pelbagai kuasa seperti Portugis, Belanda, Siam, Jepun, dan Inggeris. Segala bentuk, rupa danrasa keperitan dan kesukaran telah dilalui oleh ramai pemastautin tempatan apabila merekacuba menentang penjajahan asing demi memelihara tanah air tercinta. Begitu juga semasamereka berada di bawah cengkaman kuasa asing.Banyak usaha dilakukan untuk mengembalikan semula kehidupan tanpa tekanan pihak luar yang rakus kuasa dan benda lantaran tamak haloba untuk mengaut kekayaan dan mengikishasil negara. Beberapa kemudahan disediakan oleh kuasa asing yang kononnya untukmembangunkan negara agar boleh dinikmati oleh anak-anak pribumi, tetapi sebenarnyahanyalah helah penjajah. Penjajah sanggup membawa biji-biji benih pokok getah untuk ditanamdi sini kerana buminya subur dan sesuai. Pelbagai alat dan kelengkapan canggih ketika itudibawa masuk untuk memudahkan kerja-kerja mencari dan menggali khazanah galian sepertibijih timah, besi, arang batu, emas dan sebagainya. Mereka meredah segala ceruk negarauntuk mencari dan mengaut kekayaan yang sangat tinggi nilainya. Mereka membina lingkaranpengangkutan darat, laut dan udara untuk memindah dan memunggah kekayaan perut negaraini ke tempat mereka. Kilang-kilang dibina untuk mengumpul, memproses, memilih danmembawa keluar hasil komoditi terbaik, sementara yang tinggal hanyalah sisa-sisanya sahaja.Mereka membawa masuk buruh-buruh asing dari pelbagai negara terutama dari China danIndia untuk mendapatkan hasil dengan lebih cepat tanpa mementingkan bermacam masalahyang akan memberi kesan kepada kehidupan, perpaduan dan keharmonian penduduktempatan.Semangat untuk mendapatkan kemerdekaan tidak luntur dalam jiwa bangsa Melayu walaupun