You are on page 1of 10

Responden: Nur Jannah Aleesya binti Ahmad.

Disediakan oleh: Hanifuddin, Taufiq, Ainul, Husna, Ashikin, Zila, Ammar

Latar belakang

Kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun. Anak tunggal kepada ahli perniagaan dan tiada hubungan baik dengan keluarga. Tiada hubungan baik di dalam kelas dan tidak disukai oleh rakan sekelas. Hanya mempunyai seorang kawan rapat. Rakan baik telah menyarankan dia berubah namun dia masih degil. Rakannya telah menyarankan Jannah untuk bertemu Kaunselor sekolah.

Analisis Masalah

Mengikut teori ini, Nur Jannah Aleesya suka berbohong disebabkan latar belakang keluarga dan budaya. (pemikiran tidak rasional dipengaruhi kuat oleh keluarga dan budaya persekitaran) Menurut teori ini juga, Nur Jannah Aleesya telah berfikiran dengan tidak rasional dengan menganggap tingkahlaku berbohong adalah sesuatu perkara yang boleh dilakukan. Pemikiran yang tidak rasional ini telah menjadi kepercayaan asas disebabkan oleh persepsi dalamannya sendiri kemudian terus mempengaruhi tingkahlakunya. (kepercayaan diri sendiri)

Nur Jannah Aleesya kecewa dengan imej kendirinya jadi dia terpaksa berbohong untuk menyembunyikan kelemahannnya. Mengikut teori,Nur Jannah Aleesya mengalami gangguan ego di mana dia telah berlaku kebimbangan bahawa kendiri telah terancam.

Model ABC
Activating event Masalah keluarga Jannah di mana ibu bapanya kurang meluangkan masa dengannya. Belief Jannah percaya bahawa jika dia berbohong dia dapat menarik perhatian rakan-rakannya. Consequences Jannah mendapat kepuasan dengan berbohong kepada rakan-rakannya.

Desputing (mempertikaikan)
Kaunselor perlu berbincang tentang masalah ini dengan ibu bapanya. Kaunselor perlu membuktikan dan memotivasikan bahawa semua orang tidak sama dengan ibu bapanya dari segi sikap. Kaunselor perlu kreatif dalam menunjukkan kesan sekiranya Nur Jannah Aleesya secara berterusan mengamalkan sikap berbohong. Kaunselor juga boleh menggalakkan rakanrakan Nur Jannah Aleesya supaya menerima dia semula.

Teknik gambaran
Projeksi masa

Misalnya macam teater serigala dengan pengembala kambing.

Effective ways of thinking, feeling and behaving


Sekiranya Nur Jannah Aleesya bersikap jujur maka rakan sekelasnya akan boleh menerima dan berkawan serta tidak akan dipinggirkan. Meminta Nur Jannah Aleesya agar memohon maaf kepada rakan-rakannya diatas kesalahannya yang lalu. Memupuk kemahiran sosial terhadap Nur Jannah Aleesya untuk berkomunikasi dengan rakan-rakannya dan orang sekelilingnya.

New feeling

Wujud perasaan baru iaitu berubah menjadi pelajar yang lebih baik dan disukai rakanrakannya.

Sekian, terima kasih.

You might also like