You are on page 1of 1

Kecemerlangan tamadun Asia seringkali ditenggelami oleh kejayaan tamadun barat.

Tamadun dunia hari ini sebenarnya terhutang budi kepada kecemerlangan pencapaian
tamadun Asia. Malahan tamadun Asialah yang menyediakan asas kepada pencapaian
sains dan teknologi dalam pelbagai bidang hingga memungkinkan manusia hari ini
mendapat manfaat yang besar. Tamadun Asia ini meliputi tamadun Arab-Islam, Mesir,
India, China dan Melayu. Pencapaian tamadun Asia ini meliputi bidang sains dan
matematik seperti astronomi, perubatan, kimia dan fizik. Manakala dalam bidang
teknologi pula pencapaian tamadun ini telah diakui sangat tinggi dalam bidang
pembinaan atau architecture. Selain itu sejarah telah mencatatkan pencapaian tamadun
Asia dalam bidang penciptaan seperti penciptaan kertas, kompas, alat-alat
pembedahan, sutera dan teknologi seni bina. Pada masa kini Asia juga telah
membuktikan keupayaan mereka dalam bidang kejuruteraan elektrik dan mekanikal.
Lantaran itu dapatlah dikatakan bahawa sarjana-sarjana hari ini sebenarnya
menyambung kecemerlangan sarjana-sarjana Asia dalam melakukan penerokaan,
pengubahsuaian dan penciptaan, (Research and Development). Bukanlah sesuatu yang
mustahil pada masa akan datang dengan semangat dan kesungguhan yang pernah
dimiliki oleh leluhur nenek moyang mereka dahulu, Asia akan bangkit sebagai pusat
ketamadunan sains dan teknologi dunia.

Adakah sains dan teknologi tamadun barat berkembang dengan pencapaian


kecemerlangan tamadun Asia?
Sejauh manakah kebenaran perkembangan teknologi tamadun Asia mendahului
kecemerlangan teknologi tamadun Barat.

You might also like