You are on page 1of 2

Pinjaman MARA Pengajian Tinggi Luar Negara Sesi 2009/2010 Skim SPC

Keputusan Temuduga Program Skim Pelajar Cemerlang Bagi Lepasan Diploma dan
Pasca Siswazah ke Institusi Terkemuka Luar Negara Sesi 2009/2010 boleh disemak mulai
14 Mei 2009.
Para lepasan Diploma dan Ijazah Bumiputera warganegara Malaysia adalah dipelawa
untuk memohon tajaan MARA di bawah Skim Pelajar Cemerlang (SPC) bagi
melanjutkan pengajian di Instituti Pengajian Tinggi Terkemuka (Top Universities) di luar
negara.

Peringkat pengajian yang akan ditaja adalah Ijazah Pertama, Profesional, Ijazah Sarjana
dan Ijazah Doktor Falsafah. Manakala bidang pengajian pula adalah Kejuteraan,
Bioteknologi, Sains Gunaan, Sains Kuantitatif, Sains Tulen, Sains Perubatan, Kewangan,
Perbankan, Perakaunan dan Ekonomi. Bidang pengajian profesional pula adalah ACCA,
CA, CIMA dan RIBA Part II.

Kelayakan akademik bergantung kepada peringkat ijazah dalam bidang berkaitan dengan
pencapaian CGPA 3.00 ke atas untuk bidang pengajian Kejuteraan, Bioteknologi, Sains
Gunaan, Sains Kuantitatif, Sains Tulen, Sains Perubatan, ACCA, CA, CIMA dan RIBA
Part II. Manakala CGPA 3.5 ke atas Kewangan, Perbankan, Perakaunan dan Ekonomi.

Had umur untuk pengajian Ijazah Pertama adalah tidak melebihi 30 tahun pada 31
Disember 2009, tidak melebihi 35 tahun untuk pengajian Profesional dan Ijazah Sarjana
dan tidak melebihi 40 tahun untuk pengajian Ijazah Doktor Falsafah.

Di antara syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon bantuan pinjaman pelajaran


MARA ini adalah:

Tidak pernah mengikuti kursus di peringkat pangajian yang sama di bawah pembiayaan
sendiri atau dianjur oleh mana-mana badan penganjur.
Aktif dalam ko-kurikulum semasa di kolej atau universiti.
Mencapai kredit dalam semua mata pelajaran yang diambil di peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia.
Memperolehi markah sekurang-kurangnya 5.5 ke atas bagi ujian International Language
Testing System (IELTS) atau 550/65 bagi ujian Test of English as a Foreign Language
(TOEFL).
Mereka yang di dalam perkhidmatan tetap pendidikan atau perguruan atau mempunyai
ikatan pekhidmatan di kalangan tenaga pengajar di IPTA dan IPTS adalah tidak layak
untuk memohon.
Tawaran adalah tertakluk kepada pemohon mendapat Tawaran Tanpa Syarat di Universiti
Terkemuka sahaja
Calon-calon dikehendaki menguruskan sendiri penempatan ke Institusi Pengajian Tinggi
Terkemuka Luar Negara. Maklumat lanjut mengenai universiti berkenaan boleh
diperolehi daripada British Counci telefon 03 2723 7900, Malaysian British Educational
Cooperation Services (MABECS) telefon 03 7956 7655, Irish Universities & Medical
Schools Consortium (Ireland) telefon 03 2163 2302, International Development
Programme (Education Australia) telefon 03 2162 3755 atau 03 5636 5548, German
Academic Exchange Service (DAAD-KL) telefon 03 2148 0568, Canadian Education
Centre telefon 03 2162 2001, Malaysian American Commission on Education Exchange
(MACEE) telefon 03 2166 8873 dan Institut Usahawan Bumiputera telefon 03 2693 9121
atau 03 2692 1123.

Tempoh tajaan adalah antara 2 hingga 3 tahun bagi peringkat Ijazah Pertama, 1 hingga 2
tahun di peringkat Ijazah Sarjana dan 3 hingga 4 tahun di peringkat Ijazah Doktor
Falsafah. Tawaran ini adalah untuk kemasukan sesi pengajian yang bermula di antara
bulan Julai 2009 hingga Februari 2010.

Borang permohonan boleh diperolehi di Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA,


Tingkat 3, Medan MARA, 21, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 23 Januari 2009

You might also like