Sejarah Komputer Sejarah Komputer Sejarah komputer bermula pada awal tahun 1940-an. Pada tahun tersebut terciptalah sebuahkomputer elektronik pertama di dunia, ia dikenali dengan nama ABC (Atanasoff and BerryComputer). Komputer yang menempuh pencapaian yang membuka jendela komputer modenpada hari ini dicipta oleh Atanasoff bersama rakannya Berry. Ciptaan kedua-dua sahabat inimengira dengan menggunakan tiub hampagas.Pada dekad yang sama seorang lagi saintis bernama Eckert dan Mounchly berjaya menciptakomputer yang dikenali dengan nama ENIAC (Elektronic Numerator, Integrator,Analyser danComputer).Malangnya tujuan utama komputer dicipta ketika itu bagi tujuan peperangan.Saingan mencipta komputer semakin rancak apabila pada tahun 1949 terciptanya sebuah lagikomputer. Ia dikenali dengan nama EDSAC (Electronic Delay Storage Automatic Computer) diUniversiti Cambridge. Berbeza dengan tujuan komputer ENIAC dicipta, komputer ini digunakansebagai alatan am yang beroperasi di bawah kawalan atur cara tersimpan.Atur cara tersimpanmerupakan satu set suruhan tersimpan secara dalaman yang memandu komputer dan iamelalui langkah-langkah tertentu serta tersusun.Selepas itu pelbagai jenis komputer dicipta dan perlumbaan mencipta komputer yang lebihcanggih semakin hebat. Pelbagai jenis komputer, jenama dan kegunaan dihasilkan hinggalahke hari ini.