• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
Mengenali makhluk Allah yang bergelar JIN - Haqiqat Jin
ISI KANDUNGAN
TAJUK HALAMAN
Abstrak2Pengertian Jin3Asal Usul Kejadian Jin 4 - 5Pembahagian Jin 6Bolehkah Manusia Melihat Jin? 6 - 7Bolehkah Manusia Bercakap Dengan Jin? 7 - 8Jenis dan Tugas Jin 8 - 9Jin Boleh Menyamar 10Tempat Tinggal Jin 10 - 11Adakah Jin Mati 12 - 13Adakah Jin Makan dan Minum 13 - 14Jantina Jin 14 - 15Jin Berkahwin dan Beranak-Pinak 15 - 16Masa Jin Berkeliaran 16Mana Lebih Dahulu, Jin Atau Manusia 17 - 18Bolehkah Jin Ditangkap 19Kesimpulan 19Bibliografi 20
09sk006 - Semester 1 ( 2009 ) - Aqidah Islamiyah
1
 
Mengenali makhluk Allah yang bergelar JIN - Haqiqat Jin
HAQIQAT JIN
OlehSaiful Rijal bin Haji Awang Damit09sk006Sarjana Muda Perguruan Ugama Usuluddin 2009/ 2010Semester 1Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan Negara Brunei Darussalam
Abstrak 
Kertas ini sedikit sebanyak membedah alam jin untuk mendedahkan hakikat sebenar kejadian, kehidupan dan kegiatan jahat mereka.Walaupun kebanyakan orang Melayu mempercayai kewujudan jin, tetapi jarang ada yangtahu secara mendalam tentang hakikat sebenar makhluk Allah ini. Semoga maklumatyang sedikit ini dapat menjadi benteng yang kukuh membendung akidah umat Islamdaripada dicemari unsur-unsur syirik.
09sk006 - Semester 1 ( 2009 ) - Aqidah Islamiyah
2
 
Mengenali makhluk Allah yang bergelar JIN - Haqiqat Jin
Pengertian JIN
Dari segi bahasa“Jin” adalah kata jama’ yang menunjukkan jenis (Ismu Jinsin) bentuk tunggalnya(mufradnya) “Jinni”.Perkataan jin berasal daripada bahasa Arab yang terdiri daripada dua huruf iaitu Jim dan Nun yang bererti sesuatu yang tersembunyi sebagaimana firman Allah di dalam Al-Quran:
 
Maksudnya : “Apabila waktu malam sudah mulai gelap, dia (Ibrahim) melihat bintang”(Surah al-An’am : 76)Tiap-tiap perkataan yang beriringan daripada huruf jim dan nun maka maknanyatersembunyi, tidak kelihatan, yang tertutup atau yang gelap pekat. Jin itu digelarkandengan nama sedemikian kerana ia tidak dapat dilihat dengan pandangan mata zahir.Dari segi istilahJin adalah suatu macam makhluk yang termasuk dalam golongan ruh yang berakal yang juga diberi perintah taklif (menjalankan syari’at agama) beriman kepada NabiMuhammad s.a.w, sebagimana halnya dengan bangsa manusia, hanya saja mereka itutidak mempunyai bahan-bahan kebendaan sebagaimana yang dipunyai oleh manusia danoleh sebab itu lalu tertutup dari pancaindera. Jadi mereka itu menurut keasliannyatidaklah dapat dilihat oleh mata, tidak dapat diketahui bentuk hakikinya dan mereka itumempunyai kekuasaan untuk menjelmakan diri dalam bentuk lain yang kasar.Menurut pandangan Syed Sabiq di dalam bukunya Al-Aqaid Islamiah
1
, katanya jin itusuatu jenis roh yang berakal yang mempunyai kehendak. Mereka adalah mukallaf sebagaimana menusia, tetapi mereka tidak mempunyai jasad seperti manusia, tidak dapatdilihat dengan penglihatan, tidak dapat disaksikan bentuk dan tabiat mereka yang asli danmereka mempunyai kuasa tersendiri yang membentuk diri mereka.
1
Al-Aqaid Islamiah – Syed Sabiq m/s 133
09sk006 - Semester 1 ( 2009 ) - Aqidah Islamiyah
3
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...