You are on page 1of 9

RA SION AL PENU BU HA N

Wanita Didahulukan Maruah


Diutamakan
KEM MODAL INSAN KEWAJA di tubuhkan atas dasar
Tanggungjawab Kemanusiaan dan Ihsan terhadap perlunya
sebuah institusi atau perkhidmatan sukarela sepenuh masa yang
memberikan perkhidmatan berbentuk; Menyelamat, Melindungi,
Membimbing & Merawat kepada wanita dan remaja yang telah
menjadi Perlarian Sosial setelah mengalami masalah akibat bencana
sosial atau aktiviti tidak bermoral yang sedang melanda masyarakat
dan Negara kita sekarang.

Sebagai Perlarian Sosial yang berpunca daripada aktiviti MAKSIAT


YANG TERLAMPAU sehingga terjadinya hamil luar nikah dan jalan
mudah yang diambil mereka telah menggugurkan kandungan (janin)
atau membuang bayi itu dimana-mana. Akhirnya kejadian yang
menyayat hati semua pihak berlaku dengan penemuan bayi atau
mayat bayi di tandas, sungai, masjid, tempat pembuangan sampah
dan sebagainya.

Hanya segelintir daripada mangsa yang terlibat dengan jenayah


seksual atau pergaulan tidak bermoral mencari maklumat serta
bersedia merujukkan masalah mereka kepada pihak-pihak yang
berkenaan sedangkan ramai diantara mereka masih keliru dan
mengambil jalan penyelesaian yang berisiko kerana takut untuk
berurusan dengan badan-badan yang boleh membantu mereka sama
ada JKM, Jabatan Pembangunan Wanita Dan Keluarga, Pihak Polis,
Jabatan Agama mahupun Hospital Kerajaan atau NGO yang
bertanggungjawab dengan isu seperti ini.

1
Maka, dengan keadaan BENCANA MAKSIAT seperti ini, KEM MODAL
INSAN KEWAJA ditubuh dan digerakkan secara aktif demi untuk
menyelamatkan Perlarian Sosial tersebut disamping memantau
serta memberikan khidmat sokongan terhadap masyarakat atau
badan-badan kerajaan yang berkaitan dalam usaha menyelamat,
melindungi, membimbing dan merawat mana-mana wanita dan
gadis remaja yang difikirkan perlu diberikan perhatian dan bantuan.

PENGENALAN

KEM MODAL INSAN KEWAJA di perkenalkan sejak Tahun 1988 dan


beroperasi sepenuh masa sejak Tahun 1996 sebagai salah satu
agensi persendirian sukarela yang dibangunkan oleh Sdr.Yahya bin
Mohamed Yusof dan Puan Ruzitah binti Bahrum. KEWAJA pada
mulanya hanya bertindak sebagai juru-runding atau penasihat
terhadap wanita dan remaja yang bermasalah, namun permasalahan
wanita dan gadis yang hamil luar nikah tidak cukup dengan hanya
nasihat sahaja kerana mereka adalah Perlarian Sosial yang tidak
tahu hala-tuju walaupun KEWAJA telah mencadangkan agar mereka
pergi kemana-mana rumah perlindungan yang sedia ada ada,
malangnya atas berbagai sebab dan alasan mangsa tidak berminat
dengan cadangan kami malahan pusat-pusat perlindungan atau jagaan
yang sedia ada mempunyai syarat-syarat tersendiri yang mana sukar
diterima oleh mangsa yang terlibat. Maka sebagai Masyarakat
Penyayang, berperi kemanusiaan dan ihsan, KEWAJA telah
mengambil peranan ini dengan menerima mangsa sebagai anak
angkat atau pelatih dibawah pengurusan KEWAJA. Tanggungjawab
dan peranan kami, mempastikan keselamatan dan kesihatan ibu dan
anak yang bakal lahir sempurna atau mendapat pengurusan, perhatian
dan penjagaan yang sewajarnya mengikut garis panduan yang telah
ditetapkan kerajaan.

OBJEKTIF

1. Perkhidmatan pengurusan, juru runding disamping menyediakan Kursus,


Latihan Dan Pemulihan Akhlak untuk wanita atau remaja yang menjadi
Perlarian Sosial ATAU mengalami masalah moral.dan mangsa aktiviti
maksiat terlampau.

2. Terlibat sepenuh masa secara sukarela dan aktif demi menunaikan


tanggungjawab sosial-kebajikan terhadap masyarakat, khususnya dalam
membantu wanita dan remaja yang mengalami masalah diri yang
mengaibkan.

2
3. Melibatkan diri secara aktif sebagai salah satu Agensi atau Badan
Sukarelawan yang memberikan khidmat sokongan pelbagai, khususnya yang
berkaitan dengan isu-isu kekeluargaan , wanita, dan masyarakat (seperti
yang disebutkan sebelum ini) kepada badan-badan kerajaan dan bukan
kerajaan terutama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan
Masyarakat.

4. Menyumbang, mendukung dan bergerak seiring dengan Majlis Sosial Negara


kearah menjayakan program Dasar Sosial Negara (DSN) di samping
membantu merealisasikan Pelan Integriti Nasional (PIN) serta
membantu melahirkan dan membangunkan MODAL INSAN Kelas
Pertama.

5. Menjadikan KEM MODAL INSAN KEWAJA sebagai salah satu Pusat


Integriti Dan dan produk utama kami membangunkan MODAL INSAN.

6. Bergerak bersepadu dengan setiap lapisan masyarakat dan NGO khususnya


GERAKAN EHSAN SELANGOR ( GES ) untuk membenteras gejala sosial
serta bersama menyelesaikan permasalahan sosial yang melibatkan remaja,
gadis dan wanita.

PERANAN KEWAJA DAN GES (NGO)

1. Menyediakan kediaman atau pusat jagaan sementara untuk wanita dan gadis
yang mengalami masalah pribadi yang mengaibkan diri sendiri dan keluarga.

2. Menguruskan hal ehwal perubatan, rawatan dan pemulihan untuk wanita yang
hamil, bermula daripada mereka masih hamil sehingga bersalin dan
disepanjang tempoh berpantang (40 hari berdasarkan amalan tradisional); Ini
termasuklah rawatan perubatan moden dan tradisional (mengurut dan
bertungku) disamping mempastikan konsep berpantang diamalkan dengan
sempurna.

3. Menguruskan dan menghantar wanita yang hamil untuk mendapatkan


rawatan berkala atau rawatan mingguan sama ada di klinik kerajaan atau
swasta.

4. Mengesan dan menghubungi keluarga atau waris mereka yang terlibat;


Sekiranya mereka datang sendiri (tidak bersama waris atau keluarga), untuk
tujuan-tujuan yang berkaitan dengan JKM, Jabatan Kerja Sosial Hospital atau
pihak perundangan, terutama kumpulan gadis bawah umur.

5. Memberikan garis panduan serta khidmat nasihat kepada wanita yang


bermasalah serta waris atau ahli keluarga yang terlibat agar permasalahan
mereka dirujuk kepada pihak Polis, JKM atau mana-mana jabatan berkaitan
jika perlu untuk tujuan mendapatkan keadilan undang-undang terutama kes-
kes rogol, sumbang mahram terutama membabitkan gadis bawah umur
(Rujuk kepada Akta Perlindungan Wanita & Gadis 1973)

6. Menyediakan perkhidmatan kaunseling-motivasi, kelas agama/fardu ain,


ceramah agama dan kesihatan daripada tenaga pengajar atau penceramah
yang terlatih dan bertauliah.

3
7. Mendaftarkan setiap bayi yang lahir di Jabatan Pendaftaran Negara.

8. Membantu mendapatkan keluarga angkat bagi bayi yang lahir (Rujuk kepada
akta pengangkatan 1952), sekiranya ibu atau waris mereka yang terlibat
bermasalah untuk menjaga bayi tersebut atau dirujuk kepada JKM.

9. Menguruskan hal ehwal persekolahan terutama sekiranya mereka sedang


menghadapai peperiksaan sedangkan dalam masa yang sama mereka telah
dibuang sekolah tetapi Lembaga Peperiksaan masih boleh membenarkan
mereka mengambil peperiksaan.

10. Menghantar pulang gadis atau wanita yang telah tamat tempoh berpantang
atau telah diyakini pulih dari segi mental dan fizikal kepangkuan keluarga
sekiranya pihak keluarga tidak datang mengambil mereka.

11. Membantu memulihkan hubungan kekeluargaan; Ada pihak keluarga


meminggirkan anak-anak mereka setelah mendapat tahu anak gadis mereka
hamil serta berada dibawah jagaan kami (Ini salah satu pendekatan yang
kami lakukan demi mengembalikan hubungan baik-mesra mereka
sekeluarga).

12. Membantu mengesan atau mencari lelaki yang menyebabkan wanita itu hamil
untuk sebarang tindakan undang-undang atau mempertanggungjawabkan
atas apa yang terjadi kepada wanita atau gadis tersebut.

13. Membantu merancang majlis perkahwinan atau pernikahan dengan lelaki


yang yang menyebabkan wanita itu hamil jika lelaki berkenaan ingin
bertanggungjawab atau ada lelaki lain yang sanggup berkorban demi masa
depan wanita tersebut.

14. Menguruskan jenazah dan pengkebumian bayi, jika bayi itu meninggal dunia.

15. Mencarikan pekerjaan buat mereka setelah tamat tempoh berpantang


disamping mencarikan jodoh yang sesuai jika ada diantara mereka bersedia
untuk berumahtangga.

16. Mengadakan hari keluarga atau rumah terbuka untuk pertemuan bekas-bekas
pelatih KEWAJA disamping dapat berjumpa dengan anak mereka dan
pasangan suami isteri yang mengambil anak mereka,bagi wanita yang telah
menyerahkan anak kepada keluarga angkat.

17. Memantau secara berkala pelatih-pelatih yang telah keluar dari KEWAJA,
demi mempastikan mereka tidak terjerumus semula kepada kehidupan yang
bermasalah atau tidak bermaruah.

SYARAT-SYARAT MENDAPATKAN PERKHIDMATAN KEWAJA

1. Wanita atau gadis remaja yang benar-benar menghadapi masalah pribadi


yang serius dan mengaibkan diri sendiri serta keluarga malah mereka benar-
benar memerlukan perlindungan, bimbingan, dan pemulihan setelah tiada
ruang atau peluang untuk menetap dimana-mana rumah perlindungan yang
sedia ada sama ada milik kerajaan atau NGO.

2. Gadis remaja bawah umur (Rujuk kepada Akta Perlindungan Wanita & Gadis)
hendaklah diiringi oleh keluarga atau waris ATAU pihak kami akan

4
memaklumkan kepada keluarga mereka setelah keadaan perlu dan
mengizinkan.

3. Wanita atau gadis yang terlibat dengan jenayah akan dirujuk kepada keluarga
dan seterusnya KEWAJA menasihatkan mereka merujuk kepada pihak-pihak
yang berkenaan, sama ada JKM atau pihak Polis.

4. Wanita atau gadis yang datang dengan masalah yang sama untuk kali kedua
terutama hamil luar nikah, akan dikenakan syarat yang lebih ketat atau
berkemungkinan tidak akan diterima.

5. Pihak KEWAJA berhak menolak mana-mana wanita atau gadis bermasalah


yang ditafsirkan tidak sesuai berada bersama KEWAJA, antaranya;

5.1. Terlibat dalam aktiviti jenayah berat seperti pelacuran, penyalahgunaan


dadah atau aktivi sosial yang terlampau.

5.2. Gadis remaja bawah umur yang tidak mendapat jaminan atau sokongan
daripada keluarga mereka.

5.3. Kemasukan yang dipaksa atau tanpa kerelaan wanita atau gadis terlibat.

5.4. Tidak memberikan kerja sama atau menimbulkan masalah kepada


KEWAJA.

5.5. Mengidap atau mengalami penyakit berjangkit dan merbahaya atau


berisiko.

SYARAT-SYARAT SEMASA TINGGAL SEMENTARA DI KEWAJA

1. Tidak dibenarkan keluar tanpa izin melainkan untuk tujuan keklinik atau
hospital.

2. Hanya waris dan keluarga terdekat (jika perlu) yang boleh berurusan atau
datang melawat dan ahli keluarga lelaki tidak dibenarkan berada atau masuk
kedalam rumah perlindungan KEWAJA.

3. Pihak kami berhak mengambil tahu atau mendengar perbualan, perbincangan


antara pelatih kami dengan individu yang berurusan dengan mereka
walaupun ahli keluarga atau waris terdekat.

4. Pelatih-pelatih KEWAJA tidak dibenarkan membawa dan menggunakan


telefon bimbit/tangan atau sebarang alat komunikasi.

5. Surat menyurat, e-mail, telefon da apa uga jenis perhubungan dengan pihak
luar walau ahli keluarga akan ditapis atau berada dibawah pengawasan
KEWAJA

6. Penjagaan sementara hanya dibenarkan hingga tempoh habis berpantang


sahaja, selepas 40 hari, pelatih yang berkenaan dinasihatkan kembali
kepangkuan keluarga atau pihak keluarga akan datang mengambil mereka.

7. Sekiranya pelatih tidak mampu atau bermasalah untuk menjaga anak mereka
setelah bayi lahir disamping tidak mendapat sokongan, keizinan atau bantuan

5
daripada keluarga, bayi tersebut dinasihatkan diserahkan kepada keluarga
angkat atau pihak JKM jika tiada sesiapa yang mahu mengambil bayi tersebut.

8. Urusan penyerahan kepada keluarga angkat akan diadakan dalam suasana


penuh kekeluargaan dengan dihadiri oleh keluarga yang mengambil dan
keluarga yang menyerahkan bayi tersebut (Urusan ini tertakluk kepada Akti
Pengambilan Anak Angkat, Akta Pengangkatan dan Akta Pendaftaran Anak
Angkat).

9. Wanita atau gadis yang berazam untuk memelihara sendiri anak mereka
malah mendapat sokongan dan keizinan semua ahli keluarga, da tidak
mengahdapi masalah tempat tinggal, adalah dinasihatkan tidak merujuk atau
berada di KEWAJA.

10. Wanita atau gadis atau bayi mereka yang mengalami masalah kesihatan atau
penyakit merbahaya terutama H.I.V atau AIDS, dinasihatkan merujuk kepada
rumah atau pusat perlindungai yag sesuai dengan mereka.

MASALAH, CABARAN DAN KESULITAN

1. Tidak mempunyai sumber kewangan yang benar-benar kukuh (stabil) atau


mencukupi, kerana KEWAJA tidak menetapkan yuran atau bayaran yang
tetap terhadap pelatih-pelatih yang ingin mendapatkan perkhidmatan
KEWAJA. (Bayaran terpulang kepada kemampuan dan keikhlasan keluarga
yang terlibat).

2. Tidak mendapat bantuan, sokongan dan kerjasama sepenuhnya daripada


masyarakat, badan kerajan, NGO atau setiap keluarga yang terlibat.

3. Tidak mampu mengadakan tempat yang lebih sesuai dan sempurna, bagi
membolehkan aktiviti riadah serta vokasional dijalankan dengan lancar.

4. Masih ramai masyarakat yang menganggap usaha KEWAJA sebagai


penggalak maksiat atau bersubahat terhadap bayi-bayi yang lahir tak sah
taraf itu, malah ada juga yang memberikan tafsiran negatif terhadap aktiviti
dan perkhidmatan ini.

5. Pihak keluarga pelatih tidak memberikan bantuan, kerjasama atau sokongan


yang sewajarnya terhadap pusat ini serta pelatih itu sendiri.

SUMBER KEEWANGAN

1. Sumbangan ikhlas daripada keluarga pelatih-pelatih yang terlibat.


2. Sumbangan ikhlas daripada orang ramai yang prihatin.
3. Pendapatan sampingan sebagai penulis sambilan – En.Yahya
4. Pendapatan sampingan sebagai motivator dan fasilitator bebas – En.Yahya
5. Pendapatan sampingan sebagai Perunding Tradisional – Pn Ruzitah
6. Pendapatan sampingan sebagai pengasuh – Pn Ruzitah.
7. Sumbangan daripada berbagai pertubuhan sukarela.

PERANCANGAN JANGKA PANJANG

6
1. Memajukan KEM MODAL INSAN KEWAJA supaya menjadi lebih
lengkap dan sempurna, bukan sahaja boleh menempatkan
wanita dan gadis yang bermasalah yang mengaibkan tetapi
termasuk juga penjagaan untuk ibu tunggal bermasalah, anak-
anak yatim, orang-orang tua/kurang upaya (OKU) dan
sebagainya.

2. Menjadikan salah satu Pusat Integriti Dan Pembangunan


Insan Hadhari atau Pengeluar MODAL INSAN yang mampu
berdikari tanpa bantuan kerajaan, malah mampu memberikan
khidmat sokongan yang padu terhadap jabatan-jabatan yang
terlibat dengan program dan aktiviti KEWAJA.

PENUTUP

Kami mengucapkan jutaan terimakasih yang tidak terhingga kepada badan-badan


berkanun, NGO khususnya GERAKAN EHSAN SELANGOR dan orang ramai yang
setiasa memberikan sokongan dan sumbangan sama ada dalam bentuk material
mahupun tenaga dan idea untuk sama-sama merealisasikan sebuah Pusat Integriti
seperti KEM MODAL INSAN KEWAJA serta pihak kerajaan khususnya dalam
usaha mencapai matlamat untuk keselesaan masyarakat dlam menangani isu-isu
yang berkaitan dengan masalah sosial dan kebajikan, khususnya dalam peranan
menjayakan Dasar Sosial Negara (DSN) dan bersama merealisasikan Pelan
Integriti Nasional (PIN) disamping melahirkan Modal Insan.

7
KEM MODAL INSAN
KEWAJA
No.Pendaftaran 001688694-H
Keb ajika
n
Wanita Tanggungjawab Kami

MAKLUMAT PENGASAS KEWAJA

1. YAHYA BIN MOHAMED YUSOF

o Naib Yang Dipertua Gerakan Ehsan Selangor


o AJK Persatuan Pusat Jagaan WPKL
o Sukarelawan Yayasan Salam Malaysia [SALAM]
o NYDP SMK Hillcrest Taman Seri Gombak Selangor
o NYDP SK. Tmn. Seri Gombak, Selangor
o Pengerusi Tetap UMNO Tmn Seri Gombak Utama,Selangor
o Panel TV & Radio untuk RTM, TV3, TV9, Astro, Bernama TV & Radio 24
o Penerima Anugerah Famili Berjasa, Anjuran Yayasan Budi Penyayang
Malaysia dan ASTRO 2005.

2. RUZITAH BINTI BAHRUM

o Ahli Sukarelawan Yayasan Salam Malaysia – SALAM


o AJK Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Cawangan Taman Seri
Gombak.
o AJK Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Tmn Sri Gombak
o Ahli Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA)
o Perunding Tradisional & Pakar Motivasi

ASRAMA PUTERI KEWAJA

No.19, Jalan SG 5/4, Taman Seri Gombak


68100 Batu Caves Selangor Darul Ehsan
Tel: 013-3384868 03-61857736
Emel: kewaja@gmail.com

8
http://groups.yahoo.com/group/KEWAJA
http://www.kewaja.enetmyne.com/
© 2009 KEWAJA Hakcipta Terpelihara

You might also like