You are on page 1of 22

Disediakan Oleh :-

Ahmad Taufiq Bin Aspar Selutan Brnadus

Secara berpasangan cari teknik-teknik mengajar nyanyian yang berkesan

Terdapat beberapa cara untuk mengajar nyanyian yang

berkesan:-Kaedah frasa demi frasa / baris -Kaedah rangkap demi rangkap -Kaedah keseluruhan

Kaedah frasa demi frasa / baris 1. Lagu baru diperdengarkan beberapa kali sama ada dinyanyikan oleh guru atau dimainkan rakaman lagu. Murid diminta mendengar dengan teliti. 2. Selepas memperdengarkan lagu baru, aktiviti seterusnya ialah guru membaca lirik lagu dan murid ikut membaca kemudiannya. Dicadangkan lirik dibaca mengikut corak irama lagu. Jika murid tidak boleh membaca, aktiviti di atas masih boleh dijalankan tetapi dicadangkan guru menggunakan lagu-lagu yang pendek agar mudah diingati.

3. Guru menyanyikan frasa pertama dan meminta murid supaya ikut menyanyi. Guru meneruskan dengan frasa seterusnya dengan cara yang sama seperti tadi. Guru boleh mengulang semula dengan meminta murid terus menyanyi frasa satu dan dua dan begitulah seterusnya sehingga keseluruhan lagu dapat dinyanyikan dengan tepat

4. Aktiviti permulaan pengajaran lagu baru boleh dijalankan tanpa iringan muzik atau sebaliknya. Guru boleh membantu ketepatan nyanyian dengan memainkan melodi lagu dengan alat muzik seperti pianika / kibod bagi guru yang berkebolehan.Kelajuan lagu haruslah dilambatkan untuk memudahkan murid mengikutinya 5. Setelah murid menguasai keseluruhan lagu, lagu baru dinyanyikan sepenuhnya dengan tempo yang sesuai/asal

Kaedah rangkap demi rangkap

1. Keseluruhan lagu baru diperdengarkan 2. Membaca lirik lagu. 3. Rangkap pertama lagu diperdengarkan sama ada daripada rakaman atau nyanyian guru. 4. Murid diminta terus menyanyi keseluruhan rangkap dengan bimbingan guru atau bersama rakaman keset / CD 5. Nyanyian rangkap seterusnya setelah didapati murid sudah menguasai rangkap 1 6. Nyanyian keseluruhan lagu

Kaedah Keseluruhan

1. Lagu baru diperdengarkan beberapa kali sama ada dinyanyikan oleh guru atau dimainkan rakaman lagu. Murid diminta mendengar dengan teliti. 2. Membaca lirik lagu jika perlu 3. Murid terus diminta menyanyikan keseluruhan lagu. Aktiviti ini diulangi sehingga murid didapati telah menyanyi dengan tepat. Kaedah ini biasanya digunakan untuk lagu-lagu yang pendek.

Apakah yang dimaksudkan warna ton dalam muzik?

Bunyi mempunyai sifat dan kualiti tersendiri, dan ini

dinamakan warna ton dalam muzik.


Contoh bunyi yang mempunyai warna ton berbeza

ialah:- Suara lelaki dan suara perempuan - Suara perempuan dengan suara kanak-kanak - Suara menjerit dengan suara berbisik

Warna ton bagi bunyi berbeza, berdasarkan bahan

pembuatan alat atau cara ianya dimainkan atau dinyanyikan.


Warna ton dalam muzik sama dengan warna ton

dalam lukisan.
Perkataan yang digunakan untuk menerangkan warna

ton bunyi ialah seperti lembut, kasar, nyaring, garau, halus , gelap, terang , ringan dan berat

Bincangkan pendekatan Kodaly dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran muzik

Kaedah Kodaly (1882-1967) adalah satu paradigma pendidikan muzik yang menggunakanaktiviti nyanyian dan keupayaan pendengaran dalaman oleh kanak-kanak. menyarankan penggunaan lagu-lagu rakyat atau lagu-lagu tempatan yang menggunakanbahasa ibunda dalam aktiviti latihan nyanyiannya Tidak menggunakan sistem gredseperti yang sering digunakan dalam kaedah pengajaran piano atau alat muzik lain.

membantu kanak-kanak dalam literasi muzik. berpusatkan kanak-kanak itusendiri iaitu penggunaan

latihan irama, latihan nyanyian solfa, latihan bacaan semerta,latihan mendengar, menulis, membuat persembahan dan mencipta muzik.
Kemahiran literasimuzikal turut dibina melalui

pengalaman latihan aural dan pengalaman ingatan visual.

Menurut Kodaly, terdapat tiga turutan konsep dalam pembelajaran literasi bahasa; 1. Peringkat AURAL : kanak-kanak mula belajar menghasilkan bunyi dan tonsemasa mereka bercakap (dalam kemahiran berbahasa) 2. Peringkat MENULIS : Setiap kali satu perkataan difahami, perkataan dan picboleh ditranskripsikan melalui penulisan atau perlambangan 3. Peringkat MEMBACA : Kanak-kanak membina keupayaan membaca

Pembinaan pemahaman asas adalah penting dan ianya

diikuti dengan pengetahuanbagaimana membuat persembahan, mendengar dan membuat analisis muzik klasikal yangmudah. Seterusnya kemahiran ditingkatkan secara berperingkat sehingga mereka berupayauntuk mencipta muzik mereka sendiri
satu kaedah yang berterusan dan sentiasa

berkembang.

Kaedah Kodalymenjadi tunjang dan nadi kepada

kurikulum muzik di sekolah mahu pun di institutpendidikan guru.


3 jenis teknik atau komponen;

Tonik Solfa 2. Isyarat Tangan 3. Simbol, Notasi dan Sebutan Irama


1.

pembelajaran nyanyian dan teknik pendengaran

menggunakansimbol irama dan suku kata.


Pada masa yang sama, isyarat tangan akan mewakili

perkaitanantara pic-pic. Penggunaan isyarat tangan membantu kanak-kanak melihat pic samada ianya menaik atau menurun.

Kunci asas dalam kaedah Kodaly ialah penggunaan

ekspresi tubuh dalam muzik.Seterusnya, tambahan kepada nyanyian dan detik ialah dengan menggunakan hujung kaki(step) untuk menandakan detik muzik. iramadaripada sukukata, dan berfikir (membayangkan) sukukata semasa menepuk irama. muzik iaitu zailofon (yang ditanggalkanbar tertentu) dan rekoder. Tetapi sebagai permulaan, beliau menyarankan penggunaan bahasaibunda sebagai asas mempelajari muzik.

Mereka juga diajar bagaimana untuk menepuk

Seterusnya, Kodaly menyarankan pengenalan alat

Dalam nyanyian, Kodaly sentiasa memulakannya

dengan lagu-lagu rakyat atau lagu-lagu tempatan yang menggunakan bahasa ibunda masingmasing. Secara berperingkat, lagu-lagu dari budaya lain mula diperkenalkan sedikit demi sedikit.
Kanak-kanak perlu dilatihmenyanyi dengan tepat

menggunakan pola melodi yang paling asas. Misalnya Do-Re, Do-Re-Mi dan sebagainya.
Bermula di peringkat ini juga, mereka diajar menyebut

iramamenggunakan perkataan sambil bertepuk tangan mengikut detik muzik.

Sekian Terima Kasih

You might also like