30 Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya
menjadi salah satu punca utama. Oleh itu, artikel ini akan membincangkan persoalan-persoalan yang ada hubungannya dengan kaunseling-kelompok terutama sekali mengenaisebab-sebab penggunaannya untuk menyelesaikan masalah; punca-punca kurangpengamalannya di Malaysia; dan bagaimana ianya boleh dikendalikan melalui cadanganpengendalian kaunseling-kelompok berkesan di sekolah.
Definisi, Pengertian dan Matlamat Kaunseling Kelompok
Kelompok boleh didefinisikan sebagai mengumpulkan beberapa orang individu yang ber-interaksi serta mempunyai hubungan psikologi antara satu sarna lain (Be, 1997)sementara kaunseling-ke1ompok merujuk kepada proses interpersonal yangmementingkan fikiran, perasaan dan tingkah laku secara sedar (Corey, 1989). MenurutPersatuan Pakar-pakar di dalam Kerja Kelompok (Association for Specialists in GroupWork, ASGW), kaunselingkelompok merujuk kepada proses menolong ataupenyempumaan tugas-tugas tertentu di dalam suasana berkelompok. Ia melibatkanpenggunaan teori dan proses kelompok oleh seseorang yang berkemahiran tinggi danprofesional untuk membantu sekelompok individu yang saling bergantung dalarnmencapai matlamat bersama (Corey
&
Corey, 1997).Pada dasarnya, kaunseling-kelompok adalah berorientasikan masalah, yang manakandungan dan fokusnya ditentukan oleh ahli-ahli kelompok itu sendiri, Fungsi terapinyaterletak dalam suasana yang mengalu-alukan, percaya-mempercayai, faham-memahami,menerima dan memberi sokongan. Fungsi terapi ini wujud dalam satu kelompok kecilyang biasanya terdiri daripada lapan hingga dua belas ahli yang rela berkongsi masalahperibadi dengan lain-lain ahli dan juga kaunselor (Gazda, Duncan, & Meadoes, 1967dIm. Ee, 1997). Ahli-ahli kelompok ini pada dasamya terdiri daripada individu-individuyang bias a - masih boleh berfungsi dengan baik dan masalah-masalah mereka hanyabersifat sementara dan tidak memerlukan perubahan besar personaliti. AhU bolehmenggunakan interaksi dan hubungan terapeutik antara lain-lain ahli untuk meningkatkankefahaman dan penerimaan nilai-nilai dan matlarnat-matlamat hidup atau membuatperubahan tingkah laku yang tidak diingini (ZuraidahAbdul Rahman, 1996).Sebaliknya, Ohlsen (1977 dIm. Ee, 1997) berpendapat kaunseling-kelompok merupakan suatu perhubungan yang unik di mana klien berasa selamat dan selesa untuk membincangkan apa sahaja yang mengganggu perasaan dan fikiran mereka, selain untuk mengenal pasti tingkah laku barn yang diingini; mengamalkan kemahiran-kemahiran asasantara individu; dan melakukan tingkah laku yang barn. Ada juga yang berpendapat ba-hawa kaunseling-kelompok adalah suatu proses dinamik, interpersonal dan intrapersonalyang pada mulanya adalah perasaan-perasaan dan tingkah laku ahli-ahli dalam kelompok itu (Jacobs
et al.,
2003). Pemimpinnya adalah seorang kaunselor terlatih yang berupayamewujudkan suasana terapeutik iaitu saling percaya mempercayai; terbuka; bertanggung- jawab; dan saling bergantung antara satu sarna lain melalui proses-proses terapi sepertifaham memahami, penerimaan dan pengurusan konflik. Kelompok ini terdiri daripadaahli-ahli yang normal dan mereka berhajat meneari kefahaman yang lebih mendalammengenai diri sendiri dan juga orang lain supaya mereka dapat mengendalikan situasi-situasi perkembangan (Durkin, 1995).Hansen, Warner, dan Smith (1980) pula mengatakan kaunseling kelompok sebagaisuatu perhubungan di antara kaunselor atau pemimpin dengan beberapa orang klien atauahli-ahli. Fokusnya bertemakan pencegahan dan rawatan. Kaunseling yang berorientasi-