You are on page 1of 25

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PROGRAM KAJIAN TINDAKAN

Pembiayaan
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

MENINGKATKAN PENGUASAAN PENULIS ESEI DALAM MATA


PELAJARAN PENGAJIAN AM MENGGUNAKAN TEKNIK “IN-OUT
PROCESS” DAN “OUT-IN ENVIRONMENT”

Oleh:

ABD MALEK BIN SELAMAT,


SMK KHIR JOHARI, 35900 TANJONG MALIM,
PERAK DARUL RIDZUAN
PENGHARGAAN

‫رﺤﻴم‬‫ﺮﺣﻤن اﻟ‬‫ﻢ ﺁﷲ ﺁﻠ‬‫ﺒﺴ‬


‫اﻟﺴﻼﻢ ﻋﻟﻳﻜم ﻮﺮﺣﻣﺔ اﷲ ﻮﺑرﻜﺎﺗﻪ‬

S
etinggi kesyukuran saya rafa’kan kepada Allah S.W.T. kerana dengan izin-Nya
kajian ini dapat disempurnakan walaupun melalui proses ‘dingin beku’ yang agak
panjang.. Penghasilan Kajian Tindakan ini merupakan sebahagian sumbangan
pendidik dalam merealisasian slogan guru adalah seorang penyelidik di sekolah.

Setinggi terima kasih kepada Pn.Hajah Noraini binti Haji Yeub Sidi, Tuan Pengetua
SMK Khir Johari, Tanjong Malim serta pihak pentadbir yang lain kerana memberikan
sokongan dan dokongan yang padu kepada guru-guru yang terlibat dalam menjayakan
program ini. ‘Hutang budi dibawa mati’.

Terima kasih juga kepada Pengerusi Unit Kajian Tindakan Sekolah terutamanya En.
Sivanesan a/l Palaniapa Pillai (juga Jurulatih Utama Kajian Tindakan Negeri Perak)
kerana tidak jemu-jemu ‘meniupkan’ semangat kepada saya untuk menyudahkan kajian
ini kerana adakalanya semangat saya terlalu malap dan hampir padam.

Terima kasih juga kepada anak-anak didik tingkatan 6 Atas Waja kerana sudi memberi
kerjasama yang sangat tinggi sebagai sampel kajian ini. .

Terima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan kepada saya dalam
menjayakan program ini sama ada secara langsung atau tidak secara langsung.

Sesungguhnya tiada apa yang mampu dihulurkan melainkan ucapan terima kasih semoga
ia akan mendapat setinggi-tinggi ganjaran di sisi Allah S.W.T.

Terima kasih

‫ﻮاﻟﺴﻼﻢ ﻋﻟﻳﻜم ﻮﺮﺣﻣﺔ اﷲ ﻮﺑرﻜﺎﺗﻪ‬


ABD.MALEK BIN SELAMAT
SMK Khir Johari, 35900 Tanjong Malim.

25 JULAI 2009

i
ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah penulisan esei laras sastera dan sains
dalam mata pelajaran Pengajian Am Kertas 2 (900/2) STPM. Para pelajar dilihat sukar
membezakan antara isi-isi laras sastera dan sains. Kajian ini melibatkan seramai 41 orang
pelajar tingkatan Enam Atas Waja. Tinjauan awal mendapati para pelajar ramai yang
gagal mendapat markah yang baik kerana silap dalam memilih isi. Hal ini lebih kelihatan
dalam esei laras sains. Ramai yang menulis isi laras sastera dalam esei laras sains.
Justeru, kajian ini memberikan fokus terhadap bagaimana untuk membezakan isi-isi laras
sastera dan sains. Untuk itu teknik “In-Out Process” dan “Out-In Environment” telah
diperkenalkan. Kajian ini melibatkan tiga tahap pusingan. Secara umumnya melalui
teknik ini para pelajar dilihat dapat meningkatkan penguasaan teknik penulisan esei laras
sastera dan sains.

ii
KANDUNGAN Muka Surat

Penghargaan i
Abstrak ii
Kandungan iii

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU 1

2.0 ISU KEPRIHATINAN 2

3.0 OBJEKTIF KAJIAN


3.1 Objektif Umum 2
3.2 Objektif Khusus 3

4.0 KUMPULAN SASAR 3

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 3


5.1 Tinjauan Masalah 3
5.2 Analisis Tinjauan Masalah 4
5.3 Tindakan yang Dijalankan 5
5.3.1 Konsep “Out-In Environment” 5
5.3.2 Konsep “In-Out Process” 6
5.4 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian Serta Penilaian 7
5.4.1 Aktiviti 1 7
a. Pelaksanaan 7
b. Pemerhatian 8
c. Penilaian 9
d. Refleksi 10
5.4.2 Aktiviti 2 10
a. Pelaksanaan 10
b. Pemerhatian 11
c. Penilaian 11
d. Refleksi 12
5.4.3 Aktiviti 3 13
a. Pelaksanaan 13
b. Pemerhatian 13
c. Penilaian 14
d. Refleksi 15
6.0 REFLEKSI KAJIAN 15
6.1 Penilaian Pencapaian Pelajar 15
6.2 Rumusan Pemerhatian Aktiviti-Aktiviti yang Dijalankan 16

iii
6.3 Refleksi Tentang Proses Pengajaran dan Pembelajaran yang Telah
17
Dijalankan Secara Keseluruhan
7.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya 17

BIBLIOGRAFI 18

LAMPIRAN

iv
1. Refleksi Pembelajaran Lalu

Setelah menjalankan kajian tindakan dengan menggunakan Teknik Konstruk Efektif

Minda (TKEM) pada tahun 2008, saya mendapati ada satu lagi masalah yang perlu

ditangani bagi meningkatkan mutu penghasilan esei para pelajar. Masalah tersebut

berhubung kait dengan bagaimana hendak membezakan teknik penulisan esei laras

sastera dan sains dalam mata pelajaran Pengajian Am Kertas 2.

Setelah sekian lama memerhati pola jawapan pelajar, masalah ini lebih ketara dalam

penghasilan esei laras sains. Apa yang kera berlaku ialah, teknik menjawab esei laras

sastera digunakan dalam menjawab esei laras sains. Hal ini menyebabkan pelajar akan

mendapat markah yang rendah atau esei tersebut diklasifikasi sebagai menyeleweng

sepenuhnya.

Bukannya saya tidak pernah memberitahu kepada para pelajar bagaimana hendak

membezakan teknik penghasilan esei laras sastera dan sains. Malah, hampir setiap kali

pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan esei, saya akan menegaskan

kepada mereka apa yang sepatutnya mereka lakukan. Walau bagaiamnapun apa yang

sering terjadi mereka masih melakukan kesilapan tersebut. Biarpun tidak seserius pada

peringkat awal, namun dalam beberapa keadaan kekeliruan masih lagi berlaku.

Justeru, saya berfikir perlunya satu konsep yang senang diingat bagi mengelakkan

kesilapan-kesilapan yang tak sepatutnya berlaku terutama sewaktu peperiksaan.

1
2. Isu Keprihatinan

Untuk mencari jalan keluar kepada masalah yang dihadapi oleh para pelajar

memerlukan suatu teknik yang bersifat konkrit. Oleh yang demikian para pelajar akan

lebih mudah mengingatinya dan mengaplikasi teknik tersebut dalam latihan atau

peperiksaan. Ia sekali gus jawapan kepada mengapa arahan serta maklumat yang saya

berikan sewaktu pengajaran dan pembelajaran seolah-olah tidak menampakkan kesan

yang jelas.

Teknik yang saya perkenalkan ini merupakan dalam bentuk kad grafik. Setiap orang

pelajar diberikan dua keping kad. Sekeping berkaitan dengan teknik menulis esei

laras sains dan sekeping lagi merupakan kad bagi teknik menulis laras sains.

Pada peringkat awal para pelajar diminta menggunakan kedua-dua kad tersebut

apabila menghasilakn sama ada laras sastera atau sains. Sesudah itu para pelajar

diminta membuat visualisasi terhadap kedua-dua kad tersebut sebelum menjawab

soalan-soalan esei aras sastera dan sains.

Teknik ini dilihat mampu menangani masalah kekeliruan antara isi-isi untuk laras

sastera dan laras sains dalam kalangan pelajar.

3. Objektif Kajian

3.1. Objektif Umum

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan keupayaan penghasilan esei laras sastera

dan sains dalam mata pelajaran Pengajian Am Kertas 2 dalam peperiksaan STPM.

2
3.2. Objektif Khusus

Pada akhir kajian ini diharap para pelajar akan dapat;

3.2.1. Menggunakan teknik ”In-Out-Process” dan ”Out-In-Environment” semasa

menghasilkan esei laras sains dan sastera.

3.2.2. Membezakan antara teknik menghasilkan esei laras sains dan sastera dengan

baik dan berkesan.

3.2.3. Meningkatkan pencapaian keseluruhan dalam penghasilan esei laras sains

dan sastera dalam mata pelajaran Pengajian Am Kertas 2.

4. Kumpulan Sasar

Kajian ini melibatkan seramai 41 orang pelajar tingkatan 6 Atas Waja. Mereka terdiri

daripada 10 orang pelajar lelaki dan 31 orang pelajar perempuan

5. Pelaksanaan Kajian

5.1. Tinjauan Masalah

Daripada pemerhatian saya sejak para pelajar ini berada di tingkatan enam rendah,

mereka terlalu sukar untuk menentukan ciri-ciri isi laras sastera dan sains. Walaupun

sudah diberitahu berulang-ulang kali, kesilapan yang sama akan berulang sewaktu

dalam membuat latihan dan juga peperiksaan. Seterusnya masalah tersebut terbawa-

bawa sehingga ke tingkatan enam atas.

3
Ada ketikanya, mereka seperti tidak sedar akan kesilapan itu sehinggalah selepas

dibincangkan dalam kelas. Oleh yang demikian markah yang mereka perolehi dalam

ujian dan peperiksaan sangat tidak memuaskan hati.

Apa sangat merisaukan saya ialah kedua-dua bahagian tersebut menyumbang

sebanyak 50 markah daripada markah keseluruhannya 100 markah. Iaitu Bahagian A

(Laras Sastera) (25 markah) dan Bahagian B (Laras Sains) (25 markah).

5.2. Analisis Tinjauan Masalah

Dalam peperiksaan akhir tahun 2008, markah para pelajar untuk bahagian A (Laras

Sastera) dan bahagian B (Laras Sains) sangat rendah. Senario pencapaian itu dapat

dilihat melalui data berikut.

TIADA
LARAS 4 ISI 3 ISI 2 ISI 1 ISI JUMLAH
ISI
(Bahagian A) 3 5 10 20 4
421
Laras Sastera (7.14) (11.90) (23.81) (47.62) (9.52)
(Bahagian B) 2 7 24 9
- 42
Laras Sains (4.76) (16.68) (57.14) (21.43)
Jadual 1: Pencapaian Pelajar 6 Rendah Waja Dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2008

Berdasarkan jadual di atas, dalam penulisan laras sastera seramai 19.05% sahaja atau

8 orang yang mendapat empat dan tiga isi. Manakala 34 orang pelajar hanya dapat

dua isi , satu isi dan langsung tiada isi iaitu bersamaan 80.95%.

Masalah tersebut semakin ketara dalam laras sains. Tiada seorang pelajar pun yang

mendapat empat isi manakala seramai 2 orang atau sebanyak 4.76% mendapat 3 isi, 7

1
Seorang pelajar tidak melanjutkan diri ke tingkatan enam atas.

4
orang mendapat 2 isi atau sebanyak 16.68%, manakala sebahagian besar pelajar sama

ada hanya dapat satu isi atau langsung tiada isi iaitu sebanyak 33 orang atau 78.57%.

Fenomena tersebut sememangnya merisaukan sesiapa sahaja. Apatah lagi saya,

sebagai guru yang mengajar kelas tersebut. Justeru, atas justifikasi itulah saya

melaksanakan kajian bagi meningkat pengusaan para pelajar dalam penulisan esei

laras sastera dan sains.

5.3. Tindakan yang Dijalankan

Saya memperkenalkan teknik “In-Out Process” dan “Out-In Environment” bagi

memudahkan para pelajar mengingat konsep yang betul dalam penghasilan esei bagi

kedua-dua laras.

Para pelajar diberikan dua keping kad untuk disimpan dan digunakan semasa

menghasilkan esei. dan Kad 1 (“Out-In Environment”) untuk laras sastera dan Kad 2

(“In-Out Process”) untuk esei laras sains. Mereka dikehendaki membuat visualisasi

minda terhadap kedua-dua kad tersebut sehinggalah pada satu ketika mereka tidak

perlu lagi merujuk kedua-dua kad tersebut sewaktu menghasilkan esei.

5.3.1. Konsep “Out-In Environment”

Dalam laras sastera isi berdasarkan kepada aspek luaran. Antara aspek tersebut

ialah, politik, ekonomi dan sosial. Sebagai contoh, faktor gejala gangsterisme di

sekolah. Faktor-faktor yang mendorong munculnya aktiviti gangsterisme di

sekolah ialah faktor media massa elektronik, tiada kawalan ibu bapa dan rakan

5
sebaya. Kesemua faktor tersebut merupakan aspek yang melingkungi konsep

gangsterisme.

Rajah 1: Konsep Out-In Environment

Justeru dalam menentukan isi laras sastera, ia melibatkan proses dari luar ke

dalam dan persekitaran.

5.3.2. Konsep “In-Out Process”

Manakala dalam laras sains, pemilihan isinya berdasarkan kepada proses sains

yang berlaku. Sebagai contoh, fenomena jerebu. Apakah faktor yang

menyebabkan jerebu? Isi-isinya berkaitan dengan pembakaran terbuka,

pengeluaran asap kenderaan dan fenomena El-Nino. Kita ambil contoh

pembakaran terbuka. Dalam konteks esei laras sains, pembentukan jerebu

disebabkan gas karboin monoksida serta karboin dioksida akan terbebas ke

etmosfera dan akan membentuk partikel-partikel yang akan terampai di etmosfera.

Ia melibatkan proses sains yang berlaku bukan faktor persekitaran seperti sikap

manusia yang suka melakukan pembakaran terbuka.

6
Rajah 2: Konsep In-Out Process

5.4.Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian Serta Penilaian

5.4.1. Aktiviti 1

a Pelaksanaan

Aktiviti pertama dilakukan pada 3 Februari 2009 (Selasa) iaitu pada pukul

8.40 sehingga 9.50 pagi. Aktiviti dimulakan dengan mengedarkan dua

keping kad kepada para pelajar. Kad 1 (“Out-In Environment”) untuk laras

sastera dan Kad 2 (“In-Out Process”) untuk esei laras sains.

Saya menerangkan kepada kelas tentang kegunaan kedua-dua kad

tersebut. sekitar sepuluh minit. Perbincangan tersebut menyentuh

bagaimana proses “Out-In Environment” dan “In-Out Process” itu

berlaku. Bagaimana untuk membezakan antara kedua-dua konsep tersebut.

Selepas itu saya mengedarkan dua keping kertas A4 kepada setiap orang

pelajar. Saya meminta mereka menhasilkan dua buah esei, sebuah esei

laras sastera dan sebuah lagi laras sains. Walau bagaimanapun mereka

7
tidak perlu menghasilkan esei sepenuhnya. Pada setiap esei, mereka

dikehendaki menulis bahagian pendahuluan serta dua isi dan penutup.

Format penulisan esei sebenar ialah empat isi. Hal ini kerana mereka

hanya diperuntukkan masa selama 60 minit bagi menghasilkan dua buah

esei.

Esei pertama (laras sastera) bertajuk ”Meningkatkan mutu sukan negara

ke peringkkat antarabangsa dikatakan sukar untuk direalisasikan.

Sejauhmanakah anda bersetuju dengan pendapat tersebut.”

Esei kedua (laras sains) bertajuk ”Penyakit bawaan virus sejak akhir-

akhir ini sangat membimbangkan kita. Walau bagaimanapun langkah-

langkah pencegahan wajar didedahkan kepada seluruh rakyat Malaysia

supaya ia tidak mudah tersebar. Bincangkan”

LARAS MASA BILANGAN ISI


Sastera 30 minit 2
Sains 30 minit 2
Jadual 2: Peruntukan Masa dan Bilangan Isi Yang Ditetapkan

b Pemerhatian

Pada peringkat awal penulisan esei, para pelajar dilihat agak kurang faham

apa kegunaan kad tersebut. Mungkin mereka telah terbiasa dengan teknik

penulisan esei sebelum-sebelum itu. Saya juga mendapati tidak ramai yang

menggunakan kad tersebut sewaktu mencari isi. Malah sebahagian

daripada mereka tidak merujuk sama sekali kad tersebut.

8
Saya mengambil pendirian tidak akan memberi tahu kepada para pelajar

supaya menggunakan kad tersebut. Hal ini kerana, saya ingin melihat

sejauh manakah para pelajar faham serta sedar bahawa kedua-dua kad

tersebut boleh membantu mereka dalam memastikan isi yang mereka

dapat itu menepati setiap laras penulisan.

c Penilaian

Esei yang dihasilkan dianalisis secara meneliti aspek isi kandungannya.

Iaitu melihat kepada aspek kehadiran isi serta huraian yang relevan.

Kewujudan isi yang tidak menepati kehendak penulisan esei laras sastera

dianggap tidak betul sebagaimana format pemeriksaan kertas Pengajian

Am 2 (900/2).

TIADA
LARAS 2 ISI 1 ISI JUMLAH
ISI
26 11 4
Laras Sastera 41
(63.41) (26.83) (9.76)
21 13 7
Laras Sains 41
(51.22) (31.71) (17.07)
Jadual 3: Pencapaian Pelajar Berdasarkan Aktivtiti 1

Berdasarkan jadual 3, saya mendapati perkembangan yang sangat

memberangskan dalam penghasilan isi untuk kedua-dua laras. Sebanyak

63.41% (26 orang) berjaya menghasilkan isi maksimum untuk laras

sastera. Manakala sebanyak 51.22% atau sebanyak 21 orang berjaya

menghasilkan esei secara maksimum.

9
d Refleksi

Daripada tinjauan umum mendapati para pelajar dapat mengaplikasi

kedua-dua kad dalam penghasilan esei tersebut. Ertinya, sewaktu mereka

menghasilkan kedua-dua esei, mereka menggunakan lakran bahan grafik

tersebut secara optimum.

Walaupun perkembangan yang sangat memberangsangkan berlaku untuk

kedua-dua esei, tetapi saya melihat masih ada lagi yang masih tidak dapat

menghasilkan esei mengikut spesifikasi yang sepatutnya. Malah seramai

empat orang (9.46%) untuk laras sastera dan tujuh orang (17.07%) gagal

menghasilkan sebarang isi.

Justeru saya ingin melihat bagaimanakah pencapaian para pelajar dalam

Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi melihat ketekalan pencapaian para

pelajar yang dianggap cemerlang tersebut di samping ingin melihat

pencapaian pelajar-pelajar yang tidak menunjukkan prestasi yang kurang

memuaskan.

5.4.2. Aktiviti 2

a Pelaksanaan

Aktiviti kedua dilakukan pada 25 Mei 2009 (Isnin) iaitu pada pukul 10.30

sehingga 1.30 petang iaitu selama 3 jam. Aktiviti ini merupakan

Peperiksaan Pertengaha Tahun.

10
Sebelum kertas Pengajian Am 2 diuji, saya meminta para pelajar merujuk

dan mengingat kembali proses membezakan antara esei laras sastera dan

sains menggunakan kedua-dua kad.

b Pemerhatian

Sepanjang peperiksaan berlangsung, saya tidak berada di dalam bilik

peperiksaan kerana saya tidak terlibat dalam sesi pengawasan. Dalam

konteks kajian ini, ia dilihat memberi lebih kesahan kerana saya tiada

peluang untuk menyampaikan sebarang maklumat terutamaya meminta

mereka merujuk kad-kad yang mereka gunakan dalam menjawab soalan

esei laras sastera dan sains.

Berdasarkan laporan guru yang mengawas peperiksaan tersebut, tiada

sebarang elemen peniruan berlaku. Tiada seorang pun yang membawa

kedua-dua kad dalam peperiksaan untuk dijadikan sebagi panduan semasa

menghasilkan esei laras sastera dan sains.

c Penilaian

ISI JUM
LARAS
4 3 2 1 0 CALON
Laras 23 12 3 2
- 402
Sastera (57.50) (30.00) (7.50) (5.00)
Laras 18 10 5 5 2
40
Sains (45.00) (25.00) (12.50) (12.50) (5.00)
Jadual 4: Pencapaian Pelajar Dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun

2
Dua orang pelajar telah berpindah manakala seorang pelajar baru masuk.

11
Berdasarkan jadual 4, beberpa perkara dapat dijelaskan. Secara umumnya,

prestasi pelajar dalam esei laras sastera yang mendapat empat isi atau ”isi

sempurna” merosot sebanyak 9.32%. Begitu juga dengan prestasi dalam

esei laras sains mengalami kemerosotan sebanyak 12.14% berbanding

dalam aktiviti pertama.

Walau bagaimanapun pencapaian pelajar yang lemah semakin

berkurangan. Sebagai contoh pelajar yang tidak dapat memperoleh

sebarang isi telah sifar berbanding dengan aktivti satu iaitu seramai empat

orang (9.76%) untuk laras sastera. Manakala untuk laras sains pula

peningkatan sebanyak 71.43%.

d Refleksi

Berdasarkan aktiviti 2, prestasi pelajar dalam penghasilan esei laras sastera

dan sains semakin menunjukkan peningkatan. Walaupun berlaku ”turun

naik” dalam pencapaian ”isi sempurna”, namun dalam konteks pelajar

berprestasi rendah semakin berkurangan. Malah apa yang sangat

memberangsangkan dalam esei laras sastera pelajar yang gagal mendapat

isi telah menjadi sifar

Walau bagaimanapun saya mendapati ada sesuatu yang kurang

memberangsangkan. Ada dalam kalangan pelajar yang masih bermasalah

dalam menentukan antara isi dan huraian. Iaitu masalah yang saya hadapi

dalam kajian tindakan pada tahun lepas. Oleh itu saya bercadang untuk

mengadakan satu lagi kajian susulan dalam gelung yang ketiga.

12
5.4.3. Aktiviti 3

a Pelaksanaan

Aktiviti ketiga dijalankan pada 22 Julai 2009 (Rabu). Dari pukul 11.25

hingga 12.35 (55 minit) tengah hari. Semasa dalam pengajaran dan

pembelajaran biasa.

Dalam aktiviti ini saya menggunakan kembali borang Teknik Konstruk

Efektif Minda (TKEM) yang saya gunakan dalam kajian tindakan lepas

bagi menangani masalah pelajar yang tidak dapat membezakan antara isi

dan huraian dalam penghasilan esei untuk mata pelajaran Pengajian Am.

Pada kali ini saya memilih esei laras sains kerana berdasarkan aktiviti dua,

para pelajar lebih bermasalah dalam esei laras sains. Para pelajar diminta

mengahasikan sekurang-kurangnya dua isi memandangkan masa yang

sangat suntuk.

Para pelajar perlu menulis semua idea yang mereka ada dalam ruang

huraian sehingga selesai. Selepas itu daripada huraian tersebut para pelajar

diminta untuk mengenal pasti isinya.

b Pemerhatian

Saya mengambil pendekatan induktif bagi menjelaskan apakah kegunaan

borang TKEM itu. Sepatutnya penggunaan borang tersebut tidak perlu

dikenakan kepada semua pelajar memandangkan bukan semua pelajar

13
menghadapi masalah yang sama. Walau bagaimanapun sekurang-

kurangnya borang itu menjadi satu panduan kepada para pelajar yang tidak

bermasalah.

Sepanjang aktiviti tersebut, saya mendapati para pelajar dilihat secara

santai mengisi borang tersebut. Justeru saya hanya perlu memberi fokus

kepada para pelajar yang bermasalah sahaja. Teknik-teknik penting dalam

membina isi turut ditekankan.

c Penilaian

Berikut adalah dapatan daripada aktiviti 3.

TIADA
LARAS 2 ISI 1 ISI JUMLAH
ISI
25 16
Laras Sains - 41
(60.98) (39.02)
Jadual 4: Pencapaian Pelajar dalam Aktiviti 3

Berdasarkan jadual 4, perkembangan para pelajar sangat memberang-

sangkan. Biarpun bilangan pelajar yang mendapat isi sempurna tidak

banyak berubah, tetapi apa yhang lebih penting bagi saya ialah bilangan

pelajar yang tidak mendapat sebarang isi telah sifar. Itu menandakan

penguasaan pelajar terhadap teknik mengenal pasti isi dan huraian melalui

TKEM secara umumnya dapat membantu megatasai masalah pelajar.

14
d Refleksi

Pada peringkat ini, teknik “Out-In Environment” dan “In-Out Process”

sebenarnya perlu kepada satu lagi teknik yang lain iaitu Teknik Konstruk

Efektif Minda (TKEM) bagi mengatasi masalah pelajar-pelajar yang sukar

untuk membezakan antara isi dan huraian.

Kedua-dua teknik itu perlu dilaksanakan serentak kerana kemahiran

membezakan antara isi dan huraian merupakan aspek prima dalam proses

penghasilan esei manakala kemahiran mengenal pasti antara isi laras

sastera dan sains pula merupakan aspek sekunder dalam proses tersebut.

6. Refleksi Kajian

6.1. Penilaian Pencapaian Pelajar

Setalah melalui tiga fasa aktiviti, saya mendapati prestasi pelajar dalam penghasilan

esei laras sastera dan sains berdasarkan format penulisan esei di peringkat

peperiksaan STPM nampak semakin baik.

Mereka memberikan respon yang positif terhadap teknik pembelajaran yang

diperkenalkan kepada mereka. Cuma kadang-kadang mereka sedikit keliru dalam

mengingat kombinasi antara “Out-In Environment” dan “In-Out Process”. Hal itu

menyebabkan mereka sering tertukar. Walau bagaimanapun akhirnya kesilapan itu

dapat dikesan apabila mereka mula mencari isi untuk setiap laras.

15
Kerisauan mereka terhadap penghasilan esei laras sains juga dilihat semakin

menurun. Isi-isi yang boleh menyebabkan diklasifikasi sebagai menyeleweng

sepenuhnya telah dikenal pasti. Daripada kad yang diperkenalkan, akhirnya mereka

hanya ingat dua perkara, iaitu untuk laras sastera adalah persekitaran manakala untuk

laras sains mereka hanya ingat proses.

Manakala penggunaan borang Teknik Efektif Minda (TKEM) pula dilihat sebagai

pelengkap kepada teknik “Out-In Environment” dan “In-Out Process”, khususnya

kepada pelajar yang berprestasi rendah.

6.2. Rumusan Pemerhatian Aktiviti-aktiviti yang Dijalankan

Aktiviti yang dilakukan dalam kajian ini agak mudah. Aktiviti tersebut hanya

melibatkan para pelajar merujuk kepada dua keping kad. Pada peringkat awal,

mereka hanya perlu memahami proses yang berlaku dalam kad-kad tersebut sebelum

mereka menjadikannya sebagai panduan dalam penulisan esei.

Selepas itu para pelajar dikehendaki membuat visualisasi terhadap kedua-dua keping

kad tersebut. Hal itu sangat penting terutamnya sewaktu para pelajar menduduki

peperiksaan. Para pelajar dilarang sama sekali membawa sebarang nota atau apa-apa

bahan yang dianggap boleh membantu calon.

Kebanyakan aktiviti yang dijalankan lebih bersifat individu atau berpasangan. Hal

yang demikian kerana dalam konteks peperiksaan, semua aktiviti dijalankan secara

individu. Walau bagaimanapun dalam konteks pra peperiksaan, aktiviti perbincangan

secara berpasangan dibenarkan.

16
6.3.Refleksi Tentang Proses Pengajaran dan Pembelajaran Yang telah

Dijalankan Secara Keseluruhan

Secara keseluruhannya, teknik “Out-In Environment” dan “In-Out Process”. Dan

TKEM bukanlah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran biasa. Ia merupakan

teknik yang lebih ke arah menjawab dengan baik dalam peperiksaan. Justeru, jika

kita hendak melihat rasa seronok terpancar dari wajah pelajar-pelajar sewaktu

melaksanakan setiap aktiviti agak sukar didapati. Cuma, perasaan lebih yakin dalam

menghadapi peperiksaan menjadi satu salah satu indikator penting dalam menentukan

berjaya atau tidaknya kajian ini.

7. Cadangan Untuk Kajian Seterusnya

Satu masalah lain yang perlu diatasi ialah masalah ketandusan idea dalam minda para

pelajar. Hal ini sangat ketara dalam proses penghasilan esei laras sains. Sungguhpun para

pelajar tahu bahawa esei laras sains lebih mementingkan aspek proses sains, tetapi tanpa

maklumat yang tepat tentang sesuatu proses sains tersebut tentunya ia tidak

mendatangkan apa-apa.

Kajian seterusnya yang dicadangkan di sini ialah, teknik bagaimana untuk meningkatkan

maklumat bidang sains dalam minda para pelajar.

17
BIBLIOGRAFI

Abd Malek Selamat (2008). Meningkatkan Kemahiran Mencerakin Isi Dan Huraian
Menggunakan Teknik TKEM Dalam Mata Pelajaran Pengajian Am. Kajian
Tindakan yang dibentang di perinkat daerah Batang Padanng pada 9 Ogos 2008.

Majlis Peperiksaan Malaysia. Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).


Pengajian Am Sukatan Pelajaran dan Soalan Contoh.

Rory O’Brien (1988). An Overview of the Methodological Approach of Action Research.


University of Toronto: Faculty of Information Studies, Diambil dari
http://www.web.net/~robrien/papers/arfinal.html pada 24 Julai 2009

Sharon Parsons TEACHER RESEARCH. San Jose State University. Dambil daripada
http://www.accessexcellence.org/LC/TL/AR/ pada 24 Julai 2009

18
LAMPIRAN A

PELAKSANAAN AKTIVITI 3 MENGGUNAKAN BORANG


TEKNIK KONSTRUK EFEKTIF MINDA (TKEM)

Para pelajar sedang tekun menggunakan borang Teknik Konstruk Efektif Minda
Ketika menghasilkan esei.

Proses menentukan isi dan hurian sedang dijalankan.


LAMPIRAN B

BORANG TEKNIK KONSTRUK EFEKTIF MINDA (TKEM)

Pendahuluan

ISI HURAIAN
A1

A2

B1

B2

Penutup

You might also like