Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
33Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Politik Masyarakat Cina Di Malaysia

Politik Masyarakat Cina Di Malaysia

Ratings: (0)|Views: 1,664 |Likes:
Published by siew chang yee
Walaupun negara sudah merdeka 52 tahun masyarakat cina masih berada dalam dilema untuk mencari identiti sendiri di bumi malaysia yang tercinta.
Walaupun negara sudah merdeka 52 tahun masyarakat cina masih berada dalam dilema untuk mencari identiti sendiri di bumi malaysia yang tercinta.

More info:

Published by: siew chang yee on Sep 13, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/13/2013

pdf

text

original

 
POLITIK MASYARAKAT CINA DI MALAYSIA1.0PendahuluanSejarah kedatangan imigran Cina ke Tanah Melayu telah bermula sebelum Zaman KesultananMelaka lagi. Di mana pada abad ke 6, ada catatan yang menyatakan bahawa orang Cina yangterdiri daripada golongan pedagang telah sampai ke Kerajaan Tun Sun ( Johor ) tetapi bilangannya adalah kecil ( Lim Beng Lee, 1990: 1 ). Pada awal abad ke 15, hubungan perdagangan dan diplomasi yang baik antara Kerajaan China dan Kesultanan Melaka telahmembawa kepada pembukaan penempatan orang Cina di Tanah Melayu. Nanum begitu, penempatan ini hanya terhad di Melaka sahaja. Kewujudan penempatan-penempatan ini telahmenyaksikan kelahiran golongan Baba Melaka atau Cina Peranakan yang majoritinya berasaldari wilayah Fukien, China( Heng Pek Koon,1988 : 9 ). Sebagai antara imigran Cina yangterawal, golongan Cina Peranakan mendominasi perniagaan di Tanah Melayu khususunya di Negeri-Negeri Selat seperti Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Misalnya pada tahun 1819, pembukaan Singapura menyaksikan saudagar-saudagar Baba yang kaya telah berpindah keSingapura dan menguasai perniagaan lada hitam dan gambir di Singapura dan Johor.Pembukaan Pulau Pinang pada 1 Oktober 1786 dan Singapura pada 1819 merupakan titik tolak kedatangan imigran Cina ke Tanah Melayu dengan lebih ramai lagi. Ia semakin jelasmenjelang tahun 1820 di mana pada tahun 1820, terdapat 83000 orang Cina di Pulau Pinangmanakala pada tahun 1822 terdapat 1150 orang Cina di Singapura dan menjelang 1824, pupulasiorang Cina di Singapura berjumlah 31% ( 3,317 orang ) dan ia terus meningkat kepada 46% padatahun 1860 iaitu berjumlah kira-kira 28,018 orang ( Heng Pek Koon, 1988: 11 ). Mulai pertengahan abad ke-19, orang Cina telah berhijrah secara beramai-ramai ke Tanah Melayuakibat daripada pembukaan lombong bijih timah. Mereka bertumpu di kawasan-kawasan yangkaya dengan hasil timah seperti Larut, Kinta dan Selangor. Pada tahun 1850, hanya terdapat tigaorang Cina di Larut dan menjelang tahun 1872, ia meningkat kepada 40,000 orang dalam tahun1901.
1
 
Manakala di Kinta pula, pada tahun 1882, hanya terdapat kira-kira 4,000 orang Cina sahaja tetapimenjelang tahun 1888 ia menjangkau 38,000 dan pada 1889 orang Cina telah mendominasiDaerah Kinta dengan seramai 44,790 orang berbanding hanya 10,291 orang Melayu, 69 orangEropah dan 847 lain-lain bangsa ( Desmond Tate dan Chai Hon Chan, 1962: 15 ). Menjelangtahun 1901, orang Cina membentuk 46% daripada populasi di Perak dan 65% populasi diSelangor ( Gordon P Means, 1970: 26).2.0Perkembangan Awal Masyarakat Cina di Tanah MelayuPada dasarnya sebelum Perang Dunia Kedua, masyarakat Cina dilihat kurang berminat dengan perkembangan politik di Tanah Melayu. Kemasukan golongan imigran itu secara besar-besaransejak abad ke-18 dilihat bermotifkan ekonomi semata-mata. Kedatangan imigran Cina ke TanahMelayu telah membawa bersama-sama mereka warisan kebudayaan dan tradisi yang berbezadengan masyarakat tempatan. Mereka lebih bersikap menyendiri dan tidak menjalin hubunganyang rapat dengan masyarakat tempatan. Imigran Cina juga dilihat agak keberatan untuk memberi kesetiaan kepada institusi - institusi tempatan sebaliknya memperkuatkan ikatan dengannegara asal mereka. Keadaan ini sedikit sebanyak memberi masalah kepada Inggeris danmasyarakat tempatan. Ketiadaan polisi pemerintahan yang berkesan bagi mengawal aktiviti dankebajikan sosial golongan imigran ini telah membawa kepada kewujudan persatuan-persatuanuntuk menjaga kebajikan dan menyelaras kehidupan masyarakat Cina yang rata-rata datang keTanah Melayu sehelai sepinggang tanpa kenalan mahupun saudara. Dalam persekitaran yangasing ini, mereka berada dalam satu ‘kejutan budaya’ yang amat memerlukan mereka menyertai pertubuhan atau persatuan yang berfungsi dalam membantu, melindungi serta mempertahankankepentingan bersama.Pada peringkat awal, konsep persatuan yang dibentuk bertujuan untuk menjaga kebajikananggotanya dan ia lebih menumpukan kepada usaha-usaha untuk memperbaiki taraf sosial danekonomi ahlinya. Persatuan-persatuan ini kemudianya membentuk kelompok-kelompok tertentudan ia bergiat dalam bidang politik dan terus merosot menjaga kumpulan yang cenderung ke arah jenayah seperti merompak, menganjurkan pemogokan dan rusuhan. Sistem Kapitan Cinadiperkenalkan oleh Portugis setelah menawan Melaka pada 1511 ( Heng Pek Koon, 1988: 15 ).Kapitan Cina merupakan ketua masyarakat Cina yang dilantik bagi mengawal aktiviti sertakepentingan masyarakat Cina. Mereka dilihat sebagai perantaraan di antara kerajaan dengan
2
 
orang Cina. Sistem ini diteruskan selepas pengambil alihan Melaka oleh Belanda pada tahun1940. Manakala Inggeris pula terus menggunakan sistem Kapitan Cina di Negeri-negeri Selatsehingga tahun 1826. Ia diperlukan bagi menghadapi perkembangan imigran Cina yang semakin pesat menjelang pertengahan abad yang ke 19. Di samping Negeri-negeri Selat, sistem KapitanCina turut digunakan di Negeri-negeri Melayu yang masih dibawah kekuasaan Sultan Melayu.Kongsi gelap merupakan satu aspek sosial orang Cina. Ia adalah warisan daripada perkembangan di China. Kongsi-kongsi gelap telah ditubuhkan untuk mengguling DinastiManchu dan menghidupkan semula Dinasti Ming. Menurut V. Purcell ( 1967 ) , kongsi gelap diTanah Melayu berasal dari Tian Ti Hui yang digelar Triad Society. Di Tanah Melayu orang Cinatelah menubuhkan kongsi-kongsi gelap selepas British menduduki Pulau Pinang ( 1786 ) danSingapura (1819). Sejak tahun 1799 lagi, kongsi-kongsi gelap Cina telah mula menentang pentadbiran British di Pulau Pinang. Kegiatan kongsi-kongsi gelap ini dikatakan berusahamembentuk ‘empayar dalam empayar’ yang ingin menikmati faedah pemerintahan British dandalam masa yang sama, mengabaikan undang-undang yang didapati tidak sesuai dengan mereka.Menjelang 1875, terdapat 4 kongsi gelap di Tanah Melayu, iaitu kumpulan Ghee Hin , Ho Seng,Hai San dan Wah Sang ( Purcell,1967: 155-157 )L.A Mills ( 1966 ) dalam British Malaya !824-1867, menganggap kongsi-kongsi gelap di Negeri-negeri Selat sebagai
the Pirates and Robbers Co-operative Association
. Ini keranasebahagian besar anggota kongsi gelap terdiri daripada penjenayah yang terlibat dalam rusuhan, pergaduhan, kegiatan perjudian, rompakan dan pelacuran. Mereka dilihat sentiasa bermusuhanantara satu sama lain dan sering bersaing dalam menguasai sesuatu kawasan khususnya kawasan bijih timah. Di Larut misalnya, pertelingkahan anatara Ghee Hin dan Hai San telah mencetuskanPerang Larut sebanyak tiga kali iaitu Perang Larut I ( 1861 ), Perang Larut II ( 1865 ) dan PerangLarut III ( 1872 ).3.0Perkembangan Politik Masyarakat Cina di Tanah MelayuWang Gungwu (1970) dalam kajiannya terhadap politik Cina telah membahagikan orentasi politik masyarakat itu kepada tiga kumpulan utama. Ketiga-tiga golongan tersebut mempunyaivariasi perkembangan serta kepentingan yang berbeza. Golongan pertama terdiri daripadamereka yang masih mempunyai ikatan yang kukuh dengan negara China dan menunjukkan minat
3

Activity (33)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
siew chang yee liked this
June Choon liked this
Nor Aishah liked this
Chelsy Angel liked this
Nurhidaya Gani liked this
Nor Diana liked this
Marmi Abdullah liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->