Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
28Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Penentangan di Kelantan

Penentangan di Kelantan

Ratings:

2.0

(1)
|Views: 6,483|Likes:
Published by golbex

More info:

Published by: golbex on Sep 13, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/07/2013

pdf

text

original

 
Penentangan di Kelantan
 
Pengenalan
Melalui Perjanjian Inggeris-Siam 1909, kuasa Kelantan telah dipindahkan oleh Siamkepada Kerajaan British. James Scott Mason dilantik sebagai Penasihat British yang pertama di Kelantan pada Julai 1909. Pada tahun 1910, British secara rasmi menguasaihubungan luar negeri Kelantan melalui Perjanjain Inggeris-Kelantan. Perjanjian ini jugamenegakkan hak British untuk melantik seorang Penasihat kepada Sultan Kelantan,Sultan Muhammad IV. Baginda mesti mematuhi nasihat Penasihat British dalam semua perkara kecuali yang berkaitan dengan agama dan adat resam orang Melayu. Perubahansosio ekonomi yang dibawa oleh British telah mengakibatkan pemberontakan di daerahPasir Putih pada 29 April 1915. 
British di Kelantan sebelum 1909
Kebangkitan menentang bermula sejak termeterainya Pengisytiharaan Inggeris-Siam1902. Menurutnya, seorang Penasihat berbangsa Inggeris bernama William AmstrongGraham dilantik sebagai Penasihat dan Pesuruhjaya Siam di Kelantan pada Julai 1903.Pada tahun 1904, W.A. Graham telah memperkenalkan beberapa perkara barudalam pentadbiran Kelantan. Pengenalan peraturan-peraturan baru ini menimbulkan rasatidak puas hati di kalangan rakyat Kelantan. Antaranya ialah:a.
 
Penubuhan beberapa jajahan baru seperti Kota Bahru, Hulu Kelantan dan Pasir Putih. Tiap-tiap jajahan ini ditadbir oleh seorang Ketua Jajahan. Sebuah balai polis juga didirikan di setiap jajahan. Sebagai contohnya, Encik Ibrahim menjadi KetuaJajahan dan Sarjan Che Wan menjadi Ketua Balai Polis di jajahan Pasir Putih. KetuaJajahan dibantu oleh 2 orang yang bergelar Tok Kweng atau Penggawa dan Tok  Nebeng atau Penghulu. Tok Nebeng bertugas menjaga keamanan dan memunguthasil dalam kampung masing-masing. b.
 
Pada tahun 1905, Undang-undang Hasil Padi diluluskan. Menurutnya, semua pemilik tanah perlu memberi maklumat yang tepat tentang kawasan tanah, hasil dankedudukan tanah kepada Tok Kweng.Perubahan-perubahan ini menjejaskan hak kuasa pembesar ke atas daerah masing-masing. Malah, kuasa Engku Besar Jeram dan Pasir Putih semakin berkurangan.Kebangkitan menentang British di Kelantan semakin hebat selepas tahun 1909.Pada tahun 1909, Kelantan dipindahkan daripada pemerintahan Siam kepada Inggerismenurut Perjanjian Inggeris-Siam (Bangkok) 1909. Ekoran ini, British melantik seorang penasihat di Kelantan untuk menasihati Sultan Muhammad IV dalam semua perkara,kecuali adat-istiadat dan agama Islam.Penglibatan British dalam pentadbiran Kelantan menimbulkan rasa tidak puashati. Mulai tahun 1910, perubahan yang agak radikal telah diperkenalkan oleh PenasihatBritish kepada sistem pentadbiran Kelantan. Malah pihak British menggunakan pegawai- pegawai Melayu dari luar negeri Kelantan untuk melaksanakan peraturan-peraturantersebut.Tindakan ini telah mencetuskan kebangkitan di daerah Pasir Putih, Kelantan padatahun 1915 semasa pemerintahan Sultan Muhammad IV. Kebangkitan ini dipimpin oleh
 
Haji Mat Hassan bin Munas, lebih dikenali sebagai Tok Janggut. Pembesar-pembesar lainyang menyertai pemberontakan ini ialah Engku Besar Tun Ahmad Jeram, PenghuluAdam, Haji Said dan Che Ishak Merbol. 
Sebab-sebab penentangan di Kelantan
1.
 
 Ketidakpuas hati Engku Besar Jeram
Engku Besar Tun Ahmad dan penduduk kawasan Jeram tidak puas hati dengancampur tangan British di jajahan Pasir Putih. Engku Besar adalah pembesar di daerahJeram. British campur tangan dalam pentadbiran Jeram dengan menasihati SultanMuhammad IV supaya membina sebuah pondok polis di Pasir Putih. KerajaanBritish juga campur tangan dengan melantik seorang Pegawai Daerah untuk mentadbir jajahan Pasir Putih yang dahulunya diletakkan di bawah Engku Besar Jeram. Perlantikan pegawai daerah ini menyebabkan Engku Besar Jeram kehilanganhak yang diwarisi turun-temurun sejak abad ke-18. Engku Besar Jeram seterusnyakehilangan kuasa, wibawa dan keistimewaan. Engku Besar Tun Ahmad hanya berkuasa sebagai Tok Kweng Muda, iaitu kedudukannya lebih rendah daripada Tok Kweng (penggawa). Sebelum perubahan ini, Tok Kweng adalah di bawah kuasaEngku Besar Jeram. Engku Besar juga telah kehilangan hak memungut cukai’sebaliknya, beliau terpaksa membayar cukai ke atas tanah yang menjadi hak miliknya seperti rakyat biasa. Engku Besar Jeram yang tidak puas hati dengan sistem pentadbiran British lalu menghasut pengikutnya Tok Janggut atau Haji Mat Hassansupaya bangun menentang dan mengusir British dari Pasir Putih. Tok Janggutdikatakan lebih lama menyimpan dendam dalam hati kerana ayahnya, iaitu PanglimaMunas dan abangnya Mat Tahir sebelum itu telah dibunuh atas perintah Sultan.
2.
 
 Pengenalan sistem cukai baru
Pentadbiran British telah memperkenalkan sistem pentadbiran dan peraturan baruyang menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk tempatan. Sebelum pengenalan peraturan baru, cukai atau hasil di Pasir Putih berdasarkan kepada jumlah hasiltahunan. Sekiranya jumlah hasil adalah sangat sedikit, dikecualikan daripada cukai.Tanah yang tidak dikerjakan atau diusahakan tidak dikenakan cukai, misalnya pokok  pinang kurang daripada 10 batang dikecualikan daripada cukai.Peraturan baru yang diperkenalkan oleh pentadbiran British tidak ada pengecualian. Pokok buah-buahan dikenakan cukai 12 ½ sen setahun, sirihdikenakan 5 sen sejunjung, lembu dan kerbau dikenakan 20 sen seekor, pokok-pokok kayu seperti temberu, mendung dan kapur yang hendak ditebang dikenakan cukai $1sebatang, tanah pula 60 sen seekar.Menurut undang-undang baru itu, cukai dikenakan ke atas tanah dan bukannya ke atas hasil tanah seperti dahulu. Sebelum itu, peraturan tanah padi tahun1905 amat longgar, iaitu hanya mewajibkan satu penjuru bersamaan 400 depa tanah padi dikenakan cukai 30 sen setahun. Kurang daripada 200 depa dikecualikan cukai.Selain itu, penduduk Pasir Putih dikehendaki melaporkan keluasan dan tempat tanahyang mereka miliki kepada Tok Kweng. Dengan demikian, rakyat telah dibebankandengan bermacam-macam jenis cukai yang diperkenalkan melalui sistem pentadbiran baru. Cukai tanah yang diperkenalkan oleh pihak British merupakansuatu yang baru bagi penduduk Kelantan. Cukai tanah yang dikuatkuasakan oleh
 
 pihak British adalah tetap. Cukai harus dibayar walaupun tanah tidak dikerjakan.Sekiranya gagal berbuat demikian, mereka akan didenda.Penduduk menghadapi kerumitan dalam pembayaran cukai kerana pejabat bayaran cukai hanya diwujudkan di daerah tertentu dan pejabat itu terletak agak jauh.Bayaran hanya boleh dibuat dalam waktu tertentu. Rakyat menghadapi masalahuntuk membayar dalam masa yang ditentukan. Pegawai-pegawai yang bertugas tidak cekap. Rakyat terpaksa datang ke pejabat beberapa kali untuk membayar cukai,misalnya, Tok Janggut telah datang beberapa kali untuk membayar cukai tetapi gagalmembayar dalam masa yang ditetapkan. Pegawai yang bertugas kadang-kala bersikap kasar kepada penduduk.Keadaan ini menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat kerana mereka berasakan perlaksanaan undnag-undang baru membebankan mereka berbandingdengan peraturan sebelum ini. Engku Besar kemudiannya mengarahkan Tok Janggutmenjalankan kempen agar penduduk Jeram dan seluruh jajahan Pasir Putih janganmembayar cukai. Dalam kempen ini, Tok Janggut mendapat bantuan dan kerjasamadaripada Penghulu Adam, Haji Said dan Che Ishak Merbol.
3.
 
Sikap pegawai British Daerah Jajahan Pasir Putih
Pada tahun 1912, British menggantikan Encik Salleh, seorang Melayu tempatandengan Encik Latiff yang berasal dari Singapura sebagai Pegawai Daerah JajahanPasir Putih. Beliau telah melaksanakan pelbagai cukai baru yang membebankanrakyat seperti cukai kepala, cukai buah kelapa dan cukai pokok buah-buahan. Encik Latiff merupakan seorang pegawai yang jujur dalam tugasnya. Beliau telah bertindak dengan tegas untuk melaksanakan undang-undang cukai yang baru diperkenalkanoleh British. Pegawai Daerah dan kakitangannya bersikap kasar terhadap penduduk di Pasir Putih. Mereka yang enggan atau lewat membayar cukai akan ditangkap dandidenda. Ada kalanya, rakyat yang lewat membayar cukai dimaki dan dicaci oleh pegawai-pegawai. Perbuatan yang kurang ajar ini telah menimbulkan kemarahanorang ramai. Perasaan tidak puas hati semakin bertambah apabila Encik Latiff telahmenawarkan kontrak bagi mengutip telur penyu dan kercut. Langkah ini mendapattentangan hebat daripada orang ramai yang sebelumnya boleh mendapatnya secara percuma tanpa dikenakan sebarang bayaran.
4.
 
 Pengaruh luar 
Pengaruh luar seperti Perang Dunia Pertama dan Dahagi di Singapura pada tahun1915 juga mempengaruhi penduduk Kelantan melancarkan kebangkitan terhadap pentadbiran British. Orang Kelantan percaya British akan mengalami kekalahandalam Perang Dunia I. Begitu juga apabila Dahagi meletus di Singapura pada tahun1915. Penduduk Kelantan mendapat berita bahawa tentera India berjaya membunuhorang Eropah secara beramai-ramai. Kesannya, kejayaan Dahagi ini menyebabkanorang Kelantan tidak lagi menghormati orang Eropah sebagaimana sebelumnya. 
Proses penentangan
Tok Janggut yang mendapat sokongan daripada Engku Besar Jeram Tun Ahmad dansokongan oleh Haji Said, Che Ishak, Penghulu Adam, Tok Husin, Tok Abas, Tok Labohdan Tok Deraman telah menjalankan kempen mempengaruhi penduduk Pasir Putihmenentang peraturan baru dan British.

Activity (28)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Py Chong liked this
Arbaiah Latulai liked this
Nik Nur Ameera added this note
tank Q :P
Dia Diana liked this
Ahmad Hilmi liked this
Al Amar liked this
Hasrul Farizul liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->