Read without ads and support Scribd by becoming a Scribd Premium Reader.
 
ASAS PEMBENTUKAN KELUARGA BAHAGIA
Kelolaan Haji DayangHaji Kasimdayang.kasim@information.gov.bnKELUARGA merupakan kelompok manusia yang paling kecil dalammasyarakat. Apabila kita memperkatakan tentang keluarga maka kitatidak dapat lari dari membincangkan sebahagian permasalahanmasyarakat. Keluarga seperti lazimnya adalah terdiri daripada ayah,ibu dan anak-anak. Besar atau kecilnya sesebuah keluarga adalahbergantung kepada bilangan anggotanya.Keluarga sebenarnya sendi dan asas kepada sesebuah masyarakat.Dengan yang demikian ia dijadikan sukat-sukat. Jika berkecaisesebuah keluarga maka berkecailah masyarakat dan jika aman damaisesebuah keluarga maka aman damailah masyarakat berkenaan.Pembentukan keluarga adalah asas kepada pembentukan masyarakatyang lebih besar.Jelas asas tertubuhnya sesebuah keluarga ialah untuk mencari danmewujudkan kebahagiaan dalam hidup. Apakah setiap mereka yangberharta itu akan hidup senang dan bahagia? Jawapannya belum pastibahagia, malahan mungkin mereka akan mengalami nasib yangsebaliknya.Sering berlaku bahawa kemewahan rumah tangga mendatangkankegelisahan dan ketakutan untuk menghadapi masa hadapan dansekeliling. Dalam keadaan sedemikian, pendekatan melalui ajaranagama Islam atau pembinaan rohani sahaja yang dapat membantu.Hidup dalam serba sederhana dan dalam reda Allah adalah sebaik-baikpenghidupanKelemahan-kelamahan yang terdapat di kalangan umat Islam hari ini
 
amatlah banyak dan ketara sekali. Bangun runtuhnya umat Islambergantung kepada sikap setiap individu dan keluarga umat Islam itusendiri adalah satu cara yang cukup mujarab untuk mengelakkanperkara tersebut dari terus berlaku.Ramai di antara kita kurang memahami tugas dan tanggungjawab,tujuan dan dasar berkeluarga seperti yang dikehendaki oleh Islam.Kebanyakan kita yang mendirikan rumah tangga semata-mata untukmemenuhi naluri kemanusiaan sahaja. Jika sikap seumpama itu tidakdibendung dan diatasi, maka keluarga bahagia hanya tinggal impian.Apabila kita memperkatakan keluarga bahagia maka kita tidak dapatlari dari membincangkan atau mengaitkan pembinaan sebuah keluargabahagia dengan nilai-nilai moral yang sudah setentunya berasaskankepada ajaran-ajaran agama Islam yang begitu luhur dan murni.Antara lain yang menjadi pokok perbincangan dalam hal ini ialahtujuan perkahwinan, asas perkahwinan, tugas dan tanggungjawabuntuk membina sebuah keluarga yang bahagia.Perkahwinan yang kemudiannya membuahkan anak pinak adalah asaskepada terbentuknya sebuah unit keluarga. Perkahwinan adalah ikatanyang suci lagi mulia dan menggambarkan perkembangan yang sihat didalam usaha sesebuah masyarakat untuk mencari kesempurnaan dankebahagiaan hidup serta melahirkan keturunan atau zuriat.Antara tujuan murni sebuah perkahwinan ialah untukmenyempurnakan penghidupan seseorang itu menjadi berpasangandan membina penghidupan dan tanggungjawab sendiri. Ia jugabertujuan untuk mengelakkan manusia itu melakukan sesuatu yang diluar batasan peradaban dan tatasusila. Ia juga menjadikan manusialebih teratur dan bersistem umpamanya akan melahirkan anak, cucu,cicit dan sebagainya.
 
Asas sebuah perkahwinan atau keluarga bahagia itu pula banyak.Namun untuk tujuan perbincangan ini kita khususkan kepada beberapaperkara. Antaranya ialah takwa. Pembinaan sebuah keluarga bahagiaitu hendaklah diasaskan kepada takwa. Tanpa takwa pembinaansebuah keluarga yang bahagia itu nanti dikhuatiri tidak akan terbinamenurut landasan yang sebenar. Ini sesuai dengan anjuran agama kitaagama Islam kerana ia juga adalah suatu sunnah Rasulullah.Pembinaan sebuah keluarga bahagia itu juga mestilah dibina di ataslandasan kasih sayang dan kasih mengasihi. Tanpa kasih sayang dankasih mengasihi maka sebuah keluarga itu akan sentiasa terumbang-ambing dan tidak kukuh. Dengan perasaan kasih sayang itu, sebuahunit keluarga itu akan sentiasa kukuh dari sebarang ancaman.Ini jelas kerana apabila kita hidup berkasih sayang kita akanmerasakan diri kita saling dihargai dan saling berperanan sertamengelinga antara satu dengan yang lain. Dengan yang demikianhubungan kekeluargaan itu akan terjalin dengan mesra dan hiduptenteram hatta sekalipun dengan jiran atau masyarakat di sekelilingkita.Juga disarankan dalam membina sebuah keluarga yang bahagia yangkita cita-citakan ialah kita hendaklah sering mewujudkan pergaulandan penghidupan yang baik dan diredai oleh Allah jauh dari sebarangkemungkaran, kemaksiatan, penganiayaan, kezaliman dan sebagainya.Sikap bertolak ansur dan memperbanyakkan bersabar adalah jugaantara ciri-ciri pembinaan sebuah keluarga yang bahagia yang kitamaksudkan. Ketegasan menentang kemungkaran adalah menjadi utapyang kukuh, sementara didikan bijaksana terhadap ahli-ahli keluargapula adalah asas dan dasar pentadbiran sesebuah keluarga.Ia juga mestilah dibina di atas dasar amanah dan tanggungjawabbukan sekadar mengikut kehendak hawa nafsu semata-mata. Amanat
Search History:
Searching...
Result 00 of 00
00 results for result for
  • p.
  • Notes
    Load more