Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
13Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Lombong Bijih Timah Terdalam Di Dunia

Lombong Bijih Timah Terdalam Di Dunia

Ratings: (0)|Views: 2,717 |Likes:
Published by FATIHAH DAMSIS

More info:

Published by: FATIHAH DAMSIS on Sep 13, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/17/2013

pdf

text

original

 
Lombong Bijih Timah Terdalam Di Dunia
 
Perlombongan bijih timah di Sungai Lembing dibuka dalam tahun 1868 oleh Lim Ah Sam (Baba Assam).Pada tahun 1887 ianya diusahakan secara intensif oleh Syarikat The Pahang Corporation Limited.Syarikat ini telah ditutup pada tahun 1896 dan digantikan pula oleh Syarikat Peterson Simon sehinggatahun 1901. Pada Julai 1906, pengurusan lombong ini diambil alih pula oleh Pahang Consolidated Co.Limited sehingga tahun 1942. Kemudiannya di kendalikan pula oleh Syarikat Pahang Investment PublicLimited Co., yang kemudiannya ditutup pafa bulan September 1986 hinggalah ke hari ini. Ianya adalahmerupakan lombong bijih timah yang terdalam di dunia dengan kedalaman mencecah ke 2,400 kaki danpernah mempunyai pekerja seramai 4,000 orang pada satu ketika. Hasil bijih dari Sungai Lembing inidibawa ke Pasir Kemudi dengan keretapi. Kemudian di angkut dengan kapal asap ke Kuantan untukdieksport ke Singapura.
 
 
UMPAMA memasuki bilik kecil yang dipasang penghawa dingin 24 jam tanpa henti, begitulahsejuknya udara di dalam terowong bijih timah ketika memasuki bekas lombong di SungaiLembing, Pahang, kira-kira 40 kilometer dari Kuantan.Tanggapan awal mungkin suhu di dalam lombong itu panas disebabkan kedudukannya jauh kedalam bukit dan ke dalam tanah jauh meleset kerana kawasan perlombongan yang wujud sejak lebih 100 tahun dulu sebenarnya sudah dilengkapi sistem penghawa dingin menggunakan alamsemula jadi.Beberapa lubang angin yang disalut konkrit di dalam terowong itu masih kukuh dan sama sejak dikorek lebih 100 tahun dulu. Saiznya yang boleh memuatkan badan orang dewasa menghala ke puncak bukit sudah membayangkan bagaimana sistem itu berfungsi.Lubang angin itu disambungkan ke terowong utama di permukaan sebelum disambungkan keterowong menegak ke bawah tanah. Ia bertujuan memastikan udara panas di dalam terowongsentiasa bertukar ganti dengan udara baru yang masuk secara automatik melalui lubang di puncak bukit.Jika sistem pengudaraan di dalamnya teruk, sudah pasti beribu pelombong yang bekerja di situakan sesak nafas. Situasi sekarang jauh berbeza kerana ada pelombong dibekalkan tabungoksigen bagi kes kecemasan tetapi kemudahan itu masih belum wujud pada ketika itu.Kayu yang digunakan sebagai penahan hakisan di terowong daripada jenis kayu cengal jugamasih kukuh dan menurut beberapa bekas pelombong, kayu itu masih boleh bertahan hingga 50tahun lagi.
Lokomotif membawa bijih keluar dari lombong.
Satu fakta penting ialah Sungai Lembing adalah bekas lombong tertua, terpanjang dan palingdalam di dunia pada waktu itu, iaitu sedalam 971 meter (2,400 kaki). Sehingga tahun 1915,keseluruhan kawasan pembangunan meliputi kawasan seluas 40 batu dan lombong paling dalamiaitu ‘Nicholsons Shaft’ telah sampai ke aras 12,000 kaki dari permukaan.Mungkin ramai yang beranggapan hanya terdapat satu lombong bijih timah di Sungai Lembingyang dikendalikan oleh Pahang Consolidated Company Limited (PCCL), hakikatnya dalamlingkungan lapan batu persegi Sungai Lembing terdapat sembilan lombong berasingan.
 
Jika diambil kira jarak perjalanan jalan darat dari Kuala Lumpur ke Kuantan, Pahang,dianggarkan lebih 300 kilometer (km). Ini bermakna, sejak lebih 100 tahun dulu, sudah adalaluan terowong bawah tanah yang sama panjangnya dengan laluan itu yang berpangkalan diSungai Lembing.Ketika ini, jika memasuki bekas tapak lombong yang terletak di kawasan bukit, pengunjung akanmenemui dua pintu masuk dipanggil Muka Lombong yang turut menempatkan bekas tapak rumah jurutera di atasnya tetapi laluan itu ditutup kerana dianggap tidak selamat.Bersebelahan dengannya terdapat bekas bilik kecil di dalam bukit yang menempatkan ruanganmengisi granit, sejenis bahan letupan memecahkan batuan. Bilik itu juga mempunyai satu sistemlubang angin dan mempunyai dua lapisan pintu bagi tujuan keselamatan.Agak menyedihkan, ketika ini, bekas lombong yang pernah menjadi lubuk rezeki kepada lebih30,000 pekerja, penduduk tempatan dan sekitar kawasan itu boleh dikatakan tidak terjagasepenuhnya. Cuma tinggal sebuah muzium, tinggalan bangunan lama, bekas tapak kilang yanghampir musnah dan rumah kongsi serta deretan kedai lama.Ketika zaman kegemilangan perlombongan bermula tahun 1886 selepas orang Eropah menguasaiaktiviti di situ, British telah merancang bandar Sungai Lembing dengan sempurna termasuk menyediakan hospital muatan 85 katil pesakit, wad bersalin dan kanak-kanak.Pada 1966, kira-kira 85,000 pesakit luar mendapatkan rawatan di hospital itu termasuk bukankakitangan syarikat. Rumah kongsi dibina untuk kakitangan dan bekalan air serta elektrik disediakan dengan sempurna dan percuma.Pada 1948, sebuah sekolah rendah Inggeris, sekolah menengah Inggeris dan sebuah sekolah persendirian Cina dibina oleh syarikat bagi menampung kira-kira 2,000 orang murid di situ, bahkan di era kemuncaknya sekitar 1950-an hingga awal 1980-an, pekan Sungai Lembingmempunyai lebih 40 deretan bangunan kedai yang sentiasa sibuk dengan kegiatan harian.Pekan itu menjadi pusat perdagangan dan perniagaan terpenting di Pahang ketika itu denganmenjual pelbagai barangan keperluan, termasuk barangan bebas cukai. Tinggalan sejarahmenggambarkan kepentingan bandar ini di zaman kegemilangannya. Kepentingan bandar inimewujudkan satu sistem pengangkutan yang baik dengan bandar Kuantan.Berdasarkan situasi sekarang, yang ada cuma deretan kedai lama yang masih dikekalkan sebagaitarikan sejarah manakala bekas tapak kilang langsung tidak terurus. Laluan masuk melalui ‘mukalombong’ disahkan tidak selamat dan pelawat terutama pengkaji dan pihak berkuasa tempatanhanya dibenarkan masuk melalui pintu belakang.Agak menyedihkan, tinggalan itu termasuk bekas generator menjana kuasa elektrik untuk seluruh bandar Sungai Lembing dibiarkan begitu saja, bangunan kilang masih kukuh tetapi tidak mustahil dalam tempoh 10 tahun, ia akan terbenam dalam runtuhan kerana kedudukannya dilereng bukit terdedah kepada hakisan.Ia sepatutnya dijaga dan dijadikan tarikan pelancongan, bukan setakat melihat kesan tinggalan dimuzium tetapi lebih menarik jika pengunjung dibawa masuk ke dalam terowong dengankemudahan asas seperti bekalan elektrik disambung ke dalam laluan.
Info: 9 lombong di Sungai Lembing.
Lombong Willinks: paling besar dan penting, terbahagi kepada 3 bahagian iaitu: i.Willinks Kabang, ii. Willinks Simons dan iii. Willinks Myah
Lombong Gunung.

Activity (13)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Fazatul Ain liked this
Budax Comey added this note
x de maklumat langsung !!!!
hirmel liked this
Arifah Alias liked this
Arman Kasim liked this
Fairul Nizam liked this
colito_00 liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->