You are on page 1of 2

Diari Konsep Geografi 942/1 Tema - Kerpasan, sistem atmosfera dan manusia

Bab 12: Kelembapan udara dan Kerpasan

Konsep/Huraian

11. Kerpasan
Lembapan yg terpeluwap dan jatuh semula ke permukaan bumi sbg cecair atau pepejal.
Terdapat dalam berbagai bentuk spt hujan, salji, hujan beku, hujan batu, embun
beku.

12. Tekanan Udara: stpm 2006


Ditakrifkan sebagai daya yang dikenakan oleh suatu jisim udara yang berada di
atmosfera ke atas permukaan bumi di bawahnya dan lazimnya diukur menggunakan unit
milibar (mb).

13. Atmosfera : stpm 2007


Udara nipis yang terdiri daripada empat lapisan yang tidak sama tebal mengikut
garislintang, mengandungi pelbagai jenis gas dan berkedudukan hampir dengan
permukaan bumi kerana adanya tarikan graviti serta bergerak bersama-sama
pergerakan bumi mengelilingi matahari.

14. Pulau Haba: stpm 2005


Didefinisikan sebagai keadaan suhu di kawasan pusat bandar yang lebih tinggi
berbanding dengan taburan suhu di kawasan pinggir atau luar daripada kawasan
bandar berkenaan.

15. Pemanasan Global: stpm 2007


Fenomena peningkatan suhu bumi daripada keadaan biasa yang berpunca daripada
tindakan manusia dan juga faktor semulajadi

16. El-Nino: stpm 2008


Bermaksud peningkatan suhu permukaan laut di lautan Pasifik Barat secara mendadak
atau melampau yang mengakibatkan keadaan cuaca di kawasan tersebut mengalami
perubahan.

17. La-Nina
Satu fenomena s/jadi yg berlawanan dgn El-nino. La-nina biasanya membawa hujan
lebat. Dan mungkin menyebabkan banjir besar.

18. Mikroiklim Bandar: stpm 2008


Bermaksud keadaan iklim bagi satu kawasan bandar dengan ciri-ciri cuaca yang
tersendiri akibat pengaruh ciri permukaan bandar.

19. Kesan rumah hijau


Merujuk kpd pemerangkapan bahangan matahari oleh lapisan selimut karbon dioksida
yg terbentuk di ruang atmosfera.

20. Penipisan lapisan ozon


Merujuk kpd terputusnya ikatan kovalen tiga atom oksigen (O3) yg selama ini
membentuk lapisan ozon akibat serangan kloroflorokarbon (CFCs) di lapisan
startosfera.

21. Pencemaran udara


Didefinisikan sbg kehadiran satu atau lebih drpd bhn cemar spt gas, bhn berbau,
habuk, zarah, debu, dan sbgnya di dlm atmosfera yg mana ia blh menyubah kuantiti,
kualiti dan sifat atmosfera tersebut dan akhirnya blh memberi kesan negatif sama
ada kpd manusia, tumbuhan, binantang serta persekitaran fizikal sesuatu kws.
22. Jerebu
Ditakrifkan sbg partikel terampai di atmosfera dlm kepekatan tinggi. Terbentuk dlm
keadaan cuaca kering dan udara yg stabil yg menghasilkan satu lapisan kabus nipis
menyelimuti atmosfera.

23. Hujan asid


Air hujan yg mengandungi tahap keasidan yg tinggi ( pH kurang dari 5) spt air
hujan yg mengandungi asid sulfurik dan asid nitrit. Berlaku apabila bhn-bhn
pencemar udara spt sulfur dioksida, nitrogen dioksida bertindak sbg nukleas
kondensasi mencatumkan wap-wap air menjadi bintik dan titisan air.
Sumber: Hj Rusly Musa, Geografi Alam Sekitar Fizikal STPM

You might also like