You are on page 1of 2

Teknik main peranan Dalam teknik main peranan, murid melakonkan watak yang dipilih berdasarkan cerita atau

situasi yang ditetapkan. Murid perlu faham akan peranan watak itu dan menghayatinya lalu melakonkan aksi dan percakapan watak itu.

Teknik berbincang Dalam pengajaran bahasa, teknik berbincang sering digunakan untuk mendapatkan isi dan menyusun isi tersebut bagi sesebuah karangan. Guru boleh menjalankan teknik perbincangan ini melalui dua cara, iaitu, (1) perbincangan berlaku antara guru dengan murid-murid, dan (2) perbincangan berlaku antara murid dengan murid sama ada secara kelas atau dalam kumpulan kecil. Semasa perbincangan, isi-isi penting dicatat di papan tulis dan kemudian disusun berdasarkan kehendak tajuk perbincangan. Bagi mengajar kemahiran lisan, guru menggalakkan murid bercakap untuk memberi pendapat dengan ayat dan tatabahasa yang betul.

Kemahiran lisan adalah satu kemahiran bahasa yang penting kerana manusia berkomunikasi secara lisan lebih banyak daripada kemahiran bahasa yang lain. Lagipun kemahiran lisan adalah kemahiran yang paling awal dikuasai seseorang sebelum ia menguasai kemahiran bahasa yang lain. Kemahiran lisan agak kurang mendapat perhatian dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa di sekolah berbanding dengan kemahiran bahasa yang lain. Pengajaran kemahiran lisan di dalam kelas hendaklah dijalankan dengan menggunakan kaedah dan teknik tertentu supaya murid dapat menguasai kemahiran lisan dengan baik. Keupayaan berkomunikasi secara lisan dengan baik akan menambah keyakinan diri kanak-kanak untuk berinteraksi dengan orang lain dalam pelbagai situasi.

Rumusan 1. Walaupun kemahiran lisan adalah kemahiran yang paling awal dikuasai kanak-kanak, namun mereka tetap memerlukan pembelajaran lisan yang tersusun dan terancang supaya kemahiran lisan yang sedia ada itu dapat 2. Pendekatan mencerminkan satu falsafah, pandangan, pegangan, atau pendirian bagi melihat, memahami, dan mendekati sesuatu perkara. 3. Kaedah adalah cara yang digunakan dalam sesuatu proses pengajaran. Kaedah merujuk kepada cara mengajar yang disusun dan dilaksanakan untuk mengajar sesuatu kemahiran bahasa kepada pelajar di dalam bilik darjah.

4. Teknik adalah cara yang lebih khusus yang digunakan untuk mengajar (atau menguji) sesuatu kemahiran atau aspek bahasa. Teknik dicipta untuk membantu guru menjayakan sesuatu kaedah pengajaran.

You might also like