harmoni seperti kata pepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia keranamuafakat.Amalan rumah terbuka akan mengeratkan perpaduan kaum dalam kalangananggota masyarakat di negara kita. Semasa menghadiri rumah terbuka tersebutpara tetamu yang hadir akan beramah mesra dengan tetamu yang lain. Jadi,sudah tentu perkara ini akan membolehkan mereka berbual mesra dan salingmemahami antara satu sama lain. Oleh itu, di samping menjamu selera, secaratidak langsung perpaduan dan persefahaman antara tetamu yang terdiridaripada pelbagai latar belakang ini akan dapat dimantapkan. Hal inibersesuaian dengan pepatah Melayu, iaitu tak kenal maka tak cinta.Semasa menghadiri rumah terbuka juga, para tetamu yang terdiri daripadapelbagai kaum akan memahami budaya dan adat resam kaum lain. Mereka akanmerayakan perayaan itu bersama-sama walaupun mereka berbeza latarbelakang budaya dan agama. Sebagai contohnya, orang-orang Cina, India, Iban,Kadazan akan merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama denganorang Melayu dan begitu juga sebaliknya. Jadi, mereka akan dapat mempelajaribudaya dan adat resam kaum lain dan berusaha untuk memahaminya. Perkaraini sudah tentu akan mewujudkan budaya yang sihat dalam kalanganmasyarakat berbilang kaum di negara kita.Selain kebaikan, terdapat juga keburukannya kerana rumah terbuka akanmenimbulkan masalah untuk menjaga kebersihan di tempat rumah terbuka itudiadakan. Hal ini disebabkan oleh sikap tetamu yang hadir yang tidakmementingkan aspek kebersihan. Mereka tidak menghiraukan aspek kebersihandan membuang sisa makanan atau bungkusan makanan di merata-rata tempat.Perkara ini akan menimbulkan masalah apabila rumah terbuka itu berakhir danmenyusahkan pihak penganjur untuk membersihkannya. Oleh itu, perkara iniperlulah diberikan perhatian agar tetamu yang hadir akan menjaga aspekkebersihan dan tidak mengotorkan tempat itu.Keburukan lain akibat penganjuran rumah terbuka adalah terdapat pihak yangmementingkan diri dan tidak menghiraukan orang lain. Perkara ini akanmenimbulkan masalah dan kesulitan kepada orang lain yang turut hadir dalammajlis itu. Ada tetamu yang berebut-rebut semasa mengambil makanan ataubersikap tamak dengan mengambil makanan dalam jumlah yang banyak.Sekiranya mereka menghabiskan makanan tersebut sudah tentu tidakmenimbulkan masalah, tetapi perkara yang berlaku ialah mereka tidakmenghabiskan makanan tersebut. Hal ini sudah tentu menyebabkan pembaziranberlaku sedangkan ada orang lain yang mungkin tidak mendapat makananlangsung.
Add a Comment
cinm34left a comment
This document has made it onto the Rising list!