You are on page 1of 11

1.

0 PENGENALAN

Tajuk Jurnal : “Latihan dan Penggunaan Teknologi Dalam Pengajaran-Pembelajaran


Guru-Guru”.

Penulis : Tan Soon Yin (Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang)


Cheah Kooi Guan (Universiti Sains Malaysia)

Halaman : 62-72 m/s.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Objektif Penulis Jurnal

Objektif penulisan jurnal yang ditulis bersama oleh Tan Soon Yin dan Cheah Kooi

Guan bertajuk “Latihan dan Penggunaan Teknologi Dalam Pengajaran-Pembelajaran

Guru-Guru”, dapat disimpulkan bahawa penulisan mereka adalah bertujuan

memaparkan secara realiti pengaplikasian penggunaan teknologi dalam sesi pengajaran

dan pembelajaran guru-guru terhadap pelajar di sekolah.

Walau bagaimanapun, setelah mengamati dengan lebih teliti penulisannya secara

lebih khusus, pengkaji mendapati jurnal ini ditulis bagi membincangkan dan mengetahui

masalah yang dihadapi oleh kebanyakkan guru-guru dalam penggunaan teknologi di

dalam kelas. Latihan yang diterima oleh guru-guru merupakan aspek yang sangat penting

dalam proses menggunakan komputer di sekolah-sekolah. Walau bagaimanapun, kajian

ini telah menunjukkan bahawa latihan yang dijalankan di sekolah setakat ini masih tidak

mencukupi untuk tujuan membolehkan guru-guru sekolah menyebatikan teknologi dalam

pengajaran dan pembelajaran mereka. Jenis-jenis latihan yang diberikan adalah lebih

penting lagi. Penulis juga mengkaji apakah latihan dan pendedahan asas yang diberikan

1
kepada guru-guru dalam pengendalian komputer dan dapat dijadikan sebagai alat bantuan

mengajar bagi mencapai kurikulum pendidikan.

2.2 Objektif Pengulas

Memandangkan penggunaan teknologi merupakan salah satu perkembangan yang

terpenting dalam konteks dunia pendidikan pada masa kini, maka pengulas memilih

untuk mengkaji penulisan jurnal ini supaya dapat menyelongkar masalah dan kekangan

para guru dalam pengendalian teknologi terutamanya penggunaan komputer dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Dengan merujuk kepada salah satu cita-cita Rukun Negara,

yakni untuk menjadikan masyarakat yang progresif dengan menggunakan sains dan

teknologi, penulis cuba merungkai permasalahan yang dihadapi oleh para guru dalam

pengaplikasian teknologi semasa sesi pengajaran.

Dunia pendidikan sememangnya tidak dapat lari daripada penggunaan teknologi.

Teknologi penting sebagai alat bantuan dalam pengajaran dan pembelajaran. Teknologi

yang digunakan dalam pendidikan berubah daripada yang tradisional kepada apa yang

ada pada hari ini. Perkembangan teknologi dalam pendidikan merupakan inovasi untuk

memudahkan para guru mentranmisikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai. Oleh itu,

pada keseluruhannya teknologi-teknologi yang sentiasa berkembang masih mempunyai

matlamat asas bagi membantu interaksi sosial antara guru dan murid-muridnya dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula apabila terdapat ketidakseimbangan

atau jurang teknologi antara sekolah-sekolah di Malaysia, guru sepatutnya dapat

menggunakan sebarang teknologi yang ada dan yang sesuai dengan proses interaksi

dengan pelajar-pelajarnya.

2
Melalui pengulasan jurnal ini, pengkaji dapat mengetahui permasalahan yang

dihadapi oleh para guru dalam pengaplikasian teknologi semasa proses pengajaran dan

pembelajaran di sekolah.

3.0 ISI KANDUNGAN PENULISAN

Permulaan penulisan jurnal ini dimulakan dengan ‘pengenalan’ seperti

kebanyakkan penulisan lain yang berupakan kaedah kajian. Kemudian diikuti oleh

metodologi serta dapatan kajian yang meliputi tinjauan, kajian kes, perbincangan dan

diakhiri kesimpulan bagi merumuskan segala hasil dapatan kajian yang dilakukan. .

Pengenalan kepada penghasilan jurnal ini membincangkan penggunaan komputer

dalam dunia pendidikan telah menjadi trenda sejagat atau global. Di seluruh dunia,

aplikasi komputer meliputi berbagai-bagai aspek persekolahan, daripada urusan

pentadbiran kepada pengajaran-pembelajaran. Kepentingan penggunaan komputer juga

diterangkan oleh penulis Tan Soon Yin dan Cheah Kooi Guan dengan menerangkan

penggunaa komputer dalam pendidikan yang berlaku pada semua peringkat persekolahan,

dari peringkat pra-sekolah hingga peringkat universiti. Memandangkan peri pentingnya

penggunaan komputer dalam pendidikan, dan banyak sumber yang telah digunakan untuk

tujuan ini, adalah wajar bahawa perkembangan pengunaan komputer dalam pendidikan

diselidik dengan mendalamnya. Penulis telah menerangkan secara umum kepentingan

teknologi dalam pendidikan supaya seiring dengan peredaran zaman yang kian serba

canggih.

3
Dalam metodologi pula, penulis banyak menerangkan kaedah kajian yang

dijalankan bagi merumuskan penulisannya. Kajian ini melaporkan satu aspek penting

daripada satu kajian yang lebih luas berkaitan dengan penggunaan komputer di sekolah-

sekolah. Kajiannya lebih jelas apabila penyelidikannya terbahagi kepada dua peringkat

yang dijalankan di sekolah. Peringkat pertama melibatkan tinjauan yang dijalankan

melalui kaedah soal selidk yang meliputi 323 sekolah menengah dan rendah manakala

peringkat kedua pula penyelidikan ini melibatkan kajian kes yang dijalankan di empat

buah sekolah terpilih. Tujuan kajian ini dilakukan ialah untuk meneliti dan mengkaji

proses penerimaan dan pelaksanaan teknologi komputer di sekolah serta faktor-faktor

yang mempengaruhinya. Antara kaedah kajian yang dilakukan bagi memperolehi dapatan

kajian oleh penulis ialah seperti penyemakan, temubual, pemerhatian serta analisis kajian.

Melalui aspek dapatan kajian pula terbahagi kepada tinjauan kajian kes yang

dilakukan. Dari segi tinjauan kajian yang dilakukan penulis memberikan satu senario

tentang latihan seperti mana yang terdapat di sekolah-sekolah.. Terdapat dua jadual yang

ditunjukkan oleh penulis antaranya ialah jenis-jenis kursus yang pernah dikendalikan di

sekolah dan mendedahkan guru-guru dan pelajar-pelajar sekolahnya kepada satu

kemahiran asas dalam penggunaan komputer. Manakala jadual yang kedua pula

memaparkan antara sumber tenaga pengajar kursus komputer yang pernah dijalankan.

Secara keseluruhannya, jadual ini menunjukkan bahawa peranan guru amat penting

dalam aspek menyebarkan pengetahuan dan memperluaskan penggunaan komputer di

sekolah-sekolah. Kita juga dapat melihat penglibatan daripada pihak kerajaan, swasta

serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam pengendalian kursus berkenaan.

4
Manakala bagi kajian kes pula, penulis Tan Soon Yin dan Cheah Kooi Guan telah

memfokuskan kepada empat buah sekolah yang dipilih dan melihat latihan sebagai satu

aspek yang penting dalam usaha untuk menggalakkan guru-guru menggunakan komputer

dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Melalui kajian kes ini empat buah sekolah

tersebut telah di kategorikan kepada sekolah A, B, C dan D. Kajian ini dijalankan bagi

melihat pelbagai usaha dalam melaksanakan kursus pemantapan yang dilakukan oleh

pihak sekolah bagi meningkatkan kemahiran penggunaan komputer di kalangan guru-

guru.

Dalam perenggan perbincangan yang ditulis oleh penulis ianya menerangkan

dapatan kajian melalui permasalahan , kesan serta kepentingan penggunaan teknologi

dalam pengajaran dan pembelajaran. Kekurangan latihan merupakan satu faktor

penghalang dari segi penggunaan komputer dalam setiap mata pelajaran. Kajian kes juga

telah menunjukkan bahawa sekolah-sekolah yang berjaya amat menitikberatkan latihan

kepada guru-guru di sekolahnya. Bagi guru-guru, latihan dalam perkhidmatan adalah

amat penting sebab ia meningkatkan kemahiran guru sebelum diaplikasikan dalam

pengajaran. Perbincangan yang dilakukan oleh penulis menunjukkan bahawa banyak

kursus telahpun dijalankan di sekolah. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa peratusan

yang ditunjukkan oleh penulis bahawa guru-guru di sekolah amat memerlukan kursus

kemahiran komputer bagi dapat diaplikasikan dalam pengajaran bagi melahirkan

masyarakat yang progresif terhadap sains dan teknologi.

Akhir sekali, iaitu pada bahagian kesimpulan, penulis mengetengahkan sekali lagi

kepentingan penggunaan komputer di sekolah, Walau bagaimanapun, jenis latihan yang

diberikan adalah jauh lebih penting lagi untuk membawa kesan positif kepada guru-guru

5
sekolah terhadap penggunaan komputer di sekolah. Matlamat penggunaan teknologi

dalam pendidikan juga ditekankan oleh penulis sebagai kesimpulan penulisan mereka.

4.0 KELEMAHAN JURNAL

Secara umumnya, tidak terdapat banyak kelemahan dalam penulisan artikel ini.

Dari segi susunan fakta, ianya tersusun dengan elok dan dapat disampaikan dengan baik

kepada pengkaji dan pembaca secara amnya. Namun begitu penulis tidak banyak

menggunakan kaedah graf atau jadual dalam penulisannya, hanya terdapat dua buah

jadual sahaja yang ditunjukkan. Walhal, penulisan yang berupa penyelidikan dan kajian

ini memerlukan banyak jadual dan graf bagi menunjukkan dapatan kajian yang dilakukan

agar memudahkan para pembaca dan pengulas dapat memahami penulisannya dengan

lebih jelas.

Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa tidak terdapat banyak

kelemahan dalam penulisan dan kajian yang dilakukan oleh Tan Soon Yin dan Cheah

Kooi Guan ini. Dari segi aspek bahasa, fakta dan penggunaan bahan rujukan kajian

adalah memenuhi sabagai salah satu bentuk penulisan ilmiah.

5.0 KELEBIHAN JURNAL

Bagi pengulas, amat mempercayai bahawa penulis jurnal ini telah melakukan

kajian yang rapi sebelum menulis penulisan jurnal ini. Dengan mengambil kira latar

belakang Tan Soon Yin dan Cheah Kooi Guan sebagai penulis yang merupakan ahli

akademik, pengulas percaya segala fakta yang dikemukakan telah dirujuk dan di analisis

6
terlebih dahulu sebelum penulisan dilakukan. Bagi pengulas, penulisannya ini

sememangnya bertepatan dengan tajuk yang dipilih iaitu “Latihan dan Penggunaan

Teknologi Dalam Pengajaran-Pembelajaran Guru-Guru”. Hal ini kerana, keseluruhan

kajian adalah membincangkan latihan-latihan dan kursus-kursus diterima oleh guru

dalam pengendalian komputer, di samping kepentingan penggunaan teknologi dalam

dunia pendidikan bagi melahirkan anak bangsa yang progresif akan perkembangan

teknologi. Penggulungan fakta yang ketara juga tidak berlaku, sebaliknya wujud koheren

yang menghubungkan sesuatu fakta dengan fakta lain perenggan demi perenggan.

Dari segi penggunaan bahasa pula, penulisan ini amat menarik untuk dibaca

kerana tidak mempunyai ayat yang melarat dan ianya bertepatan dengan ciri-ciri

penilisan berbentuk ilmiah. Selain itu, penulis juga turut mempelbagaikan teknik

penyampaian seperti menggunakan kaedah naratif, deskriptif, pendedahan serta

penghujahan bagi menghasilkan penulisan ilmiah yang berkualiti. Penyampaian

berbentuk jadual dan peratusan juga digunakan oleh penulis bagi menganalisis dapatan

kajian dan memudahkan para pembaca memahami dengan jelas hasil dapatan kajian yang

dilakukan. Dari segi penyusunan isi pula ianya disusun mengikut kronologi dan susunan

yang lazim digunakan bagi penulisan yang bergenre kajian supaya pembaca dapat

mengikuti perkembangan kajian dengan dimulakan dengan pengenalan, dapatan kajian

serta seterusnya perbincangan dan di akhiri dengan kesimpulan kajian yang di dapati atas

penyelidikan. Di samping itu, penulis juga memasukkan ayat-ayat yang beristilah sains

teknologi seperti ‘Information and Communication Tecnology (ICT)’, bagi membuktikan

penulisannya adalah lebih kepada penggunaan teknologi. Penggunaan perkataan Bahasa

Inggeris juga tidak ketinggalan dalam penulisan ini seperti ‘ in-house training’ dan

7
beberapa petikan dari respoden. Walaupun begitu, penggunaan istilah Inggeris tersebut

tidaklah menjejaskan keseluruhan isi kandungan serta maksud yang ingin disampaikan

oleh penulis dan penggunaan istilah tersebut juga masih relevan dengan situasi serta

sesuai dengan maksud yang ingin disampaikan oleh penulis.

Manakala bagi bahan dan sumber rujukan untuk penghasilan penulisan kajian ini,

penulis tidak bergantung penuh kepada buku-buku berbentuk ilmiah semata-mata dalam

penghasilan penulisan ini. Penggunaan bahan daripada kajian yang dilakukan oleh orang

lain dan bahan rujukan internet juga dijadikan bahan dalam penulisannya. Sebaliknya,

penulis lebih menumpukan kepada hasil soal selidik dan laporan yang diberikan oleh

pihak sekolah serta daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Di samping itu, sumber

melalui temuduga juga telah digunapakai dalam mendapatkan hasil kajian bagi penulisan

ini. Bahan-bahan buku rujukan daripada pemikiran falsafah juga dijadikan bahan rujukan

sebagai panduan dalam penerapan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Rujukan atau

bibliografi sebenarnya amat penting untuk dimasukkan sama sekali ke dalam penulisan

agar para pembaca dapat melakukan bacaan atau rujukan tambahan untuk meningkatkan

lagi kefahaman berkenaan penulisan yang dibaca sekaligus membolehkan pembaca

memanfaatkannya dalam apa jua bidang serta disiplin ilmu yang lain.

5.0 CADANGAN PENGULAS

Melalui cadangan ini, pengulas cuba ingin memberikan pandangan dan juga kepentingan

memperkembangkan penggunaan teknologi dalam dunia pendidikan pada masa kini.

8
Tidak dapat dinafikan bahawa peranan teknologi semakin penting dalam

masyarakat pada abad ini. Jika dahulu buku teks telah mengubah corak pendidikan

masyarakat, kini teknologi maklumat (ICT) pula memainkan peranan yang sangat

penting. Penerimaan alat-alat teknologi moden merupakan syarat penting untuk

mendapatkan sesuatu yang diperlukan. Ringkasnya, untuk sentiasa berpengetahuan kita

perlu menerima perubahan-perubahan teknologi baru dan dalam konteks negara kita pada

hari ini, kerajaan memang menggalakkan rakyat supaya sentiasa bersedia untuk

menerima teknologi-teknologi baru. Maka adalah menjadi tanggungjawab anggota-

anggota masyarakat memperlengkapkan diri masing-masing.

Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), kerajaan Malaysia telah

menekankan kepentingan ‘modal insan’ sebagai satu aspek penting yang perlu

diperkukuhkan untuk mencapai cita-cita negara ini. Antara sektor yang memainkan

peranan dalam mencapai hasrat kerajaan ialah bidang pendidika, kerana ianya

memainkan peranan yang penting dalam pembentukan masyarakat yang berilmu

pengetahuan dan mahir penggunaan teknologi masa kini. Hasrat ini bertepatan dengan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), iaitu melahirkan insan yang seimbang dan

harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani.

Kita juga dapat lihat antara salah satu usaha pihak kerajaan bagi melahirkan

generasi yang berpengetahuan luas dalam teknologi adalah melalui program ‘Sekolah

Bestari’. Idea sekolah bestari merupakan sahutan era teknologi maklumat yang

memerlukan kita menyediakan diri dalam persaingan yang pantas. Kewujudannya

dikatakan dapat melahirkan insan intelek yang membantu menerajui negara ke arah

mencapai matlamat Wawasan 2020. Sekolah bestari yang menjadi salah satu aplikasi

9
Koridor Raya Multimedia (MSC) merupakan alternatif baru untuk mencapai Falsafah

Pendidikan Kebangsaan. Berdasarkan cita-cita murni ini, kerajaan mempunyai visi

menukarkan semua sekolah rendah dan menengah kepada sekolah bestari menjelang

tahun 2010.

Oleh yang demikian, dapat dirumuskan bahawa, penggunaan teknologi adalah

amat penting pada masa kini terutamanya dalan dunia pendidikan. Bukan pelajar sahaja

yang perlu didedahkan kepada penggunaan teknologi tetapi guru-guru juga perlu kerana

mereka merupakan medium atai perantara bagi penyampaian dalam proses pengaran dan

pembelajaran. Penggunaan komputer dan bahan teknologi lain juga dapat dijadikan

sebagai Alat Bantuan Mengajar (ABM) guru-guru di bilik darjah, sekaligus dapat

menarik minat murid-murid. Latihan dan kursus awal amat penting diberikan kepada

guru-guru sebagai panduan dan bekalan sebelum ilmu itu dapat disebarkan kepada para

pelajar. Maka dengan ini, misi dan visi dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta

Kurikulum Pendidikan dapat mencapai matlamat dan objektif pembentukannya.

10
11

You might also like