You are on page 1of 5

SANG KANCIL DAN GONG AJAIB

Pada suatu hari, Pak Belang berasa sangat lapar lalu merayaurayau untuk mencari makanan di dalam hutan. Pak Belang terserempak dengan Sang Kancil yang sedang berehat di bawah sebatang pokok. Dia bertanya kepada Sang Kancil, apa yang dilakukan oleh Sang Kancil di situ. Sang Kancil memberitahu bahawa dia sedang menjaga sebuah gong ajaib kepunyaan Raja Sulaiman. Pak Belang ingin memalu gong itu. Sang Kancil mengatakan bahawa dia hendak meminta kebenaran daripada Raja Sulaiman terlebih dahulu. Sang Kancil berpesan agar Pak Belang memalu gong itu setelah dia meninggalkan tempat itu. Kemudian, setelah Sang Kancil pergi dari situ barulah Pak Belang memalu gong itu. Apabila gong itu dipalu, keluarlah tebuan dengan banyaknya. Tebuan-tebuan itu menyengat badan Pak Belang. Pak Belang menjerit kesakitan. Akhirnya, Pak Belang mati di situ.

You might also like