•
Wang, derma, alang, pinjaman, fee, hadiah, cagaran berharga, harta ataukepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih,atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain;
•
Apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, danapa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatanatas apa-apa sifat;
•
Apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman,obligasi atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya;
•
Apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potonganatau peratusan;
•
Apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wangatau benda berharga;
•
Apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripadaapa-apa penalti atau ketidakupayaan yang dikenakan atau yang dikhuatiri ataudaripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan ataumenahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa ataukewajipan rasmi;Biasanya, rasuah dijadikan sebagai salah satu jalan pintas seseorang untuk mengecapi kehidupan mewah atau dengan erti kata lain mahu menjadi kaya dalam masasingkat. Kebiasaannya orang yang melakukan budaya ini tidak memikirkan kesan buruk yang akan terjadi, sebaliknya mereka hanya memikirkan keuntungan kepada diri mereka.Sebagai umat Islam, keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT harus dititikberatkandalam apa juga urusan. Islam sangat melarang umatnya daripada mengamalkan budayaini. Seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Daripada Abu Hurairah RA. ia telah berkata: “Rasulullah SAW telahmengutuk orang yang suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rasuahdalam soal hukum- menghukum”.
3