You are on page 1of 3

TEKS PENGACARAAN Program Motivasi

Pihgak majlis mengalu-alukan ketibaan yang berusaha Kpt Sabarin b Hj Abu bakar serta tetamu kehormat yg. lain dngan diiringi oleh Tn Guru Besar En Abdul Hamid bin Kasim.

Hadirin yang dirahmati sekalian, Sbelum kita ke atur cara setrusnya marilah sama2 kita rehatkan minda lapangkan dada dengan 1 prsembahan cukup menarik anak2 kita choral speking..dipersilakan..

Untk pengetahaun pihak tuan2 dan puan2 persembahan itu tadi adaah salah satu persembahan yang akan dipertandingkan oleh anak2 kita ini pada minggu hadapan di Karnival Kokurikulum bagi kategori Bahasa Inggeris.

Disingkap tirai, majlis bermula Restu dipohon, doa perantara D Ipanjatkan harapan, sermpuna segala Keberkatan dipohon, lindungan rahmatnya. Dengan itu majlis menjemput Ustaz utk memimpin lafaz doa. Dipersilakan. Majlis merakamkan ucapan t/kasih atas lafaz doa sebentar tadi. Moga apa yang dihajat apa yang dipinta mendapat restunya Ilahi .insyaalah Sireh berlipat sireh pinang, Sireh dari pulau Mutiara, Pemanis Kata Selamat Datang, Awal Bismillah bermula bicara.

Yg Berusaha Kpt Sabarin b Hj Abu bakar, Penceramah Jemputan Khas Program Motivasi keibu bapaan Yg berusaha, En Abd Hamid bin Kasim, Tuan Guru Besar Sek Keb Mengkuang Yg dihormati Dr Norhayati Yang dihormati En. Abd Razak B Abdullah YDP PIBG Yg dihormati barisan Guru- guru Penolong Kanan Sek Keb Meng, Guru-guru , Ajk-Ajk PIBG, para guru yang tanpa jemu mencurah ilmu, ibubapa , serta waris yang dirahmati sekalian.

Kalau dilipat sebesar kuku, Kalau dibentang seluas alam, Yg jauh di limbau, Yg dekat di gamit Seuntai salam sejambak kata Saya sembah pembuka bicara. Ahlan wa sahlan, salam satu Malaysia Selamat datang ke majlis Program Motivasi Keibubapaan & Penigkatan Upsr 2013 ini. Berkumpul kita di dewan mulia, Bersua sapa, bertentang mata Bicara ilmu bukan sekadar kata2 Bimbinngan anak cemerlang untk ibu bapa Pihak majlis merakamkan limpahan ucapan t/kasih atas sokongan tuan2 dan puan2 yang tanpa batas dan syabas untuk semua kerana dengan kehadiran tuan puan ke sini telah membuktikan kesungguhan, kesediaan kita sebagai ibu bapa terhadap anak2 yg telah di amanahkan oleh Allah swt. Pergi ke kota beli selasih Sayang si dara buat halwa Lontara kata simpulan kasih sulamkan mesra satukan jiwa

Majlis diteruskan dengan ucapan sulung majlis ini, dipersilakan En Abd Hamid bin Kasim untuk menyampaikan ucapan aluan . Dipersilakan Majlis merakam ucapan terimakasih atas ucapan aluan sebentar tadi.

Ilmu di cari, bersulam doa Jati diri usah dilupa Amanah Ilahi sama2 dijaga Cemerlang di sini bahagia disana Dengan penuh takzim majlis mempersilakan peceramah kita Yang berusaha Tn Kptn Sabarin b Hj Abu Bakar. untuk menyampaikan ceramah beliau berkaitan ilmu keibubapaan dan Peningkatan kecemerlangan dalam pendidikan dan peperiksaan.

Pihak majlis merakmkan ucapan t/kasih atas bicara ilmu oleh yang berusaha Kptn Sabarin b Hj Abu Bakar sebentar tadi.

Menjadi adat orang melayu, orang berbudi kita berbahasa. Sebagai tanda mengenag jasa dan rasa besar hati serta ucapan t/kasih teramat Majlis lagi sekali mempersilakan Yg berusaha Yang berusaha Tn Kptn Sabarin b Hj Abu Bakar. untuk menerima sedikit tanda hati dengan diiringi En. Abd Razak. Pihak majlis menjemput En. Abdul Hamid Tn. Guru Besar Sk Mengkuang bagi menyempurnakannya. Dipersilakan Mjlis merakam sekalung ucapan t/ kasih atas kesudian Tn Guru Besar penyempurnakan penyampaian tadi dan En. Abd Razak kerana sudi mengiringi Yg Berusaha .. nsebentar tadi. Hadirin, Kok berkayuh dah sampai ke muara Kok berenang dah sampai ke tepian Kok berlari dah samapai ke garisan Kok berbicara dah sampai penghujungnya Bunga dedap di atas para, Anak dusun pegang pelita Kalau tersilap tutr bicara Jemari disusun maaf dipinta.

You might also like