You are on page 1of 21

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PELAJAR DALAM JAHITAN ASAS SUBJEK KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TINGKATAN 1 DENGAN MENGGUNAKAN CROSS STITCH

KITS Oleh: Hasliza Hassan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Parit Raja,86400 Batu Pahat, Johor.

Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu

Pada tahun ini saya telah diamanahkan untuk mengajar Tingkatan 1 Bestari bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Pelajar Tingkatan 1 Bestari merupakan pelajar bagi kelas ketiga. Kebanyakkan pelajar telah disaring berdasarkan keputusan UPSR mereka. Berdasarkan Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 1,pelajar-pelajar perlu mempelajari jahitan asas, antaranya : jahitan insang pari, jahitan sembat,jahitan kia, jahitan jelujur halus, jahitan lilit kemas,jahitan lubang butang,jahitan silang pangkah dan jahitan suji bilang. Seterusnya, mereka perlu mengaplikasikan kemahiran mereka untuk projek menghias artikel. Oleh kerana mereka tidak mempunyai asas menjahit, timbul kesukaran apabila mereka diminta untuk menghias artikel dengan menggunakan jahitan asas. Secara tidak langsung, ini akan menyebabkan mereka tidak dapat menghias artikel dengan mudah dan baik. Jadi kebanyakan artikel yang dihasilkan adalah tidak menarik. Selepas setiap kali mengajar jahitan asas, saya akan mengulanginya semula dengan bertanya kepada pelajar, Masih ingat atau tidak bagaimana untuk menjahit jahitan jelujur?.Pelajar menjawab sudah lupa. Hal yang demikian amat mengecewakan saya. Berdasarkan hasil kerja mereka, saya dapati hasilnya amatlah tidak memuaskan dan mereka sering gagal untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Selain itu juga, soalan untuk tajuk jahitan asas merupakan soalan yang kerap disoal dalam kertas Kemahiran Hidup Penilaian Menengah Rendah ( PMR ). Ini kerana kebanyakkan pelajar tidak dapat mengenal pasti dan membezakan lapan jenis jahitan asas dengan baik seterusnya tidak dapat
1

menjawab soalan ini dengan baik. Hal ini dapat dibuktikan melalui hasil semakan buku latihan dan keputusan ujian mereka. Seminggu 120 minit atau tiga masa seminggu diperuntukan untuk subjek Kemahiran Hidup Bersepadu. Justeru dengan peruntukan masa yang terhad, telah menghadkan pelajar untuk menguasai kemahiran menjahit jahitan asas dengan baik. Daripada temubual secara tidak formal,pelajar didapati bosan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku. Ada di antara mereka tidak menumpukan perhatian sepenuhnya dan ada juga yang bermain dengan rakan mereka. Sehubungan dengan itu, saya selaku guru Kemahiran Hidup bertanggungjawab untuk meningkatkan minat,kecekapan dan kemahiran pelajar dalam menguasai kemahiran jahitan asas. Berdasarkan pemasalahan ini, saya dapati bahawa pelajar saya memerlukan bimbingan yang berterusan sebagai asas untuk mereka menguasai jahitan asas ini dengan baik seterusnya dapat menghias artikel dengan menarik .Seterusnya membantu mereka memperoleh markah yang baik kerana hasil kerja mereka menghias artikel akan dinilai dan diharap mereka dapat menjawab soalan ini dengan baik untuk membantu peratusan markah kertas Kemahiran Hidup PMR. Fokus kajian Kemahiran Hidup Bersepadu merupakan mata pelajaran teras dan dinilai dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR). Kertas Kemahiran Hidup Bersepadu mengandungi 60 soalan objektif dengan pilihan jawapan ; A, B, C, D. Soalan jahitan asas adalah antara soalan wajib bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR). Oleh kerana peruntukan masa yang terhad, menghadkan pelajar untuk menguasai jahitan asas dengan baik. Mereka bukan sahaja gagal untuk menguasai kemahiran jahitan asas malah turut menyebabkan mereka tidak dapat membezakan jenis jahitan apabila diajukan dalam kertas soalan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Sekiranya masalah ini tidak diambil berat, kesannya akan menjejaskan markah peperiksaan mereka dan seterusnya jika dibiarkan ia akan terbawa-bawa ke tingkatan berikutnya dan kesukaran akan berlaku kepada guru yang mengajar pelajar ini pada tahun akan datang kerana kemahiran jahitan asas merupakan subjek semasa di Tingkatan 1, dan guru tidak akan mengulanginya untuk tahun berikutnya iaitu di Tingkatan 2 dan 3. Hal ini akan menyebabkan

pelajar akan terus ketinggalan dalam menguasai kemahiran jahitan asas dan seterusnya gagal untuk mengenal pasti serta membezakan jahitan asas. Kajian yang dijalankan ini berfokus kepada meningkatkan kemahiran pelajar menguasai jahitan asas dan menjawab soalan berkaitan jahitan asas dengan baik.

Objektif kajian Selepas kajian ini selesai dijalankan, pelajar akan mencapai objektif berikut: i. Objektif Umum: Meningkatkan kemahiran pelajar dalam jahitan asas menggunakan cross stitch kits.

ii.

Objektif khusus: Meningkatkan penguasaan pelajar tentang konsep jahitan asas dengan menggunakan cross stitch kits. Mengukuhkan kemahiran menjahit pelajar dengan aktiviti menjahit artikel mudah menggunakan jahitan asas yang sesuai.

Kumpulan sasaran Kajian ini melibatkan 30 orang pelajar Tingkatan 1 Bestari (satu kelas), 20 orang pelajar perempuan dan 10 orang pelajar lelaki. Pelajar-pelajar di kelas ini adalah pelajar yang lemah dalam pembelajaran dan daya ingatan mereka berada di tahap yang sederhana. 15 orang mencapai gred C ,10 orang mendapat gred D,dan 5 orang gred E dalam Ujian Prestasi 1.

Strategi Tindakan Dicadangkan

i. Tinjauan Masalah: Sebelum langkah-langkah seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan masalah telah dikenal pasti dan dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut. a. Kaedah Pemerhatian Kaedah pertama yang saya gunakan adalah pendekatan secara pemerhatian bagi mengesan kelemahan dan kekuatan pelajar-pelajar saya ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku di dalam kelas.

b. Kaedah Semakan buku latihan Tinjauan masalah diteruskan dengan menyemak buku latihan pelajar.

c. Kaedah Temubual Kaedah ketiga yang saya gunakan adalah melalui pendekatan temubual secara rawak.

Amali Amali ini bertujuan untuk mengenal pasti punca kelemahan pelajar.

ii. Analisis Tinjauan Masalah: a. Kaedah Pemerhatian: Pemerhatian dibuat berdasarkan hasil kerja pelajar dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, pelajar seringkali tidak dapat menyempurnakan tugasan dengan baik dan memberi alasan tidak tahu dan tidak pandai untuk menjahit walaupun sudah diberi peringatan akan didenda jika tidak menyiapkan tugasan yang diberikan. Selain itu juga, saya perhatikan bahawa pelajar sering keluar kelas untuk ke tandas dan ini menyukarkan pelajar untuk memahami apa yang diajar oleh saya.
4

b. Kaedah Semakan buku latihan Pelajar diberikan soalan objektif untuk mengenal pasti jenis jahitan. Latihan ini bertujuan supaya pelajar dapat mengingati serta menguasai jahitan asas yang telah diajar oleh saya. Hasilnya pelajar gagal untuk membezakan dengan baik. jahitan asas ini

c. Kaedah Temubual Saya bertanya pendapat mereka tentang topik jahitan asas. Mereka memberi respon, subjek Kemahiran Hidup membosankan dan susah untuk mengingati apa yang diajar oleh saya dalam masa tempoh yang terhad. Mereka juga memberitahu diganggu rakan sama ada diajak berbual dan sebagainya ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku. Oleh itu, saya bercita-cita untuk mempelbagaikan lagi strategi pengajaran dan pembelajaran saya di dalam kelas.

Amali Amali ini dilakukan untuk 30 orang pelajar yang disasarkan dan mereka diberikan tempoh masa selama 30 minit untuk menyiapkan jahitan asas. Pelajar akan diberikan kain Cotton sebagai latihan permulaan.

d. Merancang Tindakan: Sebanyak empat aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah dirancang bagi meningkatkan kemahiran pelajar dalam jahitan asas dalam kalangan pelajar sasaran saya. Markah akan direkod untuk setiap aktiviti yang dijalankan bagi tujuan untuk menilai keberkesanan rancangan tindakan ini.

Kelebihan aktiviti ini: Hasil dapatan yang saya perolehi daripada menggunakan kedua-dua teknik ini ialah yang pertama, dengan menggunakan kain cotton hasil kerja pelajar tidak kemas dan tidak lurus jahitannya. Ini berlaku disebabkan tekstur kain cotton keras dan apabila berlaku kesalahan akan menyukarkan pelajar untuk membetulkannya. Berlainan pula dengan menggunakan cross stitch, cross stitch kainnya berlubang dan ini secara tidak langsung akan memudahkan pelajar untuk melakukan jahitan, lagipun ia secara tidak langsung memberi panduan kepada pelajar untuk melakukan jahitan dengan lubang-lubang yang ada pada kain cross stitch itu. Hasil kerja pelajar dengan menggunakan kain cross stitch lebih kemas dan tersusun. Pelajar akan berasa seronok jika hasil yang mereka lakukan berjaya dan mendapat pujian daripada rakan dan guru, dan ini akan menimbulkan satu rasa kepuasan kepada diri mereka. Jika mengikut psikologi, apabila sesuatu tindakan mendapat pujian dan ganjaran , maka secara tidak langsung akan membangkit rasa gembira dalam diri seseorang itu. Pada pandapat saya, dengan menggunakan cross stitch lebih mudah untuk mengajar pelajar untuk asas-asas jahitan dan setelah mereka mahir barulah beralih kepada dengan menggunakan kain cotton pula. Ini kerana, langkah ini secara tidak langsung mampu menarik minat pelajar untuk belajar cara-cara jahitan asas menjahit. Seterusnya mampu memberi dorongan kepada pelajar untuk belajar teknik-teknik jahitan yang seterusnya. Jika mereka ingat cara-cara menjahit dengan melakukan sendiri akan lebih mudah untuk mereka mengingati asas-asas jahitan dan ini seterusnya dapat memberi ingatan kepada mereka ketika menjawab soalan peperiksaan. Namun di sini di samping untuk ingatan dalam persediaan peperiksaan ia juga berkesan kepada pelajar dalam dunia realiti mereka, di mana mereka boleh mengaplikasikan teknik ini untuk menjahit pakaian mereka yang koyak.
6

a. Aktiviti 1 CrossFun (Cross Stitch Fun) Cara perlaksanaan: i. Guru menunjukkan peralatan jahitan dalam bentuk maujud iaitu gunting, benang, cross stitch, dan seterusnya diletakkan di hadapan pelajar. ii. Guru memberikan cross stitch dengan ukuran 7.5cm x 11.5cm beserta alatan jahitan kepada setiap pelajar. iii. Guru membimbing pelajar untuk menjahit dengan betul. iv. Selepas selesai menjahit lapan jenis jahitan, pelajar dikehendaki menampal hasil kerja mereka dalam Sewing Little Picture seperti Lampiran A. v. Sewing Little Picture juga memaparkan langkah-langkah menjahit dengan betul (bagi aktiviti 1). vi. Tempoh masa mereka habis menjahit direkodkan.

Bahan yang diperlukan: i. cross stitch : 7.5cm x 11.5cm ii. gunting iii. benang iv. jarum 11.5cm

7.5cm

JAHITAN JELUJUR HALUS

Langkah jahitan jelujur halus Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kanan ke kiri.

Jahit dengan halus dan sama jarak lebih kurang 3 mm hingga 5 mm.

Jahit sehingga siap.

Matikan jahitan dengan jahitan kia.

JAHITAN KIA

Langkah jahitan kia

Mulakan jahitan dari kiri ke kanan.

Cucuk jarum pada A dan keluarkan jarum pada B dengan jarak 1mm hingga 2 mm.

Cucuk jarum semula pada A dan keluarkan pada C dengan jarak 4 mm dari A. Matikan jahitan dengan jahitan kia sebanyak dua kali.
10

JAHITAN SEMBAT

Langkah jahitan sembat

Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kanan ke kiri.

Cucuk jarum pada A, keluarkan jarum pada B dengan mencondongkan jarum lebih kurang 300 Jahit sehingga siap.Matikan jahitan dengan jahitan kia.

11

JAHITAN LUBANG BUTANG

Langkah jahitan lubang butang Jahit dari kiri ke kanan. Mulakan dengan jahitan kia

Cucuk jarum menegak dari sebelah dalam fabrik kesebelah luar fabrik.

Tarik benang dan susup di bawah jarum.

Jahit sehingga siap. Matikan jahitan dengan jahitan kia.

Matikan jahitan dengan jahitan kia.

12

JAHITAN SILANG PANGKAH

Langkah jahitan silang pangkah Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kanan ke kiri .

Masukkan jarum pada A dan keluarkan pada B dengan jarak 1 mm dengan jarak 1mm . Matikan dengan jahitan kia Masukkan jarum ke dalam lipatan pada C dan keluarkan pada D dengan jarak 1mm . Matikan dengan jahitan kia .

13

JAHITAN INSANG PARI

Langkah jahitan insang pari

Jahit dari kiri ke kanan. Mulakan dengan beberapa jelujur halus menegak pada A. Cucuk jarum menegak pada B dan halakan jarum ke arah penjahit.

Letak benang di bawah hujung jarum dan tarik benang menghala ke arah penjahit.

Matikan jahitan dengan beberapa jelujur halus menegak di sebelah kanan mata jahitan insang pari yang akhir .

14

JAHITAN LILIT KEMAS

Langkah jahitan lilit kemas Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kiri ke kanan.

Cucuk jarum dari sebelah dalam fabrik ke sebelah luar fabrik dan tarik jarum ke arah penjahit. Jahit sehingga siap.Matikan dengan jahitan kia.

15

JAHITAN SUJI BILANG Langkah jahitan jahitan suji bilang

Mulakan jahitan dengan jahitan kia.Jahitan satu barisan jahitan condong.

Silangkan jahitan tersebut sehingga bersilang di tengah-tengah jahitan. Jahit sehingga habis silangnya.

b. Aktiviti 2 Re-Test 1(Remember Test 1) i. Aktiviti ini berbentuk individu. Mereka perlu menyiapkan jahitan asas yang telah dipelajari menggunakan cross stitch kits. ii. iii. iv. v. Masa yang diperuntukan adalah 30 minit. Pelajar yang paling awal menyiapkan tugasan ini dikira sebagai pemenang. Pelajar dikehendaki menampal hasil kerja mereka dalam Sewing Little Picture. Tempoh masa mereka habis menjahit direkodkan.

c. Aktiviti 3 Re-Test 2 (Remember Test 2) i. ii. iii. iv. Guru mengulangi aktiviti 2.Tempoh masa yang diperuntukkan adalah 20 minit. Pelajar yang paling awal menyiapkan tugasan ini dikira sebagai pemenang. Pelajar dikehendaki menampal hasil kerja mereka dalam Sewing Little Picture. Tempoh masa mereka habis menjahit direkodkan.

16

d. Aktiviti 4 Artimu (Artikel mudah) i. ii. iii. Aktiviti ini bertujuan untuk menguji tahap kefahaman dan juga ingatan pelajar . Aktiviti ini dijalankan secara individu. Pelajar dikehendaki menghias artikel mudah dengan jahitan asas seperti insang pari, jahitan silang pangkah, jahitan suji bilang dan sebagainya (Lampiran B). iv. v. Pelajar dikehendaki menampal hasil kerja mereka dalam Sewing Little Picture. Tempoh masa mereka habis menjahit direkodkan.

Ujian Ujian ini bertujuan untuk mengukuhkan ingatan pelajar dalam membezakan serta mengenal pasti jahitan asas yang telah dipelajari. Setelah guru melaksanakan empat aktiviti yang dinyatakan, guru akan menjalankan ujian. Soalan adalah berbentuk 10 objektif. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan yang berhuruf A, B, C dan D. Contoh soalan adalah seperti Lampiran C.

17

Jadual Pelaksanaan Kajian

Kajian ini dijalankan selama 4 minggu bermula dari 8 Oktober 2012 hingga 29 Oktober 2012.

Bil. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 12 13 14

Aktiviti Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal Menulis proposal kajian Merancang tindakan Melaksanakan tindakan Aktiviti 1(Cross Stitch Fun) Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1 Melaksanakan tindakan Aktiviti 2 (Remember Test 1) Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 2 Melaksanakan tindakan Aktiviti 3 (Remember Test 2) Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 3 Melaksanakan tindakan Aktiviti 4 (Artikel mudah) Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 4 Ujian Refleksi kajian Menulis laporan kajian Pembentangan dapatan kajian untuk makluman panitia/sekolah.

Tempoh Pelaksanaan 8 Oktober 2012 10 Oktober 2012 15 Oktober 2012 17 Oktober 2012 17 Oktober 2012 18 Oktober 2012 18 Oktober 2012 19 Oktober 2012 19 Oktober 2012 24 Oktober 2012 24 Oktober 2012 24 Oktober 2012 26 Oktober 2012 26 Oktober 2012 29 Oktober 2012

18

Anggaran kos BIL ITEM 1 Cross stitch KUANTITI/SAIZ HARGA SEUNIT( RM) JUMLAH(RM) 2 meter RM16.00 JUMLAH RM 32.00 RM32.00

19

Rujukan

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan,Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Manual Kajian Tindakan. Kuala Lumpur: BPPPPDP,KPM. Tan et all. (2003). Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 1. Kuala Lumpur: Percetakan Rina Sdn.Bhd. M.Yunus et all. (2011). Psikologi Pendidikan.Selangor: Meteor Doc. Snd. Bhd.

20

Lampiran

21

You might also like