You are on page 1of 2

Diari Konsep Geografi 942/2 Tema 5: Impak Alam Sekitar dan Pengurusannya

Tema 5 – Impak Alam Sekitar dan Pengurusannya.

Konsep/Huraian

1. Pengurusan Alam Sekitar: stpm 2006

Usaha dan tindakan merancang dan mengawal selia kelestarian alam sekitar menerusi
keupayaan daya tampung sumber alam sekitar ke arah mencapai pembangunan mapan dan
berterusan. Pengurusan alam sekitar mencakupi usaha penjagaan, pemeliharaan dan
pemuliharaan.

2. Pembangunan Lestari: stpm 2007

Pembangunan yang tidak merosakkan sumber alam dan alam sekitar atau pembangunan
mesra alam, iaitu yang dirancang dan mengambil kira kepentingan alam sekitar.
Dalam pembangunan lestari, langkah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
diambil berat. Misalnya, dalam kes pembalakan, satu pokok ditebang perlu diganti
dengan satu pokok baru melalui program penanaman semula hutan. Tujuan utama
pembangunan lestari ialah memberi manfaat dan memenuhi keperluan bukan sahaja
genarasi hari ini tetapi juga generasi akan datang.

3. Pemeliharaan dan Pemuliharaan alam sekitar : stpm 2008

Pemeliharaan mrjk kpd langkah memelihara alam sekitar drp sebarang kerosakan atau
kemusnahan akibat di eksploitasi olh manusia secara keterlaluan dan tidak
terancang. Pengawalan blh dilakukan melalui kaedah hutan simpan.

Pemuliharaan mrjk kpd langkah membaik pulih alam sekitar yg semakin terancam dan
menghadapi kepupusan atau kehabisan. Pengawalan blh dilakukan melalui kaedah
penanaman semula dan rawatan sisa.

4. Pemanasan Global

Mrjk kepada peningkatan suhu dunia yg diakibatkan olh kesan rumah hijau dan
penipisan lapisan ozon.

5. Kesan Rumah Hijau

Mrjk kpd kewujudan gas-gas rumah hijau khususnya karbon dioksida dan metana yg
bertindak membenarkan bahangan m/hari masuk tetapi memerangkap bahangan bumi dr
keluar ke angkasa lepas.

6. Penipisan lapisan ozon

Mrjk kpd terputusnya ikatan kovalen tiga molekul oksigen yg membentuk ozon akibat
serangan gas CFC dan Halon.

7. Penggurunan

Mrjk kpd pembesaran saiz gurun yg sedia ada hingga melampaui kws pinggirnya atau
yg menukarkan sesuatu kws yg sebelum ini bukan gurun kpd ciri-ciri gurun yg tandus
dan gersang.

8. Penyahhutanan

Bermakna penghapusan hutan secara besar-besaran utk pelbagai tujuan spt


pembalakan, pertanian, pembinaan petempatan dll.
9. Pencemaran udara

Mrjk kpd kehadiran bahan pemcemar udara khususnya gas-gas rumah hijau. Manakala
jerebu mrjk kpd kehadiran partikel terampai (PM10) seperti debu, asap, dan habuk
di dalam keadaan cuaca kering.

10. Kemerosotan kualiti air

Sumber-sumber air bersih sama ada dr sungai, laut, tasik, kolam, takungan s/jadi,
air bawah tanah dan air hujan tercemar atau semakin rendah kualitinya.

Sumber: Hj Rusly Musa, Geografi Alam Sekitar Manusia STPM

You might also like