You are on page 1of 8

MODUL BESTARI ‘A’

PENGAJIAN AM KERTAS 2
2008

VOL. 2 - SET 1
Edisi Guru

Unit Kurikulum
Jabatan Pelajaran Perak
BAHAGIAN A

ISU - CETI HARAM

BIL IDEA HURAIAN


A. PUNCA EKONOMI
1. Pengurusan kewangan yang - Perbelanjaan melebihi pendapatan.
lemah - Keperluan kehidupan yang melewati kemampuan.
- Mengamalkan aktiviti berhutang.
- Peminjam gagal melunaskan pinjaman. Meminjam wang
daripada ceti haram untuk membayar hutang yang
sedia ada.

2. Polisi institusi kewangan - Sikap pilih kasih terhadap permohonan pinjaman


- Peniaga kecil.- kedudukan kewangan mereka yang
tidak kukuh dan baru menceburi bidang perniagaan.
- Prosedur pinjaman yang rumit dan mengambil masa
yang lama – mereka mencari jalan mudah. Memilih
saluran yang tidak sah.

3. Pengagihan ekonomi yang - Pembangunan negara tidak seimbang dengan


tidak seimbang. kekukuhan fundamental diri.
- Pembangunan ini menyebabkan rakyat berlumba-lumba
untuk mencapai kemajuan.
- Keciciran bererti kehinaan dan penurunan nilai
kemanusiaan.
- Rakyat sanggup berhutang bagi memenuhi kemewahan
hidup

B. PUNCA SOSIO BUDAYA


4. Sikap peminjam / Suka berjudi - Suka mengamalkan aktiviti berjudi.
/ Melabur dalam skim cepat - Mereka yang kalah berjudi akan terdesak dan menerima
kaya. apa-apa bentuk pertolongan wang.
- Mengharapkan keuntungan segera tanpa memikirkan
risiko yang akan dihadapi.

5. Sikap pemberi pinjaman - Pandai mengambil hati peminjam.


(ceti haram) - Menghulurkan pinjaman wang ketika mangsa menghadapi
kesempitan wang.
- Boleh meminjam wang seberapa banyak yang
dikehendaki dalam masa yang singkat tanpa
memerlukan cagaran atau kertas cadangan.

6. Perundangan yang lemah. - Timbul kekeliruan mengenai perundangan yang mengawal


selia aktiviti peminjam wang.
- Tidak pasti siapa yang patut memantau dan mengambil
tindakan serta mengikut akta apa.
- Tindakan yang boleh diambil hanyalah terhadap ceti
haram yang menggunakan kekerasan ke atas peminjam
yang lewat atau gagal melunaskan hutang.

C. KESAN
7. Faedah yang tinggi - Ceti haram tidak berhati perut.
- Mengenakan faedah yang tinggi dalam tempoh satu
bulan.
- Faedah yang tinggi atau bayaran lewat
- Hutang akan berlipat ganda beberapa kali daripada
jumlah pinjaman asalnya jika peminjam gagal menjelaskan
pinjamannya.

8. Mencetuskan keganasan - Peminjam yang tidak membayar hutang akan diugut,


digertak dan dikasari
- Keluarga dan perniagaan mereka akan diganggu
- Ada peminjam yang dibunuh kerana melunasi hutang
- Ada peminjam terpaksa membunuh diri kerana tidak
tahan akan ugutan ceti haram.

9. Ekonomi negara terjejas. - Terdapat peminjam yang akan menghentikan perniagaan


mereka kerana takut dengan ugutan ceti haram
- Wang beredar dalam kalangan individu tertentu sahaja.
- Berlaku pengangguran kerana operasi perniagaan ditutup.
- Menjejaskan pendapatan negara dari segi cukai.

Contoh-contoh Soalan.

1. Ceti haram atau Along akan mengenakan faedah yang sangat tinggi, namun masih ramai
orang yang mencari khidmat mereka untuk menyelesaikan masalah kewangan.
Bincangkan faktor sosio budaya yang menyebabkan gejala ini masih berlanjutan dan
kesannya kepada peminjam.

Skema : 2 + 2

2. Segelintir masyarakat yang menghadapi masalah kewangan, meminjam wang daripada ceti haram
atau along. Sungguhpun aktiviti ini memberi kesan kepada peminjam, tetapi perkhidmatan ini
masih mendapat sambutan.
Bincangkan.

Skema : 2 + 2
BAHAGIAN B

ISU - SISA TOKSIK

BIL IDEA HURAIAN


A. PUNCA
1. Perindustrian - Sisa toksik terhasil daripada proses perkilangan yang
menggunakan bahan kimia, bahan pelincir dan logam berat.
- Sisa toksik yang dialirkan ke sumber air akan menjejaskan
kualiti air dan mengancam hidupan akuatik.
2. Pertanian - Penggunaan racun serangga dan baja secara berlebihan
akan menjejaskan pH tanah.
- Sisa toksik ini memasuki sumber air menerusi pengaliran air
di permukaan tanah, dan bawah tanah.
- Hal ini akan menurunkan kualiti air.
3 Sisa buangan domestik - Bahan buangan yang sering dikaitkan dengan penggunaan
domestik adalah bahan organik daripada sisa pepejal, bahan
soda dan amonia. Bahan ini tidak mereput dan
membebaskan gas-gas beracun apabila bertindak balas
dengan persekitaran.
4 Bahan api - Berpunca daripada minyak hitam, diesel, petrol (dibuang
oleh pusat-pusat servis kenderaan)
- Minyak kapal di perairan bocor atau tumpahan minyak oleh
kapal pengangkut minyak
B. KESAN
5 Kepupusan flora - Bahan-bahan sisa yang dibuang, tanpa dirawat,
mengakibatkan tanah akan tandus dan gersang
- Sumber-sumber mineral semulajadi dalam tanah akan
hilang, akibat tindak balas kimia yang berlaku
- Mengakibatkan tumbuhan juga tidak subur kerana
kandungan nutrien berkurangan / tidak sesuai dengan
tumbuh-tumbuhan tersebut
- Akibatnya tumbuhan itu akan terbantut / pupus akibat
keracunan
- Hasilnya juga mungkin berbahaya kerana mengandungi sisa
toksik
- Bahan-bahan toksik tersebut akan berpindah kepada
haiwan-haiwan yang memakan tumbuhan itu

6 Pemusnahan hidupan - Pembuangan sisa toksik ke dalam sumber air seperti sungai
akuatik dan laut, akan menyebabkan sumber air itu tercemar
- Fenomena ini menyebabkan ekosistem habitat akuatik tidak
seimbang
- Sisa toksik ini akan mencemarkan plankton dan seterusnya
akan mengancam rantai makanan hidupan akuatik.

7 Mengancam kesihatan - Manusia akan mengalami keracunan jika terhidu atau


manusia termakan bahan yang mengandungi sisa toksik ini
- Pendedahan terhadap merkuri akan menyebabkan
kerosakan sistem saraf
- Sisa toksik PAH (polycyclic aromatic hydrocarbons)
daripada minyak mentah, menyebabkan penyakit kanser
C. RAWATAN
8 Proses biologi - Melibatkan tindak balas mikroorganisma untuk menguraikan
komponen-komponen organik dalam sisa buangan.
- Proses ini akan mengubah struktur komponen organik,
menguraikan sisa kepada gas karbon dioksida, air dan
sisa bukan organik.
9 Proses fisiko-kimia - Pencampuran bahan kimia dengan sisa untuk mengehadkan
perebakannya.
- Teknologi pengekstrakan wap tanah, penjerapan karbon,
pengoksidaan oksigen akan mengurangkan tahap
ketoksikan sisa berkenaan.
10 Proses terma - Tenaga terma atau haba digunakan untuk menukarkan
komponen organik dalam sisa kepada karbon dioksida dan
wap air.
- Isipadu sisa secara keseluruhannya akan dikurangkan dan
bahan toksik dalam komponen organik dapat dihapuskan.
11 Pelupusan timbus tanah - Sistem pelupusan timbus tanah direka bagi menampung
sisa toksik yang dihasilkan.
- Pembinaan sistem pengumpulan larut resap dan lapisan
kalis air di bahagian bawah tapak pelupusan agar bahan
pencemar tidak terkeluar dan meresap ke dalam tanah.

Soalan-soalan Contoh :

1. Peningkatan sisa –sisa toksik di negara ini berpunca daripada pelbagai aktiviti manusia.
Peningkatan ini memberi impak kepada hidupan sejagat.
Bincangkan.

Skema : 2 + 2

2. Perkembangan sektor industri di negara ini , menyebabkan berlakunya peningkatan


terhadap penghasilan sisa-sisa toksik. Pertambahan jumlah sisa-sisa toksik ini
menjejaskan alam sekitar. Bincangkan kaedah-kaedah yang efektif untuk merawat sisa-
sisa toksik ini.

Skema: 4 + 0
BAHAGIAN E

3 (a) Berdasarkan maklumat di bawah, huraikan perubahan pensyarah di beberapa buah Institusi
Pengajian Tinggi Awam bagi tahun 1999,2000 dan 2001. Pada pandangan anda mengapakah
berlaku peningkatan bagi jumlah pensyarah di institusi Pengajian Tinggi tersebut?

Skema:
a. Pola perubahan

b. Alasan

BILANGAN PENSYARAH DAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

1999 2000
UUM
6.53% UUM
8.26%
UKM
UiTM
16.71% UKM
32.52% UiTM
15.79% 33.07%
UM
15.51% UM
UPM 14.89%
UTM UPM
13.97%
14.77% UTM 14.02%
2001 13.96%
UUM
10145 orang
8.66% 10897 orang

UKM
UiTM
14.98% 34.45%

UM
14.57%
UPM
UTM
13.44%
13.91%

11429 orang

[Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada


Jabatan Statistik, 2000]

3 (b) Berdasarkan maklumat di atas, tafsirkan perubahan bilangan pensyarah di beberapa buah
Institusi Pengajian Tinggi Awam bagi tahun 1999,2000 dan 2001. Pada pandangan anda
mengapakah berlaku peningkatan bagi jumlah pensyarah di institusi Pengajian Tinggi tersebut?

Skema Jawapan :

a. Pola perubahan

b. Alasan

SKEMA: ( Boleh digunakan untuk soalan 3 (a) dan 3(b) )

Pengenalan:
Carta pai diberi menunjukkan bilangan pensyarah di universiti tempatan.

Idea Huraian
A. Pola Perubahan
1. Keseluruhan meningkat - 1999 – 10145 orang
- 2001 – 11429 orang
- Peratus peningkatan – 13.28%
- Jumlah meningkat – 1347 orang.
2. Peratus meningkat, nilai mutlak (NM)
meningkat
i. UiTM i. UiTM
ii. Universiti Utara Malaysia - 1999 – 32.52% (3299 orang)
- 2000 – 33.07% (3604 orang)
- 2001 – 34.45% (3959 orang)

ii. Universiti Utara Malaysia


- 1999 – 6.53% (662 orang)
- 2000 – 8.26% (900 orang)
- 2001 – 8.66% (995 orang)

3. Peratus menurun, NM meningkat


i. UTM i. Universiti Teknologi Malaysia
ii. UM - 1999 – 14.77% (1499 orang)
iii. UKM - 2000 – 13.96% (1521 orang)
- 2001 – 13.91% (1598 orang)

ii. Universiti Malaya


- 1999 – 15.51% (1573 orang)
- 2000 – 14.89% (1623 orang)
- 2001 – 14.57% (1674 orang)

iii. Universiti Kebangsaan Malaysia


- 1999 – 16.71% (1695 orang)
- 2000 – 15.79% (1721 orang)
- 2001 – 14.98% (1722 orang)

4. Peratus tidak konsisten, NM


meningkat Universiti Pertanian Malaysia
- UPM - 1999 – 13.97% (1417 orang)
- 2000 – 14.02% (1529 orang)
- 2001 – 13.44% (1545 orang)
B. Alasan 5. Penstrukturan semula perjawatan di IPTA.
6. Kekosongan jawatan pensyarah di IPT
kerana IPT menawarkan pelbagai kursus
baru dalam bidang sains dan teknologi
seperti aeroangkasa, bioteknologi, ICT dan
lain-lain, sebagai persediaan menghadapi
era globalisasi.

Penutup:
Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada pencapaian cemerlang sesebuah Institusi Pendidikan.

Skema - 3+1
Isi - 4
Huraian - 8
Bahasa - 1
Impak - 2

Nota: Perenggan pola dan alasan diasingkan.

You might also like