You are on page 1of 2

Malam itu aku terlewat lagi untuk lelapkan mata...

dan itu adalah tragis yang selalu berlaku pada malam bukan hari minggu kerana movie-movie best di saluran Astro HBO,Fox dan sebagainya termasuk saluran 611 ke atas sentiasa mendorong aku untuk terus berbaring di hadapan muka tv yang tak HD tu dan mengkhatamkan kesemua cerita hingga lewat malam. Tapi bila tiba hari yang sepatutnya aku tidur lewat dan menikmati tidur yang panjang pada siang hari nyata sia-sia bila mata aku mengantuk terlalu awal kerana tiada apa boleh dilakukan untuk mengisi waktu malam minggu. Damm..!! Setiap kali punch card bulanan digantikan dengan yang baru nekad aku adalah untuk menidakkan ink merah melekat pada punch card bulanan yang baru. Malam itu aku terlewat lagi untuk lelapkan mata... Oleh kerana aku berada di tilam bercadar pink aku pda kadar 1/3 malam, memang sah subuh aku dan waktu ke pejabat ke laut merah terjaknya. Jadi alarm aku perlu disetkan dengan deringan yang tegar dan berantai. Kelopak mata belum lagi meberikan rasa pedih mengantuk, seperti biasa aku mencapai bahan bacaan aku yang dibeli pada tahun lepas di pesta buku PWTC bertajuk Misteri Firaun(Musuh Para Nabi) karangan Dr. Afareez Abd Razak Al-Hafiz , mengandungi 303 halaman mukasurat dan bacaan aku baru sahaja mencapai mukasurat yang ke 56 setelah 6 bulan dibeli, mungkin bacaan aku terlalu teliti, tapi rasan ya setiap kali aku mula membaca hanya sempat bertahan untuk dua halaman muka buku dan akhirnya ia membaca halaman muka aku. 2020 insyallah aku akan khatam semuany a. Harap-harap. Malam itu aku terlewat lagi untuk lelapkan mata... Alarm HP aku sentiasa disetkan dengan berantai pada setiap sempadan daerah waktu , kawasan masa pertama akan berdering adalah jam 5.30am, kedua 6.00am, ketiga 6.15am, keempat 6 .30am, kelima 6.45am, keenam 7.00am, ketujuh 7.15am, kelapan 7.30am, kesembilan 8.00am, kesepuluh 8.15am. Askar-askar deringan aku sentiasa menjalankan tugasnya dengan patuh dan sangat tepat pada waktunya pada kadar ulangan 3minit sekali sebanyak 5 kali. Jam yang ketujuh selalunya aku betul-betul terjaga, 7.15am, kadang-kadang tutup alarm dan tunggu untuk jam yang kesembilan. Punca kejadian lewat ke tempat kerja adala h berpunca dari kenikmatan sambung tidur selepas slide alam ke mood snooze, ketika itulah bantal dan tilam menjadi aset yang paling aku sayang untuk tinggal kan. Itu belum aku cerita part menunggu giliran untuk mandi, itu sangat cat shit!! Jam 8.05am aku keluar dari rumah dan untuk ke tempat kerja ianya memakan masa pa ling lambat pun 10 minit jika menaiki kereta. Ramalan cuaca menunjukkan hujan pada sebelah petang, aku mengambil keputusan unt uk memandu kereta ke tempat kerja. Aku perlu memandu agak pantas kerana jika aku pu nch jam 8.31am keatas maka kad aku akan dicemari noda ink merah. Jam 8.14am aku park kereta dan bergegas ke mesin punch card, dengan riaknya aku mancabut punch card dari slot dan memasukkannya k e ruang mesin punch... Treetttt... 8.16am... "ink warna merah jugak?" WTH punya mesin punch... Walaupun belum melebihi had waktu masuk kerja tapi ink merah sangat CAT SHITTT..!! Sebab yang merekod ke hadiran pekerja melalui punch card bukan main dewa rabunya... WTH punya mesin punch..!! Kasi adjust la wieeey..!!

Dan malam ini aku terlewat lagi untuk lelapkan mata... - Selasa 2.37am - 5.2.201 3

You might also like