Golongan lama boleh memikirkan metodologi yang berkesan supaya anak-anakpascamerdeka ini tidak akan hanya pandai menyebut merdeka tetapi tidak langsung menjiwaierti kemerdekaan sebenarnya.Kecintaan kepada negara ini haruslah disemai pertamanya,sejak di bangku sekolah lagi melalui aktiviti-aktiviti persekolahan yang memfokuskan programdan aktiviti menanam sikap kasih akan negara. Sikap sebegini tidak perlu tunggu semata-mata ketika hampirnya saat merayakan kemerdekaan tetapi sebaliknya haruslah secaraberterusan.Konteks kecintaan ini ada hubung kaitnya dengan agama dan iman seseorang.Sebab itu program-program patriotisme dan aktiviti harus digiatkan sama ada di dalam ataudi luar sekolah agar budaya ini tidak hanya jadi siulan semata-mata.Kedua, kita perlu mengajar erti kemerdekaan ini bukan dari aspek konteks sejarahnya sahaja,seperti kita hanya mengenal siapa dia Tunku Abdul Rahman, Tun Abd. Razak, siapa dia DatukBahaman, Datuk Maharajalela, (sekadar menyebut beberapa nama). Dasar perjuanganmereka yang sebenarnya perlu disemat dalam dada para remaja terutama pelajar-pelajarsekolah. Episod-episod perjuangan dari segi susur galur yang berlaku pada ketika itu, puncapenentangannya, cara penentangan berlaku dan alasan-alasan penentangan perlu kitatelusuri. Ini merupakan kaedah yang harus disentuh untuk dijelaskan kepada anak muda.Kepercayaan kita akan perjuangan mereka ini bukan sahaja dari aspek personaliti semata-mata tetapi lebih daripada itu. Ini adalah landasan perjuangan yang tidak putus-putus yangakhirnya membawa kepada hasil yang amat besar dan berkesan.Ketiga, kefahaman remaja bahawa kemerdekaan yang paling utama pada ketika dan saat iniidalah merdeka jiwa daripada segala bentuk penjajahan sama ada material atau spiritual.Merdeka jiwa maknanya satu proses kebebasan daripada belenggu serta anasir yangmengongkong pemikiran, budaya kerja dan segala yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan. Jiwa yang merdeka adalah jiwa yang sentiasa subur dengan elemen-elemen positif yangmampu untuk membentuk gambaran kehidupan secara lebih baik.Manusia yang merdeka jiwanya adalah orang yang mempunyai akal fikiran yang positif, gerakkerja yang pantas serta melakukan tindakan mengikut tatasusila yang berlandaskan nilai-nilaiyang baik. Orang seperti ini yang ingin kita lahirkan. Mempunyai jiwa dan akal yang bersihhasil daripada pendidikan serta tarbiah yang sebenar-benarnya. Jiwa merdeka juga ada hubung kaitnya dengan membebaskan diri daripada belenggukebendaan. Maknanya golongan yang merdeka jiwa adalah mereka yang tidak mudah dibelidengan wang ringgit dan tidak semudahnya dibuai dengan nilai dan kemewahan dunia.Kejayaan negara dan bangsa disambut dengan penuh rasa insaf dan yakin melalui usaha danpengorbanan serta gerak kerja yang sebenarnya. Golongan yang merdeka jiwanya jugaadalah mereka yang sentiasa positif dalam melakukan kerjanya demi kemajuan dankemakmuran negara.
PROGRAM KECERIAAN SEKOLAH
PengenalanPersekitaran sekolah yang ceria dan bersih memberi keselesaan dan mengambarkankecintaan serta kerjasama yang tinggi dalam kalangan warga sekolah. Keceriaan dankebersihan kawasan sekolah adalah penting bagi meningkatkan mutu pendidikan .Mempunyaiiklim sekolah yang ceria, tenang dan selesa penting ke arah tercapainya visi dan misi sekolahserta Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Suasana dan persekitaran sekolah yang bersih, ceria,tenteram amat perlu bagi meningkatkan keselesaan pelajar bagi melahirkan insan yangseimbang dari segi emosi, rohani ,jasmani dan intelek.
Add a Comment
Ain Sakinahleft a comment
eilaopleft a comment