You are on page 1of 13

9-in-one Reference Set

Karangan & Perenggan Bahasa Melayu

No. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Tajuk Kegunaan Telefon Bimbit Kesan Pemanasan Global Cara-Cara Untuk Menceriakan Sekolah Cara-Cara Menjaga Kesihatan Gigi Dalam Kehidupan Kita Cara-Cara Menjaga Keselamatan Diri Di Jalan Raya Perhimpunan Mingguan Di Sekolah Saya Aktiviti Gotong Royong Membersihkan Kawasan Sekolah Suasana Di Kantin Pada Waktu Rehat Permainan Tradisional

Deskripsi Karangan Karangan Karangan Karangan Pendek Jarangan Pendek Karangan Pendek Perenggan Karangan Perenggan Karangan Perenggan Karangan

Mukasurat 3 4&5 6&7 8 9 10 11 12 13

Kegunaan Telefon Bimbit Kini, telefon bimbit merupakan alat perhubungan atau komunikasi dan telah menjadi gaya hidup masyarakat masa kini. Memang tidak dapat dinafikan kepentingan memiliki telefon bimbit, Seseorang dapat dihubungi walaupun beribu-ribu batu jauhnya di pelosok dunia sekalipun. Selain itu kita dapat mengetahui berita-berita penting dan terkini lebih cepat. Alat perhubungan ini yang satu ketika dahulu dianggap barangan mewah ,kini mampu dimiliki oleh setiap golongan masyarakat dunia. Malahan, ada ibu bapa yang mampu menyediakan alat komunikasi ini kepada anak-anak mereka sejak di bangku sekolah rendah lagi bagi memudahkan perhubungan di antara anak-anak dan ibu bapa yang sentiasa mementingkan masa. Telefon bimbit dapat menyampaikan pesanan dengan pantas dan berkesan serta boleh menyimpan pelbagai maklumat. Bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa telefon bimbit lebih penting daripada komputer dan internet kerana telefon bimbit tidak memerlukan kuasa elektrik. Rupa bentuknya yang comel dan praktikal dengan dilengkapi kamera, video, SMS, GPRS, WAP dan yang terbarunya ialah 3G yang mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Dengan teknologi terkini orang boleh melihat wajah orang yang dihubungi. Kini telefon boleh menghubungi talian Internet bagi mengetahui apa yang berlaku di luar negara. Banyak yang diperoleh apabila kita dapat menggunakan Internet. Malahan, telefon bimbit dapat menyimpan dan memaklumkan akan jadual harian. Pendek kata, telefon bimbit dapat menyelesaikan masalah yang selama ini sukar untuk dibuat. Dalam dunia hari ini anda akan dianggap ketinggalan sekiranya tidak memiliki telefon bimbit. Namun, tidak dinafikan juga telefon bimbit menyebabkan berlakunya pembaziran apabila orang menyalahgunakan. Malahan ada sesetengah orang yang sanggup berhabis duit untuk membeli model terbaru. Bagi pelajar, ada yang sanggup mengikat perut asal sahaja talian tidak terputus. Hal ini ditambah lagi dengan pergaduhan di sekolah gara-gara sesetengah pelajar yang suka menunjuk-nunjuk bahawa mereka memiliki telefon baru yang canggih.

Kesan Pemanasan Global Bumi kini sedang mengalami demam panas akibat pemanasan global yang turut membawa bersamanya iklim dunia yang semakin kucar-kacir. Bagi kebanyakan orang, perubahan iklim dan pemanasan global lebih banyak mengganggu ekonomi berbanding dengan kesihatan diri. Walau bagaimanapun, kesan pemanasan global jauh lebih mendalam dan akan meninggalkan kesan kepada semua penduduk dunia. Mungkin juga ada antara kita yang melihat mereka yang terbunuh akibat bencana alam seperti taufan, banjir dan cuaca panas sebagai malang. Tetapi, bagaimanakah pula bagi mereka yang terselamat? Adakah mereka bebas daripada sebarang ancaman kesihatan selepas terselamat daripada lemas, mati kesejukan atau dehidrasi? Percaya atau tidak, peningkatan suhu bumi telah membunuh lebih satu juta orang di seluruh dunia sejak tahun 2000 sama ada secara langsung ataupun tidak. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mengeluarkan perangkaan tersebut menjelaskan separuh daripada jumlah kematian itu berlaku di Asia Pasifik, benua yang paling padat penduduk. Selain itu, jumlah berkenaan belum ditambah dengan 800,000 lagi mangsa yang terbunuh akibat pencemaran udara setiap tahun. Pemanasan global berpunca daripada pencemaran udara yang meningkatkan jumlah gas-gas karbon yang turut dikenali sebagai gas rumah hijau di dalam atmosfera bumi. Haba matahari yang pada kebiasaannya dapat dipantulkan ke permukaan bumi kembali ke angkasa lepas kemudiannya terperangkap dan menyebabkan suhu bumi semakin meningkat. Akibatnya, ais di kutub-kutub mula mencair dan meningkatkan paras air laut sehingga menenggelamkan sesetengah pulau kecil dan menghakis permukaan tanah besar. Walau bagaimanapun, penduduk yang biasa hidup dengan iklim sejuk mungkin tidak dapat menyesuaikan diri dan kini mencatatkan peningkatan kematian akibat strok haba. Strok haba akan menyebabkan kegagalan semua organ badan berfungsi, sama seperti yang berlaku kepada pesakit demam panas. Begitu juga dengan penyakit pneumonia atau radang paru-paru yang berpunca daripada penyebaran meluas bakteria yang menyerang paru-paru berikutan cuaca panas dan lembap serta beberapa faktor lain. Sesetengah kawasan turut berhadapan dengan masalah dehidrasi yang teruk berikutan kemarau panjang yang berpunca daripada gelombang panas dan peningkatan paras air laut yang mencemari sumber air tawar dengan air masin dari laut.

Masalah ini juga memberi kesan yang buruk kepada mereka yang gemar bersenam dan beriadah di luar. Hal ini demikian kerana gas rumah hijau seperti karbon monoksida kini semakin banyak dalam udara terutamanya di kawasan bandar dan kawasan yang mempunyai bilangan kenderaan yang banyak. Apabila gas ini disedut terlalu banyak, ketika bersenam atau beriadah, menyebabkan kandungan oksigen darah jatuh mendadak dan kandungan gas karbon monoksida yang banyak boleh memberi kesan kepada badan dan jantung. Tanggungjawab memulihara alam sekitar perlu dipikul oleh semua penduduk dunia dan tidak sepatutnya dibiarkan kepada kerajaan atau pertubuhan-pertubuhan dunia semata-mata bak kata pepatah 'yang ringan sama dijinjing yang berat sama dipikul'. Rakyat turut memainkan peranan penting dengan mengambil berat akan kesejahteraan sejagat dan tidak hanya mementingkan kemajuan sendiri tanpa mengambil kira akibat kerakusan mengejar kekayaan dunia kerana 'sikap tamak membawa kerugian'. Walaupun hanya dengan sumbangan kecil seperti tidak membuat pembakaran terbuka dan mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor oleh sebanyak mungkin individu, setidaktidaknya kita dapat membantu mengawal pemanasan global. Sayangi dan cintailah bumi kita demi kesejahteraan dan keharmonian kehidupan generasi akan datang.

Cara-Cara Untuk Menceriakan Sekolah Sekolah ialah tempat kita belajar dan mendapatkan ilmu. Sebagai seorang pelajar,kita seharusnya menjaga kebersihan dan keindahan sekolah. Setiap pelajar akan berasa selesa jika persekitaran sekolahnya bersih dan ceria.Terdapat pelbagai cara untuk menceriakan kawasan sekolah. Antaranya adalah dengan mengadakan program bergotong-royong. Bergotong royong bermaksud melakukan kerja bersama-sama. Gotong-royong bertujuan untuk memastikan kerja-kerja dapat dijalankan dengan mudah. Selain itu, kerja dapat disiapkan dengan cepat,bak kata pepatah,yang berat sama dipikul,ringan sama dijinjing. Pada hujung minggu,pelajar sekolah boleh hadir untuk aktiviti gotong-royong. Contohnya, pelajar dikehendaki memungut sampah atau membersihkan longkang. Selain itu adalah dengan mengadakan taman bunga di sekolah. Taman bunga ialah kawasan yang ditanam dengan pokok-pokok bunga. Taman bunga boleh mencantikkan kawasan sekolah. Sekolah boleh membeli pokok bunga untuk ditanam di dalam pasu atau di sekeliling kawasan sekolah. Pelajar-pelajar juga boleh membawa pokok bunga dari rumah untuk ditanam di kawasan sekolah. Oleh itu,taman bunga perlu diadakan di sekolah untuk menceriakan kawasan sekolah. Cara lain untuk menceriakan kawasan sekolah adalah dengan mengecat semula bangunan. Mengecat bangunan boleh mencantikkan sekolah. Pelajar juga akan berasa seronok untuk datang ke sekolah. Cogan kata ada menyatakan , sekolahku syurgaku.. Sekolah boleh menyediakan cat dan berus cat. Pelajar juga boleh mengecat dan melukis mural di dinding sekolah. Mereka boleh melukis gambar landskap,pemandangan,lukisan dan corak. Pertandingan kelas terbersih dan terceria juga dapat menjadikan sesebuah sekolah ceria. Pertandingan kelas terbersih ialah peraduan bilik darjah yang paling bersih dan paling ceria. Guru bertugas harian akan memantau dan menilai kebersihan kelas setiap hari. Kelas terbersih dan terkotor akan diumumkan dalam perhimpunan Mingguan. Kelas terbersih akan diberikan hadiah dan sijil penghargaan. Selain mengadakan pertandingan pihak sekolah juga boleh mengadakan Program 3K. Program 3K bermaksud Kesihatan,Keceriaan dan Keselamatan. Program ini boleh menjadikan sekolah sentiasa ceria dan selamat. 6

Ini kerana pihak sekolah sentiasa mengadakan pemantauan dari semasa ke semasa. Oleh itu program 3K perlu diadakan di sekolah. Kesimpulannya, semua warga sekolah hendaklah bekerjasama untuk menceriakan sekolah. Dalam hal ini, guru-guru, pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah perlu bersama-sama menjaga persekitaran sekolah supaya bersih dan ceria. Sekolahku adalah kesayanganku.

Cara-Cara Menjaga Kesihatan Gigi Dalam Kehidupan Kita Penjagaan kesihatan gigi adalah sangat penting untuk mendapatkan kesihatan gigi yang baik.Untuk memastikan kesihatan gigi kita, beberapa langkah perlu kita ambil dalam kehidupan seharian.Yang pertama, kita perlulah menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari.Namun, lebih baik jika kita menggosok gigi setiap kali selepas makan makanan manis untuk mengelakkan sisa makanan manis melekat di celah-celah gigi. Kita juga digalakkan makan makanan yang mengandungi kalsium.Makanan yang mengandungi kalsium seperti susu membantu menguatkan struktur gigi dan tulang kita.Gigi yang kuat dapat mengelakkan kerosakan gigi. Selain itu, kita perlu menghindari makanan manis seprti gula-gula,coklay dan kek.Hal ini disebakan makanan ini mempunyai kandungan gula yang tinggi.Gula yang tinggi dalam makanan ini menyebabkan kerosakan gigi jika kita tidak menggosok gigi selepas makan makanan tersebut. Jadikan rutin berjumpa dengan doktor gigi setiap enam bulan sekali untuk melakukan pemeriksaan gigi.Semasa menjalankan pemekrisaan gigi,doktor gigi akan menampal mana-mana gigi yang berlubang,membersihkan plak gigi,dan mencabut gigi yang rosak.Apabila gigi kita sihat,kita dapat menjalani hidup dengan ceria.

Cara-Cara Menjaga Keselamatan Diri Di Jalan Raya Tiada sesiapa pun yang mahu terlibat dalam kemalangan.Namun,"malang tidak berbau".Kecuaian manusia menjadi punca utama.Perkara yang sering dibincangkan adalah tentang kemalangan jalan raya.Kita mestilah sentiasa mematuhi peraturan semasa berada di jalan raya. Gunakan topi keledar ketika menunggang motosikal di jalan raya.Ikat tali topi keledar dengan cara yang betul supaya kepala kita akan terselamat jika berlakunya kemalangan.Kita hendaklah berwaspada semasa menunggang motosikal.Pastikan brek motosikal berada dalam keadaan baik. Penunggang motosikal yang menunggang motosikal pada waktu malam,hendaklah memakai jaket pemantul cahaya,supaya tidak akan berlaku kemalangan motosikal di jalan raya pada waktu malam. Dengan cara ini penunggang motosikal akan lebih selamat daripada kemalangan. Pejalan kaki yang berjalan di bahu jalan juga ada peraturannya semasa berjalan. Mereka hendaklah berjalan bertentangan dengan kereta. Pejalan kaki harus mematuhi peraturan ini supaya tidak berlakunya kemalangan antara pejalan kaki dan kenderaan. Selain itu,kanak-kanak yang mahu melintas jalan sepatutnya memegang tangan ibu bapa mereka sebelum melintas.Ini kerana,ibu bapa lebih mengetahui cara-cara melintas jalan yang betul.Jika ingin melintas jalan,kita hendaklah memandang ke kiri dan ke kanan. Pengguna jejantas dapat mencegah kemalangan jalan raya.Oleh itu,pejalan kaki hendaklah menggunakan jejantas semasa melintas jalan,Pejalan kaki yang menggunakan jejantas akan lebih selamat dan dapat mengelakkan diri daripada dilanggar kenderaan. Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa menjaga keselamatan di jalan raya. Dengan cara menjaga keselamatan di jalan raya, kite boleh mengelakkan daripada berlakunya kemalangan di jalan raya. Kita juga tidak akan kehilangan orang yang tersayang.

Perhimpunan Mingguan Di Sekolah Saya Loceng sekolah berbunyi tepat pada pukul 7:10 pagi menandakan waktu persekolahan sudah bermula.Semua warga sekolah berbaris di tapak perhimpunan. Murid-murid beratur dengan penuh berdisiplin

sebelum perhimpunan dimulakan.Kehadiran warga sekolah adalah diwajibkan termasuk para guru.Saya dan rakanrakan sekelas tidak ketinggalan.Tiga orang pengawas ditugaskan untuk menaikkan bendera Jalur Gemilang,bendera negeri Johor dan bendera sekolah.Semua guru dah murid berdiri tegak semasa menyanyikan lagu sekolah,lagu Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan lagu negeri Johor. Majlis dimulakan dengan bacaan doa,ikrar Rukunegara dan ikrar murid.Upacara seterusnya adalah laporan Guru Bertugas pada minggu lepas diikuti dengan ucapan guru bertugas pada minggu ini. Selepas itu pengacara majlis mempersila Guru Besar sekolah.Encik Mohamed Salleh Bin Mizan untuk menyampaikan ucapannya.Beliau menasihati murid-murid supaya menjaga kebersihan diri dan sekolah.Murid-murid disarankan agar datang awal ke sekolah dan belajar dengan tekun.Beliau juga menasihati murid-murid supaya bersedia dari awal untuk menghadapi ujian dan peperiksaan. Guru pengawas juga tampil ke pentas untuk menyampaikan sepatah dua kata.Beliau menasihati muridmurid agar mematuhiperaturan sekolah setiap hari.Pengawas-pengawas juga dinasihati agar mejalankan tugas gengan jujur dan berdedikasi. Perhimpunan sekolah berakhir pada pukul 7:40 pagi semua murid beratur dan berjaln dengan senyap ke kelas masing-masing.Begitulah keadaan Perhimpunan Mingguan di Sekolah saya pada setiap hari Isnin.

10

Aktiviti Gotong Royong Membersihkan Kawasan Sekolah Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membersihkan dan menceriakan kawasan sekolah.Selain itu,aktiviti ini diadakan adalah untuk mengeratkan sirraturrahim antara murid. Sebelum aktiviti gotong-royong diadakan,majlis perasmian daripada Guru Besar telah diadakan.Guru Besar turut memberikan sedikit ucapan.Dalam ucapan tersebut,Guru Besar menyeru kepada murid-murid agar sentiasa menjaga kebersihan kawasan sekolah. Sepanjang aktiviti gotong-royong tersebut,murid-murid dibahagikan kepada enam kumpulan.Ada yang membersihakan masjid,menyapu sampah,mengelap tingkap dan sebagainya.Dengan ini,semangat kerjasama dapat dipupuk di antara murid. Sebelum pulang,murid-murid dijemput untuk menghadiri jamuan di kantin.Pelbagai juadah yang disediakan.Antaranya ialah kuih-muih dan minuman ringan.

11

Suasana Di Kantin Pada Waktu Rehat Di kantin terdapat pelbagai jenis makanan danminuman. Antaranya nasilemak, mi, kuih-muih, danminuman ringan. Setiap kali tiba sahaja waktu rehat,suasana kantin sekolah yang sunyi sepi tiba-tiba bertukar menjadi riuhrendah. Keadaan ini tidak menghairankan kerana pada waktu itu , semua murid akan tertumpu ke kantin untuk membeli makanan. Waktu rehat selama 20 minit digunakan sepenuhnya oleh murid-murid untuk berehat dan mengisi perut. Tepat jam 10.00 pagi loceng berbunyi,murid-murid terus bergegas ke kantin untuk membelimakanan yang diingini. Dua orang pengawas akan bertugas di kantin. Oleh itu,murid-murid perlu beratur semasa membeli makanan. Di samping itu, murid-murid juga perlu menjaga kebersihan kawasan kantin. Apabila makanan sudah dibeli, mereka akan duduk dikerusi. Ada juga yang duduk di bawah pokok. Di situ,sambil makan, mereka akan berbual-bual. Selepas makan, merekaakan membuang kertas-kertas bungkusan ke dalamtong sampah. Namun begitu, terdapat segelintir murid membuang sampah di merata-rata tanpa mengendahkan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Suasana riuh-rendah akan bertukar menjadi sunyi-sepi apabila loceng dibunyikan tepat jam 10.30 pagi. Murid-murid akan beredar meninggalkan kawasan kantin untuk kembali kekelas bagi meneruskan proses pembelajaran.

12

Permainan Tradisional Permainan rakyat yang juga dikenali sebagai permainan tradisional telah diwarisi turun temurun sejak zaman datuk dan nenek moyang. Negara Malaysia sememangnya terkenal dengan permainan tradisional.Terdapat pelbagai jenis permainan tradisional di Malaysia.Antaranya ialah permainan wau.permainan ini terkenal di negeri Kelantan.Wau merupakan permainan yang sangat unik.Wau diperbuat daripada buluh dan kertas yang berwarnawarni.Bentuknya sangat menarik dan dimainkan selepas musim menuai padi.Contoh wau yang terkenal ialah Wau Bulan. Selain itu,congkak juga merupakan permainan tradisi rakyat Malaysia.Congkak pula biasanya dimainkan oleh kaum wanita.Permainan ini memerlukan bahan seperti papan congkak dan beberapa biji guli.Papan congkak mempunyai beberapa lubang yang dipanggil rumah manakala guli digunakan untuk mengisi rumah-rumah tersebut.Pemain perlu menggunakan kepintaran minda mereka untuk mengalahkan pihak lawan. Sepak raga bulatan adalah permainan tradisional.Permainan ini dimainkan secara berkumpulan.Permainan ini juga menggunakan bola sepak raga yang diperbuat daripada rotan. Bola sepak raga ini akan ditendang secara bergilir-gilir dalam formasi bulatan.Pemain dikira kalah jika menjatuhkan bola sepak raga tersebut.

13

You might also like