Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
34Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
ulama nusantara

ulama nusantara

Ratings: (0)|Views: 1,963 |Likes:
Published by Muhamad Harish
Kisah ulama' nusantara
Kisah ulama' nusantara

More info:

Published by: Muhamad Harish on Sep 16, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/04/2012

pdf

text

original

 
Page| 1
Syeikh Hamzah al-Fansuri
Sasterawan sufi agung
SYEIKH Hamzah al-Fansuri telah banyak dibicarakan orang, namun tidak dapatdinafikan perkara-perkara baru sentiasa ditemui oleh para peneliti. Padamukadimah ini saya nyatakan bahawa tanpa diketahui siapakah yang pertamamengkhayal rupa tokoh agung sufi Nusantara itu, sehingga ditemui gambarimaginasi beliau.Gambar Syeikh Hamzah al-Fansuri dapat dipastikan sebagai gambar imaginasi,kerana pada zaman beliau memang belum ada kamera. Sebenarnya ia berlaku bukanpada Syeikh Hamzah al-Fansuri saja, tetapi juga terjadi pada ulama-ulamalainnya, termasuk Imam al-Ghazali, Syeikh 'Abdul Qadir al-Jilani, SyeikhNuruddin ar-Raniri, Wali Sembilan dan lain-lain. Sungguh pun dipastikan gambarSyeikh Hamzah al-Fansuri adalah gambar imaginasi, namun dalam artikel inidisiarkan juga, dan ia merupakan pertama kali disiarkan dalam media cetak secarameluas.Hampir semua pengkaji yang membicarakan tokoh ulama ini pada zaman moden, selalumerujuk kepada karya-karya Prof. Dr. Syed M. Naquib al-Attas. Barangkali duniamemang mengakui bahawa beliaulah orang yang paling banyak memperkenalkan SyeikhHamzah al-Fansuri ke peringkat antarabangsa. Walau bagaimanapun apabila kitamembaca keseluruhan karya Prof. Dr. Syed M. Naquib al-Attas yang membicarakanSyeikh Hamzah al-Fansuri, bukanlah bererti kita tidak perlu mentelaah karya-karya lain lagi, kerana apabila kita mentelaah karya-karya selainnya, terutamasekali yang masih berupa manuskrip, tentu sedikit sebanyak kita akan menemukanperkara-perkara baru yang belum dibicarakan. Karya terkini tentang Syeikh Hamzahal-Fansuri ialah buku yang diberi judul Tasawuf Yang Tertindas KajianHermeneutik Terhadap Karya-Karya Hamzah Fansuri. Buku setebal 444 halaman itudikarang oleh Dr. Abdul Hadi W.M. dan terbitan pertama oleh Penerbit Paramadina,Jakarta, 2001. Sama ada karya-karya Prof. Dr. Syed M. Naquib al-Attas mahupunkarya Dr. Abdul Hadi W.M., sedikit pun tiada menyentuh gambar Syeikh Hamzah al-Fansuri seperti yang tersebut di atas.
Asal-usul dan pendidikan
Prof. A. Hasymi pada penyelidikannya yang lebih awal bertentangan dengan hasilpenyelidikannya yang terakhir. Penyelidikan awal, ayah Syeikh Hamzah al-Fansurinampaknya tidak ada hubungan adik beradik dengan ayah Syeikh Abdur Rauf al-Fansuri. Penyelidikan terakhir beliau mengatakan bahawa Syeikh Hamzah al-Fansuriitu adalah adik beradik dengan Syeikh Ali al-Fansuri. Syeikh Ali al-Fansuriadalah ayah kepada Syeikh Abdur Rauf al-Fansuri. Penyelidikan awal yang sayamaksudkan ialah yang ditulis oleh Prof. A. Hasymi dalam Ruba'i Hamzah Fansuriyang dapat diambil pengertian daripada kalimatnya, "Ayah Hamzah pindah dari
 
Page| 2
Fansur (Singkel) ke Barus untuk mengajar, kerana beliau juga seorang ulamabesar, seperti halnya ayah Syeikh Abdur Rauf Fansuri yang juga ulama, sama-samaberasal dari Fansur (Singkel)" (terbitan DBP, 1976, hlm. 11). Mengenaipenyelidikan Prof. A. Hasymi yang menyebut Syeikh Hamzah al-Fansuri saudaraSyeikh Ali al-Fansuri atau Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri adalah anaksaudara kepada Syeikh Hamzah al-Fansuri, dapat dirujuk kepada kata pengantarbuku Hamzah Fansuri Penyair Sufi Aceh karya Abdul Hadi W.M. Dan L. K. Ara,diterbitkan oleh Penerbit Lotkala, tanpa menyebut tempat dan tarikh.Walaupun Prof. A. Hasymi belum memberikan suatu pernyataan tegas bahawa beliaumemansukhkan tulisannya yang disebut dalam Ruba'i Hamzah Fansuri, namun kitaterpaksa memakai penyelidikan terakhir seperti yang telah dijelaskan di atas.Dr. Azyumardi Azra dalam bukunya, Jaringan Ulama mengatakan bahawa beliau tidakyakin bahawa Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri itu benar-benar keponakan(anak saudara) Syeikh Hamzah al-Fansuri. "Sebab, menurutnya, tidak ada sumberlain yang mendukung hal itu." Bagi saya ia masih boleh dibicarakan dan perlupenelitian yang lebih sempurna dan berkesinambungan. Sebab yang dinamakan sumberpendukung sesuatu pendapat, bukan hanya berdasarkan tulisan tetapi termasuklahcerita yang mutawatir. Kemungkinan Prof. A. Hasymi yang berasal dari Aceh itulebih banyak mendapatkan cerita yang mutawatir berbanding penelitian barat yangbanyak disebut oleh Azra. Diterima atau tidak oleh pengkaji selain beliau,terpulanglah ijtihad masing-masing orang yang berkenaan.Dalam buku Hamzah Fansuri Penyair Aceh, Prof. A. Hasymi menyebut bahawa SyeikhHamzah Fansuri hidup sampai akhir pemerintahan Sultan Iskandar Muda ternyatajuga ada perubahan daripada tulisan beliau yang termaktub dalam Ruba'i HamzahFansuri selengkapnya, "Hanya yang sudah pasti, bahawa beliau hidup dalam masapemerintahan Sultan Alaidin Riayat Syah IV Saiyidil Mukammil (997-1011 H-1589-1604 M) sampai ke permulaan pemerintahan Sultan Iskandar Muda Darma WangsaMahkota Alam (1016-1045 H-1607-1636 M)." Yang dimaksudkan dengan "ternyata jugaada perubahan", ialah pada kalimat, "sampai ke permulaan pemerintahan SultanIskandar Muda," menjadi kalimat "akhir pemerintahan Sultan Iskandar Muda."Tarikh lahir Syeikh Hamzah al-Fansuri secara tepat belum dapat dipastikan,adapun tempat kelahirannya ada yang menyebut Barus atau Fansur. Disebut lebihterperinci oleh Prof. A. Hasymi bahawa Fansur itu satu kampung yang terletakantara Kota Singkel dengan Gosong Telaga (Aceh Selatan). Dalam zaman KerajaanAceh Darussalam, kampung Fansur itu terkenal sebagai pusat pendidikan Islam dibahagian Aceh Selatan. Pendapat lain menyebut bahawa beliau dilahirkan diSyahrun Nawi atau Ayuthia di Siam dan berhijrah serta menetap di Barus.Drs. Abdur Rahman al-Ahmadi dalam kertas kerjanya menyebut bahawa ayah SyeikhHamzah al-Fansuri bernama Syeikh Ismail Aceh bersama Wan Ismail dan Po Rome atauPo Ibrahim (1637- 1687 M) meninggal dunia dalam pertempuran melawan orang Yuwun(Annam) di Phanrang. Bahawa Syeikh Ismail Aceh itu pernah menjadi gabenor di
 
Page| 3
Kota Sri Banoi menggantikan Gabenor Wan Ismail asal Patani yang melepaskanjabatan itu kerana usianya yang lanjut. Drs. Abdur Rahman Al-Ahmadi berpendapatbaru, dengan menambah Syahrun Nawi itu di Sri Banoi Sri Vini, selain yang telahdisebutkan oleh ramai penulis bahawa Syahrun Nawi adalah di Siam atau Aceh.Dalam Patani, iaitu antara perjalanan dari Patani ke Senggora memang terdapatsatu kampung yang dinamakan Nawi, berkemungkinan dari kampung itulah yangdimaksudkan seperti yang termaktub dalam syair Syeikh Hamzah al-Fansuri yangmenyebut nama Syahrun Nawi itu. Kampung Nawi di Patani itu barangkali namaasalnya memang Syahrun Nawi, lalu telah diubah oleh Siam hingga bernama Nawisaja. Syahrun Nawi adalah di Patani masih boleh diambil kira, kerana pada zamandulu Patani dan sekitarnya adalah suatu kawasan yang memang ramai ulamanya. Sayatelah sampai ke kampung tersebut (1992), berkali-kali kerana mencari manuskriplama. Beberapa buah manuskrip memang saya peroleh di kampung itu. Lagi pulaantara Aceh dan Patani sejak lama memang ada hubungan yang erat sekali. Walaubagaimanapun Prof. A. Hasymi menyebut bahawa Syahrun Nawi itu adalah nama dariAceh sebagai peringatan bagi seorang Pangeran dari Siam yang datang ke Aceh padamasa silam yang bernama Syahir Nuwi, yang membangun Aceh pada zaman sebelumIslam.Daripada berbagai-bagai sumber disebutkan bahawa Syeikh Hamzah al-Fansuri telahbelajar berbagai-bagai ilmu yang memakan masa lama. Selain belajar di Acehsendiri beliau telah mengembara ke pelbagai tempat, di antaranya ke Banten (JawaBarat), bahkan sumber yang lain menyebut bahawa beliau pernah mengembarakeseluruh tanah Jawa, Semenanjung Tanah Melayu, India, Parsi dan Arab. Dikatakanbahawa Syeikh Hamzah al-Fansuri sangat mahir dalam ilmu-ilmu fikah, tasawuf,falsafah, mantiq, ilmu kalam, sejarah, sastera dan lain-lain. Dalam bidangbahasa pula beliau menguasai dengan kemas seluruh sektor ilmu Arabiyah, fasihdalam ucapan bahasa itu, berkebolehan berbahasa Urdu, Parsi, Melayu dan Jawa.
Karya-keryanya
Syeikh Hamzah al-Fansuri dapat digolongkan kepada peringkat awal dalammenghasilkan karya puisi/sastera dalam bahasa Melayu, sangat menonjol terutamasekali dalam sektor sufi. Lebih terserlah lagi kemasyhurannya kerana terjadikontroversi yang dilemparkan oleh orang-orang yang tidak sependapat dengannyayang dimulai dengan karya-karya Syeikh Nuruddin ar-Raniri, berlanjutan terushingga sampai ke hari ini karya-karya Syeikh Hamzah al-Fansuri selaludibicarakan dalam forum-forum ilmiah. Di bawah ini saya cuba menyenaraikan karyabeliau yang telah diketahui, iaitu: 1). Syarb al- 'Asyiqin atau ZinatulMuwahhidin. 2). Asrar al-'Arifin fi Bayan 'Ilm as-Suluk wa at-Tauhid. 3). Al-Muntahi. 4). Ruba'i Hamzah Fansuri. 5). Kasyf Sirri Tajalli ash-Shibyan. 6).Kitab fi Bayani Ma'rifah. 7). Syair Si Burung Pingai. 8). Syair Si BurungPungguk. 9). Syair Sidang Faqir. 10). Syair Dagang. 11). Syair Perahu. 12).Syair Ikan Tongkol. Keterangan lengkap mengenai data karya Syeikh Hamzah al-Fansuri dapat dirujuk dalam buku yang saya susun berjudul Al-Ma'rifah Pelbagai

Activity (34)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Erick Kasale liked this
Dea' An'Nisa liked this
Zahari Abkadir liked this
saripmy liked this
ibn-said-1234 liked this
ibn-said-1234 liked this
bantal liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->