You are on page 1of 5

Kurikulum seni.

Tugasan 1

Jelaskan kandungan sukatan pelajaran seni visual STPM.

1.0. Pengenalan.

Sukatan pelajaran pendidikan seni visual STPM terdiri daripada tiga komponen utama
iaitu melibatkan aspek Teori Seni Visual (Apresiasi Seni Visual dan Teori Penghasilan, aspek
lukisan dan juga projek penghasilan karya. Ketiga – tiga aspek ini digunakan di dalam
pengajaran Pendidikan Seni Visual di peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).
Setiap aspek ini amat penting serta mempunyai peruntukkan masa yang telah ditetapkan oleh
Majlis Peperiksaan Malaysia.

Selain itu juga ketiga – tiga aspek itu mempunyai pecahan – pecahan di dalam sukatan
mata pelajaran tersebut. Pecahan – pecahan tersebut perlu diajar oleh guru kepada pelajar di
dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran. Setiap aspek mempunyai peruntukkan masa dan
guru perlu menghabiskan kesemua sukatan pelajaran dalam masa yang ditetapkan. Iaitu aspek
teori seni visual sebanyak 144 waktu manakala lukisan sebanyak 90 waktu dan projek
penghasilan karya adalah sebanyak 126 waktu. Waktu – waktu ini mempunyai pecahan
mengikut subtopik pengajaran.

2.0.Kandungan Sukatan Pelajaran Seni Visual.

2.1.Teori Seni Visual

2.1.1 Apresiasi Seni Visual.

i. Pengenalan Seni Visual

Tajuk ini merupakan pengenalan kepada Pendidikan Seni Visual untuk tingkatan
enam. Bahagian ini mempunyai peruntukan masa sebanyak 144 waktu dan terdapat
beberapa pecahan iaitu Pengenalan Seni Visual (23 waktu), Bahasa Seni Visual (34
waktu), pendekatan sejarah dan kritikan seni visual (57 waktu) dan teori penghasilan
(30 waktu). Kesemua topik tersebut mempunyai huraiannya untuk Proses Pengajaran
dan Pembelajaran (P&P).

Di dalam pecahan pertama Teori seni visual terdapatnya subtajuk Pengenalan Seni
Visual (23 Waktu) iaitu huraiannya adalah mengenai pengertian seni visual, Peranan
Seni Visual dan pengalamam estetik. Huraian pertama iaitu mengenai pengertian seni
visual yang menghuraikan tentang aspek pengkaryaan terutamanya di dalam aliran
seni halus dan seterusnya mengenai aspek perekaan yang melibatkan aspek – aspek
penting seperti komunikasi visual, reka bentuk teknologi, reka bentuk persekitaran
seperti landskap dan hiasan dalaman. Di dalam pecahan pertama ini guru perlu
menerangkan aspek – aspek tersebut kepada pelajar dengan jelas serta terperinci
supaya pelajar memahami pengertian pengkaryaan dan perekaan. Pelajar harus
mengetahui serta membezakan unsur tersebut iaitu unsur pengkaryaan yang
melibatkan penekanan makna dan estetik serta perekaan yang menekankan kepada
fungsi dan juga estetik.

Seterusnya huraian kedua adalah melibatkan Peranan Seni Visual dari sudut
Psikologi dan juga sosiologi. Dari sudut Psikologi guru perlu menerangkan unsur
kreativiti, sensitiviti, emosi dan juga ekspresi yang merupakan unsur – unsur penting
yang perlu difahami oleh pelajar. Manakala dari sudut sosiologi yang mana
memerlukan pelajar memahami tentang nasionalisme, persekitaran, propaganda, ritual,
pengeluaran serta perniagaan dan perdagangan. Kedua – dua sudut ini bertujuan
memberi kefahaman kepada pelajar terhadap peranan seni visual dari aspek
pembangunan potensi individu, kepentingan sosial dan kemasyarakatan. Selain itu
bertujuan menerapkan nilai – nilai yang terdapat di dalam peranan seni visual kepada
pelajar – pelajar tentang kepentingan seni visual kepada kehidupan.

Huraian subtajuk di dalam Pengenalan seni visual yang terakhir ialah mengenai
pengalaman estetik yang melibatkan pengalaman langsung serta pengalaman
intelektual. Kedua – dua pengalaman bertujuan untuk meningkatkan pengalaman
estetik iaitu keindahan di dalam diri pelajar. Manakala pengalaman intelektual boleh
disematkan ke dalam diri pelajar melalui pembacaan dan juga kajian.
ii. Bahasa Seni Visual.

Di dalam bahasa seni visual terdapat beberapa aspek yang diketengahkan iaitu
aspek formal yang terdiri daripada unsur seni, media dan juga teknik. Di dalam
unsur seni terdapat penerangan mengenai unsur garisan, jalinan, rupa, bentuk dan
juga warna. Manakala prinsip rekaan pula terdapatnya tujuh prinsip yang menjadi
prinsip dalam mereka bentuk seperti harmoni, kepelbagaian, keseimbangan dan
sebagainya. Seterusnya media pula menerangkan tentang media konvensional serta
media baru terutamanya di dalam penghasilan karya, teknik pula terdiri daripada
teknik konvensional dan juga teknik baru. Kesemua aspek – aspek ini perlu
difahami oleh pelajar terutamanya dalam menghasilkan karya seni.

Seterusnya terdapat aspek Makna/fungsi/konteks. Aspek ini mengenengahkan


perkara seperti aliran seni, kebudayaan, kepercayaan, persekitaran dan juga nilai
utiliti dan hiasan. Kesemua aspek yang terdapat dalam makna/fungsi/konteks ini
sangat penting serta bertujuan untuk memberi kefahaman terhadap pelajar tentang
asal – usul kesenian serta nilai – nilai yang terdapat di dalam Pendidikan Seni
Visual.

iii. Pendekatan Sejarah dan Kritikal Seni Visual.

Di dalam pendekatan sejarah dan kritikan seni visual terdapat beberapa konsep
yang diketengahkan untuk pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan ini
mempunyai masa pengajaran yang telah ditetapkan iaitu sebanyak 57 waktu.
Konsep – konsep yang terdapat di dalam di dalam pendekatan ini ialah konsep dan
kaedah sejarah seni visual serta konsep dan kaedah kritikan seni visual.

Konsep yang pertama iaitu konsep dan kaedah sejarah seni visual mempunyai
tiga bahagian iaitu maksud sejarah seni visual, tujuan sejarah seni visual dan juga
kaedah sejarah seni visual. Seterusnya di dalam konsep ini terdapatnya aspek
pengolahan karya, gaya penampilan, period dan juga makna. Kesemua aspek ini
bertujuan untuk memahami sejarah kritikan seni visual serta memahami konsep
kaedah tersebut.

Konsep yang kedua ialah konsep dan kaedah kritikan seni visual. Di dalam
konsep ini terdapat tiga aspek utama iaitu pengertian kritikan seni visual, tujuan
kritikan seni visual dan kaedah kritikan seni visual. Selain itu terdapatnya
pendekatan dan juga strategi di dalam kritikan seni visual iaitu pendekatan
jurnalistik dan ilmiah serta strategi diskripsi, analisis, interpretasi, dan
pertimbangan. Pendekatan dan strategi ini amat penting dalam terutamanya dalam
menilai karya seni visual.

2.1.2 Teori Penghasilan.

Teori penghasilan ini mempunyai peruntukkan masa sebanyak 30 waktu. Di


dalam teori penghasilan terdapatnya subtajuk dalam proses penghasilan iaitu
Pembetukan idea, pendekatan dan penjanaan idea, penterjemahan idea dan
penyediaan portfolio dan hasil karya. Yang pertama ialah Pembentukan idea iaitu
meliputi pengertian idea serta sumber idea. Di dalam pengertian idea terdapatnya
perkara penting yang diketengahkan seperti perancangan atau hasrat pemikiran, niat
atau tujuan, cita – cita atau aspirasi dan tipa induk (archetype). Manakala di dalam
sumber idea pula terdapat lima sumber asas yang boleh dijadikan sumber idea
sesuatu penghasilan karya iaitu melalui media massa, teknologi, persekitaran,
peristiwa dan juga melalui pengalaman.
Subtajuk yang kedua ialah pendekatan penjanaan idea. Subtajuk ini
mengenengahkan enam pendekatan dalam proses penjanaan idea iaitu peniruan,
penerokaan, temu bual, pembacaan, pemerhatian dan eksperimentasi. Penjenaan
idea ini bertujuan memperkukuhkan sumber idea yang telah diperolehi melalui
pengalaman, persekitaran, teknologi dan sebagainya.

Subtajuk yang ketiga ialah proses penterjemahan idea. Di dalam penterjemahan


idea terdapatnya permasalahan visual, penzahiran idea, pemilihan bahan dan teknik,
penghasilan karya sebenar, kemasan dan juga persembahan dan penilaian. Proses
ini merupakan proses penghasilan dalam pengkaryaan dan melibatkan aktiviti
psikomotor dalam menghasilkan karya.

Proses yang terakhir ialah proses penyediaan portfolio dan hasil karya. Proses
terakhir meupakan subtajuk terakhir bagi teori penghasilan. Proses terbahagi
kepada dua iaitu pengkaryaan dan perekaan. Di dalam proses pengkaryaan
terdapatnya cara penghasilan portfolio serta penghasilan karya. Proses ini penting
bagi menghasilkan karya mengikut disiplin pengkaryaan. Manakala perekaan juga
terbahagi kepada dua iaitu portfolio dan hasil karya.

2.2.Lukisan.

2.3.Projek penghasilan karya.

You might also like