You are on page 1of 7

MODUL SKOR ‘A’ PENGAJIAN AM

KERTAS 2
2007

MODUL 2
Edisi Pelajar

Unit Kurikulum
Jabatan Pelajaran Perak
Bahagian A

Soalan
Menafikan rasa lapar, melakukan senaman keterlaluan dan sentiasa tidak puas hati dengan penampilan diri
walaupun berjaya menguruskan berat badan merupakan beberapa gejala pengidap penyakit Anoreksia Nervosa.
Anoreksia kini menjadi satu masalah psikologi yang meningkat khususnya di kalangan remaja.
Jelaskan punca-punca penyakit Anoreksia dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk merawat dan
mengelak penyakit ini dari terus berlarutan.

Kehendak soalan:
A.
B.

Pengenalan

A.
1.

2.

B.
3.

4.

Kesimpulan:

Bahagian B

Soalan

Pencemaran udara yang disebabkan jerebu kurang mendapat perhatian manusia. Fenomena ini
merupakan satu gejala yang perlu diberi perhatian dan dibendung oleh semua pihak.
Jelaskan faktor-faktor berlakunya jerebu dan kesannya kepada alam sekitar.

2
Kehendak soalan:
A.
B.

Pengenalan

A.
1.

2.

B.
3.

4.

Kesimpulan:

Bahagian C

Soalan 5(a)
“.... penganjuran Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) kali ini dijangka dapat menarik lebih ramai
pengunjung tempatan dan antarabangsa dalam menjalinkan kerjasama antara negara-negara yang terlibat. Usaha
giat kerajaan ini , memberi gambaran positif dalam peningkatan pendapatan negara.Walau bagaimanapun,
penglibatan pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) masih kurang dalam industri halal kerana kekangan
modal, persaingan , teknologi serta jaringan perniagaan yang lemah di samping kurangnya pengalaman dari aspek
pemasaran dalam mengembangkan perniagaan mereka…”

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Norhayati Mohd. Nooh dan Zainun Ahmad,
“ Piawaian pasaran halal”, Utusan Malaysia,8 Mei,2007)

(i) Apakah halangan yang dihadapi oleh pengusaha IKS dalam industri halal?

Jawapan :

3
(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan peranan MIHAS dalam
membantu IKS menembusi pasaran global.

Jawapan:

5(b)

“…konsep Rakan COP sebenarnya merupakan pengenalan konsep polisi berorientasikan perkongsian pintar masyrakat
dengan PDRM. Rakan COP adalah medium untuk merapatkan jurang antara polis dan masyarakat melalui pendekatan
yang lebih praktikal, jelas dan mudah. Hal ini bertujuan menggalakkan pembabitan anggota masyarakat dalam
memerangi jenayah dan menjadi “mata dan telinga” polis…”

(Dipetik dan diubahsuai daripada Samat Buang, Program Rakan COP:


Membentuk Jaringan Kukuh Antara Polis & Masyarakat,Dewan Siswa,Julai 2006)

(i) Apakah konsep Rakan COP?

Jawapan:

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, nyatakan peranan Rakan COP

Jawapan:

Soalan 6 (a)

“…Malaysia berada pada kedudukan terbaik dunia kerana kepakaran perubatan dan menjadi destinasi popular untuk
perkhidmatan rawatan kesihatan . Pelancong yang ingin mencari kelainan dalam menikmati pengalaman melancong
sambil berubat adalah sasaran pasaran berdaya maju. Malaysia mempunyai kelebihan yang komparatif kerana dapat
menarik lebih ramai pelancong sambil mendapat rawatan kesihatan.
(Dipetik dan diubahsuai BERNAMA, Mac 2006)

(i) Apakah yang dimaksudkan dengan pelancongan kesihatan?

4
Jawapan:

________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________________
(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, nyatakan rawatan dan perkhidmatan perubatan
yang ditawarkan oleh Malaysia .

Jawapan:

________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________________
6(b)

“Penagih dadah yang mengambil bahan perangsang jenis amfetamine (ATS) atau estasy dikatakan terdedah kepada
bahaya kerosakan day ingatan. Kajian antarabangsa mendapati bahawa penagih penagih ectasy akan menghadapi
masalah lemah daya ingatan pada jangka masa panjang. Mereka sukar mengingati sesuatu perkara dengan kadar
melebihi 23 peratus berbanding orang biasa.”
(Sumber : Ecstasy perosak daya ingatan. Berita Harian. Sabtu 17
Jan 2004. Halaman 17)

(i) Apakah estacy?

Jawapan:

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, nyatakan kesan yang dialami oleh
penagih estasy?

Jawapan:

Bahagian D
5
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan keluasan bertanam bagi tanaman-tanaman utama di Malaysia dari tahun 1996
hingga 2000.

Tanaman utama negara kita terdiri daripada getah, kelapa sawit, padi dan kelapa banyak
menyumbang kepada ekonomi negara. Permintaan dari luar negara menyumbang kepada
pertambahan pengeluaran pelbagai komoditi, terutamanya getah dan kelapa sawit. Keluasan
tanaman tersebut sentiasa meningkat berterusan dari tahun 1996 hingga tahun 2000. Jumlah
keluasan empat jenis tanaman-tanaman utama bertambah dari 5,129,200 hektar pada tahun 1996
kepada 5,806,800 hektar pada tahun 2000.
Bagi tahun 1996, keluasan tanaman getah adalah seluas 1,667,500 hektar. Sebahagian
besarnya diusahakan oleh syarikat Golden Hope dan RISDA. Selebihnya oleh pekebun-pekebun
kecil. Bagi tanaman kelapa sawit pula, keluasan tanamannya adalah seluas 2,539,900 hektar.
Pertambahan kawasan kelapa sawit banyak disumbangkan oleh sektor estet dan selebihnya oleh
pekebun kecil. Manakala bagi tanaman padi, keluasan tanaman tersebut adalah berjumlah 672,800
hektar. Keluasan tanaman kelapa adalah seluas 249,000 hektar.
Berikutan penurunan harga getah dunia pada tahun 1998 menyebabkan keluasan tanaman
komoditi tersebut berkurangan. Hal ini menyebabkan pengeluar beralih kepada tanaman kelapa
sawit. Keluasan tanaman getah berkurangan kepada 1,594,500 hektar, manakala bagi kelapa sawit
pula bertambah kepada 2,819,300 hektar. Keluasan tanaman padi bertambah kepada 691,000 hektar
tetapi keluasan tanaman kelapa merosot sebanyak 25,200 hektar berbanding tahun 1996.
Keluasan tanaman getah berkurangan lagi sebanyak 2,600 hektar pada tahun 2000
berbanding tahun 1998. Kawasan tanaman kelapa bertambah berikutan peningkatan harga pasaran
dunia. Keluasannya menjadi 3,313,400 hektar pada tahun 2000. Bagi tanaman padi, keluasannya
adalah seluas 692,000 hektar dan bagi tanaman kelapa pula, keluasan tanamannya terus merosot
kepada 209,500 hektar pada tahun 2000 berbanding dua tahun sebelumnya.
(Sumber : Buku Tahunan Perangkaan Malaysia 2000,
Jabatan Perangkaan Malaysia)
Jawapan :

_________________________________________________________
_________________________________________________________

___________________________________
___________________________________

Bahagian E

6
Berdasarkan jadual di bawah ,huraikan pola perubahan pengeluaran akuakultur mengikut kaedah pengeluaran dari
tahun 2003 hingga 2005. Berikan faktor-faktor peningkatan pengeluaran akuakultur di Malaysia.
Malaysia: Pengeluaran Akuakultur Mengikut Kaedah Pengeluaran
Dari Tahun 2003 Hingga 2005

Tahun 2003 2004 2005

Pengeluaran Peratus Pengeluaran Peratus Pengeluaran Peratus


Kaedah (Tan Metrik) (%) (Tan Metrik) (%) (Tan Metrik) (%)
Pengeluaran
Kolam 35,678.7 66.6 39,233.4 70.6 44,088.1 74.8

Bekas Lombong 10,079.9 18.8 8,646.1 15.6 6,495.5 11.0

Sangkar 5,896.2 11 5610.7 10.1 5,704.9 9.7

Tangki Simen 1,501.3 2.8 1,671.1 3.0 2,259.4 3.8

Kandang 442.3 0.8 395.2 0.7 374.8 0.6

Jumlah 53,598.4 100 55,556.5 100 58,922.7 100

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan


Jabatan Perangkaan Malaysia ,2005)
Jawapan:

Pendahuluan

A. Pola Perubahan
Bil Idea Huraian
1

B. Faktor Peningkatan
1

Penutup:

You might also like