Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
128Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Konsep Pendidikan Anak Dalam Islam

Konsep Pendidikan Anak Dalam Islam

Ratings: (0)|Views: 15,472|Likes:
Published by Nur Iman Khalid

More info:

Categories:Types, Research
Published by: Nur Iman Khalid on Sep 16, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/29/2013

pdf

text

original

 
15.5.2009
KONSEP PENDIDIKAN ANAK-ANAK DARI PERSPEKTIF ISLAM
1.0MUQADDIMAH
 Anak-anak yang dilahirkan merupakan satu ujian Allah SWT kepada kita. Sebagaimanayang telah disebutkan oleh Allah SWT dalam al-Quran yang berbunyi :Maksudnya
Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu ituhanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yangbesar.
 
(Al-Anfal : 28) 
.
  Allah SWT telah menjelaskan kepada kita dalam ayat ini bahawa harta benda dan anak-anak yang kita sayangi ini merupakan satu ujian kepada kita. Jika harta benda yang kitaperolehi dengan secara yang halal dan menggunakan ke jalan yang halal maka berolehganjaran yang besar daripada Allah SWT. Dalam ayat ini juga Allah SWT telah menyebutanak-anak juga merupakan ujian kepada orang yang beriman. Jika anak-anak yang kitadidik mengikut acuan Islam, maka kita akan beroleh ganjaran yang besar hasil ketaatanmereka.
1
 
15.5.2009
2.0
PENDORONG TABIAT MANUSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM DAN BARAT
Pakar psikologi kaunseling membuat pelbagai teori bagi menjelaskan pembentukan tabiatmanusia seperti berikut:
1.
Teori Psikoanalisis
yang diasaskan oleh Frued. Teori ini menyatakan tabiatmanusia pada asalnya jahat kerana dipengaruhi oleh unsur-unsur rangsanganseksual, kuasa agresif dan tidak rasional yang wujud dalam diri manusia bagitujuan menjaga survival perkembangan hidupnya. Unsur-unsur itu bertindak didalam diri manusia secara membabi buta (tidak sedar). Kombinasi unsur-unsur itudan konflik hidup semasa kecil yang tidak dapat diselesaikan pada masa itu akanmenjadi punca dan penentu tabiat anak pada masa hadapan.
2.
Teori Analisis Transaksi.
Teori ini menerangkan tabiat manusia terbentuk hasildaripada skrip hidup yang ditentukan oleh ibu bapa. Semasa kecil anak akanmerakamkan secara langsung apa saja percakapan dan perbuatan yangditayangkan oleh ibu bapa kepada mereka. Konflik akan berlaku apabila anak itucuba menilai semula skrip hidup yang lama atau menerbitkan skrip hidup yang baruhasil daripada perkembangan emosi fikirannya dan pengaruh persekitaran.
3.
Teori Behaviorisma.
Menurut teori ini tabiat dan tingkah laku manusia terbentuk hasil daripada proses pembelajaran dan evolusi persekitaran. Tabiat manusiamenjadi masalah apabila mereka menerima pembelajaran dan persekitaran yangsalah, walaupun mereka sendiri yang mencipta sistem pembelajaran ataumembentuk persekitaran.
4.
Teori Pemusatan Klien
. Teori ini membuat andaian bahawa tabiat manusiasemula jadinya baik, rasional, bertanggungjawab dan berusaha mencapaikesempurnaan diri. Walau bagaimanapun manusia juga cenderung menjadi kecewadan bermasalah apabila keperluan mencapai kesempurnaan diri dihalang sepertigagal mendapat kasih sayang, keselamatan dan seumpamanya.
5.
Dari perspektif Islam
. Terdapat empat peringkat nafsu yang mempengaruhitabiat manusia iaitu:
a)
Nafsu Ammarah
: Nafsu yang sentiasa mendorong manusia melakukankejahatan. Bagi mereka yang berada diperingkat ini tidak merasakan perbezaanantara yang baik dan jahat. Apabila melakukan kejahatan, ia tidak menyesal dansebaliknya juga apabila melakukan kebaikan, ia tidak gembira.
 b)
Nafsu Lawwamah
: Nafsu yang mula menunjukkan kelemahan diri, menilaitabiat masa lampau dan ingin keluar untuk memulakan kehidupan positif.
c)
Nafsu Mulhamah
: Nafsu yang sudah menerima kebenaran dan keinsafan sertamerasa keseronokan membuat kebaikan dan benci kepada kejahatan.
d)
Nafsu Mutmainnah
: Nafsu yang mencapai kedamaian dan kebahagiaan.Nafsu ini berusaha terus meningkatkan keimanan & ketaqwaan dalam dirinya.Pada prinsipnya nafsu itu adalah mewakili dua keperluan naluri manusia iaitu nalurikehaiwanan (jasmani) dan rohani (wahyu). Kadang kala berlaku pertarungan sengit antaradua naluri itu untuk mempengaruhi hati manusia.Pandangan teori kaunseling barat tentang tabiat manusia adalah sebahagian daripandangan Islam. Mereka mengkaji tabiat manusia dari aspek luaran sahaja denganmerujuk kepada faktor persekitaran, kemahiran keibubapaan dan keperluan jasmani tanpadibimbing oleh al-Quran serta kajian itu dibuat berdasarkan kehidupan masyarakat di barat.
2
 
15.5.2009
3.0
KEPENTINGAN PENDIDIKAN AWAL ANAK-ANAK
Pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses yang berterusan berkembang serentak denganperkembangan individu seorang kanak-kanak yang mempelajari apa sahaja yang ada dipersekitaran dan dengan ilmu/kemahiran yang diperolehi ia akan mengaplikasikannyadalam konteks yang pelbagai samada dalam kehidupan sehariannya di ketika itu ataupunsebagai persediaan untuk kehidupannya di masa yang akan datang. Menurut perspektif Islam, pendidikan anak adalah proses mendidik, mengasuh dan melatih rohani dan jasmanimereka dengan berteraskan nilai baik dan terpuji yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. Tujuannya adalah bagi melahirkan insan rabbani yang beriman, bertakwa danberamal soleh.Kanak-kanak di peringkat awal umur, mereka tidak dapat membezakan yang baik dan yangburuk dan perlu dibentuk dan dididik sejak dari awal. Barat dan Islam mempunyaiperspektif yang sama dalam hal ini, Apa yang membezakan ialah Islam menekankanpembentukan sahsiah seseorang kanak-kanak bukan hanya kelakuan fizikalnya tetapipemantapan akhlak perlu diterapkan seiring dengan penerapan keimanan di dalam ruh dan jiwanya. Kalau sesuatu informasi yang diterima oleh seseorang kanak-kanak itu hanya diaras pengetahuan tanpa adanya penyemaian aqidah dan pemantapan akhlak, akibatnyagenerasi yang dihasilkan mungkin bijaksana dan tinggi tahap perkembangan inteleknyatetapi dari aspek-aspek yang lain ia pincang dan tiada keseimbangannya.Jika inilah yang berlaku dalam dunia pendidikan pada hari ini, dibimbangi sejarah lamaakan berulang. Analisis fakta dari perspektif sejarah telah cukup membuktikan bahawakehancuran tamadun manusia contohnya Mesir, Greek, Rom dan Parsi adalah berpunca darigagalnya penerapan nilai-nilai akhlak murni kepada generasi pewaris dan kontangnyapenghayatan untuk diaplikasikan dalam kehidupan.Pembangunan perindustrian pesat dalam era globalisasi yang berlaku dalam dunia hari initelah meningkatkan cabaran membentuk generasi akan datang khasnya bagi ibubapa danpendidik Muslim. Dalam menempuh alam cyber dan teknologi maklumat tidak dapatdinafikan pembangunan insan dan pembinaan generasi perlu dititikberatkan selari dengankeprihatinan terhadap kepesatan kemajuan negara. Ini kerana kanak-kanak merupakanaset penting bagi pembinaan sesuatu bangsa dan ketinggian maruah agama. Merekaadalah generasi pewaris yang bakal menjana wawasan dan mencorak masa depansesebuah negara pada alaf yang akan datang. Mereka bakal menjadi pemimpin ummah danmencorak keunggulan Islam sebagai agama sejagat.Kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat misalnya menunjukkan bahawa setiap nilai dolaryang dilaburkan untuk pendidikan awal yang berkualiti tinggi dapat memberikan pulanganyang tinggi samada dari segi perkembangan ekonomi mahupun perkembangan sosialkehidupan masyarakat di negara tersebut. Manakala Jepun, negara yang suatu ketikadahulu pernah lumpuh akibat ledakan bom atom, dalam jangkamasa yang tak sampaisetengah abad mampu bangun menjadi tunggak ekonomi dunia.Satu kajian yang dilakukan oleh seorang penyelidik Barat mendapati bahawa pembinaanpemikiran masyarakat Jepun berpunca dari keprihatinan dan kepekaan pemimpin danrakyat negara itu terhadap pembentukan generasi awal. Masyarakat Jepun telahmenyediakan generasi mereka dengan daya ketahanan menghadapi cabaran dari aspek fizikal dan mental, dan mereka juga bertungkus lumus menumpukan perhatian membinadaya keintelektualan dan menggarap potensi semulajadi setiap individu kanak-kanak sejak dari peringkat awal perkembangan. Justeru itu boleh dikatakan di sini bawa ketinggian
3

Activity (128)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Nor Azei liked this
pipifae liked this
rahimisaad liked this
Sola Hadi liked this
Iena Chan liked this
Rick Joiz liked this
Zaimah Yusoff liked this
Fachrur El-rozy liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->