Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
50Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
KESAN TEKNOLOGI TERHADAP ALAM SEKITAR

KESAN TEKNOLOGI TERHADAP ALAM SEKITAR

Ratings: (0)|Views: 3,636 |Likes:
Published by l0g Ka

More info:

Published by: l0g Ka on Sep 13, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as TXT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/05/2013

pdf

text

original

 
BINCANGKAN KESAN TEKNOLOGI TERHADAP ALAM SEKITARTeknologi telah banyak membantu manusia dalam kehidupan seharian. Contohnya,teknologi dalam bidang pengangkutan. Manusia sekarang tidak perlu lagi mengambilmasa berhari-hari berjalan kaki untuk sampai ke satu-satu tempat. Dengan menaikikapal terbang, mereka yang berada di Malaysia boleh sampai ke Jepun dengan hanyabeberapa jam sahaja. Tetapi, dalam kealpaan manusia memperkenalkan pelbagaiteknologi baru, kita lupa bahawa kita telah mengabaikan satu faktor yang amatpenting dalam hidup kita, iaitu alam sekitar. Kemusnahan alam sekitar semakinmeningkat, seiring dengan kemajuan teknologi di muka bumi ini berkembang.Sebagai contoh, penggunaan pestisid dalam bidang pertanian. Para petanimenggunakan pestisid bagi mengelakkan hasil tani mereka musnah dimakan olehserangga. Namun, penggunaan pestisid secara berlebihan boleh menyebabkanpencemaran, disamping mengganggu kitaran makanan dalam sesuatu populasi itu, sertamengakibatkan kepupusan atau kecacatan sesuatu organisma. Sebagai contoh, padatahun 1995 di Minnesota, ahli biologi mendapati hampir separuh daripada spesiskatak ‘leopard’ yang mereka tangkap untuk kajian mengalami deformasi denganmempunyai kaki lebih atau kurang daripada empat, tiada mata, dan juga mataterletak di bahagian belakang atau di bahu mereka. Ada juga petani yangmenggunakan baja nitrogen tanpa mengikut kadar yang dihadkan oleh undang-undang.Penemuaan baja nitrogen telah membantu peningkatan hasil tani disebabkan kadarimunisasi tumbuhan kepada jangkitan disamping membekalkan nutrien tambahan kepadatumbuhan tersebut. Namun begitu, penggunaan baja nitrogen yang berlebihan ke atastanah boleh menyebabkan masalah kualiti air yang mana dalam masa jangka panjangakan mempengaruhi haiwan akuatik. Amaun nitrat di dalam sistem akuatik adalahterhad, jadi ia mengehadkan pertumbuhan alga. Apabila hujan turun, iamenghanyutkan sekali baja tersebut ke dalam sungai serta tasik yang manamerangsang pertumbuhan alga, yang ada antaranya mengandungi toksik. Apabila algaini mati, ia terurai dan membebaskan toksik tersebut ke seluruh kawasan tersebut,yang boleh menyebabkan hidupan akuatik lain, termasuk ikan, mati.Selain daripada itu, perkembangan dalam bidang pengangkutan juga telah menyumbangke arah kemusnahan alam sekitar. Kenderaan akan mengeluarkan asap yang mengandungigas-gas merbahaya seperti karbon monoksida, karbon dioksida, ozon, serta nitrogendioksida, yang mana kesemua gas-gas ini dipanggil gas rumah hijau, merupakanfaktor utama yang menyumbang ke arah peningkatan pemanasan global. Pemanasanglobal berlaku kerana gas-gas ini menyerap radiasi inframerah iaitu haba diatmosfera. Pemanasan global mempunyai kesan yang sangat besar. Antaranyapeningkatan purata global aras laut. Satu kajian yang dilakukan dari 1970 hingga1990 menunjukkan bahawa keluasan laut yang diliputi ais di Antartik semakinberkurangan disebabkan ais itu telah mencair. Ketulan-ketulan ais serta glasier diseluruh bumi ini juga mencair dalam kadar yang meningkat setiap hari. Selain itu,disebabkan pemanasan global juga, jumlah organisma terjejas. Sebagai contoh, parapengkaji telah mendapati bahawa populasi zooplankton di California Current telahberkurangan sebanyak 80% semenjak tahun 1951 lagi, yang mana secara jelas jugakerana kawasan tersebut telah meningkat kepanasannya. Pengurangan zooplankton initelah menyebabkan keseluruhan rantai makanan ekosistem, populasi burung laut sertaikan yang memakan plankton turut berkurang.Yang terakhir, penggunaan teknologi yang mengandungi gas yang dinamakanchlorofluorocarbons atau dikenali juga sebagai CFSs. Contohnya seperti peti sejukyang digunakan untuk menyimpan makanan agar tahan lebih lama, aerosol yangdigunakan untuk membunuh serangga, serta pelarut dan pembersih dalam industrielektronik. CFCs merupakan penyumbang utama penipisan lapisan ozon. Penipisanlapisan ozon yang meliputi Antartika terjadi secara semulajadi beberapa bulansekali setiap tahun. Namun, pada tahun 1985, saintis mendapati penipisan telahterjadi dengan kadar yang lebih besar, iaitu sebanyak 67% berbanding tahunsebelumnya. Dan pada tahun 2000, keluasan kawasan yang menipis dengan cepat initelah berkembang sehinnga mencecah 28.3 milion km2. Penipisan lapisan ozon inimembawa impak yang sangat besar kepada hidupan bumi dengan membenarkan penembusan

Activity (50)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Krish Robert liked this
C Emos Ja liked this
Aisyah Adam liked this
Umi Umirah liked this
Sue Hada Daa liked this
Ct Khairunisa liked this
Nur Afiqah liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->