalam mulut, makanan dipotong serta dikunyah oleh gigi dengan bantuan air liur yang melembutkan makanan dan memecahkan beberapa karbohidrat tertentu. Selepas kunyahan ditelan, gumpalan makanan yang dipanggil bolus memasuki kerongkong. Kerongkong Makanan dalam bentuk bolus dibawa ke perut melalui kerongkong menerusi gerakan peristalsis. Perut Cecair gastrik yang dibebaskan oleh dinding perut terus menguraikan secara pengisaran terutamanya ke atas bahan-bahan protein dalam makanan dengan tindakbalas asid hidroklorik serta enzim penghadaman pepsin kepada peptid. Makanan kekal di dalam perut sehingga ia berubah menjadi elemen separa cair yang dikenali sebagai chyme sebelum ia memasuki duodenam.

Usus kecil (Duodenum) Sepanjang duodenum yang panjangnya 30 cm, makanan terus diuraikan lagi oleh enzim penghadaman daripada pundi hempedu dan pankerias, juga cecair dari dalam usus kecil itu sendiri kepada bentuk makanan yang lebih halus lagi. 1 2 Hempedu Pankerias - Menyerap dan menguraikan lemak - amylase bertindak ke atas kanji.

Usus kecil (illium)

Di dalam illium sepanjang 6 meter ini, enzim-enzim tambahan yang dirembeskan oleh kelenjar-kelenjar di sepanjang usus kecil melengkapkan proses penghadaman. Nutriennutrien diserap menerusi dinding usus dan dihantar ke rangkaian pembuluh darah dan pembuluh limfa yang terdapat di sekitar usus. Manakala bahan-bahan yang tidak terhadam dibawa ke usus besar. Usus besar Air di dalam bahan-bahan yang tidak terhadam akan diserap di sepanjang usus besar, manakala bakinya akan memasuki rektum. Rektum Bahan-bahan sisa yang tidak terhadam akan dihantar bahagian akhir usus besar dan seterusnya dibuang keluar sebagai najis menerusi dubur. PENYERAPAN Penyerapan ialah satu proses apabila air, garam dan hasil pencernaan unsur makanan dari lumen usus diserap melalui membran ke dalam sel mukosa usus dan seterusnya ke dalam sistem peredaran darah untuk diedarkan kepada tisu sasaran di dalam tubuh. Sekiranya sistem yang terlibat dalam proses penyerapan ini rosak, maka nutrien tidak akan dapat disalurkan kepada sel-sel secara berkesan.

Pada tubuh manusia, kebanyakan penyerapan berlaku di dalam usus kecil. Secara umumnya, usus tidak boleh menyerap molekul yang lebih kompleks daripada gula heksosa (glukosa, fruktosa dan galaktosa), asid amino, asid lemak dan gliserol. Untuk memudahkan penyerapan hasil pencernaan, dinding usus telah dijadikan oleh Allah S.W.T. mempunyai permukaan yang luas bagi membolehkan penyerapan berlaku dengan lebih berkesan. Ciri-ciri dinding usus yang diperlukan termasuk: usus yang panjangmempunyai beribi-ribu vilus pada permukaan dinding dalam usus kecil dan duodenummempunyai beribu-ribu mikrovilus pada setiap sel mukosa dinding usus.

Tambahan pula, usus kecil mempunyai sistem kapilari darah yang luas supaya hasil pencernaan boleh diangkut dengan cepat dari tapak serapan ke hati melalui venal portal hati.Nutrien yang diserap ke dalam sistem peredaran darah, sebahagian besarnya akan dibawa ke hati melalui vena portal dan dari situ nutrien akan diedarkan ke tisu-tisu lain. Lemak yang masuk ke dalam sistem limfa akan dibawa masuk ke dalam duktus toraks dan kemudian ke dalam peredaran vena. Sebaik sahaja nutrien-nutrien masuk ke dalam tisu, satu proses osmosis berlaku dimana nutrien di dalam salur darah yang berada pada kepekatan tinggi akan diserap oleh sel-sel yang berada pada kepekatan rendah. Begitu juga akan berlaku perpindahan oksigen daripada salur darah kepada sel mengikut cara yang sama walaupun mekanismanya agak rumit.

You might also like