Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
4Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Hiasi Diri Dengan Sifat Malu

Hiasi Diri Dengan Sifat Malu

Ratings: (0)|Views: 261 |Likes:
Published by anNabighah

More info:

Published by: anNabighah on Sep 16, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/11/2012

pdf

text

original

 
HIASI DIRI DENGAN SIFAT MALU.
Awda penonton muslimin muslimat yang dirahmati Allah….Alhamdulillah..Kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah swt di atas segala nikmat yang telahdikurniakan kepada kitani dan kita juga bersyukur kerana diberi kesempatan untuk bersama pada pagi ani bagi sama-sama berkongsi ilmu dan maklumat khususnya tentang tajuk hari ani iaituHIASI DIRI DENGAN SIFAT MALU. Insya Allah pada kesempatannya kali ini, saya akanmenjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan sifat malu itu daripada segi pandangan Islam danapakah pula kelebihan bagi orang yang memiliki sifat ini serta beberapa perkara yang berkaitantentang tajuk ini.Awda penonton muslimin muslimat yang dirahmati Allah….Sesungguhnya agama Islam itu memerintahkan umatnya untuk sentiasa melakukan kebaikan danmeninggalkan segala kejahatan dan kemungkaran. Islam juga menyeru kita untuk berakhlak dengan akhlak yang mulia dan terpuji yang dengan perbuatan tersebut akan dapat mendatangkankebahagiaan dalam kehidupan kita sama ada di dunia mahupun juga di akhirat kelak. Dan antaraakhlak yang dituntut supaya kita memilikinya ialah sifat malu.Di dalam kitab “Syarah Shahih Muslim”, Imam Nawawi
 Rahimahulluh
ada menyebutkan bahawa sifat malu itu ialah : salah satu daripada akhlak yang mulia lagi terpuji dan ia melahirkan perasaan untuk meninggalkan perkara-perkara yang buruk ataupun jahat dan menegah daripadamengurangkan hak seseorang yang patut menerimanya.Ertinya, sifat malu itu sebenarnya ialah rasa malu untuk melakukan kejahatan atau perkara yang boleh mengurangi atau menggangu hak-hak orang lain yang sepatutnya diterimanya. Contohnya,rasa malu untuk membuang sampah merata-rata dan seumpamanya.Dari sini boleh kita fahami bahawa sifat malu itu boleh dijadikan sebagai sukat-sukat atausebagai tanda aras bagi segala tingkah-laku kitani sama ada dari segi percakapan, perbuatan dansegala tindak tanduk yang kita lakukan seharian. Ini kerana sifat malu ini berkait rapat dengankeimanan seseorang. Ertinya, iman seseorang itu tidak akan lengkap jika sekiranya dia tidak 1
 
memiliki sifat malu. Perkara ini ada dijelaskan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh AbuHurairah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam bersabda :
ءايلو ،قِرَط ِنع ىَذ ةامِإ اهادأو ، إ إ  اُضفَأ ،ًةبش بسو ٌضِ ا " )حيحص  اجرخأ( ."ا نم ةبش
Maksudnya:
“Iman itu mempunyai lebih dari tujuh puluh cabang, yang paling utama atau tinggiialah ucapan La ilaha Illallahu dan yang paling rendah ialah menghapuskan atau menghilangkan perkara yang menyakiti/memudharatkan daripada jalan/tempat laluan dan sifat malu itu adalahsalah satu daripada cabang keimanan” (Hadis ini dikeluarkan oleh Imam Bukhari dan ImamMuslim)Ya awda, dari hadis tadi jelas kepada kitani, bahawa sifat malu itu merupakan perkara yang amat penting kerana ia berhubungkait dengan iman. Oleh itu, bagi mereka yang memiliki sifat maluini dia sebenarnya telah memiliki kelebihan-kelebihan tertentu antaranya:1.Dia telah memperolehi kebaikan atau kebajikan. Perkara ini telah dijelaskan oleh nabi sawmelalui hadis baginda yang berbunyi:
إ ت  ءايل" سو يع    ا : ا ع   ص ن رع نع)حيحص  اجرخ ( ."."خ ك ءايل" : او
Maksudnya: “Dari Imran bin hasin r.a. berkata, Sesungguhnya telah bersabda Rasulullah saw :“Sifat malu itu tidak datang melainkan dengan kebaikan”. Dan sabda Nabi: “Sifat malu ituadalah semua perkara baik”.2
 
Berdasarkan hadis ini, orang yang bersifat malu itu pastinya akan sentiasa melakukan kebaikandan kebajikan kerana dia akan merasa malu untuk melakukan kejahatan walaupun sekecilmanapun bentuk kejahatan tersebut.2.Sifat malu ini adalah salah satu akhlak dari akhlak para Nabi sepertimana Rasulullahshallallahu alaihi wasallam bersabda:
.)ىمر نس( ."او و رطّو ءايل :سر نس نم َأ"
Maksudnya: “Empat perkara yang merupakan kebiasaan para Rasul ialah sifat malu, berharum-haruman, bersiwak dan bernikah
.”
3.Ia adalah akhlak Islam. Ini berdasarkan kepada sabda Nabi saw yang berbunyi :
) جام ن نس و ام م ( .ءايل س قخو ،خ ند  ّإ
Mkasudnya: “Sesungguhnya setiap agama itu mempunyai budi pekerti dan budi pekerti Islamialah sifat malu”.Dari hadis ini, sewajarnya bagi kitani yang mengaku sebagai muslim ini hendaklah menghiasidiri kitani dengan sifat malu kerana ia merupakan antara ciri-ciri muslim yang sebenar.4.Sifat malu boleh membantu kita agar sentiasa melakukan ketaatan kepada Allah swt dandapat mengelakkan daripada melakukan maksiat kepada Allah swt. Hal ini ada dijelaskandalam hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang berbunyi:
ىاب يح."ئش ام فاَف ِ َ َذِإ و ب ِََك نم ا دَأ ام ّِإ "
Maksudnya: “ Bahawasanya setengah yang didapati manusia dari perkataan nabi yang terdahuluialah: Apabila engkau tidak malu maka kerjakanlah apa yang engkau kehendaki”.Ulama menyebutkan ada 2 pendapat tentang penjelasan hadis ini :1. Ia merupakan satu ancaman ertinya apa yang dilakukan sesukahati pasti akan dibalasAllah.3

Activity (4)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
biz_card liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->