Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
10Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Masalah disiplin pelajar

Masalah disiplin pelajar

Ratings: (0)|Views: 2,937|Likes:
Published by xmackx6862

More info:

Published by: xmackx6862 on Sep 14, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOC, TXT or read online from Scribd
See More
See less

07/16/2013

pdf

text

original

 
Masalah Disiplin Pelajar: Wajar Media Bertanggung jawab?
Oleh: AMIR HUSAIRI SHARIFPermasalahan disiplin pelajar seperti ponteng, gangsterism, lumba haram, buli, pelacuran,rokok, dadah, curi, pukul, lari dari rumah serta pelbagai contoh yang lain tidak pernahlekang daripada dada-dada akhbar. Malah keseriusan masalah seperti ponteng jugaditahap yang membimbangkan. Ini dibuktikan melalui kewujudan hotline daripadaKementerian Pelajaran Malaysia untuk membenteras gejala ponteng dikalangan pelajar.Apabila diperkatakan tentang masalah disiplin dikalangan pelajar, banyak pihak yangmenunding jari sesama sendiri. Budaya salah menyalahkan antara satu itu tidah pernahmendapat jalan penyelesaian. Ibubapa, sekolah, agama, rakan sebaya bahkan mediaadalah ‘mangsa’ utama untuk ditundingkan jari bagi kesalahan disiplin pelajar.Makalah ini cuba untuk menyingkap permasalahan disiplin pelajar dengan melihatsumbangan media kearah permasalahan tersebut. Apabila menyebut perkataan media, ia bermaksud semua jenis media samaada elektronik ataupun cetak. Akhbar, televisyen,radio, internet, majalah, billboard dan berbagai jenis media lagi turut menyumbangkepada permasalahan disiplin pelajar. Namun perbincangan makalah ini hanya tertumpukepada beberapa media iaitu televisyen, filem, internet, akhbar dan majalah.Televisyen dan filemTelevisyen atau TV dan filem banyak dikritik sebagai penyumbang kepada perubahansosial masyarakat. Ia juga turut mempengaruhi perubahan kepada pelajar secara tidak langsung. Menonton secara berlebihan boleh memberi keburukan. American Academy of Pediatric (AAP) menyarankan ibu bapa untuk menghadkan masa menonton sertamelarang anak-anak menonton sambil membuat kerja sekolah. Ini disebabkan oleh pengaruh kuat TV yang boleh menghayalkan pelajar serta membuang masa mereka.Begitu juga dengan unsur-unsur negatif yang terdapat didalam TV. Lihat sajalah di skrinTV kita, jika hendak dibandingkan antara program yang berunsur kebaikan dan juga program yang memaparkan unsur negatif, boleh dikatakan hampir 70 peratus kitadisogokkan dengan program yang membudayakan atau meyelitkan unsur-unsur tidak sihat.Walaupun sesetengah siaran atau filem yang akhirnya membawa pesanan positif tetapitetap menyelitkan unsur pakaian menjolok mata sebagai contoh. Malah ada juga yangsiaran-siaran memuatkan aksi-aksi pembunuhan serta unsur-unsur seks. Ini secara tidak langsung memberikan gambaran dan rangsangan kepada pelajar untuk mencuba sepertiapa yang mereka lihat di kaca TV. Richard L. Baxter didalam A Content Analysis of Music Videos telah menjelaskan bahawa terdapat lebih 50 peratus aksi ganas dan seksdidalam contoh video muzik yang ditayangkan di MTV.Pelajar kita kini lebih terdedah kepada pelbagai bentuk unsur yang dibawa oleh TV danfilem. Lambakan siaran percuma dan berbayar begitu mudah untuk diakses oleh pelajar,apatah lagi apabila ibu bapa keluar bekerja. Biarpun ada sesetengah siaran diberikanklasifikasi dan juga ‘kunci’, namun kejayaannya masih ditahap yang tidak 
 
membanggakan. Bahkan klasifikasi itu turut menjadi faktor untuk pelajar menontonapatah lagi ianya mempunyai unsur ganas, seram dan seks.TV dan filem tidak hanya membuang masa pelajar, tetapi ia juga turut menjadi agenkepada sekularisme pemikiran dan budaya pelajar. Pengaruh hedonisme makin menular dikalangan pelajar terutama dibandar. Proses pembandaran dan modenisasi turutmembawa program TV yang dikatakan ‘moden’ yang boleh mempengaruhi pemikiran.Pengaruh ini akan merubah gaya hidup, pakaian, tingkah laku dan pemikiran. Filem dansiaran yang diimport dari Barat banyak memaparkan unsur-unsur tentangan kepada budaya Malaysia yang penuh adat dan susila. Penentangan budaya yang ditayangkan ituakan menimbulkan kekeliruan kepada pelajar terutama kepada mereka yang kurangmendapat didikan yang betul. Akibat daripada itu, mereka akan mudah terikut-ikutdengan apa yang mereka lihat di layar.Pihak penjana TV dan filem pula menciptakan ikon-ikon daripada siaran mereka untuk melariskan program yang mereka siarkan. Minat terhadap ikon-ikon ini akanmembuatkan pelajar mudah untuk mengikuti dan meniru gaya idola-idola mereka sepertiyang ditayangkan didalam TV dan filem. Namun begitu, TV dan filem juga dapat membantu didalam proses pembelajaran dan penigkatan sahsiah diri remaja. Program TV pendidikan yang disiarkan di siaran TV9 perlu diperbanyakan dan diberi sentuhan yang lebih kreatif. TV pendidikan bolehdijadikan sebagai bahan bantu untuk melancarkan pemahaman sesuatu pelajaran terutamasubjek sains. Begitu juga dengan siaran-siaran berita atau rancangan-rancangan berbentuk dokumentari pendidikan. Siaran sebegini perlu dimanfaatkan oleh guru untuk dijadikanrujukan supaya proses pembelajaran lebih menyeronokan.Filem-filem yang dikeluarkan juga dilihat kurang dari segi falsafah. Kata-kata yangterdapat didalam filem-filem tempatan tidak begitu berinspirasi untuk dijadikan kata-katahikmah. Maka pihak penjana filem perlu lebih kreatif dengan menghasilkan filem-filemyang berfalsafah dan mampu membentuk sahsiah penonton. Sekiranya terdapat filem-filem yang mempromosikan kebaikan sejagat, ada wajarnya ia dipertontonkan disekolahkepada pelajar dan dibuat kajian. Seeloknya, siaran TV dan filem dibuat mengikut acuan budaya kita agar ianya tidak tersasar.InternetInternet merupakan media baru di Malaysia. Namun begitu penggunaan internet makin berkembang dan meluas hingga hampir kesemua sekolah bandar mempunyai aksesinternet. Seiring dengan perkembangan penggunaan komputer disekolah, internet turutsama melebarkan sayap dan berada sama penting dengan keperluan komputer. Selainsebagai sumber informasi dan pendidikan kepada pelajar, internet dikhuatiri dapatmenyumbang kepada permasalahan disiplin pelajar.Internet juga sama seperti TV dan filem dimana ia mempunyai visual dan audio padamasa yang sama. Namun internet berbeza dengan TV dan filem dimana semua informasiyang dikehendaki berada dihujung jari. Ianya tidak diprogramkan dan tidak mempunyai
 
 batas masa ataupun negara. Kesemua informasi boleh diakses tanpa sempadan.Disebabkan oleh tiadanya sempadan inilah mungkin internet akan disalah gunakan oleh pelajar. Tambah pula keinginan untuk mengetahui perkara-perkara baru memangmemuncak dinaluri pelajar. Maka tanpa pengawasan yang sewajarnya, internet mungkinakan disalah gunakan oleh pelajar.Pengaruh-pengaruh luar senantiasa ada untuk memusnahkan moral diatas namaglobalisasi. Namun kita bukanlah terlalu jumud dengan mengatakan semua yang datangdari luar itu tidak elok, tetapi realitinya memang begitu. Tidak dinafikan informasi-informasi yang terdapat didalam internet begitu berharga dan sekiranya dimanfaatkansebaik mungkin oleh pelajar boleh membantu proses pembelajaran mereka. Penggunaaninternet disekolah mungkin dapat diawasi oleh pihak guru, namun sekiranya ia digunakandirumah, sukar untuk mendapat pengawasan ibu bapa. Ketiadaan pengawasan sebeginilahyang membuatkan pelajar-pelajar melayari laman-laman web lucah, membuang masa bersembang dilaman maya, memuat turun secara haram lagu dan pelbagai jenis permasalahan lain.Di internet juga pelajar dapat untuk melihat apa yang terjadi didunia dengan cepat,mudah dan murah. Maka proses perubahan nilai dan budaya juga cepat berlaku keataskonsumer internet. Pelajar-pelajar yang mempunyai jati diri yang lemah pasti akanmudah terikut-ikut dengan apa yang terdapat di layar internet. Internet mempengaruhi perubahan dari segi fesyen, komunikasi, budaya, pemikiran bahkan pemakanan. Internet juga boleh dikatakan sebagai agen kepada perubahan masyarakat.Internet patut dimanipulasi oleh guru-guru untuk mewujudkan pembelajaran yang lebihefisyen dan bermanfaat. Disebabkan oleh sifatnya yang cepat dan berinformasi, makaguru-guru boleh menjadikan internet sebahagian daripada alat bantu pembelajaran.Kemungkinan guru-guru boleh menyuruh pelajar-pelajar mencipta laman web ataumenjawab soalan-soalan di laman web. Cara sebegini lebih menyeronokan dan lebihcepat difahami murid. Pendedahan sebegini akan mematangkan pelajar danmemungkinkan mereka untuk berfikir ‘luar dari kotak’. Kita tidak dapat untuk menyangkal kebaikan internet sebagai penyumbang kepada informasi terkini.Akhbar dan majalahMedia cetak agak kurang popular setelah media elektronik mendominasi. Ini mungkindisebabkan oleh faktor harga dan juga stereotype yang terdapat pada media cetak.Disamping itu, informasi juga lambat terutama majalah bulanan. Namun media cetak tidak kurang juga pentingnya didalam membantu proses ‘merosakkan’ audiennya.Gambar-gambar seksi dan penulisan yang tidak membina bukan hanya melalaikan pelajar tetapi turut membazirkan masa pelajar. Sepatutnya mereka harus menelaah buku ilmiahuntuk masa depan mereka. Media cetak selalunya mengeksplotasikan muka hadapanuntuk menarik perhatian pembaca. Dengan mempamirkan gambar-gambar dankenyataan-kenyataan yang boleh menarik pembaca, media cetak terutama tabloid akanmenggunakan kaedah ini. Akhbar juga turut berperanan didalam mempengaruhi pemikiran pelajar dengan penulisan yang boleh melalaikan dan juga yang berbentuk  propaganda.

Activity (10)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Jamal Latib liked this
kfaidzal liked this
aemy_helmi liked this
Jail Yvonne liked this
Wann Aishah liked this
siree_1125 liked this
fatalelf liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->