Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
45Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Skala Likert

Skala Likert

Ratings: (0)|Views: 2,299 |Likes:
Published by ami15_sakura

More info:

Published by: ami15_sakura on Sep 16, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/20/2013

pdf

text

original

 
53 Kemahiran Respons Lisan Kaunselor dalam Sesi Kaunseling 
 
 Jurnal Pendidikan 26 (2001) 53 - 64
Kemahiran Respons Lisan Kaunselor dalam Sesi Kaunseling
A
MLA
S
ALLEH
M
OHD
. A
RIF
I
SMAIL
S
ALLEH
A
MAT
Z
URIA
M
AHMUDABSTRAK 
 Rencana ini melaporkan hasil kajian kemahiran kaunseling yang bertujuanuntuk melihat jenis-jenis respons lisan yang digunakan oleh pelatih-pelatihkaunselor 
UKM 
. Kajian ini juga melihat kemampuan mereka mengenal pastirespons-respons yang digunakan serta tahap kesesuaian kemahiran-kemahiran tersebut. Data dipungut dengan memilih respons daripada sesikaunseling yang telah ditaip secara verbatim dan diambil selang semukadaripada sejumlah 38 orang sesi oleh 38 pelatih. Sebanyak 1439 unit sampel respons telah diperolehi. Analisis kekerapan dan peratusan dikira denganmenggunakan borang Skala Kemahiran Respons Lisan Kaunselor ( 
SKRLK 
 ).Sementara analisis kesesuaian pula, menggunakan skala penilaian berbentuk  Likert 7 poin. Kemampuan pelatih mengenal pasti jenis respons dinilai oleh sebuah panel pakar. Penilaian kesesuaian respons juga dibuat oleh panel  pakar. Keputusan kajian menunjukkan pelatih menggunakan kemahiran asas seperti dorongan minima, soalan tertutup, soalan terbuka, refleksi isi, refleksiemosi dan merumus. Dorongan minima, soalan terbuka dan tertutupmerupakan respons yang paling kerap digunakan berbanding denganrespons-respons lain. Kebolehan pelatih mengenal pasti respons adalah tinggi. Begitu juga dengan kesesuaian respons-respons yang diberikan dalam konteksmasalah klien juga tinggi. Akhirnya rencana ini turut membincangkanimplikasi kajian dari perspektif latihan dan perkembangan profesionalismekaunseling.
ABSTRACT
This article reports the results of a research on counseling skills which aimed at identifying the types of oral response skills used by
UKM 
counselor trainees. Also, it was to find out the trainees’ ability in identifying the responses that they used including the suitability of the skills. Data was gathered by choos-ing an alternate page type written verbatim responses by 38 trainees from 38counseling sessions. A total of 1439 response sample units were obtained. Analysis of frequency and percentage was tabulated using the Counselor Oral  Response Skills Scale form. The suitability analysis used the evaluation scalein the form of 7 point Likert. Trainees’ ability in identifying response types and 
 
54 Jurnal Pendidikan 26 
 suitability of responses were evaluated by an expert panel. Results of the re- search showed that trainees used basic skills such as minimal encouragement,open-ended and close-ended questions, context and emotional reflections,and summarization. Minimal encouragement, open-ended and close-ended questions were the most frequent responses employed compared to other re- sponses. The trainees’ ability in identifying responses was high. The suitabil-ity of responses given in the context of client problem was high too. Finally,this article discusses the implication of the research in the perspective of train-ing and professional development of counseling.
PENDAHULUANPerkhidmatan kaunseling semakin mendapat tempat dalam masyarakat Malaysia pada masa kini. Kemuncak kepada perkembangan tersebut adalah denganlulusnya Akta Kaunselor 580 pada tahun 1998 dan dengan tertubuhnya sebuahLembaga Kaunselor Kebangsaan yang bertanggungjawab untuk mengawal seliaamalan kaunseling di Malaysia. Perkembangan ini sekali gus telah meningkatkantaraf profesional kaunseling di Malaysia. Justeru pemantapan program-programlatihan kaunseling pada masa kini perlu diberi fokus.Isu mutu latihan kaunselor di Malaysia telah dibangkitkan oleh Abdul Halimsejak 1990. Beliau telah menyarankan supaya program-program latihan kaunselor mempunyai satu asas latihan yang seragam serta mempunyai kurikulum yangtersusun rapi dan mengambil kira perkembangan ilmu pengetahuan mutakhir.Saranan itu juga menegaskan bahawa penekanan perlu diberi terhadap aspek latihan kemahiran kaunseling yang menjadi teras kepada proses kaunseling.Kepentingan latihan yang disebutkan turut memberi implikasi terhadapkepentingan penyelidikan dalam bidang kaunseling, khususnya pada aspek kemahiran itu sendiri. Walaupun kurikulum latihan kaunseling tempatan memberi peruntukan kepada kursus-kursus kemahiran, namun hingga kini kajian-kajianyang berkaitan dengan kemahiran baik secara umum atau yang khusus masih belum diterokai (Abdul Halim 1990 & Mizan Adiliah 1992).KAJIAN KEMAHIRAN KAUNSELINGEgan (1982) telah mengutarakan bahawa kemahiran kaunseling penting. MenurutEgan (1982) dalam setiap tahap intervensi menolong terdapat pelbagai jeniskemahiran. Kemahiran-kemahiran ini penting dalam menentukan matalatkaunseling. Kemahiran yang diperlukan untuk mengenal pasti masalahtermasuklah memberi perhatian, mendengar dengan aktif, dan merumus.Kenyataan tentang pentingnya kemahiran kaunseling tersebut dikukuhkan lagioleh pandangan Abdul Halim Othman (1990) yang menyatakan bahawa salah
 
55 Kemahiran Respons Lisan Kaunselor dalam Sesi Kaunseling 
satu aspek yang harus diberi penekanan ialah kemahiran kaunseling yangdigunakan oleh kaunselor pelatih.Ivey (1996) mengenal pasti kemahiran-kemahiran asas kaunseling seperti berikut:1.Dorongan minima – respons kaunselor yang ditahap minima bagi meng-galakkan klien bercakap. Ini mungkin dilakukan dengan cara anggukan kepaladan respons-respons seperti menyebut ‚aha’, ‚teruskan’ yang menunjukkankaunselor ingin klien menghuraikan sesuatu dengan lebih lanjut.2.Soalan terbuka – soalan terbuka adalah soalan yang mengkehendaki klienmenerangkan sesuatu pernyataan dengan lebih lanjut.3.Soalan tertutup – soalan jenis ini hanya digunakan oleh kaunselor untumemeriksa sama ada tanggapan kaunselor itu benar atau salah.4.Parafrasa – respons kaunselor dalam ayat sendiri yang dapat merumuskanapa yang diperkatakan oleh klien.5.Refleksi isi – yang merupakan respons kaunselor untuk menggambarkan isi perbualan dengan klien bagi menunjukkan kefahaman kaunselor.6.Refleksi emosi – Refleksi perasaan ialah respons kaunselor untuk menggambarkan emosi klien bagi menunjukkan empati kaunselor.Kajian-kajian yang telah dijalankan melihat kemahiran kaunseling dari pelbagai aspek. Antara faktor yang sering dikaji ialah pengalaman kaunselor, jantina kaunselor, persepsi empati, dan tujuan kaunselor (Cummings 1987; Hills1986; Lornborg 1991; Thompson 1986). Setelah diteliti didapati beberapa pengkajiturut membuat kajian kaunseling secara khusus iaitu memberi fokus kepadakemahiran-kemahiran seperti dorongan minima, refleksi, soalan terbuka, soalantertutup, parafrasa, merumus, dan lain-lain lagi menggunakan Hill Counselor Verbal Response Category System (
HCVRS
) yang dibina oleh Hill (1986).Kajian Thomson (1986) mendapati bahawa kaunselor-kaunselor pelatih samaada pada peringkat pascasiswazah dan prasiswazah kurang menggunakankemahiran dorongan minimum dan meningkatkan kemahiran-kemahiran lainseperti pernyataan semula dan soalan-soalan setelah menjalani latihan akademik selama setahun. Dapatan kajian beliau juga menunjukkan bahawa pelajar  pascasiswazah lebih banyak menggunakan soalan terbuka dan kemahirankonfrantasi tetapi kurang membuat interpretasi berbanding dengan pelajar  prasiswazah.Satu lagi kajian telah dijalankan oleh Lonborg (1991) bagi mengetahui samaada kaunselor-kaunselor baru menggunakan lebih banyak respons lisan yangasas berbanding dengan respons-respons yang lebih kompleks. Kajian Lonborgmendapati bahawa penggunaan respon kemahiran asas seperti dorongan minima bertambah dengan penambahan masa proses kaunseling. Menurut Lornborg(1991) keadaan ini bersesuaian dengan keadaan sesi awal kaunseling yangmenitikberatkan pengumpulan maklumat.

Activity (45)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Nurul 'ain liked this
Yodia Pertiwi liked this
farahtaslim liked this
Mimie Sam liked this
Asmaa' Auni liked this
NoorAzreen Ayien liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->