You are on page 1of 27

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
XXXXXXXX

KAJIAN SEJARAH
TEMPATAN
TINGKATAN 2
NAMA DAN LAMBANG-LAMABANG
KEMEGAHAN SEKOLAH

NAMA : XXXXXXX
TINGKATAN : XXXXXXXX
NO.K/P : XXXXXXXXXX
NAMA GURU : XXXXXXXXXX
KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN M/S

1 PENGHARGAAN 1

2 OBJEKTIF KAJIAN 2

3 KAEDAH KAJIAN 3

4
HASIL KAJIAN

 ASAL USUL NAMA SEKOLAH 4


 SEBAB-SEBAB NAMA ITU DIPILIH 5
 TARIKH ITU MULA DIGUNAKAN 6
 LAMBANG-LAMBANG SEKOLAH 7
 IKRAR SEKOLAH 8
 VISI SEKOLAH
 FALSAFAH SEKOLAH
9
 PIAGAM PELANGGAN
 OBJEKTIF SEKOLAH 10
 MAKNA DAN LAMBANG-LAMBANG
11
TERSEBUT

5 RUMUSAN 12

6 LAMPIRAN 13

7 RUJUKAN 15

8 KOMEN GURU 16
~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~

Penghargaa
n
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~
~~~~~~~~~~~~
PENGHARGAAN…
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan kesyukuran
kepada Allah SWT kerana telah mengurniakan saya
kesihatan dan petunjuk untuk menyiapkan tugasan ini
dengan sempurnanya.

Saya dapat melaksanakan tugasan saya dengan


sempurna kerana bantuan dan kerjasama daripada
beberapa pihak. Oleh demikian, saya ingin mengambil
kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih
kepada Puan Pengetua, Puan Hjh Wan Jah binti Wan
Yaacob yang telah memberi kebenaran kepada saya untuk
melaksanakan tugasan saya.

Ribuan terima kasih juga saya ucapkan kepada En.


Mahdzir b. Mohamed, guru matapelajaran Sejarah yang
sentiasa memberi dorongan, galakan, dan nasihat kepada
saya semasa membuat perbincangan.

Tidak ketinggalan juga ribuan terima kasih kepada


ibu bapa dan rakan-rakan saya yang sentiasa memberi
galakan dan sumbangan agar saya dapat menghasilkan
tugasan yang lebih baik.Insyallah…

Sekian, Terima Kasih


[1]

~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~

Objektif Kajian
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~
~~~~~~~~~~~~
OBJEKTIF KAJIAN…

 Mengenal dan memahami sejarah


perkembangan sekolah

 Memupuk rasa cintakan sekolah

 Memupuk nilai murni dalam kalangan warga


sekolah

 Menguasai kemahiran mencari,mengumpul,


merekod,dan menganalisis maklumat
tentang
sekolah

 Mengenali lambang-lambang, misi dan visi


sekolah
[2]

~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~

Kaedah Kajian
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~
~~~~~~~~~~~~
KAEDAH KAJIAN…
~Kaedah kajian yang saya gunakan ialah:

 Temu bual
 Rujukan
 Melayari internet

Kaedah temu bual

Saya telah menemu bual Pengetua Sekolah Menengah


Kebangsaan Zainab (1), Puan Hjh Wan Jah bt Wan Yaakob dan
guru saya iaitu En. Mahdzir b. Mohamed. Pelbagai informasi
telah saya dapat daripada mereka semasa sesi temu bual
dijalankan. Oleh itu, lebih mudah untuk saya melakukan kerja
khusus ini.

Kaedah rujukan

Saya membuat rujukan melalui majalah-majalah sekolah


yang lepas dan tidak lupa juga di papan kenyataan yang
terdapat di sekolah. Di situ terdapat banyak unsur-unsur
sejarah sekolah yang dapat membantu serba sedikit kerja
khusus saya ini.

Melayari internet

Maklumat-maklumat tentang sejarah sekolah banyak


terdapat di interent. Oleh itu, semua yang saya perlukan bagi
melengkapi kerja khusus saya ini lebih mudah jika dirujuk
melalui laman web yang bersesuaian.
[3]

~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~

Hasil Kajian
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~
~~~~~~~~~~~~
ASAL USUL NAMA SEKOLAH…

Almarhun Tengku Mahmud Mahyidin ibni Almarhum Sultan Abdul Kadir


Kamaruddin
(1909 - 1954)

Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab (1) telah


diasaskan oleh Tengku Mahmud Mahyidin. Beliau merupakan
seorang tokoh yang telah banyak berjasa dalam bidang
pelajaran, ketenteraan, kebajikan dan pentadbiran.
Keperihatinannya terhadap pendidikan kanak-kanak
perempuan telah menjadi inspirasi yang mewujudkan Sekolah
Menengah Zainab - asalnya Goverment Girls' English School.

Pada 19 Disember 1037, Sekolah Menengah Zainab 1


seperti nama sekarang mula ditubuhkan. Pada masa itu, nama
asalnya adalah Government Girls English School atau nama
singkatan GGES. GGES pada mulanya menumpang di
bangunan kediaman lama Penasihat British di Kota Bharu.
Namun sejak tahun 1941 hingga 1947 GGES terpaksa ditutup
buat sementara waktu kerana Perang Dunia Kedua. Selepas
itu, GGES diubah nama menjadi Zainab Girls School (ZGS).
ZGS adalah pendorong kepada tertubuhnya Zainab Secondary
School (ZSS) pada tahun 1957 di tapak sekarang, iaitu Jalan
Telipot, Kota Bharu. Akhirnya pada tahun 1968 ZSS telah
diubah nama kepada Sekolah Menengah Zainab. Nama
sekolah kini diubah menjadi Sekolah Menengah Kebangsaan
Zainab (1) pada tahun 1994.

[4]

SEBAB NAMA ITU DIPILAH…

Nama Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab (1) di ambil


bersempena dan dengan izin baginda Raja Perempuan
Kelantan, iaitu Tengku Zainab bt. Tengku Zainal Abidin (Raja
Muda) bin Sultan Muhammad III. Nama Raja Perempuan
Kelantan dipilih bagi mencerminkan motif asal penubuhannya
yang bertujuan membuka peluang belajar secara formal dan
terancang kepada puteri-puteri bangsawan tempatan pada
waktu itu. Kini Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab (1)
menerima masuk semua pelajar perempuan daripada pelbagai
semua lapisan masyarakat sekitarnya.

Allahuyarhamah Tengku Zainab binti Tengku Zainal Abidin

Pemilihan nama baginda Raja Perempuan Kelantan juga


dibuat bagi mengenang jasa dan ketokohan baginda terhadap
pembangunan dan kemajuan sekolah khasnya dan negeri
Kelantan amnya. baginda merupakan seorang yang sentiasa
tersemat di hati rakyat kerana sikap baginda yang sentiasa
ramah mesra dan berjiwa rakyat.

[5]

TARIKH NAMA ITU MULA


DIGUNAKAN…

Pada 19 Disember 1037, Sekolah


Menengah Zainab 1 seperti nama sekarang
mula ditubuhkan. Pada masa itu, nama asalnya
adalah Government Girls English School atau
nama singkatan GGES. GGES pada mulanya
menumpang di bangunan kediaman lama
Penasihat British di Kota Bharu. Namun sejak
tahun 1941 hingga 1947 GGES terpaksa ditutup
buat sementara waktu kerana Perang Dunia
Kedua.

Tahun 1952 GGES diubah nama menjadi


Zainab Girls School (ZGS) sempena bangunan
barunya yang dibina di Jalan Merbau, Kota
Bharu. ZGS adalah pendorong kepada
tertubuhnya Zainab Secondary School (ZSS)
pada tahun 1957 ditapak sekarang iaitu di Jalan
Telipot, KOota Bharu. Akhirnya pada tahun 1968
ZSS telah diubah nama kepada Sekolah
Menengah Kebangsaan (1) pada tahun 1994 dan
[6]

LAMBANG-
LAMBANG
SEKOLAH…
1.Lencana Sekolah:

2.Moto Sekolah:
“Berusaha Lunas
Kejayaan”
3.Bendera Sekolah:
[7]
4.Ikrar Sekolah:
Kami warga Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab (1)
dengan ini penuh tekad dan iltizam berikrar akan
menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :

 Memastikan bahawa jadual waktu pembelajaran

diagihkan kepada semua kelas pada hari pertama


persekolahan.
 Memastikan semua pelajar dapat belajar pada hari
pertama persekolahan bermula.
 Memastikan semua buku teks diagihkan kepada
para pelajar yang layak pada minggu akhir
persekolahan.
 Memastikan semua pelajar diberi peluang untuk
menyertai aktiviti kokurikulum.
 Sentiasa bersedia memberi bimbingan dan menjaga
keselamatan pelajar.
 Memastikan para penghuni asrama berada dalam
keadaan terurus dan teatur.
 Menyediakan suasana dan iklim sekolah yang
penyayang, ceria dan cantik.
 Sentiasa bersedia memberi perkhidmatan
pendidikan mengikut keperluan zaman dan semasa.
 Sentiasa bersedia dan sanggup menerima
pandangan kualiti secara menyeluruh.

[8]
5.Visi Sekolah:
“SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
ZAINAB (1) MENJADI SEKOLAH KLUSTER
KECEMERLANGAN TERSOHOR DAN
BERTARAF DUNIA MENJELANG TAHUN
2012”

6.Falsafah Sekolah :
~Falsafah Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab
(1) berasaskan
slogan iaitu :

“Sentiasa Mengungguli Kilauan Zaman”

~Hal ini dinyatakan dengan lebih jelas lagi didalam


kandungan
Piagam Pelanggan Sekolah Menengah Kebangsaan
Zainab (1) :

7.Piagam Pelanggan :
Sekolah Menengah Kebangsaan zainab (1) atau
SEMENZA berjanji memberikan pendidikan
berwawasan, bermutu dan cemerlang dengan
kemudahan serta prasarana bermutu ke arah insan
penyayang, seimbang dan kamil.

SEMENZA juga menawarkan kerjasama dan


layanan mesra serta memberi maklumat kepada ibu
bapa sepanjang masa.

Kebajikan dan keselamatan guru juga


diutamakan disamping memberi penghormatan
yang wajar dan adil.

Disamping itu,pihak sekolah juga berusaha


secara dua hala bekerja dengan mesra dan
berkesan dengan Jabatan Pelajaran Negeri, Jabatan
Pelajaran Daerah dan semua pihak dalam menuju
kecemerlangan dan tiada kecacatan.
[9]
~ Selain ianya dinyatakan didalam Piagam
Pelanggan, Objektif
Sekolah juga mempunyai ciri-ciri falsafah
kearah sekolah kluster
kecemerlangan.

8.Objektif Sekolah :
 Mendidik dan membantu murid-murid dalam
perkembangan fikiran, moral, rohani dan
jasmani demi melahirkan insan yang sempurna
dan harmoni.
 Membawa dan mewujudkan iklim sekolah yang
sihat dan kondusif.
 Menyediakan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang kondusif untuk melahirkan
murid yang berpotensi, proaktif, inovatif,
kreatif dan kritis.
 Mewujudkan budaya sekolah ke arah
masyarakat berdisiplin, berdikari, penyayang,
harmoni dan patriotik.

~ Selain daripada Piagam Pelanggan dan Objektif,


terdapat 3 lagi
konsep yang menjelaskan tentang falsafah
sekolah iaitu :

 Sekolah Berwatak
 Sekolah Berkualiti
 Sekolah Berkesan
[10]

MAKNA DAN LAMBANG-


LAMBANG TERSEBUT…
-Keterangan Lencana-

Obor :
Jata Negeri
Kelantan : Melambangkan
semangat daya
Melambangkan saing yang kental
taat setia dan dan optimis
rasa cinta terhadap lawan
terhadap tanah demi masa depan
yang cemerlang.

Warna Biru dan


kilauan Perak :

Melambangkan
keharmonian
dan sumbangan
bakti murni
demi bangsa,
agama &

Peralatan Buku, Pen dan Kunci


Sukan :
Elambangkan sanjungan
Melambangkan paling tinggi terhadap
bidang sukan dan penguasaan ilmu
kokurikulum tidak pengetahuan dan
diabaikan demi penghayatannya yang
melahirkan menentukan tahap
generasi sihat kemahiran sabagai asas [11]
~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~

Rumusan
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~
~~~~~~~~~~~~

RUMUSAN…
Dalam menyiapkan kajian sejarah ini, saya telah
didedahkan banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan
tentang bagaimana Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab (1)
ini ditubuhkan dari masa ke semasa.

Selain itu, saya juga dapat banyak pengajaran yang


boleh saya tanamkan dalam diri saya. Dengan mengetahui
sejarah penubuhan sekolah ini, saya berasa begitu kagum dan
bertuah dapat menjadi pelajar di sekolah ini.

Sebagai akhirulkalamnya, saya dengan harapan,


semangat dan keikhlasan yang tinggi mendoakan agar
Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab (1) atau SEMENZA
terus maju demi melahirkan modal insan berminda kelas
pertama dan sejurus itu mencapai visi iaitu “Sekolah
Menengah Kebangsaan Zainab (1) menjadi sekolah
kluster Kecemerlangan tersohor dan bertaraf dunia
menjelang 2012”.

[12]
~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~

Lampiran
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~
~~~~~~~~~~~~
LAMPIRAN

Lencana Sekolah Menengah


Kebangsaan Zainab (1)

Bendera Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab (1)

[13]
Pintu Pagar Utama
Sekolah
Menengah

Kebangsaan Zainab (1)

Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab (1)

[14]
~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~

Rujukan
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~
~~~~~~~~~~~~

RUJUKAN
1.Orang Sumber 1:
Pn Hjh Wan Jah bt Wan Yaakob
Pengetua, Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab (1).

2.Orang Sumber 2 :
En.Mahdzir bin Mohamed
Guru Matapelajaran Sejarah, Sekolah Menengah
Kebangsaan Zainab (1)

3.Orang Sumber 3 :
En.Zamari bin Abd Wahab
Pen.Kanan Kokurikulum, Sekolah Menengah Kebangsaan
Zainab (1)

[15]

KOMEN GURU
_____________________________________________
_____________________________________________
_____________________________________________
_____________________________________________
_____________________________________________
_____________________________________________
_____________________________________________
_____________________________________________
_____________________________________________
___________________________

Di
semak oleh,

__________________

[16]

~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~
Sekian
Terima Kasih
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~
~~~~~~~~~~~~

You might also like