You are on page 1of 2

SYARAT-SYARAT UNTUK MEMOHON MENDAPATKAN

ANAK ANGKAT DI KEWAJA

1. Pasangan suami isteri Warganegara Malaysia yang beragama


Islam dan menetap ATAU tinggal tetap didalam Negara.

2. Telah berkahwin lebih daripada 5 Tahun dan tiada mempunyai


zuriat atau anak sendiri walaupun anak angkat.

3. Pasangan suami isteri yang layak mestilah berumur tidak


melebihi 45 Tahun dan sihat tubuh badan serta mempunyai asas
ekonomi yang kukuh.

4. Jika perkahwinan kali kedua atau kali yang seterusnya,


keutamaan hanya kepada isteri yang tidak pernah hamil ATAU
tiada anak kandung sendiri.

5. Kepada pasangan yang belum cukup 5 Tahun, mereka mestilah


menyediakan lapuran atau pengesahan doktor yang
mengesahkan mereka sukar untuk dapat anak ATAU
berkemungkinan tidak boleh mengandung.

6. Pasangan yang layak hendaklah bersedia menjadi penaja demi


menanggung segala kos yang berkaitan dengan Ibu Kandung
bayi ( anak angkat ) disepanjang Ibu tersebut berada di Kewaja
termasuk kos perubatan dan pengurusan kerana Kewaja tiada
mendapat bantuan dari sesiapa.

7. Pasangan yang layak dikehendaki menyediakan dokumen-


dokumen berikut;

7.1.Salinan Mykad suami isteri.


7.2.Salinan Sijil Perkahwinan.
7.3.Salinan Slip Gaji atau bukti pendapatan bulanan ATAU
perkerjaan.
7.4.Maklumat dua orang kenalan yang tiada pertalian keluarga
ATAU persaudaraan untuk rujukan.
7.5. Surat sokongan atau pengesahan (Rujuk No.5) untuk kes
tertentu ATAU jika perlu sahaja.

8. Proses permohonan dibuat pada minggu pertama setiap bulan.


Pemohon di kehendaki menghubungi Kewaja untuk mengetahui
tarikh dan masa. INGAT, hanya sehari pada setiap bulan dari Jam
9.00 pagi hingga 4.00 petang.
9. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 013-3384868 atau 012-
2966884.

Disediakan oleh;
Pengarah Urusan
Kem Modal Insan
Kewaja

You might also like