You are on page 1of 8

Bab 9 : MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA

Perang Dunia Pertama 1914-1948 1. Faktor ekonomi dan politik 2. Kemunculan nasionalisme Pakatan Negara-negara Eropah 3. Persaingan kuasa-kuasa besar merebut peluang ekonomi 4. Dua Pakatan >>> Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga 5. Perikatan Kuasa Tengah (Jerman, Austria, Itali,Bulgaria) membantu satu sama lain jika diserang Perancis dan Rusia. 6. Pakatan Bertiga (British, Perancis dan Rusia) pula dibentuk pada 1907 7. Punca peperangan ialah peristiwa pembunuhan Archduke Franz Ferdinand, pewaris takhta Austria-Hungary oleh pengganas Serbia 8. 28 Julai 1914, Austria dengan sokongan Jerman menyerang Serbia yang disokong oleh Rusia dan Perancis.

Perang Dunia Kedua 1939-1945 1. Puncanya, Jerman tidak berpuas hati dengan Perjanjian Versailles kerana kehilangan banyak tanah jajahan ,serta kemunculan Adolf Hitler yang melancarkan ideologi Nazisme 2. Vladimir Lenin pula mengukuhkan ideologi komunis di Rusia 3. Benito Mussolini menjajah Habsyah dan menceroboh Perancis pada 1940 4. Jepun menakluki Manchuria,China dan Indochina 5. Dua kuasa wujud : i) Kuasa Bersekutu >>> Britain,Perancis dan Soviet Union ii) Kuasa Paksi >>> Jerman,Itali dan Jepun 6. Jerman tewas Mei 1945 7. Jepun tewas Ogos 1945,selepas pengguguran bom atom di Hiroshima

Kesan Perang Dunia Kedua 1. Pecah belah Negara-negara Eropah kepada dua blok iaitu Komunis dan Kapitalis 2. Meruntuhkan sistem imperialisme bermula kemerdekaan Negara yang dijajah 3. Mewujudkan pembentukan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu 4. Pembentukan Negara-negara baru yang merdeka 5. Perang Dingin berterusan Kemunculan Blok Dunia dan Perang Dingin 1. Blok Dunia usaha Negara-negara sehaluan untukuntuk bersatu-padu menjaga kepentingan ahli 2. Perang Dingin Amerika Syarikat (blok kapitalis) dan Soviet Union (blok komunis) dan Penubuhan NATO,Pakatan Warsaw dengan SEATO

3. Ciri-ciri : i) tiada konflik bersenjata ii) kedua-dua blok membuktikan kekuatan masing-masing iii) memajukan kepentingan melalui propaganda, ekonomi dan ketenteraan

Dasar Luar Malaysia

1. Tahap Pertama (Tunku Abdul Rahman 1957-1970) a. Pro barat dan anti-komunis b. Penggantungan Malaysia dengan British dalam menjaga kepentingan ekonomi

2. Tahap Kedua (Tun Abdul Razak 1972-1981) a. berbaik-baik dengan semua Negara b. Peranan British di Timur dikurangkan c. ASEAN mengisytiharkan ZOPFAN d. Hubungan dengan Negara Komunis seperti China, Jerman Timur, Korea Utara,

Vietnam Utara, Mongolia dan Vietnam

3. Tahap Ketiga (Tun Dr. Mahathir Muhammad 1981-2003 ) a. penekanan kepada isu ekonomi b. banyak berkaitan dengan Negara-negara membangun c. hubungan yang lebih erat dengan Negara-negara ASEAN d. Dasar Pandang ke Timur - menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebgai model dalam membangunkan Negara Malaysia

Kepentingan Dasar Luar Malaysia 1. Menjamin keselamatan rakyat dan Negara 2. Kepentingan nasional dan mengekalkan kedaulatan Negara 3. Menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi Negara 4. Mewujudkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa 5. Usaha-usaha memupuk kesejahteraan dan keamanan dunia sejagat

Malaysia dalam Pertubuhan Antarabangsa 1. Komanwel a. Dibentuk pada tahun 1931 b. Keanggotaan -negara bekas jajahan British yang telah medeka c. Keanggotaan - 54 buah Negara maju dan sedang membangun d. Sekretariat Komanwel ditubuhkan ,1965,London e. Matlamat membina semangat setia kawan antara Negara-negara anggota dan mewujudkan kerjasama dalam pelbagai bidang

2. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu a. 1960, Malaysia menyertai pasukan pendamai bawah panji PBB untuk mewujudkan

perdamaian di Congo (Zaire) b. 1989, Malaysia mewakili pasukan pengaman PBB KE Nambia, membantu mencapai kemerdekaan c. 1990an, Malaysia telah menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran-Iraq dan Kampuchea serta pasukan pengaman ke Bosnia

3. Pergerakan Negara-negara Berkecuali , NAM a. Ditubuhkan semasa Perang Dingin, September 1960 b. Ahli Negara-negara membangun di Asia, Amerika Selatan dan Afrika c. Keanggotaan 113 buah Negara d. Matlamat utama- mengekalkan keamanan dunia tanpa menyokong Blok Barat atau Blok Komunis e. 1970 Malaysia menjadi anggota Prinsip NAM f. Mengelakkan campur tangan asing dalam hal ehwal sesebuah Negara g. Menghormati kedaulatan sesebuah Negara melalui perundingan dan persefahaman

4. Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASA) a. 31 Julai 1961 ditubuhkan di Bangkok dianggotai Malaysia, Filipina, Indonesia b. Matlamat >>> i) kerjasama dalam bidang ekonomi, sains dan sosial ii) kemudahan latihan dan penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi iii) keselamatan serta kestabilan politik negara-negara serantau mengekang pengaruh komunis

5. MAPHILINDO a. Malaysia, Filipina, Indonesia b. Matlamat >>> i) Meningkatkan perhubungan persahabatan

ii) menyelesaikan pertelingkahan antara Malaysia-Filipina dan Malaysia-indonesia iii) Pertelingkahan berpunca daripada cadangan pembentukan Malaysia iv) Indonesia tidak bersetuju kerana Presiden Sukarno menganggap pembentukan Malaysia sebagai satu penjajahan bentuk baru v) Filipina menentang kerana menganggap Sabah milik mereka

6. ASEAN a. Keanggotaan Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan Singapura b. Bertambah kepada sepuluh iaitu Vietnam, Myanmar, Brunei, Laos dan Kampuchea c. Matlamat >>> i) mewujudkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara ii) kerjasama dalam bidang ekonomi,sosial dan kebudayaan iii) Kerjasama dalam bidang pertanian,perdagangan dan perindustrian.. (contoh : baja urea di Bintulu dan Acheh) iv) kerjasama dan bantuan dalam bentuk latihan dan penyelidikan v) hubungan yang erat dengan pertubuhan serantau dan antarabangsa

E. Cabaran Masa Depan Apakah Globalisasi 1. Globalisasi merujuk pada perubahan yang menjadikan dunia tanpa sempadan yang disebabkan oleh kepesatan atau kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Apakah faedah yang diperoleh melalui ICT. 1. ICT merujuk pada kaedah serta peralatan yang membolehkan proses komunikasi berlaku dengan pantas. 2. Maklumat mudah dihantar ke pelusok dunia. 3. Berkesan tanpa mengira sempadan.

Jelaskan langkah-langkah yang diambil oleh Malaysia untuk memajukan ICT. 1. Malaysia telah menyediakan prasarana bagi merebut peluang serta faedah tersebut. 2. Malaysia telah menjalankan pelbagai langkah bagi mempromosikan penggunaan ICT di sekolah dan kepada masyarakat. 3. Kerajaan telah melancarkan projek Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC) yang telah memulakan e-pendidikan,pemasaran tanpa sempadan,edagang dan penyiaran digital. 4. Dalam Rancangan Malaysia Kelapan kerajaan telah menyediakan peruntukan belanjawan sebanyak RM 5.2 billion bagi proses berasaskan ICT. 5. Peruntukan sebanyak 1 billion diagihkan bagi program ICT luar bandar untuk mengelakkan jurang perbezaan antara bandar dengan luar bandar. Apakah Koridor Raya Multimedia. 1. Dilancarkan pada 27 Jun 1998 oleh Dato, Seri Dr.Mahathir bin Mohamad. 2. Merangkumi kawasan mencakupi Kuala Lumpur City Centre hingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). 3. Dibangunkan secara berperingkat-peringkat dan akan diperluaskan ke seluruh negara. 4. Bertujuan untuk memanfaatkan sepenuhnya perkembangan teknologi maklumat dan multimedia global. 5. Melahirkan masyarakat yang bermaklumat. Terangkan K-ekonomi yang diperkenalkan oleh kerajaan. 1. Ekonomi berlandaskan pengetahuan merujuk keupayaan seseorang untuk menggunakan ilmu pengetahuan bagi mencipta satu nilai baru yang dapat membawa kemajuan.

2. Pada era globalisasi, keekonomi memainkan peranan yang penting yang mampu bersaing dalam meningkatkan mutu pengeluaran dan perkhidmatan yang disediakan. 3. Pada era k-ekonomi,teknologi dan industri berasaskan ilmu pengetahuan merupakan pengerak utama dalam menjana keuntungan, kemajuan perniagaan,peluang pekerjaan serta perkongsian pintar. 4. Sumber yang paling berharga dalam K-ekonomi adalah modal intelek dan juga pekerja berpengatahuan. 5. Modal Intelek hanya dapat dihasilkan melalui kekayaan pengetahuan,diikuti dengan semangat serta daya saing yang tinggi. 6. Tenaga kerja berpengatahuan amat diperlukan oleh negara untuk membangunkan industri berasaskan pengetahuan. 7. Kunci utama kejayaan k-ekonomi melalui Inovasi melalui penyelidikan dan pembangunan atau research and development (R&D). 8. Kerajaan Malaysia telah menyediakan peruntukan yang besar kepada penyelidikan dan pembangunan dalam usaha menggalakkan penciptaan baru dan pendaftaran paten. 9. Kerajaan sentiasa menggalakkan rakyatnya supaya menggunakan segala penemuan baru dalam usaha meningkatkan tahap kemajuan bangsa dan negara. K-masyarakat bertujuan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang maju dan saintifik. 1. K-masyarakat merujuk kepada masyarakat yang sentiasa berusaha membaiki dan memperkayakan diri dengan pengetahuan agar terus dapat bersaiang. 2. Ini selari dengan konsep pembelajaran sepanjat hayat. 3. Prasarana untuk pertumbuhan k-society telah dibangunkan dengan secekapnyaoleh kerajaan Malaysia terutama dalam bidang pendidikan.

4. Usaha telah dijalankan untuk membangunkan dan menyusun semula sistem pendidikan Malaysia antaranya,sekolah wawasan bagi memupuk perpaduan melalui interaksi murid pelbagai kaum,yang dapat meningkatkan daya saing. 5. Sekolah bestari pula dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat atau information technology (IT) dalam usaha memupuk rasa cinta terhadap IT. 6. Kurikulum juga diubahsuai dan dibentuk semula agar dapat melahirkan pelajar yang kretif,dinamis serta berfikiran kritis dan analitis. 7. Melahirkan kumpulan tenaga kerja yang berpendidikan tinggi,bermotivasi tinggi dan berkemahiran tinggi sebagaimana yang diperlukan bagi menyahut cabaran globalisasi. 8. Matlamat K-masyarakat adalah selari dengan Wawasan 2020 yang berusaha mewujudkan masyarakat Malaysia yang maju dan saintifik.

You might also like