You are on page 1of 13

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR)

MOD KURSUS DALAM CUTI

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN MODUL KEPUJIANKEPUJIAN BAHASA MELAYU

BMM3114

KEBUDAYAAN MELAYU

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Jun 2011

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan November 2011 Kementerian Pelajaran Malaysia


Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan

buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Cetakan Jun 2011 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

KANDUNGAN MUKA SURAT

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Panduan Pelajar Pengenalan AgihanTajuk (Interaksidan Modul) Tajuk Pembelajaran Tajuk 1 Konsep Budaya 1.1 Sinopsis 1.2 Hasil Pembelajaran 1.3 Kerangka Tajuk 1.4 Konsep Budaya 1.5 Elemen Budaya Tajuk 2 Konsep Budaya 2.1 Sinopsis 2.2 Hasil Pembelajaran 2.3 Kerangka Tajuk 2.4 Ciri- Ciri Budaya 2.5 Akulturasi 2.6 Asimilasi dan Akomodasi

1 1 1 2 5

7 7 7 7 10 11

Tajuk 3 Konsep Masyarakat 3.1 Sinopsis 3.2 Hasil Pembelajaran 3.3 Kerangka Tajuk 3.4 Definisi Masyarakat

13

13 13

3.5 Ciri-ciri Masyarakat 3.6 Perkembangan Masyarakat

15 15

Tajuk 6 KebudayaanMelayu (BidangSosial) 6.1 Sinopsis 6.2 Hasil Pembelajaran 6.3 Kerangka Tajuk 6.4 Konsep Kesenian 6.5 Jenis Kesenian 6.6 Elemen Budaya Tajuk 10 PengaruhLuarDalamMasyarakatMelayu 10.1 Sinopsis 10.2 10.3 10.4 10.5 10.6 10.7 Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk Fahaman Asal Masyarakat Melayu Pengaruh Islam Pengaruh Barat Pengaruh Lain

29 29 29 29 30

46 46 46 46 48 50 51

Tajuk 14 Kebudayaan Kebangsaan 14.1 Sinopsis 14.1 14.2 14.3 14.4 Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk Pengenalan Rasional Objektif

53 53 53 53 54 56

Tajuk 15 Kebudayaan Kebangsaan 15.1 Sinopsis 15.2 Hasil Pembelajaran 15.3 KerangkaTajuk 15.4 IsudanPermasalahan Bibliografi Panel Penulis Modul Ikon

57 57 57 57

PANDUAN PELAJAR Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda. Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk dalam modul ini. Walau bagaimanapun, anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut. Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.

Tip untuk membantu anda melalui kursus ini. 1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.

2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan. 3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda. 4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda. 5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima. 6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahanbahan yang bermakna. 7. Cari kawan yang boleh membantu pembelajaran anda.

PENGENALAN

Kursus BMM3114 Kebudayaan Melayu menjelaskan budaya, masyarakat, kebudayaan Melayu dari sudut sosial, kebudayaan Melayu dalam bidang sastera, dan Kebudayaan Kebangsaan (Sila rujuk - Agihan Tajuk). Modul ini mengandungi tujuh tajuk seperti yang berikut:

Tajuk 1 mengenai konsep budaya yang membincangkan definisi dan kandungan budaya. Perbincangan kandungan budaya menjurus kepada budaya material dan budaya bukan material.

Tajuk 2 membincangkan ciri-ciri budaya, di samping menjelaskan konsep asimilasi, akulterasi dan akomodasi.

Tajuk 3 adalah khusus menyentuh masyarakat, iaitu meliputi apa yang dikatakan sebagai masyarakat, di samping membincangkan perkembangan masyarakat di Malaysia dengan lebih jelas lagi.

Tajuk 4 masih lagi membincangkan masyarakat, tetapi tumpuan perbincangan untuk tajuk ini lebih fokus kepada masyarakat Melayu. Huraian tentang apa yang dikatakan sebagai bangsa Melayu di samping sejarah dan latar belakang bangsa tersebut diperkatakan dengan terperinci.

Tajuk 5 pula memperkatakan kebudayaan dalam bidang sosial. Tumpuan perbincangan adalah terhadap seni persembahan, seni tampak, di samping seni muzik.

Tajuk 10 menghuraikan pengaruh luar dalam masyarakat Melayu khususnya pengaruh hindu, pengaruh barat, di samping pengaruh lain-lain masyarakat Melayu. terhadap

Tajuk 14 dan tajuk 15 khusus membincangkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan dari aspek definisi dan konsep, prinsip, pelaksanaan, di samping isu dan permasalahannya dalam masyarakat.

Modul ini juga disertakan aktiviti dan latihan untuk pengukuhan pembelajaran. Terdapat beberapa aktiviti dan latihan yang disediakan bagi setiap tajuk. Latihan ini harus disiapkan dalam jangka masa yang ditetapkan. Hasil kerja pelajar yang telah disiapkan hendaklah dihantar kepada pensyarah secara e-mel atau bersemuka. Sebagai memantapkan lagi kefahaman setiap tajuk dalam kursus ini, pelajar dinasihatkan membuat banyak rujukan dan pembacaan. Pelajar juga digalakkan menghubungi pensyarah untuk mendapatkan maklumat lanjut yang berkaitan dengan topik-topik yang dipelajari.

Maklumat Agihan Topik-topik Dalam Kursus Proforma Yang Dimodulkan Dan Yang Memerlukan Interaksi Bersemuka Kod & Nama Kursus: BMM3114 Kebudayaan Melayu

AGIHAN TAJUK

Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan 15 / 30 jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul. (Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Kursus Proforma ) Bil. Tajuk/Topik
Interaksi Bersemuka (jam) Modul (jam) Jum. Jam

Konsep Budaya Definisi Kandungan (elemen) - Budaya material - Budaya bukan material

Konsep Budaya Ciri-ciri Budaya Konsep Asimilasi Konsep Akulterasi dan Akomodasi

Konsep Masyarakat Definisi Perkembangan masyarakat

Masyarakat Melayu Definisi Takrif Melayu Sejarah dan Latar belakang bangsa Melayu Kebudayaan Melayu (Bidang Politik) Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Institusi Sosial Sistem Kekeluargaan Kebudayaan Melayu (Bidang Sosial) Kesenian - Seni persembahan - Seni tampak - Seni muzik Kebudayaan Melayu (Bidang Sosial) Agama Islam, Adat dan Kepercayaan Bahasa Nilai dan Falsafah Kebudayaan Melayu (Bidang Sosial) Perubatan Pakaian Permainan Kebudayaan Melayu (Bidang Ekonomi) Pekerjaan Pengurusan Harta Pengaruh Luar dalam Masyarakat Melayu Hindu Barat Lain-lain Kebudayaan Melayu dalam Bahan Sastera Puisi Tradisional Prosa Tradisional Puisi Moden Kebudayaan Melayu Dalam Bahan Bukan Sastera Bahan Ilmiah (Kajian, Rencana, Kertas

10

11

12

Kerja) Media Komunikasi (Filem dan Video) Media Komunikasi (Rakaman Drama Radio Dan TV)

13

Tasawur (world-view) dan Kosmologi Masyarakat Melayu Kebudayaan Kebangsaan Definisi dan Konsep Prinsip Pelaksanaan Kebudayaan Kebangsaan Isu dan Permasalahan Kedudukan yang Terkini Bentuk Budaya pada Masa yang Akan Datang JUMLAH

14

15

15

15

30

You might also like