Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
13Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Perbezaan kata panggilan antara budaya Melayu dan Korea

Perbezaan kata panggilan antara budaya Melayu dan Korea

Ratings: (0)|Views: 1,439 |Likes:
Published by Napiesha

More info:

Published by: Napiesha on Sep 13, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/20/2013

pdf

text

original

 
1.0Pendahuluan
Filem yang saya gunakan ialah Seducing Mr Perfect. Filem ini merupakan filem Korea.Sinopsis bagi filem ini ialah Min Joon merupakan seorang yang amat percaya kepada cintasejati, amat yakin dengan lelaki yang dicintainya tetapi hasilnya, setiap kali bercinta Min Joonakan ditinggalkan oleh lelaki yang dicintainya. Pada suatu hari, Min Joon telah dikecewakandengan teruk oleh teman lelakinya.Min Joon telah ditinggalkan oleh kekasihnya sewaktu hari lahirnya. Sifat profesional dankeyakinan dalam kerjayanya akan hilang apabila dia bercinta. Pada suatu hari, Min Joon telahmelanggar sebuah kereta luar negara. Seorang lelaki muda keluar daripada kereta tersebutdalam keadaan marah. Untuk keluar daripada masalah ini, Min Joon telah berpura-pura tidakmemahami bahasa Inggeris. Tetapi akhirnya, berlaku sesuatu yang tidak terduga. Apabila MinJoon tiba di tempat kerja, barulah Min Joon mengetahui bahawa lelaki yang dilanggarnya pagitadi merupakan ketua barunya iaitu Robin. Min Joon terpaksa berhadapan dengan lelaki yangamat dingin dengan wanita. Tetapi akhirnya, Min Joon berjaya membuktikan bahawa cinta sejatimemang wujud iaitu antara Min Joon dengan Robin. Filem ini dibintangi oleh Uhm Jung-hwa( Min Joon ) dan Daniel Henney ( Robin Heiden ) sebagai watak utama.Seterusnya saya juga menggunakan dua drama Korea yang lain untuk mengukuhkanbukti penggunaan konsep hormat dalam budaya Korea. Drama yang kedua ialah Full House.Full House mengisahkan seorang perempuan yang bernama Ji Eun yang telah kehilangankedua-dua ibu bapanya akibat kemalangan jalan raya. Ji Eun menetap di sebuah rumah yangbernama Full House.
 
Pada suatu hari, rakan Ji Eun telah menipu dan menjual Full Housekepada Young Jae. Ji Eun terpaksa berkahwin dengan Young Jae semata-mata untuk terustinggal di Full House. Walaupun Ji Eun berkahwin dengan Young Jae secara kontrak, diamenaruh hati terhadap Young Jae. Dia menjadi sedih apabila Young Jae selalu melayannyadengan kasar dan apabila mengetahui bahawa Young Jae lebih mengambil berat tentang HaeWon. Tetapi akhirnya, Young Jae jatuh hati terhadap Ji Eun. Drama ini dibintangi Song HaeGyo ( Ji Eun ) dan Jung Ji Hoon ( Young Jae ) sebagai watak utama.Bahan ketiga yang saya gunakan ialah drama Coffee Prince. Drama ini mengisahkanseorang lelaki yang bernama Han Gyul. Han Gyul telah menolak untuk menguruskanperniagaan keluarganya, tetapi terpaksa menguruskan sebuah kafe atas arahan neneknya.
1
 
Han Gyul tidak mampu menolak permintaan neneknya lalu menceburkan diri dalam perniagaankopi gourmet. Pada suatu hari, Han Gyul telah berjumpa dengan Eun Chan iaitu seorang gadisyang berperwatakan ceria tetapi mempunyai personaliti yang tidak dapat dijangka dan mulamempelajari tentang cinta yang sebenar.
2.0
Objektif dan batasan kajian
Objektif kajian ini adalah untuk melihat perbezaan penggunaan konsep hormat secara verbaldan bukan verbal dalam kedua-dua budaya iaitu budaya Korea dan budaya Melayu. Konsephormat verbal ini akan tertumpu kepada penggunaan kata ganti nama, kata panggilan, katapanggilan kekeluargaan, penggunaan bentuk hormat dalam kata kerja dan adjektif dalam datayang telah didapati. Manakala untuk konsep hormat bukan verbal akan dikaji dari segi tingkahlaku yang menunjukkan bentuk penghormatan kepada orang lain.Bentuk data yang akan saya gunakan untuk menganalisis perbezaan ini ialah sarikatabahasa Inggeris dan bahasa Melayu dalam ketiga-tiga cerita yang telah saya pilih. Selain itu,saya juga turut mengkaji penggunaan bahasa Korea dalam mengungkapkan konsep hormatsecara verbal dalam ketiga-tiga cerita tersebut.
3.0
 
Kaedah dan masalah kajian
Saya memperoleh bahan kajian daripada filem Seducing Mr Perfect, Full House dan CoffeePrince. Ketiga-tiga bahan ini merupakan bahan daripada bahasa Korea. Filem Seducing Mr.Perfect merupakan salah satu filem yang telah digunakan dalam kursus HMT228 iaitusosiolinguistik. Namun pada masa tersebut, filem ini tidak dikaji terlalu mendalam dari segipenggunaan konsep hormat. Oleh sebab itu, saya telah memilih filem ini. Manakala filem FullHouse dan Coffee Prince pula hanyalah bahan tambahan yang saya akan gunakan untukmengukuhkan bukti bagi konsep hormat ini.Saya telah mengeluarkan data daripada ketiga-tiga cerita ini dengan menggunakanperisian
Power DVD.
Selain itu juga, proses penulisan sarikata telah dilakukan denganmenggunakan
Microsoft Word 2003
. Saya hanya memilih data yang berkaitan dengan tajuksaya sahaja. Oleh itu, saya tidak mengeluarkan keseluruhan sarikata ketiga-tiga cerita Koreaini. Perkara di atas hanya melibatkan kosep hormat secara verbal sahaja.
2
 
Data bagi konsep hormat secara bukan verbal pula dilakukan dengan menggunakankamera. Babak yang berkaitan dengan konsep hormat secara bukan verbal akan diberhentikanseketika dan seterusnya saya akan menangkap babak tersebut. Saya turut juga menggunakanbahan dari internet terutamanya bahan daripada bahasa Korea untuk lebih memahamipenggunaan konsep hormat dalam masyarakat Korea. Selain itu juga, bagi budaya Melayupula saya mencari bahan dari perpustakaan Universiti Sains Malaysia dan juga dari internet.Terdapat pelbagai masalah yang terpaksa saya hadapi dalam mencari dan mengumpulbahan-bahan kajian ini. Masalah yang pertama ialah semasa hari pemberian tajuk filem kepadapensyarah saya. Tajuk filem saya telah dibantah penggunaannya kerana telah digunakandalam kursus bahasa Melayu sebelumnya. Namun akhirnya, majoriti rakan-rakan sayamembenarkan saya menggunakan filem Seducing Mr Perfect kerana saya telah mengeluarkandatanya. Masalah yang kedua ialah saya menghadapi kesukaran untuk memahami pertuturanpelakon Korea yang begitu laju. Masalah ini bertambah sukar kerana saya bukanlah penutunatif bagi bahasa Korea. Namun berkat kesungguhan saya, akhirnya saya dapat jugamemahami sedikit sebanyak bahasa Korea.
4.0
Dapatan dan analisis kajian
Komunikasi verbal ialah komunikasi yang menggunakan pertuturan atau penulisan untukmenyampaikan makna ( Rudolph E.Busby & Randall E. Majors : 39 ). Oleh itu konsep hormatsecara verbal ialah bentuk hormat yang disampaikan melalui pertuturan atau penulisan.Budaya Korea mempunyai banyak perbezaan dengan budaya Melayu dalam mengungkapkankonsep hormat.Bahasa Korea menunjukkan amalan yang penting dalam perhubungan penutur ataupenulis dengan kedua-dua subjek dalam ayat dan audien. Tatabahasa Korea menggunakansatu sistem hormat yang ekstensif untuk menunjukkan hubungan antara penutur dengan audien( Wikipedia : 13 Feb 2009 ). Konsep hormat dalam bahasa Korea ditunjukkan denganmenggunakan kata nama hormat yang khas ( ibid : 13 Feb 2009 ). Bentuk hormat ini jugadigunakan dalam semua kata kerja dan kata adjektif ( ibid : 13 Feb 2009 ). Hal ini dapat dilihatdaripada data yang diambil daripada ketiga-tiga filem Korea dalam lampiran 1.
3

Activity (13)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Farah Refa liked this
Ni Yashriy liked this
mine80 liked this
Kay Tie liked this
Nur Nadia Rais liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->