Professional Documents
Culture Documents
2. 3. 4. 5. 6.
14.
Penggunaan PPE
1. 2. 3. 4. Kesemua PPE(personal Protective Equipment) yang digunakan mestilah dari jenis yang mendapat kelulusan dari DOSH. Senarai PPE yang diluluskan oleh pihak DOSH hendaklah di semak dan di kemaskini(boleh didapati dari halaman web DOSH). Anda dimestikan memakai PPE sepanjang masa anda bekerja ditempat-tempat yang telah ditentukan oleh mandor atau penyelia. Jenis-jenis PPE yang disediakan oleh majikan untuk kegunaan pekerja mengikut kawasan dan keadaan kerja anda adalah: (i) Sarung Tangan (ii) Mask (iii) Head Gear (iv) Topi Keselamatan Tali pinggang keselamatan, topi keselamatan, cermin mata keselamatan, sarung tangan dan dan peralatan keselamatan mestilah digunakan. Sebelum memulakan kerja, dapatkan semua perkakas keselamatan daripada ketua atau mandur. Pastikan peralatan keselamatan didalam keadaan yang baik sebelum digunakan.
5. 2. 3.
Penggunaan Tangga
1. 2. 3. 4. Jangan gunakan tangga yang tidak kukuh strukturmya. Pastikan bahagian bawah tangga disandarkan pada tempat yang kukuh. Jika bahagian bawah tangga kurang stabil, dapatkan bantuan seseorang untuk memegangnya bagi pihak anda. Jangan sandarkan tangga pada benda yang licin atau mudah pecah. Tangga tidak sepatutnya digunakan bagi ketinggian melebihi 1 meter(3 kaki) dari dasarnya.
Peti Kecemasan
1. 2. 3. 4. Guna peti kecemasan dipejabat bila terdapat luka atau kemalangan kecil. Peringatan, luka yang kecil boleh menjadi luka yang lebih teruk. Semua luka mesti diubati dengan segera. Minta pertolongan jika anda didalam kebimbangan. Ketahui tempat peri kecemasan diletakkan. Pastikan ubat-ubatan tertentu berada di dalam peti kecemasan.
Peraturan Am
1. 2. Berfikir sejenak tentang langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi sebelum melakukan kerja. Jangan meneka. Jika anda didalam keraguan mengenai cara yang selamat dan teratur untuk melakukan sesuatu kerja atau menggunakan peralatan, sila dapatkan nasihat orang atasan atau mandor. Jika anda tidak memahami arahan yang diberi, jangan ambil mudah. Bertanya. Ikut arahan. Lihat tanda-tanda amaran dan notis bahaya. Lapor semua keadaan yang tidak selamat kepada pihak atasan atau mandor. Bantu pelihara kekemasan kawasan bekerja. Kawasan yang bersih mencegah kemalangan. Alihkan semua paku yang menjulur atau tajam dari kawasan laluan. Jangan biarkan lubang terbuka dan boleh menyebabkan seseorang jatuh ke dalamnya. Buat laporan kepada penyelia atau mandor mengenai perkara ini. Minta bantuan jika sesuatu kerja itu terlalu berat untuk dilakukan. Tidak bermain atau membuat gurauan ketika bekerja. Jangan bekerja ditempat yang tinggi jika anda berasa lemah atau pening kepala. Api itu merbahaya. Jika anda menghisap rokok, berhati-hati. Dilarang merokok dikawasan yang bertanda "DILARANG MEROKOK". Jangan buat sesuatu yang boleh membahayakan diri anda dan orang lain. Pindahkan mesin yang tidak digunakan ke kawasan yang sesuai. Lebih berhati-hati jika bekerja dikawasan yang basah. Jangan membuang sampah sarap dari kawasan yang tinggi. Pastikan sampah sarap dibuang melalui saluran membuang barangan.
2. 3. 4. 5.
2.
3.
1.
2.
Pihak kilang akan memastikan bahawa laporan penaksiran yang dibuat (i) bila terdapat perubahan keatas bahan kimia yang digunakan (ii) atas arahan pihak DOSH (iii) setiap 5 tahun sekali akan direkodkan dan disimpan dengan baik untuk selaman tempoh 30 tahun. Laporan-laporan penaksiran ini untuk tempoh 30 tahun hendaklah disimpan didalam kabinet dan mudah didapati atau ditunjukkan apabila diminta oleh pihak penguatkuasa DOSH.
1.
2.
Pihak kilang setelah meneliti dan mendapati laporan penaksiran daripada mana-mana pengapit yang dilantik oleh pihak kilang hendaklah memaklumkan hasil laporan penaksiran ini kepada pekerja. Satu meeting atau briefing dimana kesemua pekerja-pekerja yang terlibat atau terdedah kepada bahan kimia berbahaya kepada kesihatan hendaklah diadakan dan rekod kedatangan serta bukti pemakluman hendaklah disimpan.
1/2
2. 3.
4. 5.
yang dibeli dan digunakan didalam kilang semasa penerimaan bahan-bahan kimia ini mempunyai label-label dan label-label ini tidak tertanggal, rosak atau diubah-suaikan. Sekiranya bahan-bahan kimia berbahaya ini tidak mempunyai label-label tersebut, maka storekeeper hendaklah memulangkan bahan-bahan kimia ini kepada pembekal. Sekiranya bahan-bahan kimia berbahaya ini tidak mempunyai label-label tersebu, namun diperlukan dengan segera di dalam kilang, maka storekeeper hendaklah melabel semula bahan-bahan kimia ini. Bahan-bahan kimia yang dibekalkan ke kilang juga mestilah mempunyai CSDS atau MSDS dalam dwi-bahasa untuk rujukan para pekerja. Store-keeper juga hendaklah memastikan bahawa pembungkusan bahan-bahan kimia berbahaya yang diterima oleh pihak kilang dalam keadaan baik, tidak rosak, kukuh dan padu serta tidak bocor. Contoh-contoh pemlabelan bahan-bahan kimia berdasarkan kepada sifat fisiokimia dan juga kesan kesihatan adalah seperi berikut: Tanda Bahaya Lambang
2. 3. 4.
di label semula. Jika label pada bahan-bahan kimia berbahaya didapati tertanggal, rosak atau diubahsuai maka storekeeper hendaklah melabel semula bahan-bahan kimia ini. Bagi bahan-bahan kimia yang digunakan dengan segera, maka label yang terdapat pada bekas bahan-bahan kimia ini tidak perlu dilabel semula. Ukiran label hendaklah seperti berikut : Muatan Bungkusan (i) bungkusan < 3 liter (ii) 3 liter < bungkusan < 50 liter (iii) 50 liter < bungkusan < 500 liter (iv) bungkusan > 500 liter Ukuran [mm] 52 * 74 74 * 105 105 * 148 148 * 210
Lambang bahaya hendaklah melitupi sekurang-kurangnya 1/10 daripada keluasan permukaan label tetapi tidak boleh kurang dari 1 cm2.