You are on page 1of 2

TABIKA KEMAS TAMAN SELANDAR BARU

77500 SELANDAR, MELAKA.

PERATURAN DI TABIKA TAMAN SELANDAR BARU


1) Yuran Pendaftaran.
a) Tujuan kutipan yuran ini adalaj seperti berikut:
i)

Sebagai komitmen ibubapa menghantar anaknya hadir belajar di Tabika KEMAS.

2) Sumbangan ibubapa (Yuran Bulanan)


a) Sumbangan ibubapa ialah RM15.00 setiap bulan.
b) Sumbangan hendaklah dibayar setiap awal bulan pada setiap bulan selewatlewatnya 10hb.
c) Tujuan pembayaran sumbangan ibubapa ialah:
i)

Membiayai bayaran utiliti.

ii) Membiayai aktiviti kokutikulum yang melibatkan kanak-kanak, ibubapa dan


masyarakat.
3) Buku aktiviti
a) Dibiayai melalui Geran Per Kapita kanak-kanak Tabika KEMAS. (Pendaftaran awal
bulan Jan 2014)
4) Alat bahan pengajaran dan pembelajaran.
a) Dibiayai melalui Geran Per Kapita kanak-kanak Tabika KEMAS. (Pendaftaran awal
bulan Jan 2014)
5) Lain-lain kutipan / sumbangan.
a) Lain-lain kutipan yang dicadangkan oleh jawatankuasa hendaklah mendapat
perakuan dari Penasihat Jawatankuasa dan dirujuk untuk kelulusan Pengarah
KEMAS Negeri Melaka.
6) Waktu Persekolahan di Tabika
a) Waktu pembelajaran bermula dari jam 8.00 pagi 12.00 tghari.

b) Ibubapa dikehendaki mengambil anak selewat-lewatnya sebelum 12.30 tghari,


kerana guru ada urusan pentadbiran di pejabat KEMAS Parlimen Alor Gajah dan di
tabika. Diharap ibubapa dapat member kerjasama dan prihatin.
c) Kanak-kanak yang sakit seperti demam, penyakit berjangkit seperti sakit mata,
demam campak atau sebagainya tidak dibenarkan ke tabika. Ini kerana demi
menjaga keselamatan kanak-kanak tersebut dan juga keselamatan dan kesihatan
kanak-kanak yang lain.
7) Ibubapa wajib hadir dalam setiap aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang tahun
2014 (wakil dibenarkan)
8) Pakaian
a) Isnin & Rabu Baju uniform KEMAS
b) Selasa & Khamis Baju Sukan Tbk
c) Jumaat Pakaian Kebangsaan (Baju Melayu / Baju Kurung)

You might also like