rakyat jelata bekerja untuk raja atau kerajaan. Pembesar menggunakan sistem kerah dan serahuntuk mendapatkan hasil. Hasil pendapatannya lebih lumayan dan ini kadang-kalamenyebabkan mereka lebih kaya daripada Sultan. Contohnya, Long Jaafar dan Ngah Ibrahimyang menguasai Larut. Long Jaafar telah berjaya mengekploitasi bijih timah di Larut. Namun,setelah perjanjian Pangkor ditandatangani, Ngah Ibrahim dikehendaki menerima seorangPenolong Residen. Menteri Ngah Ibrahim sebenarnya tidak menyenangi campur tangan Britishdi Larut tetapi tidak berani menentang secara terbuka.
Hal ini kerana Ngah Ibrahimmempunyai kekangan untuk mendapatkan kekuatan tentera yang mencukupi disebabkankekurangan punca pendapatan. Penempatan British di Tanah Melayu telah menghapuskansistem kerah.Manakala sebab kedua golongan pembesar menentang penjajahan British adalah keranamereka kehilangan kuasa memungut cukai. Hal ini bermaksud, kuasa ekonomi yang dimilikioleh golongan pembesar sebelum kedatangan barat, telah diambil alih oleh British. Pembesar di Tanah Melayu telah kehilangan kuasa mereka dalam aspek ekonomi. Hal ini secara langsungmenyebabkan pembesar tidak lagi mempunyai hak untuk memungut hasil dan cukai daripadarakyat kerana tugas ini telah dirampas oleh British. Senario ini jelas dibuktikan, seperti yang berlaku di Negeri Perak, semasa pentadbiran Birch. Beliau mengkehendaki semua cukaidikutip oleh pegawai kerajaan negeri.
Birch mahu kuasa mengutip cukai yang selama inidikendalikan oleh pembesar dihapuskan.
Birch melakukan demikian adalah untuk memperbaiki keadaan kewangan, menjelaskan hutang negeri dan membayar gaji pegawai- pegawai serta Residen. Namun, sebenarnya tindakan Birch itu adalah kerana ingin mengambilalih hak atau kuasa memungut cukai pembesar- pembesar Melayu. Langkah mengenepikan pembesar juga dianggap menyimpang dari amalan biasa masyarakat tempatan. Birch juga turutmemperkenalkan beberepa jenis cukai baru.
Ini termasuklah cukai ke atas padi, senjata, perahu, bayaran permit untuk membalak dan atap, menubuhkan satu pajak candu, minumankeras dan jadi.
Tindakan Birch ini telah membangkitkan rasa ketidakpuasan hati pembesar tempatan, kerana tindakan Birch ini telah melanggar adat tatasusila masyarakat Melayu.Keadaan ini akhirnya, telah mewujudkan penentangan oleh pembesar tempatan di Perak, iaituDato Maharajalela. Dalam penentangan itu, Dato Maharaja Lela melantik Pandak Indut untuk
3
Mohd. Isa Othman, 1999.
Gerakan Protes : Dalam Perspektif Sejarah Malaysia Pada Abad Ke- 19 dan Pada Awal Abad Ke-20
. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Hlm. 56.
4
Zainal Abidin Abdul Wahid, 1996.
Malaysia Warisan dan Perkembangan Edisi Kedua
. Kuala Lumpur : DewanBahasa dan Pustaka. Hlm 125.
5
Mohd. Isa Othman, 1999. Hlm. 27.
6
Ibid, Hlm 63.
7
C. D Cowan, 1961.
19th Century Malaya : The Origin of British Political Control
. London : Oxford UniversityPress. Hlm 302.
3