You are on page 1of 3

Prosedur penyelidikan pendidikan

3.1 Menyatakan masalah kajian Masalah kajian merupakan istilah yang digunakan merujuk kepada isu atau persoalan pokok yang kita akan kaji.

3.2 Menetapkan objektif kajian

Objektif kajian menyatakan dengan spesifik perkara-perkara yang ingin diselidiki dalam sesuatu penyelidikan yang dijalankan. Ia juga menggambarkan pembolehubah yang terlibat dalam sesuatu penyelidikan.
3.3 Membentuk soalan kajian

Soalan kajian dibina berdasarkan objektif kajian. Soalan kajian mestilah jelas, tepat dan berfokus. Soalan kajian membantu penyelidik memberi halatuju yang jelas kepada proses penyelidikan dan meudahkannya menulis laporan penyelidikan
3.4 Menghasilkan hipotesis kajian Bagi kajian kuantitatif hipotesis digunakan untuk menentukan samada sesuatu yang dikaji itu benar atau salah, rawatan berjaya atau tidak dsbnya. (Kajian Experimental, kuasi-experimental, korelasi) 3.5 Melakukan tinjauan literatur

Tinjauan literatur diperlukan untuk membolehkan penyelidik mengetahui senario, perkembangan dan isu-isu yang berkaitan dengan penyelidikan yang akan dijalankan. Ia membantu penyelidik menyatakan masalah kajian, objektif dan persoalan kajian. Seterusnya teori-teori yang berkaitan dengan isu yang dikaji dan dapatan-dapatan kajian yang lepas boleh membantu penyelidik membincangkan dapatan kajiannya.
3.6 Merancang kaedah kajian

Menentukan instrumen, prosedur pelaksanaan kajian


3.7 Mereka bentuk kajian

Penyelidik perlu menentukan pendekatan kualitatif atau pendekan kuantatitaif yang akan digunakan. Apakah jenis penyelidikan yang akan digunakan. Penyelidik juga perlu menentukan apakah teknik pengumpulan data.

3.8 Menentukan prosedur persampelan Persampelan merupakan aspek penting dalam penyelidikan. Sampel yang betul perlu dipilih bagi sesuatu kajian supaya dapatan dari sampel boleh menggambarkan ciri populasi atau menggambarkan sesuatu kes atau sesuatu fenomena yang dikaji 3.9 Membina instrumen kajian

Instrumen ialah alat untuk membolehkan penyelidik membuat pengukuran atau membuat pengumpulan data. Instrumen yang sedia ada boleh digunakan. Jika instrumen belum ada penyelidik perlu membina instrumen yang diperlukan
3.10 Menyatakan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian

Instrumen yang akan digunakan perlulah ditentukan kesahannya. Terdapat beberapa kesahan yang perlu ditentukan, iaitu kesahan kandungan, kesahan konstruk dan kesahan muka. Seterusnya kebolehpercayaan instrumen juga perlu ditentukan. Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan (konsistensi) alat pengukuran
3.11 Menentukan prosedur pengumpulan data Prosedur pengumpulan data perlu dirancang dengan teliti supaya data yang dikumpul adalah mencukupi, tepat dan dapat menggambarkan dengan benar persoalan, isu, fenomena atau kes yang dikaji.

3.12 Mengumpul data

Selepas membentuk persoalan kajian atau hipotesis kajian, maka data perlu dikutip. Maklumat dapat diperolehi daripada berbagai-bagai sumber. Terdapat berbagai strategi dan teknik yang kita gunakan untuk mengumpul data-data atau maklumat dalam penyelidikan. Apa yang penting ialah strategi dan teknik yang dipilih mempunyai ciri-ciri kredibiliti, keobjektifan, kebolehanpercayaan, keesahan dan kebolehan untuk generalisasi.
3.13 Menganalisis data

Dalam langkah ini, penyelidik menganalisis data yang telah dikumpul itu dengan menggunakan kaedah yang paling sesuai untuk membuktikan persoalan kajian atau hipotesis yang dibentuk dapat disokong dan dan dibuktikan kebenarannya. Analisis secara kualitatif dan juga kuantitatif dapat dijalankan untuk menentukan sama ada objektif kajian dicapai atau tidak.
3.14 Membincang hasil kajian

Dapatan kajian haruslah dibincangkan, berdasarkan perbandingan dengan teori dan dapatan kajian-kajian yang lepas. Hasil perbincangan akan menghasilkan rumusan, penambahbaikan,cadangan dan Implikasi penyelidikan.

3.15 Melaporkan kajian

Setelah data diterjemah dan dibuat kesimpulan maka penyelidik perlu menulis laporan tentang apa yang didapati dalam kajian yang telah dilakukannya. Dalam laporan penyelidik perlu menulis tujuan kajian, menerangkan tentang latarbelakang kajian, objektif kajian, persoalan kajian atau hipotesis kajian, terangkan rekabentuk kajian, cara data di analisis, penerangan tentang dapatan kajian dan juga cadangan-cadangan yang perlu bagi menjawab masalah yang telah dikenal pasti.

You might also like