Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
27Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
PUNCA konflik agama

PUNCA konflik agama

Ratings: (0)|Views: 8,700|Likes:
Published by daniaalia_yus

More info:

Published by: daniaalia_yus on Sep 17, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/08/2013

pdf

text

original

 
PUNCA-PUNCA
Dalam konteks sekarang, sebagaimana kata mantan Perdana Menteri Datuk SeriAbdullah Ahmad Badawi ketika beliau menjadi Perdana Menteri dalam ucaptama padaPersidangan Antarabangsa Ketiga Dunia Islam dan Barat, bahawa konflik yang timbulantara dunia Islam dengan negara barat ( kristian ) bukan berpunca daripada kepercayaanagama yang berbeza tetapi kerana manipulasi terhadap agama oleh pihak yang berfikiransempit atau secular. Mereka menganjurkan ‘kekerasan’ atas nama agama. Kekerasan yangdianjurkan ini pada umumnya didorong oleh keyakinan keagamaan yang mana merekamerasakan tindakan mereka adalah sejajar dengan perintah Tuhan yang telah terdapatdalam teks-teks kitab suci mereka.Tambahan lagi, timbulnya konflik peradaban pada abad ini disebabkan olehkejahilan yang disertai dengan rasa kesangsian dan permusuhan terhadap satu sama lainyang telah menghalang mereka daripada menjalinkan hubungan yang berkekalan dan berkembang maju. Contohnya, ketegangan antara Islam-Kristian berakar umbi daripadainteraksi yang berasaskan sikap bahawa pihak masing-masinglah yang benar. Masing-masing menganggap merekalah pengikut agama yang unggul. Mereka bersaing untuk menyebarkan dakwah. Saingan ini kadang-kadang membawa ketegangan danmenyukarkan kewujudan situasi yang saling memahami dan menghormati sesama Islamdan Kristian.Punca-punca lain yang menyebabkan berlakunya konflik agama ialah keranadidorong oleh kepentingan politik mahupun teologi dalam menentukan keputusan politik.Faktor keputusan politik ini dapat menimbulkan konflik agama kerana terdapat satukumpulan politik yang bertindak hanya menyebelahi satu pihak sahaja. Tindakan inimenyebabkan rasa ketidakpuashatian kepada pihak yang lain dan seterusnyamenyebabkan berlakunya konflik sesama mereka. Bahkan tindakan ini amat tidak adilkepada semua masyarakat. Keputusan politik sering menjadi penentu dalam mewujudkan
 
kehidupan yang lebih kompleks. Pemimpin-pemimpin politik seolah-olah mempunyaikuasa besar dalam menentukan cara hidup masyarakat dengan menentukan aliran agamayang sepatutnya mereka anuti.Percanggahan pendapat antara pemimpin juga menyebabkan konflik agamaterjadi kerana masing-masing akan mempertahankan nilai yang dipegang. Kewujudangolongan yang berkedudukan tinggi dalam sosio-masyarakat hanya menambahkan juarang perbezaan antara masyarakat. Kadang kala ada di antara golongan politik inimemainkan peranan sebagai orang perantaraan dalam masalah konflik agama yangtimbul. Bagi golongan yang mempunyai motif atau agenda yang tersendiri, mereka akan berusaha mencari jalan demi mencapai matlamat yang diingini. Keadaan inimenyebabkan mereka sanggup mempergunakan pengikut mereka sendiri. Bagi merekayang fanatik terhadap sesuatu kumpulan, mereka sanggup melakukan apa sahaja yangdisuruh oleh ketua mereka. Malah, ada antaranya sanggup menjalankan rusuhan,membuat demostrasi, dan menimbulkan kekecohan tanpa menghiraukan keselamatanorang awam.Selain itu, faktor kemiskinan juga menyebabkan konflik agama berlaku. Hal inikerana, faktor kemiskinan merupakan salah satu medium yang sangat mudah untuk mempengaruhi pemikiran dan pandangan masyarakat. Dalam keadaan kemiskinan, amatsusah dan sukar untuk dibicara mengenai agama kerana semua orang akan berfikirankritis terhadap apa jua yang diperkatakan. Faktor kemiskinan ini juga menjadikan jurang perbezaan taraf antara masyarakat semakin meningkat. Keadaan ini juga menyebabkanada negara yang berkuasa besar cubamenindas negara yang lemah. Malah di Amerika, pemerintahnya mula meletakkan tekanan dalam beragama. Golongan ini mulamenerapkan aturan-aturan dalam menindas dan mengeksplotasi golongan agama minoriti.
CARA MENGATASI
 
Adalah menjadi perkara biasa terdapatnya perbezaan pendapat di antara anggotaorganisasi, malah ia dianggap sebagai satu ‘rahmat’ dari Allah SWT yang bertujuan untuk membuka pintu-pintu kemudahan dan juga penyelesaian terhadap masalah yang dihadapidemi kepentingan manusia sejagat. Tetapi yang membimbangkan ialah perbezaan pendapat ini akan bertukar menjadi satu konflik yang tegar yang seterusnya membawaimplikasi yang negatif. Umat Islam perlu sentiasa di ingatkan bahawa perbezaan yangwujud dari segi kelainan warna kulit, bahasa, bangsa dan sebagainya adalah bertujuanuntuk memperkayakan umat manusia dari segi pengetahuan mereka jua.Ia juga adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada manusia untuk mengamalkan konsep salinghormat menghormati dan bekerjasama walaupun berbeza dari segi bangsa dansebagainya.Antara langkah yang boleh diambil bagi mengawal konflik agama ialah melaluimesyawarah atau syura antara kedua-dua belah pihak. Apa yang dimaksudkan dengankonsep ini ialah ia meliputi proses perbincangan dan perundingan dan melalui kaedah iniia adalah merupakan satu institusi dan budaya pengurusan cara Islam yang berhemah lagi bijaksana. Syura adalah satu proses perbincangan bertujuan mencari kebenaran dan pembentukan consensus dalam perkara yang tertentu yang menyentuh kepentinganseseorang individu dan juga masyarakat di mana syariah tidak juga memberikan peruntukan yang jelas berkaitan dengannya. Dalam menyelesaikan konflik agama ini,agama Islam juga turut menjalankan penyelesaian konflik dengan mengenakan tindakanyang tegas yang sebenarnya masih lagi berlandaskan kepada kebenaran hakiki kepada pihak yang dianggap bersalah tersebut. Sebagai contohnya ialah peperangan sama adadalam jalan Allah atau bagi membela pihak yang ditindas atau dizalimi. Selain itu, Kepimpinan yang adil juga penting dalam penyelesaian konflik dalamIslam. Jikalau seseorang pemimpin itu tidak mempunyai kewibawaan, adalah amat sukar untuk menangani masalah percanggahan pendapat yang timbul dalam sesebuah organisasi bahkan ia akan mengeruhkan lagi konflik yang sedia ada. Prinsip ini adalah penting danmemerlukan juga tindakbalas dalam kalangan orang Mukmin yang menyarankan merekaagar mentaati ketua mereka yang telah dipilih dengan sebulat suara dalam kalangan

Activity (27)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Lee Win Cean liked this
Fabian Bien liked this
BiNtun Taha liked this
BiNtun Taha liked this
BiNtun Taha liked this
BiNtun Taha liked this
Sal Safira liked this
杨静怡 liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->