You are on page 1of 12

SULIT*

900/1 STPM 2006

JABATAN PELAJARAN PERAK

PENGAJIAN AM
KERTAS 1 SET 1
LEARNING TO SCORE

(ANEKA PILIHAN)
(Dua jam)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

Arahan kepada calon :

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT


DEMIKIAN.

Ada enam puluh soalan dalam ujian ini. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan
jawapan : anda dikehendaki memilih jawapan yang paling tepat dan menandakannya
pada Borang Jawapan Aneka Pilihan yang berasingan.

Baca arahan pada Borang Jawapan Aneka Pilihan itu dengan teliti.

Jawab semua soalan. Markah tidak akan ditolak bagi jawapan yang salah : jumlah
markah anda dalam ujian ini ialah bilangan soalan yang dijawab dengan betul.

Kertas soalan ini terdiri daripada 12 halaman bercetak


Jabatan Pelajaran Negeri Perak 2006

STPM 900/1 [Lihat sebelah


SULIT*

1
SULIT*

1. Antara berikut kriteria yang manakah digunakan oleh sesebuah kerajaan sebelum
menetapkan dasar negara?
I Keadilan
II Kemegahan
III Kepentingan parti politik
IV Kemakmuran
A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

2.
• Membuka tanah baru untuk pertanian
• Mengamalkan konsep mini estet
• Menubuhkan koperasi peladang
Strategi di atas dilaksanakan melalui
A Dasar Tanah Negara
B Dasar Pertanian Negara
C Dasar Pembangunan Nasional
D Dasar Hala Cara Baru Pembangunan Kampung dan Desa

3.
• Mengimport dan menyerap teknologi yang lebih canggih untuk memajukan
teknologi sendiri
• Melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang kejuruteraan dan kemahiran
berkaitan
Pernyataan di atas merujuk kepada
A Dasar Penswastaan C Dasar Perindustrian Berat
B Pelan Induk Perindustrian D Dasar Persyarikatan Malaysia

4.
• Menggalakkan pertumbuhan ekonomi
• Menjimatkan perbelanjaan kerajaan
• Mewujudkan kecekapan dalam pentadbiran
A Wawasan 2020 C Dasar Pandang ke Timur
B Dasar Penswastaan D Dasar Persyarikatan Malaysia

5. Antara berikut yang manakah menggambarkan kepemimpinan Perdana Menteri


pertama Malaysia?
I Penekanan sentimen anti komunis
II Mengadakan hubungan dua hala dengan China
III Menekankan corak ekonomi perdagangan bebas
IV Mengadakan hubungan diplomatik dengan Afrika Selatan
A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

6.
• Bahasa pengantar ialah Bahasa Melayu
• Kurikulum dan peperiksaan yang sama
Pernyataan di atas ini merujuk kepada
A Penyata Razak C Kurikulum Baru Sekolah Rendah
B Dasar Pendidikan Kebangsaan D Kurikulum Baru Sekolah Menengah

2
SULIT*

7.
• Menaiktarafkan kawasan kampung menjadi bandar kecil
• Mewujudkan kawasan estet padi
• Menyediakan kemudahan prasarana yang lengkap
Antara berikut yang manakah benar tentang penyataan di atas ?
A Dasar Urbanisasi
B Dasar Pertanian Negara III
C Dasar Pembangunan Nasional (RRJP II)
D Dasar Hala Cara Baru Pembangunan Kampung Dan Desa

8.
• Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara
• Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan
Antara berikut yang manakah benar tentang penyataan di atas ?
A Dasar Pendidikan Negara C Dasar Ekonomi Baru (RRJP I)
B Dasar Sosial Negara 2003 D Dasar Kebudayaan Kebangsaan

9. Antara berikut yang manakah benar mengenai objektif Dasar Pertanian Negara?
I Mengawal harga keluaran pertanian
II Memajukan Perusahaan Kecil dan Sederhana(PKS)
III Memaksimumkan pendapatan dari sektor pertanian
IV Memajukan hasil dan meningkatkan mutu sektor pertanian
A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

10. Antara berikut yang manakah benar mengenai Dasar Wanita Negara?
A. Mengintegrasikan sumbangan wanita dalam sektor tertentu sahaja
B. Memperjuangkan persamaan taraf dan hak yang sama rata seperti mana kaum
lelaki
C. Memastikan bahawa wanita dapat bersaing dengan kaum lelaki dalam
pembangunan
D. Menjamin perkongsian antara lelaki dan wanita dalam pemilikan sumber dan
maklumat

11. Antara berikut yang manakah merupakan komitmen Malaysia melalui Pertubuhan
Persidangan Islam ( OIC )?
I Penubuhan Lembaga Tabung Haji
II Penubuhan Bank Pembangunan Islam
III Penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad
IV Penubuhan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

12. Antara berikut yang manakah isu yang dibincangkan oleh Pertubuhan Persidangan
Islam ( OIC ) dalam Sidang Kemuncak Luar Biasa yang diadakan di Jeddah, Arab
Saudi pada Disember 2005?
I Pinjaman daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)
II Penghantaran tentera pemerhati ke Iran untuk mengawasi penglibatannya
dalam kuasa nuklear
III Membantu umat Islam Palestin berdaya maju, merdeka, berdaulat dan
menubuhkan negara Palestin
IV Membentuk satu mekanisme membolehkan negara-negara anggota
bertindak pantas apabila berlaku bencana alam
A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

3
SULIT*

13. Antara berikut yang manakah mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia pada
zaman Tunku Abdul Rahman?
I Hubungan dengan negara China
II Ancaman komunis di Asia Tenggara
III Dasar pro-Barat dan pro-Komanwel
IV Fokus kepada Pergerakan Negara-Negara Berkecuali
A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

14. Antara berikut yang manakah pertubuhan yang dipengerusikan oleh Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia pada tahun 2005?
I Pertubuhan Komanwel
II Sidang Kemuncak Asia Timur ( EAS )
III Pergerakan Negara-Negara Berkecuali ( NAM )
IV Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( PBB )
A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

15. Antara berikut yang manakah berkaitan dengan Pergerakan Negara-negara


Berkecuali ( NAM )?
I Ditubuhkan pada tahun 1967
II Berasal daripada Konferensi Bandung 1955
III Cuba akan menjadi pengerusi NAM kali ke-14
IV Pengerusi pertamanya ialah Presiden Sukarno dari Indonesia
A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

16. Antara berikut yang manakah benar tentang isu yang dipersetujui dalam Sidang
Kemuncak ASEAN ke-11 di Kuala Lumpur Disember 2005?
I Menyokong GATT
II Komuniti Keselamatan ASEAN
III ASEAN melanjutkan kerjasama dengan G-15
IV Pembentukan Piagam ASEAN yang menjadi dokumen bersifat
perlembagaan
A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

17. Antara berikut yang manakah kes diadili oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa
(ICC)?
I Pertindihan tuntutan wilayah
II Pencerobohan ketenteraan ke atas wilayah
III Menyelesaikan pertikaian sempadan antara negara
IV Pembunuhan kejam beramai-ramai terhadap kaum minoriti
A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

18. Antara berikut yang manakah benar mengenai penglibatan Malaysia di peringkat
antarabangsa?
I Menjadi Pengerusi Majlis Perhimpunan PBB 1996
II Menjadi Penganjur Kejohanan Sukan Komanwel 1998
III Pernah menjadi anggota tetap Majlis Keselamatan PBB 1996
IV Menjadi Pengerusi ICDAIT (Persidangan Anti Dadah Antarabangsa) 1990
A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

19. Antara berikut yang manakah benar tentang tujuan diadakan Dialog Selatan-
Selatan?
A Bekerjasama dengan Negara Utara.
B Memperjuangkan perdagangan dunia yang bebas dan terbuka
C Menjadi penggerak ke arah mewujudkan kemakmuran bersama
D Mengurangkan pergantungan Dunia Ketiga kepada negara maju

4
SULIT*

20. Antara berikut manakah bidang yang menjadi fokus Kerjasama Pertumbuhan Segi
Tiga ASEAN?
I Pelabuhan
II Infrastruktur
III Pelancongan
IV Tenaga nuklear
A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

21. Antara berikut yang manakah benar tentang ciri sesebuah negara?
A Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan
B Badan pemerintah dipilih menerusi pilihanraya
C Berupaya mengadakan hubungan luar dengan negara lain
D Memiliki perlembagaan bertulis sebagai panduan mentadbir negara

22. Antara berikut yang manakah tujuan mengadakan doktrin pengasingan kuasa?
I Menjamin rakyat mendapat keadilan undang-undang
II Mengelakkan pemusatan kuasa oleh mana-mana cabang kerajaan
III Mengagihkan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri
IV Mengehadkan kuasa antara badan pemerintah, perundangan dan
kehakiman
A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

23.
• Kerajaan Pusat berhak mengubah atau membatalkan
perundangan yang diluluskan oleh peringkat kerajaan lain
• Contoh negara: United Kingdom
Antara berikut yang manakah benar tentang pernyataan di atas?
A Kerajaan Monarki C Kerajaan Persekutuan
B Kerajaan Kesatuan D Kerajaan Konfederasi

24. Antara berikut yang manakah tindakan yang disifatkan sebagai melanggar hak asasi
individu?
I. Rumah pengedar dadah disita atas arahan mahkamah
II. Penduduk Sabah dan Sarawak dihalang bermastautin di Semenanjung
Malaysia
III. Seseorang dijatuhkan hukuman mati kerana terlibat dalam pengedaran heroin
melebihi 15 gram.
IV. Seseorang yang ditangkap ditahan reman selama 7 hari tanpa dihadapkan ke
hadapan Majistret
A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

25. Antara berikut yang manakah benar tentang Timbalan Yang di-Pertuan Agong?
A Baginda tidak boleh menjalankan tugas sebagai Ketua Negeri di negeri baginda
B Baginda hendaklah mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan
Agong
C Baginda akan dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong apabila jawatan itu
dikosongkan
D Baginda menjalankan tugas Yang di-Pertuan Agong apabila Yang di-Pertuan
Agong mengadakan lawatan rasmi ke luar negara lebih daripada 15 hari.

26. Antara berikut yang manakah termasuk dalam bidang kuasa Kerajaan Persekutuan?

5
SULIT*

I Insurans
II Kebajikan Orang Asli
III Lesen untuk melombong galian
IV Kuturayau dan penjaja beredar
A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

27. Antara berikut yang manakah tugas Suruhanjaya Perkhidmatan Awam?


I Membayar gaji dan pencen kakitangan awam
II Mengesahkan jawatan seseorang kakitangan awam
III Menukarkan atau memindahkan seseorang kakitangan awam
IV Menyediakan rekod perkhidmatan seseorang kakitangan awam
A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

28. Antara berikut yang manakah benar tentang Jemaah Menteri?


I Menyandang jawatan selama 5 tahun
II Ahlinya dilantik oleh Perdana Menteri
III Bertanggungjawab secara kolektif kepada Parlimen
IV Saraan dipertanggungjawabkan kepada Kumpulan Wang Yang Disatukan
A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

29. Antara berikut yang manakah benar tentang sesebuah kementerian?


A Beroperasi di peringkat negeri
B Mengakaunkan kewangan sendiri
C Mesti mempunyai seorang Setiausaha Parlimen
D Ketua Setiausaha Kementerian merupakan pentadbir utama

Soalan 30 berdasarkan jadual berikut


Agensi Peranan
I Perbendaharaan X Menyediakan rancangan pembangunan lima tahun
II Unit Perancang Ekonomi Y Menyelesaikan masalah kontraktor Bumiputera
III Unit Penyelarasan Z Mengawasi pertumbuhan industri insurans
Pelaksanaan
30. Antara berikut yang manakah padanan yang betul?
I II III
A Z X Y
B X Y Z
C Z Y X
D Y X Z

31. Antara berikut yang manakah benar tentang kuasa budi bicara Raja atau Sultan?
A Melantik majistret
B Melantik ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
C Mengurniakan bintang kebesaran, pangkat, kemuliaan kepada mereka yang
berjasa
D Memberi pengampunan kepada pesalah jenayah yang dijatuhi hukuman oleh
mahkamah

32. Antara berikut yang manakah benar tentang badan berkanun?


A Dasar-dasar ditentukan oleh Lembaga Pengarah
B Organisasi ini ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965
C Diketuai menteri yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong
D Jabatan Perkhidmatan Awam dan Perbendaharaan mesti dirujuk sebelum
meminda bilangan pekerja.
33.

6
SULIT*

• Membentuk dan mentadbir dasar negara berhubung dengan penggunaan tanah


• Memastikan wujud pengawalan tanah untuk pertanian, perhutanan dan
perlombongan sumber galian
Antara berikut yang manakah benar tentang pernyataan di atas?
A Majlis Tanah Negara C Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan
B Jabatan Perhutanan D Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

34 Antara berikut yang manakah merupakan sumber kewangan Kerajaan Negeri?


I Cukai jalan
II Cukai tanah
III Zakat dan fitrah
IV Bayaran denda pesalah trafik
A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

35. Antara berikut yang manakah turut menghadiri mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri?
I Yang di-Pertua Negeri
II Pegawai Kewangan Negeri
III Penasihat Undang-undang Negeri
IV Semua ahli Dewan Undangan Negeri
A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

36. Padankan penyataan P, Q, R dan S yang sesuai dengan perundangan I, II dan III.?
I Akta P Undang-undang ini digubal oleh Parlimen.
Undang-undang ini digubal oleh Dewan Undangan Negeri
II Ordinan Q
Sabah
Undang-undang ini diluluskan dari tahun 1948 hingga
III Enakmen R
1959
Perundangan Undang-undang ini dibentuk oleh menteri untuk
IV S
Kecil memperincikan Akta Parlimen

P Q R S
A I II III IV
B I II II IV
C III II I IV
D IV II II I

37. Antara yang berikut, yang manakah merupakan keistimewaan Dewan Rakyat ?
I Ahli Dewan Rakyat sahaja berhak dilantik menjadi Ahli Kabinet
II Ahli Dewan Rakyat sahaja berhak dilantik sebagai Perdana Menteri
III Segala rang undang-undang berkaitan dengan kewangan mesti dimulakan oleh
Dewan Rakyat
IV Segala prosiding di dalam atau luar Dewan Rakyat tidak boleh dicabar di mana-
mana mahkamah
A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

38. Undang-undang Islam di Malaysia ditadbir mengikut


A Akta Agama Islam
B Perundangan Agama Islam
C Perundangan Kecil Agama Islam
D Enakmen atau Ordinan Pentadbiran Agama Islam

39. Antara berikut yang manakah merupakan undang-undang tidak bertulis di Malaysia?

7
SULIT*

I Ordinan
II Adat Perpatih
III Perundangan Subsidiari
IV Keputusan mahkamah atasan yang lalu
A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

40. Antara berikut yang manakah benar tentang Akta di Malaysia?


I Digubal oleh Parlimen
II Dikuatkuasakan sebaik sahaja diluluskan
III Ditentukan kesahannya oleh Peguam Negara
IV Penguatkuasaannya meliputi semua negeri di Malaysia
A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

41. Antara berikut yang manakah benar tentang Dewan Negara di Malaysia ?
I Mempunyai kuasa yang sama dengan Dewan Rakyat
II Tempoh maksimum perkhidmatan anggotanya ialah 6 tahun
III Merupakan dewan tertinggi yang mempunyai kuasa pembatal
IV Tidak terbubar walaupun Dewan Rakyat dibubarkan atas tujuan pilihan raya
A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

42. Antara berikut yang manakah benar tentang perlucutan jawatan seseorang ahli
Parlimen?
I Diisytiharkan muflis oleh mahkamah
II Didapati memperoleh kewarganegaraan asing
III Disabitkan kesalahan dengan hukuman penjara 10 bulan dan denda RM1000
IV Tidak menghadiri persidangan Parlimen selama 3 bulan berturut-turut tanpa
kebenaran
A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

43. Antara berikut yang manakah merupakan komponen yang menganggotai Badan
Perundangan Negeri ?
I Dewan Undangan Negeri
II Setiausaha Kerajaan Negeri
III Raja atau Yang Dipertua Negeri
IV Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
A I dan III B I dan IV C II dan III D II dan IV

44. Antara berikut yang manakah dikategorikan sebagai kes jenayah ?


I Tidak menyelesaikan bayaran balik pinjaman
II Menuntut harta warisan daripada orang tua
III Menyalahgunakan kuasa dan menuntut ganjaran
IV Mencuri maklumat melalui sistem teknologi maklumat
A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

45. Antara berikut yang manakah merupakan kes-kes jenayah yang dibicarakan oleh
Mahkamah Syariah ?
I Berjudi
II Bercerai
III Minum minuman keras
IV Pembahagian harta benda
A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

Soalan 46 dan 47 berdasarkan Jadual 1 di bawah.

8
SULIT*

Jadual 1 : Tenaga Pengajar dan Pelajar di beberapa negara ASEAN 1998


Nisbah Tenaga
Sekolah Sekolah Tenaga
Negara IPTA Pengajar
Rendah Menengah Pengajar
dengan Pelajar
Filipina 10 354 000 3 596 000 1 072 907 480 205 1 : 31.3
Indonesia 31 615 141 8 922 086 1 224 907 1 539 448 1 : 26.3
Malaysia 2 481 576 1 851 348 339 349 218 500 1 : 21.4
Singapura 317 860 260 428 97 075 38 740 1 : 17.4
Thailand 9 013 645 2 953 457 422 708 610 361 1 : 20.3

46. Antara berikut yang manakah menunjukkan beban guru yang paling berat secara
perbandingan?
A Filipina B Indonesia C Singapura D Thailand

47. Negara manakah dianggarkan jumlah pelajar sekolah rendah paling banyak tidak
melanjutkan pelajaran ke peringkat sekolah menengah ?
A Indonesia B Malaysia C Singapura D Thailand

48. Sebuah bangunan ketinggian 375 meter terletak di puncak sebuah bukit yang
mempunyai ketinggian 6500 meter dari aras laut. Seorang pekerja melakukan kerja
bawah tanah sedalam 350 meter dari puncak bukit tersebut. Kira kedudukan pekerja
tersebut dari aras laut.
A 6525 meter B. 6150 meter C. 6125 meter D. 5775 meter

49. Sebuah syarikat penjanaan kuasa elektrik swasta mengenakan bayaran penggunaan
elektrik kepada pengusaha perusahaan kecil dan sederhana dengan kadar yang
berikut:
100 unit pertama (dalam kiraan kilowatt) = 30 sen seunit
300 unit berikutnya = 35 sen seunit
unit berikutnya = 38 sen seunit
Purata penggunaan elektirk bagi sebuah perusahaan kraftangan adalah sebanyak 34
kilowatt sehari. Berapakah bayaran yang perlu dibayar oleh pengusaha tersebut untuk
penggunaan elektrik bagi bulan Mei ?
A RM 334.20 B RM377.52 C RM378.90 D RM383.52

Soalan 50 dan 51 berdasarkan Jadual 2 di bawah ini.

Jadual 2 : Pasaran saham Kuala Lumpur pada 16 Februari 2006.


Tahun Kewangan Tutup +/- Jumlah
Tinggi Rendah
192 144 Affin 162 1 4832
336 221 AMMB 266 5 41880
175 101 BIMB 125 Tetap 120
595 444 Commerz 585 -5 109082
161 120 HDBS 153 Tetap 211
95 62 HL Cap 75 -2 148
151 89 OSK 137 -4 9401
810 605 PB Bank-01 670 -10 54698
426 306 S. Bank 408 2 680
136 101 Takaful 104 Tetap 499

50. Kaunter yang manakah yang mengalami peratusan perubahan harga tahunan yang
paling tinggi?

9
SULIT*

A. OSK B. BIMB C. AMMB D. HL Cap

51. Kaunter yang manakah yang mengalami peratusan kejatuhan harian yang paling
besar?
A. OSK B. HL Cap C. PB Bank-01 D. Commerz

52. Perbezaan waktu antara Negara P dan Negara Q adalah 6 jam. Negara P terletak di
barat Negara Q. Encik Rahman bertolak dari Negara Q ke Negara P pada pukul 5:30
petang pada 26.2.2006. Perjalanan kapal terbang mengambil masa 8 jam. Bilakah
Encik Rahman akan sampai di lapangan terbang Negara P mengikut masa tempatan
Negara P ?
A. 7.30 pagi, 25. 2. 2006 C. 7.30 petang, 26. 2. 2006
B. 3.30 petang, 26.2.2006 D. 7.30 pagi, 27. 2. 2006

53. Dalam satu pertandingan mengupas kelapa, kebolehan peserta adalah seperti
berikut.
W memerlukan 1 minit untuk mengupas sebiji kelapa
X memerlukan ½ minit untuk mengupas sebiji kelapa
Y memerlukan lebih 1 minit untuk mengupas sebiji kelapa
Z memerlukan lebih ½ minit untuk mengupas sebiji kelapa
Berapa biji kelapa dapat dikupas secara maksimum dalam masa 3 minit ?
A 14 B 15 C 16 D 17

Soalan 54 dan 55 berdasarkan Jadual 3 di bawah.

Jadual 3 : Keadaan GunaTenaga Pada Tempoh 3 Sukuan Pertama Tahun 2005


2005 2005 2005
Guna Tenaga
Suku Pertama Suku Kedua Suku Ketiga
Jumlah Tenaga Buruh ('000) 10,307.3 10,541.7 10,498.6
Bekerja ('000) 9943.8 10,215.6 10,101.0
Menganggur ('000) 363.5 326.1 397.6
Kadar Pengangguran (% daripada
3.5 3.1 3.8
tenaga buruh)

54. Jika negara P sebenarnya hanya mempunyai 10.21 juta tenaga buruh, berapakah
jumlah orang yang menganggur pada tempoh suku tahun pertama 2005?
A 97.3 ribu orang B 266.2 ribu orang C 344.84 ribu orang D 357.35 ribu orang

55. Pada suku keempat tahun 2005, dianggarkan kadar pengangguran tidak berubah,
berapakah jumlah tenaga buruh yang mendapat pekerjaan jika bilangan penganggur
dianggarkan sebanyak 421.1 ribu orang ?
A 10,498.6 ribu orang C 10 660.5 ribu orang
B 10,101.0 ribu orang D 11081.6 ribu orang

Soalan 56 dan 57 berdasarkan Jadual 4 di bawah.

10
SULIT*

Jadual 4 : Maklumat Pembahagian Ahli Farmasi Berdaftar Tahun 2002


Graduan tempatan :
Universiti Sains Malaysia 102 orang
Universiti Kebangsaan Malaysia 52 orang
Universiti Malaya 36 orang
Jumlah 190 orang

Graduan luar negara :


United Kingdom 18 orang
Australia 30 orang
Indonesia Tiada
Singapura 3 orang
Taiwan 4 orang
Pakistan Tiada
Japan 1 orang
New Zealand 5 orang
Amerika 3 orang
Jumlah 120 orang

Graduan program berkembar :


*IMU/ University of Strathclyde 56 orang
* IMU: International Medical University
56. Berapa peratuskah ahli farmasi yang didaftarkan adalah graduan lepasan program
berkembar ?
A 15.3% B 18.1% C 22.8% D 31.8%

57. Antara berikut yang manakah benar tentang Jadual 4 ?


I United Kingdom menyumbangkan 15 % ahli farmasi graduan lepasan luar
negara
II Sebanyak 8.2% ahli farmasi graduan lepasan universiti luar negara adalah dari
Negara Australia.
III Kira-kira 52% ahli farmasi berdaftar pada tahun 2002 adalah graduan lepasan
universiti tempatan.
IV Hampir satu per tiga ahli farmasi yang didaftarkan adalah graduan lepasan
Universiti Sains Malaysia.
A I dan III B I dan IV C II dan III D II dan IV

58. Sebuah institusi swasta telah menerima pendaftaran sebanyak 1600 orang pemohon
untuk mengikuti kursus Teknologi Maklumat dan Sains Komputer. 35% pemohon
kursus Teknologi Maklumat adalah lelaki sementara 48% pemohon kursus Sains
Komputer adalah perempuan. Jika jumlah pemohon kursus Sains Komputer adalah
1/4 daripada jumlah pendaftaran, berapakah jumlah pemohon lelaki dalam
pendaftaran tersebut?
A 348 orang B 612 orang C 628 orang D 768 orang

Soalan 59 berdasarkan Jadual 5 di bawah.

11
SULIT*

Jadual 5 :Mata Wang Asing bagi satu unit Ringgit Malaysia pada 21 Februari 2006.
Mata wang Harga jualan Harga Belian
$US (Dolar Amerika Syarikat) 3.7500 3.6890
£(Paun Sterling) 6.5510 6.4220
$S( Dolar Singapura) 2.3045 2.2600
Euro 4.4810 4.3970

59. Seorang pelajar Malaysia telah membeli sebuah kereta terpakai di Britain dengan
harga £15, 000. Selepas tamat pengajian, kereta itu dibawa pulang ke Malaysia
dengan menggunakan khidmat perkapalan Singapura dengan tambang sebanyak
$S 1,500. Kereta itu dikenakan cukai eksais sebanyak 75% daripada nilainya.
Berapakah jumlah kos( dalam RM) yang perlu ditanggung oleh pelajar tersebut.
A 171967.50 B174470.00 C 175353.75 D 175420.50

60. Stesen minyak di Jalan Sultan Abdullah telah membeli 29000 liter minyak petrol
dengan harga RM1.57 seliter. Pihak kerajaan telah mengumumkan kenaikan harga
minyak dan kini minyak dijual pada harga RM1.92 seliter. Berapakah peratusan
keuntungan yang diperoleh oleh syarikat tersebut?
A 18.2% B 22.3% C 38.5% D. 82.8%

12

You might also like